➜마음 41

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•


“Kau dah puas ke lepas apa yang kau dah buat kat diorang? Kenapa kau buat macam ni? Apa salah diorang kat kau?”

Soal San bertubi-tubi pada Yunho. Sungguh dia berasa sangat geram dengan Yunho sekarang.

Dia tidak menyangka bahawa Wooyoung dan Yeosang selama ini sudah tertipu! Mereka telah ditipu oleh Yunho!

“Sebabnya, diorang berdua tu merimaskan aku. Tak aman aku nak belajar sebab Wooyoung selalu ambil tempat aku,” jawab Yunho angkuh. Dia tersenyum puas.

San terasa tercabar dengan Yunho. Lantas dia menyentuh sedikit tangan Yunho untuk mendengar semua isi hati Yunho itu.

“Lagi bagus kalau Wooyoung mati! Aman hidup aku.”

“Nanti lepas ni bolehlah aku target kat Yeosang! Dia tu memang senang sangat nak dikenakan!”

San mula tertawa selepas mendengar isi hati Yunho tadi. Dia sudah agak. Memang Yunho penyebab mereka berdua jadi begitu.

“Aku tak sangka kau selicik ni, Yunho. Tapi kau ingat kau boleh terlepas macam tu jer ke?” kata-kata San tadi membuatkan Yunho hairan sedikit.

“Terlepas apa? Kau tahu ke apa yang aku dah buat selama ni?” tanya Yunho dengan nada mengejek.

San mengangguk. Senyuman sinis pada bibirnya masih lagi terukir.

“Ya, aku tahu semuanya. Aku tahu yang kau kotorkan loker dan conteng buku nota Wooyoung dulu supaya Wooyoung syak yang Yeosang buat semua tu.”

“Aku tahu yang kau sebenarnya punca Yeosang dituduh meniru. Kau letak buku-buku nota Yeosang kat tandas lepas tu kau sembunyi kamera supaya kau dapat tangkap gambar bahawa Yeosang meniru masa ujian masih berlangsung.”

“Dan aku tahu yang gambar aku bersama dengan Wooyoung dulu kau yang ambil. Kau bagi kat Mingi lepas tu kau suruh dia hasut Yeosang supaya takutkan Wooyoung.”

Then, kau menyamar jadi Yeosang masa kau mesej dengan omma Wooyoung hari tu. Kau hantar gambar kitorang kat dia supaya dia tahu yang selama ni Wooyoung berkawan dengan aku.”

Yunho termati kata selepas mendengar penjelasan dari San tadi. Dia tidak tahu bagaimana San tahu semua rancangan dia itu.

Dia sudah buat dengan baik dan yakin sangat bahawa tiada sesiapa yang tahu!

“Ma-mana kau tahu ni?” tanya Yunho tergagap.

“Aku tahu sebab aku tak bodoh macam kau. Kau tahu tak tindakkan kau ni meragut nyawa Wooyoung? Kau nak dianggap sebagai pembunuh ke?”

San tidak membalas sebaliknya menyoal pada Yunho pula. Sudah terang-terang bukti dia disini! Yunho tidak boleh lari ke mana-mana lagi.

Yunho tersenyum puas. Baginya tiada apa pun yang perlu dia takut. Kerana hal ini sedang berlaku pun.

“Jadi? Kau nak tangkap aku? Ahahaha! Aku rasa kalau kau beritahu kat orang lain pun bukannya diorang percaya,” cebik Yunho.

“Aku boleh beritahu hal sebenar ni kat sesiapa kalau kau nak. Mana tahu mungkin nama kau akan busuk tak lama lagi...”

Hati Yunho mula panas sebaik sahaja San kata begitu tadi. Dia mencengkam koler baju San dengan kasar.

“Kau nak apa sebenarnya?” jerkahnya. San menepis tangannya dengan kasar.

“Aku nak kau hentikan semua ni! Kalau tak, aku memang akan bongkarkan semua rancangan dan apa yang kau dah buat kat satu sekolah ni!”

Ugut San kasar. Yunho mendengus geram. Dia tidak tahu untuk buat apa-apa sekarang.

“Heh! Kalau macam tu aku boleh jer berhenti,” cemuh Yunho. San tersenyum.

“Eh, ada lagi aku nak pesan kat kau.”

“Kau nak apa lagi?”

“Tinggalkan Wooyoung dan Yeosang. Aku tak nak diorang terseksa disebabkan tindakkan kau tu.”

Ugut San lagi. Kali ini dia betul-betul serius. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan Wooyoung dan Yeosang selamat.

Yunho mencebik. Lalu dia mengangguk tanda setuju.

“Okey.”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro