Bab 14➿

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


💉

Seokjin menarik nafas sebelum menghembuskan nafas berat. Dia pandang pintu rumah sebelum membukanya, keadaan rumah ketika itu adalah gelap gelita, dahinya berkerut.

Dia letakkan briefcase-nya atas sofa sebelum meluru ke dapur, kelibat Rina dicari, tidak ada. Dia menekan suis ruang tamu sebelum berlari pula naik ke tingkat atas, tanpa mengetuk pintu, terus saja Seokjin meluru masuk kedalam bilik tidur yang menempati gadis itu.

Sekali lagi perasaan kecewa menerpa hati Kim Seokjin, kosong. Langsung tidak ada tanda- tanda Rina berada disitu. Baju- bajunya juga tidak ada.

"Rina.. where are you?"

Seokjin terduduk atas katil, rambutnya diramas kuat. Sakit hati, kecewa bercampur menjadi satu. Dia mencintai gadis itu sepenuh hati, tapi takkanlah Rina tidak mahu memberikannya peluang kedua? Dia janji akan betulkan semuanya. Cuma satu, dia mahu Rina- nya semula.

"Rina.. awak kat mana sayang?"

"Doktor Kim, baru balik?" Teguran dari satu suara buatkan jantung Seokjin mahu gugur, dia dongakkan kepala, Rina, lengkap berpakaian pijama tidur berwarna biru cair sedang berdiri dihadapan pintu dengan wajah yang mamai. Wajah baru bangun tidur.

"Rina.."

"Ahh maaflah, saya baru lepas kemas barang dalam bilik awak. Sedar tak sedar saya tertidur pulak-"

Belum pun Rina sempat menghabiskan ayatnya, Seokjin sudah meluru untuk memeluk Rina, erat. Tidak mahu melepaskan gadis itu untuk kali kedua. Bae Rina, pemilik hatinya.

"Kenapa..?"

"Tolong.. jangan buat saya risau, lagi. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya perlukan awak untuk teruskan hidup" bisik Seokjin seraya menyembamkan wajah Rina pada dadanya. Gadis itu hanya mendiamkan diri, dia membalas pelukan Seokjin.

"Mian.."

Seokjin meleraikan pelukan, wajah polos Rina dia renung. Gadis itu membuang pandang ke arah jam di dinding.

"Dah jam 10.30 malam, em. Awak dah makan?"

Seokjin menggeleng, Rina jongketkan kening sebelum bercekak pinggang.

"Awak doktor kot, takkan tak pandai jaga waktu makan? Dah jomlah! Turun bawah, saya temankan awak makan sekejap" Rina membebel sebelum menarik tangan Seokjin keluar dari bilik dan menuruni tangga menuju ke dapur. Seokjin hanya akur. Rina ni comellah kalau pandang dari belakang, pendek pendek comel gitu!

"Saya tak nak makan"

"Habis tu?"

Seokjin keraskan badan, mereka berhenti di ruang tamu, tubuh kecil Rina ditarik sebelum lengan Seokjin melingkar dipinggang ramping gadis itu. Seokjin tarik senyum, dia letakkan dagunya atas kepala Rina.

"Saya.. minta maaf"

"Benda dah lepas, kan? Buat apa nak ungkit" balas Rina, dia lingkarkan lengannya pada leher Seokjin. Pelik, bukan kemahuan dia untuk berbuat begitu, tubuh dia sendiri yang bergerak.

"Saya tetap nak minta maaf, sebab awak kata maaf boleh selesaikan satu masalah kalau kena pada tempatnya" bisik Seokjin. Rina ketawa kecil, dia angguk kecil.

"Kenapa nak percayakan budak kecil macam saya?"

"Awak budak ke? Yang saya tahu awak tu angel. Angel tak bersayap" kata Seokjin buatkan Rina tersenyum lebar. Dia sembamkan wajah pada dada Seokjin, halahai, pendeknya Rina ni!

"Sweet talker.."

"Kalau saya tak sweet talker, awak tak jatuh hati pada orang tua macam saya"

"Awak tua ke? Umur dah berapa?" Rina dongakkan wajah, Seokjin buat muka cemberut sebelum bibirnya mendarat di dahi Rina, lama. Rina hanya membiarkannya, entahlah, dia rasa something. Yang lain bila dekat dengan Seokjin.

"30 tahun."

"Tak nampak macam 30 tahun pun awak ni!" Balas Rina, Seokjin tersengih seraya jongketkan kening. Ya tuhan, comelnya!

"Awak cakap awak suka lelaki yang matang, macam saya." Bisik Seokjin lagi. Rina hanya tersenyum, bahu Seokjin ditepuk.

"Jomlah masuk tidur, awakkan nak kerja esok, nanti lambat bangun"

Baru saja Rina berura- ura mahu melangkah naik ke tingkat atas, lengannya ditahan.

"Awak maafkan saya?"

"Yup, lebih kurang macam tulah. Saya akan bagi awak peluang kedua, ketiga, keempat dan seterusnya walaupun awak tak minta. Saya marah pun, tak dapat kembalikan semula waktu kita dahulu. Tak ada orang yang sempurna dalam dunia ni, termasuklah saya. Mungkin ada hikmah kenapa saya jadi macam ni, mungkin.. ini saja peluang yang ada untuk awak tebus kesalahan awak? Siapa tahu, kan?" Kata Rina.

Seokjin mengetap bibir. Rina memang tak berubah, gadis itu masih berfikiran matang dan dewasa, berbeza dengan dirinya yang suka bertindak mengikut keadaan dan perasaan.

"Rina.."

"Apa lagi, Seokjinnie? Kalau awak bawa topik ni, sampai esok pun tak habis. Dah jom, tidur" ajak Rina lalu menarik Seokjin naik ke tingkat atas.

.

.

Em.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro