pt.72📚

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

***

"Everything okay?" Aku soal Hana, pembantu rumah yang baru aku ambik 3 bulan yang lalu, semenjak Yeo mi dah tak larat nak buat kerja- kerja berat semua tu. Dan juga disebabkan sikap 'over protective' aku semakin meningkat akhir- akhir ni, takut terjadi apa- apa pada Yeo mi pulak sementara dia keluar bekerja. Dia tak nak itu berlaku.

"Ya, semuanya okay. Tuan" jawab Hana lalu tersenyum ikhlas menampakkan lesung pipitnya. Kekadang ada sesuatu yang menganjal tentang Hana ni, senyuman dia, cara dia bercakap, lesung pipit dia semuanya hampir sama dengan Yeo mi. Ya, hampir sama, bukan sama. Yep, perwatakan mereka saja yang hampir sama, but Taehyung sedar diri, Yeo mi adalah wanita pertama dan terakhir dalam hidup dia.

"Macam mana dengan barang dapur?" Soal Taehyung lagi, lengan kemejanya dilipat hingga kesiku, dia toleh ke Hana sekejap dan perasan yang gadis itu sedikit gelabah, buktinya sebaik Taehyung menoleh kearahnya, Hana larikan pandangan mata, secepat yang mungkin.

"Erk- ya ba- barang dapur tinggal sikit. Saya plan nak beli harini. Saya keluar kejap, kalau Tuan tak kesah, saya minta izin untuk tinggalkan Puan dalam masa setengah jam macam tu-"

"Oh no, its okay. Saya akan bawa dia pergi hospital hari ni, ada oppoiment kejap, then kami akan keluar makan angin. You don't mind if i left my house to you? Just for one day?" Aku usulkan lagi soalan kepada Hana yang nampak macam blur- blur ayam kat situ. Dahi Hana berkerut sedikit, buatkan kepala aku berlegar- legar dengan pelbagai tanda tanya.

"Tak apa kalau awak ada kerja lain nak buat, saya okay je-"

"Ehh tak, saya okay. Sakit kepala sikit" kata Hana dengan senyuman kecil. Dan senyuman yang aku rasakan sedikit fake. Disebabkan malas nak tanya banyak, aku diamkan diri, susu anmum aku capai lalu tanpa sebarang kata aku keluar dari dapur untuk dapatkan Yeo mi didalam bilik.

"Sayang?"

Pintu bilik aku kuak perlahan sambil panggilan sayang aku utarakan pada dia. Tapi satu pun dia tak jawab, dahi aku berkerut bila lihat Yeo mi yang hanya duduk dibirai katil seraya anak matanya merenung tingkap kaca. Pelik dengan sikapnya, aku rapatkan diri dengan Yeo mi, berdiri tegak dihadapan dia. Itupun dia masih tak sedar lagi.

"Sayang? What happen?" Soalku buatkan Yeo mu sedikit tersentak, dia kerutkan dahi, mungkin pelik dengan kehadiran aku yang tiba- tiba saja ni. Dia pandang pintu bilik lalu mendongak pandang aku balik.

"Ehh bila masa awak masuk?"

"Baru je, sayang je yang tak sedar. Menungkan apa?" Tanya aku, aku ambil tempat disamping dia, Yeo mi masih diamkan diri, dia sentuh perutnya yang memboyot tu buatkan aku ikut letakkan tapak tangan aku atas tapak tangan dia.

"Kenapa? Baby tendang ke?"

Laju dia mengangguk, dengan senyuman riangnya dia usap tapak tangan aku.

"Ya, baby tendang. Nampaknya baby pun tak nak pergi hospital hari ni!" Jawabnya buatkan aku mengeluh kecil. Yeo mi ni, makin naik usia kandungan perangai dia mula bertukar, sekejap manja, sekejap nak marah, sekejap riang, sekejap emo nak nangis, sekejap nak makan. Haih, aku selaku suami pun rasa risau. Dan yang terkini, Yeo mi dah mulai rasa tak nak datang hospital buat check up. Why sayang?

"Kenapa tak nak pergi?"

"Saya tak larat, baby pun tak larat nak jalan jauh. Em, awak patut faham saya.." lirihnya dengan bibir yang memuncung macam itik. Ya tuhan, isteri siapa yang comel sangat ni? Seakan terkena sihir, aku rapatkan wajah aku dengan dia tapi Yeo mi tolak badan aku kuat lalu merengek kecil. Erk, asal sakit betul penangan tangan isteri ni eh?

"Dengarlah cakap saya dulu, saya tak nak pergi hospital, saya tak larat nak jalan jauh. Tae kena faham yeo mi!" Kata Yeo mi seraya hentakkan kakinya. Aku yang melihat jadi gelabah, laju aku letakkan susu anmum atas meja lampu sebelum angkat kedua kaki dia naik atas katil dan baringkan dia disitu. Haih, Yeo mi ni, dia yang mengandung, aku yang gelabah macam nak melahirkan.

"Sayang janganlah macam ni, kalau sayang tak pergi hospital buat check up, macam mana nak tahu perkembangan baby? Tak nak tengok ultrasound baby ke?"

"Ultrasound?"

"Yep, sayang tak nak? Rugilah kalau tak buat. Takkan sayang nak buat untuk our second baby pulak?" Kata aku dengan smirk kecil, tapak tangan aku, aku letakkan pada pipi dia dan usap perlahan, ya aku tahu semua yang dia lakukan dan buat untuk 8 bulan setengah ni adalah effect dari pembawaan bayi. Kedegilan dia, sikap dia yang manja buatkan aku makin jatuh cinta. Argh! Kenapa comel sangat ni!

"Of course saya nak tengok ultrasound baby!" Katanya teruja lalu kalungkan lengannya pada leher aku. Tindakan dia buat senyuman aku melebar ke telinga. Aku tahan badan aku dari menimpa dia, dahi dia aku cium perlahan.

"Kalau sayang tak larat pun, saya boleh angkat, papah sayang sampai ke bilik check up, itupun kalau sayang tak kesah" kata aku seraya naikkan kening pada dia. Bermain anak mata dengan sang isteri dan  berharap yang dia akan blushing, tapi hakikatnya aku pulak yang berdebar tak tentu pasal.

"Larat ke nak angkat saya? Saya beratlah, dalam perut ada baby, manalah awak larat nak ang- UWargh!" Tanpa babibu, aku dah angkat dia bridal style buatkan tangan dia laju memeluk leher aku kuat. Haaa pandang rendah suami sendiri kan?

"Hish, turunkan saya. Palli!"

"Now sayang dah nampakkan yang suami sayang kuat? Saya kuat okay, sayang je yang jual mahal tak nak saya angkat sayang" kata aku seraya poutkan bibir. Yeo mi gelak kecil, dia cubit perlahan hidung aku cium sekilas pipi aku. Aku hentikan pergerakan dan pandang dia kejap. Dia hanya pandang aku dengan anak mata berwarna warna coklatnya. Haih, ada jugak yang kena terkam ni.

"Tae kenapa saya baru perasan?"

"Perasan apa?" Soal aku, aku masih dalam posisi yang sama mengangkat dia. Dia senyum kecil, macam budak- budak buatkan aku rasa curious sekejap.

"Tae dah makin kacak-"

"Baru sekarang nak perasan? Saya dah lama kacak, dan saya masuk list top 5 cikgu terhot dalam sekolah tau tak" jawab aku seraya bibir aku termuncung- muncung. Meninggi diri sedikit. Dia gelak kecil lalu tepuk perlahan bahu aku minta turunkan dia. Perlahan- lahan aku letak dia balik atas katil.

"Tae.."

"Em?"

"Nak dengar pickupline" pinta Yeo mi buatkan aku tergelak kejap. Haih yeo mi ni, mesti dah rindu sangat dengan ayat cia- cia aku. Yalah dah lama aku tak ber cia- cia dengan dia.

"Kenapa nak dengar? Selalu sayang tak suka" kata aku dengan smirk kecil.

"Alaaaaa saya rindu je.." rengeknya dengan bibirnya yang muncung panjang. Ya tuhan! Mengapa comel sangat dia ni?! Tanpa sedar, refleks tangan aku mengusap pipi dia.

"Betul ni sayang nak dengar?" Dia anggukkan kepala, lagak macam budak- budak sekali lagi.

"Geure.."

"Apa beza sayang dengan yakult?"

"Molla" laju je dia menjawab dengan senyuman innocent. Aku cubit perlahan pipi dia, gebu yang amat! Aku usap pipi dia dan anak mata coklatnya aku renung dalam- dalam.

"Yakult tambah bakteria baik dalam usus, sayang tambah kebahagian dalam hidup saya" jawab aku lalu sepantas kilat aku lekapkan bibir aku pada dia. Dapat aku rasakan yang wajah dia dah membahang panas.

"Pickupline awak masih lame -lah" komennya, aku gulingkan anak mata.

"Lame tak lame habis tu kenapa muka merah? Heeee.." aku usik dia bila Yeo mi bertindak untuk sembunyikan wajahnya pada bantal kecil. Aku ketawa dan sedaya upaya nak tengok wajah dia yang dah merah tu. Mesti comel sangat tu!

Dan tanpa sedar, tindakan mereka diperhatikan seseorang dicelahan pintu bilik yang sedikit terbuka. Buku lima digenggam erat.

Tch, no way.

.

.

Third person?

Everybody say nooooo!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro