pt.5📚

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Yeo Mi

aku sedang berjalan menyusuri lorong yang menuju kerumahku. earphone ditelinga aku cabut.

aku membuka pintu gate rumahku pelan dan menutupnya semula.

" saya dah balik " laungku dari luar rumah sambil menanggalkan kasut. jam ditangan dilirik sekilas. 6:39 p.m.

haih susahla kalau hari hari extra class macam ni.

" mak ? mak tengah masak apa ? " tanyaku ke eomma yang sedang memasak.

belakang badannya kupeluk pelan. bahunya terhinjut sedikit.

" eh bila yeo mi sampai ? " ucap eomma dan memandangku.

" baru je. ayah mana ? " tanyaku dan melepaskan pelukanku apabila eomma ingin bergerak ke bahagian lain.

" kejap lagi dia balik. pergi mandi, lepastu kita makan malam sama sama. oke ? " eomma berkata tanpa melarikan pandangannya terhadap makanan yang sedang ia masak.

" geure " ucapku dan meninggalkan eomma sebelum mendaki anak tangga ke bilikku.

beg diletakkan diatas meja belajar sebelum badan dihempas diatas katil. lenguh lenguh badan terus hilang.

aku memandnag ke siling bilikku. serentak itu, fikiranku melayang seketika.

aku sedang berdiri dengan gemuruh dibawah pentas. jungkook yang juga merupakan peserta english essay compitition itu tersenyum memandangku.

" fighting ! " ucapnya dan menampakkan senyuman bunnynya. aku membalasnya dengan senyuman juga.

" now is the time we've waiting for.. " ucap mc yoo kemudian membetulkan cermin matanya.

aku yang tadi tenang mulai gemuruh semula. tanganku berpeluh sejuk. jungkook memegang lenganku cuba menenangkanku. dia juga gemuruh, mungkin.

".. i will announced the winner.. "

aku menggenggam tanganku erat.

".. for 2017 English Essay Competition, the winner goes to.. " mc yoo memandang kertas ditangannya sebelum tersenyum memandang ke para penonton.

".. essay Love Yourself by Jeon Jungkook from 5A-1 " serentak itu bunyi sorakan bergema didewan serbaguna.

" huh ? " aku memandang jungkook yang sudah berdiri diatas pentas sambil tersenyum puas.

love yourself ? bukankah itu.. essay aku ?

sekali lagi aku memandang jungkook. dia tersenyum kearahku. senyuman yang menyimpan banyak arti.

jungkook tipu aku ?

" yeo mi ! min yeo mi ! " tegas suara eomma menyapa gegendang telingaku. cepat cepat aku membuka mata dan menangkap kelibat eomma didepan pintu sambil bercekak pinggang.

" mak dah tunggu kamu dari tadi rupanya kamu tidur. pergi mandi " ucap eomma lagi.

aku memandang jam didinding. 8:38 p.m. oh wow, lamanya aku tidur. aku memandang jam lagi sekali dan yang lebih WOW-nya lagi, kerja math belum siap lagi. fufuufufufuuffu.

bergegas aku mencapai tuala dan berlari kekamar mandi. eomma sudah membebel diluar bilikku.

°°°
Taehyung

aku membelek buku rujukan bio untuk membuat revision. bukan tak pandai, cuma untuk pembacaan semula sahaja. jadi senangla kalau dia nak berpetah di hadapan kelas nanti.

laptop macbook kucapai dan meng-on kannya. aku mengklik power point dan mulai menaip.

Student's problem when exam|

aktivitiku terhenti seketika. kerja kursus yeo mi.

aku yang dalam posisi berbaring itu terus duduk. beg galasku dicapai sebelum mengeluarkan lembaran kertas yang tertulis nama Min Yeo Mi, kelas 5A-1.

aku tersenyum. kertas itu aku selak dan meneliti butir butir perkataan yang dicatat. kemas. teratur. itu sahaja yang boleh ditafsirkan.

' cikgu kim yang terbaik ! '

' cikgu kim kacak ! '

aku tersenyum apabila teringatkan kata katanya apabila dia cuba memancing aku untuk memberi markah lebih kepada kumpulannya ketika aku menjadi juri di hari sukan sekolah.

drt drt. handphoneku yang aku vibratekan bergetar di atas sofa. lantas aku mencapainya.

' Yoongi '

aku menggesel butang hijau dan menekapkan handphone ditelinga.

" oh hyung waeyo ? " aku bersandar di badan sofa sambil mataku tidak lepas memandang ke kerja kursus yeo mi.

" esok, jangan lupa bawa laptop kau. aku nak pinjam kejap. laptop aku rosak. boleh tak ? " ucap yoongi dihujung talian.

" em ? "

" kau dengar tak ni ? " yoongi mula membebel disebalik talian.

" ye, esok aku bawa " jawabku dan dia langsung menamatkan panggilan. hiloh, cepat bebenor.

aku meletakkan handphoneku ditepi dan meneruskan kerja yang tertangguh tadi. kerja kursus yeo mi yang sudah selesai ditanda diletak semula kedalam beg. takut hilang.

aku melirik ke jam didinding.

9:39 p.m.

cepat cepat aku menekan punat off dan mengemas barangku yang berterabur tadi. langkah diatur kebilik tidur. tidur awal wei.

°°°

Jungkook

wajah eomma yang masam itu dipandang sekilas. apa lagi salah yang aku buat ?

" mak tengok result kamu makin menurun. kenapa dapat nombor 2 saja ? huh ? " eomma berpeluk tubuh memandangku.

aduh takkan ni lagi.

" nak buat macam mana ? kookie bukan pandai mana pun " jawabku dan eomma mata eomma mencerlung memandangku.

" siapa kedudukan nombor satu ? " soal eomma lagi sambil wajahnya mulai menunjukkan reaksi tenang.

aku menunduk memainkan hujung sweaterku.

" budak tu lagi ? " tanya eomma sekali lagi dan memandangku tajam dan aku mengangguk lemah.

" macam mana kamu boleh kalah dengan seorang perempuan huh ? padahal kamu lebih pandai daripada dia. kenapa, hem ? " eomma menghirup tehnya.

" dia pandai-- " jawabku

" pandai dari kamu ? " celah eomma seraya meletakkan cawannya diatas meja. aku terdiam.

" apa lagi yang eomma boleh buat untuk kamu, jungkook ? " eomma menatapku instens.

" enough. jungkook tak nak apa apa dari eomma. dia dah jauhkan diri dari jungkook. cukupla kita main tipu masa pertandingan tu eomma. jungkook tak nak dia bencikan jungkook pulak " jawabku lantas mengangkat punggung dan mengatur langkah ke bilikku.

" jungkook sukakan dia ? " langkah kakiku terhenti seketika. eomma yang duduk diruang tamu dipandang.

wajahnya tenang.

" eomma tak halang. cuma.. tolong jangan abaikan pelajaran " ucapnya lagi dan aku mengeluh berat sebelum mendaki anak tangga menuju ke bilikku.

eomma halang ke tak halang ke, tak ada gunanya jugak. yeo mi dah tak pedulikan jungkook.

jadi celah mana yang eomma boleh tolong tu ?

.

.

.


[Thank you for reading. Do vote and comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro