Bab 28💌

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌙

“Aera.. boleh tak kita berbincang?” kata Ruiji seraya sedaya upaya hendak menyamakan langkah kakinya dengan Aera. Dia mengikuti Aera hingga ke pintu gerbang universiti.

“Nak bincang pasal apa lagi, Ruiji? Kan saya dah cakap? Saya ni dah berpunya! Batalkan saja niat awak nak miliki saya!” kata Aera separuh menengking.

Ruiji mengetap bibir, panas hati dia. Tak semena- mena lengan Aera ditariknya kasar dan gadis itu ditarik masuk kedalam kereta.

“Ruiji! Lepaskan saya!”

“Kita perlu berbincang!”

“Bukan macam ni caranya! Lepaskan saya!”

Aera menjerit didalam kereta namun dia tidak boleh berbuat apa- apa bila kereta milik Ruiji sudah meluncur diatas jalan raya. Tangisan Aera buatkan fokus Ruiji terhadap pemanduannya terganggu.

“Saya tak akan apa- apakan awak. Saya cuma nak berbincang.. not more than that..” ucap Ruiji lembut. Aera mendiamkan diri, lelaki seperti Ruiji memang tidak boleh dipercaya langsung.

Walaupun ketika kereta lelaki itu sudah terparking elok di tempat letak kereta berhampiran dengan Sungai Han, Aera masih tidak berhenti menangis.

“Saya minta maaf..”

“Kenapa awak buat macam ni? Tolonglah jangan paksa saya.. sebab makin awak paksa, makin saya bencikan awak..” kata Aera. Lelaki itu mendiamkan diri.

“Apa yang menarik sangat pasal lelaki yang sedang awak tunggu tu, huh? Awak tak terfikir ke kalau dia yang jauh disana sudah berpunya?”

“Awak tak kenal dia-”

“Hati manusia boleh berubah, Aera..”

“Tapi hati dia dan saya tak akan. Dia orang yang setia, begitu juga saya.”

Ruiji yang mendengarnya mengeluh berat. Kali ini, dia sukar untuk melaksanakan misi dia. Misi untuk membuatkan Aera jatuh cinta kepada dirinya. Misi untuk memikat kekasih seorang penyanyi terkenal dunia. Misi khas yang diberikan oleh mereka.

Awak nak tahu siapa saya?

Aera masih terisak perlahan, dia dongakkan wajah. Ruiji sedang merenung stereng kereta sambil mengetap bibir.

“Saya orang suruhan Kim Seokjin, kawan boyfriend awak.”

“Mwo?”

“Mereka tak nak reputasi dan fokus Suga jatuh disebabkan bercinta dengan awak. Awak tahu, kan? Kalau pihak media tahu pasal hubungan ni, Suga akan kena attack dengan toxic fan dan awak berkemungkinan akan kena tempiasnya..” terang Ruiji.

“Dan mereka tak nak perkara ni berlaku jadi mereka upah saya untuk buat awak jatuh cinta pada saya. Untuk alihkan perhatian awak dari Suga, untuk lupakan lelaki tu. Seokjin yang cadangkan, saya cuma ikutkan.”

“Seokjin.. saya tak sangka dia sanggup buat macam ni..” kata Aera, tangisannya mulai reda.

“Tapi, saya fikir misi ni cumalah misi yang biasa. Tapi saya tak tipu, saya betul- betulkan sukakan awak, Aera..” bisik Ruji. Aera mengetap bibir.

“Maaf, saya tak boleh padam nama Yoongi dalam hati saya” kata Aera sebelum melangkah keluar dari kereta milik Ruiji.

Huh..”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro