Bab 38🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARA tundukkan wajah, pandangan ibu mentua terhadap dirinya itu buatkan dirinya berasa tak selesa.

Jari manisnya yang tersemat sebentuk cincin kahwinnya dengan Jimin dia belek perlahan.

So, any good news?” soal wanita itu.

Serentak Hara dongakkan wajah, dia pandang Jimin yang duduk disebelahnya itu. Bibirnya diketap. Liurnya ditelan.

“Er.. be- belum lagi Puan.” jawab Hara, dia kembali tundukkan wajah bila wanita itu merenung tajam. Jarinya kembali dibelek.

“Apa maksudnya? Jimin? Kenapa masih tak ada hasil? Kamu berdua ni tak serius ke soal benda ni?” soal wanita itu. Hara bisukan diri.

“Ma, benda ni take time. Bukan buat sekali keluar dua tiga orang anak.” balas Jimin selamba. Hara mengemam bibir, menahan diri untuk ketawa.

Tahan Hara, tahan..

“Jangan main- main Jimin. Kamu tahu tak anak tu penting dalam keluarga ni? Kalau kamu tak ada keturunan, harta benda semua ni nak diturunkan kepada siapa?!” soal Puan Park.

Suaranya sudah naik satu oktaf kerana dia berfikir yang Jimin dan Hara tak ambil serius pasal benda ni.

“Jimin akan usahakannya..” ucap Jimin, mahu menenangkan ibunya itu. Hara pula sudah merah mukanya.

Ehem! U- usahakan apa Ji- Jimin?

“Huh. Usaha cepat. Kalau boleh ibu nak tengok cucu ibu secepat yang mungkin. Keluarga Park perlukan pewaris dengan kadar yang segera.” ucap wanita itu. Hara cuma tundukkan wajah, angguk tak, geleng pun tak.

“Kamu boleh tinggalkan kami sekejap.” wanita itu memberi arahan dan dengan penuh patuh Hara mengorak langkah menjauhi ruangan tersebut.

Jimin cuma memerhati dari ekor mata. Dia bersandar malas di sofa. Wajah ibunya dia pandang sekilas.

“Mina tak ada buat masa ni, kan?” soal Puan Park sambil meneguk segelas teh. Jimin mengangguk kecil.

“Jadi jangan ambil kesempatan dekat perempuan tu. Kita still tak tahu latar belakang dia, motif dia terima tawaran kahwin ni dan-”

“Ma, Jimin berhak buat apa je yang Jimin suka pada Hara. Dia isteri Jimin, bukan perempuan simpanan. Lagipun kita tak buat apa- apa kontrak yang tak membenarkan Jimin dekatkan diri dengan Hara.” balas Jimin tenang.

Berubah riak wajah Puan Park jadinya.

“Jadi kamu ada hati dengan dia?”

Jimin tidak menjawab, yang pastinya dia tak tahu nak jawab apa. Ianya diantara ya ataupun tidak.

Tapi Jimin tak mahu mengakui namun dalam masa yang sama dia juga tidak mahu menidakkan. Eum..

“Macam mana dengan Mina? Mina tu isteri Jimin juga tau.” balas Puan Park. Jimin melepaskan keluhan berat, dia urut keningnya.

“Dan Hara pun.. isteri Jimin-”

“Kamu akan lepaskan dia selepas dia lahirkan anak untuk keluarga Park. Dia takkan selamanya akan menjadi isteri kamu. Tolong ingat tu.” balas Puan Park.

Jimin mendiamkan diri.

“Tapi Hara.. dia lain daripada Mina.”

“D- dia selalu ada untuk Jimin, not like Mina. She's always busy with her work. Jimin selaku suami terasa terabai. Mama tak nampak ke semua tu?” balas Jimin.

“Semuanya akan berubah bila Hara lahirkan anak kamu. Mina akan jaga, kamu berdua akan jadi macam keluarga yang lain. Percayalah.”

Please don't turn your head from Mina..” pinta Puan Park.

“Dia perlukan kamu, dia perlukan kita semua..”

.

Don't worry, macam yg author cakap,

Jimin takkan dengar nasihat.

[🙈]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you.
[🙌]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro