Bab 23☁

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🍀

"Kenapa tak tidur lagi?" teguran dari Namjoon buatkan fokus aku pada televisyen sedikit hilang. Aku dongakkan wajah sebelum mata aku bertembung dengan mata dia.

"Ahh, em saya tak mengantuk lagi." jawab aku, dia mengangguk kecil sebelum melangkah merapati aku lalu punggungnya dilabuhkan di tempat kosong disamping aku. Aku jarakkan diri, namun bila dia letakkan lengannya pada bahu aku, tindakan aku terbantut.

"Tengok cerita apa?"

"Em.. Fast & Furious 8?" jawab aku. Dia jongket kening lalu ketawa kecil, tapak tangan aku dia raih lalu cium perlahan.

"Jangan suka sangat layan film action ni, nanti dekat saya nak tunjuk cool je"

"Ehh mana ada!" jawab aku buatkan dia menoleh memandang aku, tapak tangan aku dilepaskan lalu hidung aku dicubit perlahan.

"Buktinya, sayang tak pernah nak sweet sweet dengan saya, pujuk saya dan kiss pun sayang tak buat.." bisiknya buatkan aku mengetap bibir. Itu ke maksud dia? Cool aku tu merujuk kepada sikap aku pada dia yang malu- malu tu?

"I mean, kiss tu saya fahamlah, awak tak biasa. But, tak boleh ke awak manjakan saya walau sekali? Macam usap rambut saya ke, apa ke.." adu Namjoon lalu sandarkan kepalanya pada bahu aku.

"Erk, a- awak nak saya buat macam tu?"

"Yalah, tapi saya tak paksa okay? I'm just saying.. " kata Namjoon lalu rebahkan kepalanya diatas paha aku. Keadaan itu buatkan aku rasa kekok, aku jadi tak tentu arah bila dia pandang aku dengan pandangan redup, aku keliru antara nak sambung tengok tv ke nak pandang suami aku ke atau nak pandang dinding?

"Sayang nak tahu macam mana saya boleh jatuh cinta dekat sayang?" tanyanya buatkan aku laju memandang dia. Terkelip- kelip mata aku.

"Me- mestilah nak.." jawab aku. Dia tersenyum.

"Sayang pernah tak dengar perumpamaan, dari mata jatuh ke hati?" soalnya. Aku mengangguk, tangan aku perlahan- lahan mengusap rambut tanpa dia sendiri sedar. Namjoon tersenyum.

"Saya selalu perati sayang senyap- senyap, you know, saya nampak macam stalker kadang- kadang, but what can I say? It's love. Saya pendam perasaan ni selama bertahun- tahun sebab bimbang awak ada orang lain."

"Dan sayang nak tahu? Setiap kali kita berdua, hati saya berdebar tak tentu arah, awak tahu tak betapa susahnya saya nak alihkan perhatian dan pandangan saya pada awak? Awak tahu tak betapa rindunya saya pada awak dalam sehari? Kalau awak tak datang kerja? It's hard to believe, I'm deeply into you. I love you so much. That's all can I say in my own imagination." dia sentuh pipi aku.

"..sayang nak tahu tak? Bila saya ajak awak pergi makan malam hari tu? Saya plan nak luahkan perasaan saya, malam tu, pada awak. Tapi lain pulak yang terjadi bila perkataan kahwin tu meluncur keluar dari mulut saya. Itu bukan sebahagian dari rancangan saya, dan saya takkan paksa kalau awak cakap awak dah ada orang lain, tapi awak terima. Dan itu buatkan saya gembira tak terkata.." luah Namjoon sambil bibirnya tak lengkang dengan senyuman.

"..dan pandangan mata awak tu antara salah satu punca utama yang buat saya jatuh cinta pada awak" katanya buatkan aku rasa terharu. Tak semena- mena air mata aku mengalir ke pipi. Ahh aku tak bolehlah dengan benda- benda berbaur luahan perasaan ni. Aku terharu! Aku lemah dengan Namjoon!

"Hey.. kenapa menangis pulak ni?" soal Namjoon lalu bingkas lelaki itu bangun, dengan lembut, dia usap pipi aku dengan jari dia. Pipi aku dia tekup.

"Terharu eah?"

"Mestilah saya terharu! Awak ni.." kata aku buatkan dia ketawa perlahan, bibir dia singgah di dahi aku, turun ke kening, ke hidung lalu terjeda seketika sambil matanya memandang bibir aku. Mungkin dia sedikit teragak- agak untuk bertindak lebih. Aku ketap bibir sebelum secepat kilat aku rapatkan wajah lalu cium bibir dia sekilas.

"sayanggg.." rengeknya seraya menarik aku kedalam pelukan buatkan aku tersembam pada dadanya.

"I'm so happy sayang, I'm so damn happy!" tuturnya lalu memeluk aku erat seakan dia mahu aku mati lemas disebabkan pelukan erat dia.

"Ke- kenapa awak tak cuba confess pada saya?" soal aku tersedu- sedan. Dia ketawakan aku, tapak tangan aku dia raih sebelum dia cium perlahan.

"Sayang, waktu tu saya masih tak ada keyakinan, saya takut awak tak selesa. Dan salah satu cara untuk dapatkan perhatian awak, saya cuba untuk act cold, act cool and act macho dihadapan awak. Sebab perhatian awak, kebahagiaan saya dalam diam.." ucapnya, serentak aku peluk leher dia dan dia balas dengan pelukan juga.

Ya tuhan, terima kasih sebab hadirkan lelaki seperti Namjoon untuk aku.

.

Yuhuuuuu.
Rindu ai ke?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro