Bab 30🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARA mengurungkan diri didalam bilik untuk seharian. Dia bukannya gedik nak dipujuk tapi, dia perlukan ruang untuk bersendirian. Kepala otak dia juga perlu berehat. Huh..

Noona..” panggil Rowon, seraya ikut berbaring disamping gadis itu. Hara membuka kelopak mata, wajah sedih Rowon dia pandang sayu.

“Kenapa ni wonie sayang?” soal Hara lembut, pipi tembam kanak- kanak itu dia usap perlahan. Rowon muncung, tapak tangan kecilnya menyentuh pipi Hara.

“Wonie sedih tengok noona macam ni..” bisiknya. Hara tersenyum kecil, tubuh kanak- kanak itu dia tarik kedalam pelukannya. Rambut Rowon dia usap perlahan.

Nan gwenchana.. wonie jangan risau em?” bisik Hara. Ubun- ubun kepala Rowon dia cium sekilas. Paha Rowon dia tepuk perlahan.

Dia tak nak disebabkan kesedihan dia, Rowon dan orang sekeliling berasa risau. Dia tak nak susahkan orang lain lagi.

“Abang Jungkook cakap dia minta maaf..” bisik Rowon. Hara mendiamkan diri, sebut je nama Jungkook buatkan hatinya dia kembali tergores.

Hara ni senang sangat disakiti ke?

“Ehem..” deheman dari seseorang buatkan Rowon bingkas duduk bersila diatas katil bila dia lihat empunya suara.

Jimin yang berada di muka pintu dipandangnya dengan pandangan takut. Rowon pandang pula wajah Hara noonanya itu.

“Rowon, boleh keluar kejap?” pinta Jimin, suaranya dia cuba rendahkan. Perlahan- lahan Rowon menuruni katil sebelum dia tundukkan wajah keluar dari bilik.

Jimin menyentuh bahu Rowon lalu duduk mencangkung dihadapan kanak- kanak kecil itu.

Hyung minta maaf.” kata Jimin, terus terangkat wajah Rowon jadinya. Wajah polos itu terkebil- kebil buat seketika sebelum senyuman kecil terbit dibibir mungil Rowon.

“Tak apa, ahjussi. Wonie dah maafkan.” balas Rowon dengan senyuman. Jimin turut tersenyum, dia selitkan sebungkus kecil gula- gula M&M ditapak tangan Rowon lalu rambut kanak- kanak itu dia usap perlahan.

“Dah pergi masuk bilik. Noona ni biar ahjussi yang jaga.” bisik Jimin disambut anggukan dari Rowon.

Ahjussi janji jangan sakitkan Hara noona lagi, tau?” ucap Rowon seraya menayangkan jari kelingkingnya. Jimin mengangguk faham, Rowon melangkah keluar dari situ dan masuk kedalam biliknya penuh patuh.

Kini tinggal Jimin dan Hara saja berdua didalam bilik tersebut.

“Benarkan aku untuk tidur dengan kau malam ni. Mina yang minta. It's your turn.” ucap Jimin seraya melabuhkan punggungnya dibirai katil.

Hening... tak ada jawapan mahupun balasan dari Hara. Jimin mengeluh perlahan.

“Jungkook akan balik Busan esok. Kau.. pun dah tahu sebab apa, kan?” ujar Jimin. Hara mendiamkan diri.

Entahlah kenapa, setiap bait-bait bicara Jimin tika itu buatkan hatinya bagai direntap- rentap. Jungkook sama hanat dengan Jimin. Jadi setiap kali Jimin membuka mulut, dia akan teringat akan Jungkook.

This two J make me wanna kill myself.

Hara..” panggil Jimin.

“Saya nak pergi tandas.” balas Hara sebelum dia melangkah laju menuju ke kamar mandi. Disitu dia sandarkan tubuhnya di muka pintu. Dia sakit hati, tapi pada siapa dia nak luahkan rasa sakit ni?

Hara mencuci mukanya disinki. Biasnya dicermin dia renung geram, kalau diikutkan hati. Mahu saja dia menjerit bagi menghilangkan tekanannya, tapi dia takut Jimin tak selesa dengan dirinya.

Huh..

“Jimin..” panggil Hara sebaik dia melangkah keluar dari bilik. Kini, dia betul- betul berdiri sangat hampir dengan Jimin. Lelaki itu jongket kening.

“Apa?”

“Bo- boleh tak saya balik rumah eomma esok? Sekejap pun jadilah-”

“Untuk apa? Nak mengadu?” perli Jimin. Hara mendiamkan diri, dia tundukkan wajah bila Jimin mulai merenung wajahnya.

“Saya cuma rindu-”

Belum sempat Hara mahu habiskan kata- kata, Jimin sudah menarik Hara buatkan gadis itu jatuh tersembam didada Jimin. Hara terkebil- kebil.

“Ji- Jimin?”

“Aku tahu kau sakit hati pasal Jungkook dan.. diri aku juga. Malam ni kau boleh lepaskan semuanya.. aku takkan marah.” bisik Jimin tepat ditelinga Hara.

Jimin mengeratkan pelukan pada pinggang Hara, dahi Hara di kecup perlahan.

“Jimin.. layanan awak buatkan saya.. persoalkan perasaan awak pada saya..” bisik Hara. Jimin mendiamkan diri.

“Kalau awak tak cintakan saya.. kenapa layan saya macam ni?” soal Hara sambil mengemam bibir. Pipinya sudah basah dengan air mata.

“Sebab kau isteri aku..” bisik Jimin bila sekian lama mendiamkan diri.

“Apa yang jadi milik aku, takkan jadi milik orang lain.” bisiknya dan serentak air mata Hara mencurah- curah.

Jadi apa maksudnya? Jimin cintakan dia.. atau lelaki itu sekadar berpura- pura untuk mengurangkan tekanan Hara?

You're my wife.

But Jimin, I'm expecting you to say 'I love you' instead of that..

I hate you.

.

[🙈]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[🙌]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro