07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Batu kerikil yang berada di atas jalan tar itu disepaknya kasar. Seeun berjalan di bandaraya Seoul sambil mendengar lagu menggunakan earphone. Pada waktu petang ini suasana di bandar memang agak riuh dengan kedatangan ramai orang. Tatkala dia leka berjalan, Seeun ternampak kelibat Yujun yang sedang berdiri tidak jauh darinya.

Niatnya untuk menegur Yujun itu terus pudar sebaik sahaja dia lihat badan Yujun menggeletar apabila dia memerhatikan sesuatu. Seeun terus menoleh ke arah tempat yang menjadi perhatian Yujun itu. Apa yang Seeun lihat sekarang ialah seorang wanita sedang bercumbu dengan seorang lelaki di hadapan khalayak ramai.

'Boleh tahan tak malu juga mereka rupanya.'

Detik Seeun dalam hati. Kemudian dia perasan Yujun terus beredar dari situ dengan wajah yang sangat sedih. Seeun dapat merasakan wanita itu tadi pasti ibu Yujun kerana Yujun pernah memberitahunya bahawa ibunya selalu keluar bersama lelaki lain dan dia jarang berada di rumah.

Satu keluhan kecil dilepaskan perlahan. Jikalau dia sering dipukul oleh ayahnya, Yujun pula selalu bergaduh dengan ibunya. Jika difikirkan semula nasib mereka berdua lebih kurang sama sahaja. Dua-dua mempunyai nasib yang malang.

------------------

Disebabkan perkara yang dilihat tadi, Yujun sukar untuk fokus dengan kerjanya. Dia sering tersilap susun barang menyebabkan dia dimarahi oleh pengurusnya yang kebetulan berada di situ. Ada masa juga Yujun tidak sedar bahawa pelanggan sudah lama menunggu di hadapan meja kaunter kerana dia terlalu serabut.

"Argh! Kenapalah aku tengok tadi? Bodohlah kau, Yujun!"

Yujun menghempaskan kepalanya di atas meja. Sungguh dia berasa sangat tertekan. Dia seperti mahu menjerit seperti orang gila sekarang. Namun apa boleh buat, Yujun kini berada di tempat kerja dan dia tidak boleh membuat apa-apa kerja gila sekarang.

Air matanya juga mula berkaca. Dia sedaya upaya cuba untuk tidak menangis kerana dia tidak mahu pelanggan masuk dan melihat wajahnya yang sedih itu. Dia perlu kuatkan semangat!

KRING!

Loceng pintu berbunyi menandakan ada pelanggan masuk ke dalam kedai. Yujun bingkas bangun dan menanyangkan wajahnya ceria semampu yang dia boleh.

"Hai selamat datang!" Ucapnya ramah sambil mengukirkan senyuman lebar. Namun senyuman dia itu terus hilang sebaik sahaja dia mendapati bahawa pelanggan itu merupakan kawan baik dia sendiri.

"Perkhidmatan self time ada tak?"

Seeun bertanya sambil tersenyum kecil. Luka yang berada pada bibir serta pipi Seeun itu jelas kelihatan kerana dia tidak memakai topeng muka sekarang.

"Mana topeng muka kau? Nanti orang lain pandang pelik macam mana?" tanya Yujun dengan nada separuh berbisik. Mujur sahaja tiada orang lain berada dalam kedai selain mereka berdua sahaja.

"Yang aku pakai tu dah kotorlah. Aku masuk sini sebab nak beli topeng muka dengan ubat sahaja."

Beritahu Seeun lebar. Yujun mengangguk faham lalu dia segera memberikan topeng muka dan ubat-ubatan kepada Seeun. Sebaik sahaja membuat bayaran, Yujun mengajak Seeun untuk duduk lepak di sini buat sementara sehinggalah pelanggan lain masuk.

"Kau sudah makan? Kalau belum kau ambil lah apa-apa makanan kat sini. Aku belanja," ujar Yujun. Tetapi Seeun menolak dengan lembut kerana dia tidak terasa lapar sekarang.

"Kau tak ada benda nak cerita pada aku?"

Soalan Seeun tadi membuatkan Yujun berkerut dahi.

"Cerita apa?" Hairannya.

"Cerita yang kau nampak ibu kau cium dengan jantan lain petang tadi?"

Badan Yujun terkaku seperti patung selepas sahaja mendengar ungkapan Seeun tadi.

"K-kau nampak?" Seeun mengangguk bagi pertanyaan Yujun sebentar tadi.

Suasana di antara mereka berdua diam tanpa sebarang bunyi. Yujun tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana dia terkedu. Melihat wajah Seeun yang dari tadi tidak lepas memandangnya dengan penuh kerisauan itu sungguh membuatkan Yujun seperti mahu menangis sekarang. Kedua-dua matanya juga mula berkaca dan dia cuba untuk menahan diri daripada menangis.

Seeun yang perasan akan wajah Yujun seperti mahu menangis itu segera bangun dan memeluknya erat membuatkan Yujun terpaku. Seeun mengusap-usap lembut belakang Yujun.

"Menangis sajalah. Aku tahu kau dari tadi pendam..." Bisiknya.

Akibat tidak dapat menahan lagi, Yujun mula menangis teresak-esak. Dia membalas pelukan Seeun dengan erat dan melepaskan segala kesakitannya dalam dakapan Seeun. Hatinya benar-benar luluh selepas apa yang dia lihat kelakuan ibunya petang tadi.

Seeun hanya membiarkan sahaja bahunya basah dengan air mata Yujun. Tetapi dia juga sedang menahan sebak dalam hati kerana dia sangat faham dengan struggle yang dihadapi oleh Yujun sekarang. Ketika cuba untuk menenangkan Yujun, Seeun dalam tidak sedar juga turut menangis bersama Yujun tetapi tangisan dia senyap.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro