Bab 36🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARA melangkah pantas ke pintu utama sebaik telinganya menangkap bunyi ketukan pada pintu tersebut.
Sebaik pintu terbuka, terpacul Jimin dengan wajah penatnya disitu.

Briefcase dihulur kepada Hara dan disambut Hara tanpa banyak bunyi.

Jimin senyum kecil sebelum dia melangkah masuk kedalam rumah, meninggalkan Hara terkebil- kebil dimuka pintu.

Wut, wut? Ji-Jimin senyum?! Dekat dia?

“Kau tak masakkan malam ni?” soal Jimin seraya melabuhkan punggungnya diatas sofa. Hara menutup pintu sebelum dia menggelengkan kepala tanda tak.

“Eo, aku pun tak lapar.” balas Jimin. Hara terkebil- kebil lagi. Rajin pula Jimin ni bercakap malam ni. Hara garu kepalanya yang tak gatal.

“Sediakan aku air mandian, aku nak mandi di tab mandi malam ni.” ujar Jimin seraya melonggarkan tali leher yang agak merimaskan bagi dirinya.

Dua butang baju kemejanya dia lepaskan sebelum dia sandarkan tubuhnya pada sofa.

Wajah pelik Hara masih lagi bertayang. Bila Jimin jongket kening, cepat- cepat Hara melangkah naik ke tingkat sambil membawa briefcase milik Jimin ke atas.

Sampai di bilik Jimin pun, Hara masih pelik sendiri. Kenapa mood Jimin macam baik sangat malam ni? Ada apa- apa ke? Risau pulak.

Em.. tapikan, eloklah kalau Jimin macam ni. Tak menyakitkan hati dia. Tak menguji kesabaran dia dalam rumah ni. Huh!

Hara meletakkan briefcase Jimin diatas katil sebelum dia melangkah masuk kedalam kamar mandi. Pili di tab mandi dipusing, air mencurah keluar memenuhi tab mandi. Airnya suam- suam saja.

Selesai menunggu air memenuhi separuh dari tab mandi, Hara tutup pili paip dan serentak dia terdengar bunyi pintu bilik dibuka.

Baru saja Hara mahu melangkah keluar, Jimin sudah berada dihadapan pintu kamar mandi sambil shirtless. Hanya tuala mandi yang melingkar di pinggang lelaki itu.

Oh my eyes!

“Er.. er saya dah siapkan air mandian awak. Enjoy..” Hara mengetap bibir, Jimin cuma beriak biasa.

Dia melangkah setapak ke dalam kamar mandi buatkan Hara yang baru hendak keluar terikut masuk balik. Erg! Jangan buat aku sesak nafas boleh tak?!

Pandangan Jimin yang menikam matanya buatkan Hara telan liur. Dia alihkan pandangan.

“Betul ke kau nak rampas aku dari Mina?” soalan itu buatkan Hara mengerutkan dahinya.

“Sa- saya tak terfikir nak buat macam tu pun. Ta- tapi Puan Mina ada minta saya untuk cuba pikat awak.” balas Hara, Jimin melangkah setapak lagi buatkan Hara tak dapat bergerak kemana- mana lagi.

“Mina minta kau pikat aku?”

Hara angguk.

“Tapi kau tak mulakan lagi, kan?” soal Jimin. Laju Hara dongakkan wajah, serentak dia berpandangan dengan anak mata Jimin. Dia gelengkan kepala.

“Kenapa?”

“Se- sebab hati saya belum sepenuhnya untuk awak lagi. Lagipun kalau saya cuba.. be- belum tentu awak akan terpikat, kan?” jawab Hara berani.

Jimin mendiamkan diri, tapak tangannya menyentuh pipi Hara.

You can try.” bisik Jimin.

Hara terkebil- kebil. Ji- jimin nak Hara cuba pikat dia?

Mwo?”

You can try, pikat aku dengan cara kau. But don't blame me if it's turn out nothing.” bisik Jimin, bibirnya sangat hampir dengan telinga Hara lalu Jimin meniupnya perlahan. Hara memejamkan matanya.

Ergh! This man. Dingin, tapi nakal.

“Aku akan tunggu.” kata Jimin sebelum dia jarakkan diri dari Hara lalu melepaskan tuala pada pinggangnya.

Laju Hara berlari keluar dari kamar mandi tersebut.

Dasar Jimin tak guna!

.

Okay, disebabkan sha tak nak hampakan reader kesayangan sha.

Here you go, one chapter for you😚

[💓]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you.
[🙏]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro