Bab 41🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEPANJANG mesyuarat mingguan sedang berjalan, Jimin hanya merespon dengan deheman dan anggukan kepala sahaja.

Badannya saja yang ada didalam bilik mesyuarat namun fikirannya melayang ke rumah.

Entahlah kenapa, cuma fokusnya pada kerja hari itu seakan tak berapa  nak kuat. Mood dia lain matciam. Hem.

“Laporan kewangan syarikat untuk bulan ni agak memberangsangkan. Ada peningkatan yang berlaku di bahagian bahan mentah disebabkan harga bahan mentah yang makin meningkat,

tapi pengeluaran kita dalam bulan ni ikut sama meningkat, jadi dapat backup kos pengeluaran. Tempahan kita melebihi pengeluaran. So, i guess it's a good thing.” kata Jeong Wu, pelapor bahagian kewangan.

“Untuk bulan ni ada peningkatan sebanyak 5%, permintaan juga agak meningkat.” katanya lagi. Jeong Wu mengakhiri kata- katanya dengan deheman bila Bosnya, Park Jimin tak kunjung mencelah.

“Ahh ka- kamu boleh duduk.” kata Jimin sedikit membetulkan riak wajahnya bila kesemua pekerja didalam bilik mesyuarat tersebut mula memandangnya.

Kertas laporan kewangan yang bercampur dengan kertas kerja yang lain dia belek.

“Em, apa yang saya dengar yang untuk bulan ni, pencapaian kita melebihi bulan lepas. That's good.” kata Jimin.

Jujur dia cakap, dia lupa nak bina ayat bila asyik mengelamun dari tadi.

“I guess that's all for today, Ada soalan lagi?” soal Jimin.

“Em Bos, majlis makan malam yang Bos cadangkan minggu lalu akan diadakan esok malam. Jadi, saya harap Bos tak batalkan macam tahun lalu.” celah seorang pekerjanya.

Jimin menjongketkan kening.

“Ya, Bos. Tolong jangan batalkan. Lagipun kalau Bos tak ada partner Bos boleh bawa isteri kedua Bos. Cik Hara boleh gantikan Puan Mina.” kata seorang lagi.

Jimin mendiamkan diri.

Dinner tahun lepas dibatalkan pun sebab Mina tak dapat pergi. Jadi Jimin batalkan kerana nampak bosan tanpa Mina. But, sekarang dia ada Hara.. jadi no excuse.

Kali ini saya janji takkan batalkan.” kata Jimin dan serentak para pekerja didalam bilik mesyuarat tersebut bersorak gembira.

“Bos bawa Cik Hara, ya? Bolehlah berkenal- kenalan dengan isteri saya nanti.” kata pekerjanya. Jimin cuma mengangguk kecil.

“Saya dengar Cik Hara tu cantik orangnya, jadi rugi kalau tak berkenalan dengan dia sekali” kata Hans. Jimin cuma tersenyum kecil.

“Itu je untuk hari ni, terima kasih sebab hadirkan diri.” kata Jimin sebelum para pekerjanya berpusu- pusu keluar dari bilik meeting tersebut.

Jimin masih leka bersantai ditempatnya, telefon pintarnya dibelek. Gambar Hara serta dirinya ketika mereka kahwin bulan lalu.

Hara memang cantik mengenakan wedding dress, dia dibutakan dengan kebencian pada hari itu. Jadi kecantikan Hara tak terlihat olehnya.

Jimin swipe ke kiri lagi dan gambar Mina yang sedang tersenyum menghadirkan perasaan yang pelbagai dalam diri Jimin.

Jimin pejamkan matanya.

Rindunya terhadap Mina tak dapat dibendung. Nama itu masih memenuhi segenap ruang didalam hatinya.

Jadi sukar bagi dia untuk bersama dengan Hara kerana dalam hatinya masih tertulis nama Mina.

Ya, dia dah janji akan cuba. Tapi mencuba juga perlukan waktu lebih- lebih lagi melibatkan soal perasaan.

“Sayang.. i miss you.” bisiknya perlahan dan serentak sebuah panggilan masuk dari Mina.

Dengan cepat Jimin menggesel butang hijau. Senyumannya menjadi lebar.

Sayang..” panggil Jimin dengan riangnya, rindunya pada isteri pertamaya itu terlepas juga.

Jimin, aigoo. Buat apa sekarang?” soal Mina dihujung talian. Jimin melepaskan keluhan kecil, dia rindu. Terlalu rindu.

“Tengah kerja, sayang. Kenapa sekarang baru call?” soal Jimin, dia sandarkan tubuhnya pada kerusi.

Mian, saya baru habis meeting untuk collab design dengan designer lain. Niat nak call semalam, tapi lupa. Maaflah, hee” kata Mina. Jimin tersenyum.

“Sayang..”

Eum?”

Bogosipo (I miss you)..” bisik Jimin dan serentak air mata jantannya mengalir perlahan.

Rindu seorang suami untuk isterinya yang jauh disana.

I miss you too..” balas Mina.

Jimin mengemam bibirnya, dia tak kuat. Mina dan Hara merupakan dua orang wanita yang berbeza dan Mina ialah wanita yang sudah bersamanya hampir 3 tahun lamanya.

Jadi wajar jika dia lebih memilih Mina dari Hara..

I miss you so much..

.

Em, author sendiri nangis buat part ni,walaupun taklah sedih sangat..

I JUST DON'T KNOW WHYYY
😭

Only two chapter for today, okay?

[🙈]
Hai, sila tekan vote serta komen jika anda sudi.
Thank you❤
[💓]

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro