Bab 27🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

“ROWON, okay tak Hara?soal Jungkook sebaik dia lihat wajah muram Hara terpacul di pintu dapur. Gelengan dari Hara buatkan Jungkook mengeluh berat.

“Dia tak nak keluar sarapan, awak pun tahu kenapakan?” ucap Hara lemah. Dia bukak peti sejuk lalu keluarkan sekotak susu coklat lalu dituang kedalam cawan.

“Tak apalah, biar saya tengok- tengokkan dia kejap.” kata Jungkook sebelum dia mengangkat punggung lalu naik ke atas. Hara mula menyedikan sarapan roti seperti biasa. Malas nak buat yang berat- berat.

Saat itu dia terdengar bunyi derap kaki melangkah kearahnya. Hara cuma mengerling dari ekor mata, disitu terlihat Jimin sedang menuang air kedalam cawan.

Wah, Jimin. Awak buat macam perkara semalam tu benda yang kecil je bagi awak. Perli Hara dalam hati.

“Budak tu mana?” soal Jimin dingin.

“Masih dalam bilik.”

“Tak nak turun ke? Nak kena layan macam raja ke?”

Hara mengetap bibir. Dia hempaskan sudu yang digunakannya untuk menyudu nutella itu diatas meja. Dia geram dengan Jimin sebenarnya. Dari semalam, tak habis- habis lagi nak cari pasal.

“Apa yang awak tak puas hati dengan Rowon huh? Dia tu masih budak, kalau awak tak sukakan dia pun, tolonglah jangan dia macam ni.” kata Hara. Jimin merenung tajam wajah Hara.

“Kau tak layak-”

“Kalau saya tak layak, siapa yang layak? Cubalah awak rendahkan sikit ego awak tu, Jimin. Kalau dah macam ni perangai awak dengan anak orang, macam mana pulak dengan anak awak sendiri nanti?” Hara mulai memberi nasihat pada Jimin.

Lelaki itu cuma mendiamkan diri saja.

“Patutlah tuhan tak berikan awak anak, Jimin. Kalau perangai awak tak serupa bikin-”

“Kau fikir kau matang sangat ke? Bukan salah aku, tuhan yang tamak tak berikan aku bahagia. Aku cuma perlukan anak, tapi Mina tak dapat beri. Dia mandul. Kau tau tak aku penat menunggu? Dah 3 tahun!”

“Aku jadi benci tengok keluarga yang ada anak. Aku cemburu, sebab tu aku dingin dengan budak- budak! Aku tak suka! Kau tak faham! Jadi jangan salahkan perangai aku ni! Kau tak layak nak beri aku nasihat!” tengking Jimin.

“Apa pun alasan awak, awak tak patut layan Rowon macam tu-”

“Kau tak faham ke hah?! Baik, baiklah, aku akan fahamkan kau.” ucap Jimin sebelum lengan Hara ditariknya kasar ke belakang rumah yang mempunyai sebuah kolam renang disana.

“Aku benci budak- budak!” jerkah Jimin sebelum dia tolak tubuh Hara kedalam kolam renang.

Mina yang baru menuruni anak tangga itu terus melangkah ke ruang belakang. Matanya membulat besar.

“Jimin! Apa yang awak buat ni hah?! Selamatkan dia!”

“Biarkan dia terseksa.”

Hyung dah gila ke?!” jerit Jungkook dan serentak dia terjun ke kolam renang bagi mendapatkan Hara yang terkapai- kapai didalam kolam.

Jimin mengetap bibir, hatinya seakan direntap bila Jungkook memeluk tubuh Hara dan menarik gadis itu ke tepi kolam.

Laju Jimin menarik Hara dari pelukan Jungkook sebelum gadis itu diangkatnya bridal style. Mina dan Jungkook sama- sama terkejut dengan tindakan lelaki itu.

Jimin sudah berlari naik ke tingkat atas dan masuk kedalam bilik Hara. Pintu kamar mandi dibuka, shower juga dibuka.

“A- apa awak buat ni, Ji- Jimin?” soal Hara dengan suara serak- serak basah. Gadis itu menggeletar kesejukan.

Jimin dan dirinya sudah basah dibawah pancuran shower tersebut. Lelaki itu menarik Hara kedalam pelukan.

“Jimin.. lepaskan saya..”

“Aku benci kau Hara.. aku benci kau..”

“Jimin..”

“Aku benci kau sangat- sangat.. sampai aku tak suka tengok kau dengan lelaki lain. Aku benci kau..” bisik Jimin seraya mengeratkan pelukan. Wajahnya disembamkan pada leher Hara.

“Apa maksudnya-”

“Shyy! Just listen to me.. Aku benci budak- budak sebab aku cemburu. Aku nak anak, j- jadi kau perlu beri aku anak. Secepat yang mungkin.” bisik Jimin, dan serentak bibir Hara dipagutnya lembut.

Hara masih lagi pelik. Ucapan Jimin, tindakan Jimin buatkan diri bertanda tanya.

Kalau Jimin tak cintakan dia, kenapa layan dia macam ni? Kalau Jimin tak sayangkan dia, kenapa dia boleh sakit hati?

Kenapa Jimin? Kenapa?

.

[🙈]
Hai, jika anda sudi sila tekan vote serta beri author komen.
Thank you❤
[🙌]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro