Bab 8🔐

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARA?

Hara yang sedari mengelamun tersentak bila namanya dipanggil. Terus muka Mingyuk menghiasi ruangan penglihatannya. Hara terkebil- kebil serentak senyuman Minhyuk buatkan hatinya berbunga- bunga seketika.

“Kenapa mengelamun ni?” soalnya lembut. Hara cuma membalas dengan senyuman tipis. Nak bagitau dekat Minhyuk yang dia akan dikahwinkan dengan suami orang ke?

Uish! Buat apa? Minhyuk bukannya suka kat aku pun.. Amari kita tepuk amai- amai.

Aniya..

“Hara tak apa- apa ke? Yalah, apa yang saya cakap tadi, rasanya Hara tak dengar satu pun.” katanya dengan bibir yang memuncung sambil sebatang pen yang dia pegang sedari tadi dia belek- belek. Alolololo.

“Erk, a-awak cakap apa tadi?”

“Ni, saya cakap pasal kerja kita tu. Saya dah buat research, dan bahagian saya hampir siap tinggal bahagian awak lagi.” terang Minhyuk seraya menayangkan laptopnya kepada aku. Aku hanya terkebil- kebil.

“Lajunya awak buat! Saya belum mula apa-apa lagi.” kata Hara, sedikit kagum dengan kecepatan Minhyuk menyiapkan bahagiannya. Mendengarkan Hara berkata begitu buatkan senyuman Minhyuk lebar.

“Saya tak ada benda nak buat, jadi saya siapkan ini. Em, Hara kalau nak buat jangan kelam kabut sangat. Nanti stress.” kata Minhyuk memberi nasihat, dia membiarkan Hara meneliti hasil kerjanya sambil matanya ralit merenung wajah gadis itu.

“Ibu Hara dah balik dari Jepun ke?” soal Minhyuk yang sememangnya rapat dengan ibu aku. Yalah, ibu Minhyuk berkawan rapat dengan ibu aku dan secara tak rasminya aku menjadi rapat dengan Minhyuk dan entah, aku boleh jatuh hati pula dengan dia ni. Tapi dia cakap, dia anggap aku adik dia je.. Huh. Seksa tahu tak!

“Em.. belum lagi. Minggu depan lusa kot. Lagipun Naeun unnie nak spend time dengan ibu.” kata aku. Minhyuk terangguk- angguk kecil. Dia mengangkat tangan bila seorang kawannya menyapanya di meja hujung dewan makan tersebut.

“Jadi Hara tinggal seorang la, ni?” tanyanya. Aku cuma tersengih bila mendapat gelengan kecil darinya.

“Tinggal dengan mama nak?”

“Eih, saya masih boleh jaga dirilah.” jawabku seraya pura- pura menaip sesuatu pada laptop dia bila Minhyuk pandang aku dengan pandangan tajam. Aku dengar dia mengeluh kecil.

“Tak apalah, yang penting Hara jaga diri.” katanya lembut lalu lengan aku dia sentuh perlahan. Hah.. aku rasa.. aku rasa nak terbang pulak dah! Uih! Kenapalah kau tak boleh nak kawal diri sangat ni Hara?

“Hem.. Hara tunggu sini. Saya nak jumpa kawan kejap.” katanya sebelum mengangkat punggung menuju ke meja dihujung sana. Hara hanya memandang dengan senyuman yang tak lengkang dari bibir.

...

Puan?”

Gelabah Hara membuka gate untuk membenarkan Mina masuk. Wanita itu cuma tersenyum lebar, dia masuk kedalam rumah sambil membawa beberapa buah bakul kertas pelbagai jenama.

“Lama ke Puan tunggu saya?”

“Tak adalah lama sangat Cik Hara, 10 minit je.” kata Mina seraya melabuhkan punggung diatas sofa. Beg- beg kertas dia letakkan atas meja ditengah ruang tamu tersebut.

“Puan dari mana?”

Shopping, em saya ada belikan Cik Hara pakaian serta beg juga. Yalah, kita bukannya orang asing lagi, kan?” kata Mina seraya menarik beg kertas lalu mengeluarkan sehelai dress serta t-shirt dari jenama Gucci tersebut. Kemudian beg kertas seterusnya dibuka, dia keluarkan pula beg berjenama Luios Vuiton.

Tak banyak sangat ke Puan?” soal Hara sambil mengetap bibirnya. Yalah, dia mana pernah pakai barangan berjenama sebelum ini. Mahal tau harga dia!

Aniya.. saya belikan untuk Cik Hara sebab malam ni, bakal mak mentua Cik Hara jemput makan malam. Cik Hara mesti datang, Jimin yang jemput nanti”

“Ta- tapi saya tak bagi kata putus lagi” kata Hara dan serentak senyuman Mina pudar.

“Tapi Jimin cakap Cik Hara dah setuju..” kata Mina dengan nada sayu. Hara mengetap bibir.

Nak kena Park Jimin ni! Sudahlah minuman hari tu dia tak bayar lagi! Sekarang dia berani buat keputusan yang aku sendiri tak buat?!

Argh!

.

Note from auhtor; just prepare your heart after this.😥

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro