Bab 45❄💫

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

🌼

"Areum!"

"Ha, apa! Apa!" Areum buat muka blur bila disergah Yoora. Melekek- lekek ketawa Yoora bila nampak muka Areum yang tengah hairan tu. Eeeee comel!

"Kau ni kenapa? Aku tengok mengelamun je dari tadi" kata Yoora lalu mengulurkan Nabati pada Areum. Laju kepala gadis itu tergelang tanda tak mahu. Dia rasa mula je akhir- akhir ni. Tahulah sebab effect mengandung, tapi kalau setiap masa nak muntah je, terus hilang mood nak buat kerja.

"Kau ada masalah?"

"Tak ada.."

"Eleh, tak ada konon! Luaran je tu! Dalaman pulak dah habis hancur lebur!" Perli Yoora. Areum muncungkan bibir, serta merta dia berubah monyok. Malaslah dia nak cerita. Nanti kena cakap tak respect suami.

"Aku tak sedap badan je.."

"Ha? Ohh, ya! Aku lupa, kau bakal jadi ibu muda kan? Alololololo ciannya kawan aku ni. Dah sampai seru nak jadi mama." Kata Yoora. Dengan cepat dia habiskan Nabatinya lalu merapatkan dirinya dengan aku.

"Weh.."

"Em?"

"Nak pegang baby bump" pinta Yoora buatkan aku laju memandang dia. Yoora tersengih sebelum muncungkan bibir kearah perut aku.

"Belum ada baby bumplah!" Kata aku. Yoora hanya tergelak sebelum menyentuh perut aku lembut. Serta merta bibirnya melebar dengan senyuman. Gembira tak terkata sebab dapat pegang baby bump bestfriend sendiri.

"Macam best je.." kata Yoora serentak buatkan Areum merenung tajam kearahnya gadis tersebut.

"Apa?"

"Kau jangan macam- macam Yoora. Aku sembelih kau nanti bila aku dengar benda tak baik!"

"Ehh sampai kesitu pulak! Aku cakap macam best je! Bukannya nak try.." kata Yoora.

"Yelah tu.."

"Ni, em. Suami beku kau, Jimin dah tahu?" Soal Yoora sebelum sambung makan Nabati dia yang masih terisa 4 batang tersebut. Areum mendiamkan diri. Rasa susah nak dia bukak cerita pasal lelaki itu. Jimin ni, kalau dia dah sakitkan hati tu, boleh buat aku rasa nak berpenyakit hadap lelaki itu.

"Kau belum bagitau dia lagi ke? Kenapa?"

"Nantilah.. bila Jimin dah free sikit." Kata Areum sebelum meremas hujung bajunya. Haih. Nanti? Tunggu Jimin dah free? Nampak macam dia takkan free pun untuk sehari dua ni.

"Kau nak tunggu dia free? Bila?"

"Tak tahu"

Areum bermain dengan buku notanya. Setiap lembaran buku diselaknya tanpa niat. Susah juga kalau dapat suami beku ni. Tak kena dihatinya walaupun secalit, dah melenting setahun.

"Mama mentua kau tahu pasal benda ni?" Soal Yoora dan disambut dengan gelengan dari Areum. Serta merta tapak tangan Yoora hinggap pada paha gadis itu. Geram pulak dia dengan Areum ni!

"Bagitaulah dia!"

"Yalah! Yalah! Nanti aku bagitau dia!" Balas Areum. Mengalah.

🌼

"Malam ni, tak payah masak. Aku dah makan luar" Jimin berkata perlahan sebelum membawa gelas berisi nescafe berlalu keluar dari dapur, menuju ke bilik kerjanya. Areum hanya membalas dengan deheman.

Jimin.. kenapa makin dingin ni?

"Huh.."

Areum mencuci gelas yang dia gunakan tadi sebelum melangkah keluar dari dapur. Cardigan dibetulkan sebelum dia membawa langkah kaki ke ruang tamu. Kusyen kusyen yang sedikit berselerak dia betulkan.

"Abang.. sa- saya mengandung"

Areum memasang telinga, matanya tertancap pada kaca televisyen yang sedang memaparkan satu drama yang mengisahkan sebuah rumah tangga seorang wanita. Pelakon lelaki utama, yang aku kenali berperan sebagai Lee dong wook itu membuat wajah sedikit terkejut dengan berita yang disampaikan.

"Yeobo.. awak tak bergurau kan?"

"Mestilah tak!"

Serentak pelakon lelaki itu berlari memeluk sang isteri. Gembira tak terkata terpancar pada wajahnya. Areum merenung kaca televisyen, berkhayal lebih tepatnya. Macam tu ke reaksi Jimin kalau dia tahu yang dia tengah mengandung?

"Em.. bagitau sekaranglah"

Dengan penuh debaran, Areum melangkah menghampiri bilik kerja Jimin lalu mengetuk pintunya sebanyak 2 kali. Tiada sahutan dari lelaki itu, bermakna dia memang tidak mahu diganggu. Tapi Areum apa kesah? Kalau bukan sekarang, takkan nak harapkan esok hari? Mana tahu Jimin tak balik?

Clek!

"Jimin-"

"Siapa benarkan kau masuk?" Teguran dari Jimin dengan nada dinginnya itu buatkan Areum rasa kecut perut. Teragak- agak dia hendak melangkah masuk. Akhirnya dia mengalah dan hanya berdiri didepan pintu dengan senyuman kelat.

"Sorry.. saya tak sengaja"

"Tak sengaja ke memang sengaja? Kenapa sampai masuk dalam ni? Apa kau nak?"

"Err saya cuba nak bagitau awak something-"

"Tak boleh bagitau nanti ke? Aku kan kat rumah dah sekarang. Tak boleh bagitau nanti?"

"Jimin, okay. Saya minta maaf banyak- banyak dekat awak. Saya cuma nak bagitau yang saya dah buat check up, dan.. dan hasilnya positif. Saya mengandung. Okay? Saya cuma nak bagitau awak yang saya mengandung. Awak nak dengar tu, kan? Tapi tak apalah, nampaknya awak busy. Maaf menganggu.." kata Areum sebelum menundukkan badan, meminta maaf sebelum pintu bilik kerja kembali ditutup.

"Huh.."

Puas?

Tersangat puas.

.

.

Ohh la la la

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro