Culprit 06

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Malam ini kita akan berhubung dengan Seeun lagi." Beritahu Minjae kepada semua ahli HIKERZ.

Walaupun dalam kepenatan, Minjae ingin mencuri sedikit masa untuk berhubung dengan Seeun. Mereka perlu mengetahui pembunuh Seeun secepat mungkin. Sekiranya tidak, pasti perkara buruk akan berlarutan.

"Erm... Hyung..." Jinsik cuba ingin mengatakan sesuatu dengan riak wajah yang tidak senang.

"Kenapa Jinsik?"

"Aku rasa kita patut stop main papan ouija ni..." Katanya membuatkan Minjae terangkat kening. Semua ahli yang mendengar itu mula berasa hairan.

"Kenapa kau cakap macam tu?" Tanya Hyunwoo ingin tahu. Junghoon disebelahnya menyampuk.

"Yalah. Hyung tak nak tahukah siapa pembunuh Seeun?"

"Bukan itu maksud aku..."

"Habis itu apa lah?" Hairan Minjae.

"Aku rasa roh Seeun memang tak tenang sekarang. Makin kita seru, makin dia merana." Jawapan Jinsik itu menaikkan rasa pelik mereka semua.

"Apa maksud hyung? Kami tak faham." soal Yechan. Jinsik berasa sedikit resah.

"Tadi di sekolah aku diganggu dengan roh Seeun..."

Kata-kata Jinsik tadi mengejutkan semua ahli HIKERZ.

"Serius? Apa yang roh Seeun buat pada kau?" Tanya Junmin risau. Pantas Jinsik menggelengkan kepala.

"Masa aku di bilik loker, aku ternampak bayangan seseorang berada di belakang aku. Bila aku toleh, bayangan itu lenyap. Tetapi bila aku tutup pintu loker aku, aku terkejut tengok ada tulisan dekat situ. Warna dia macam warna darah."

"Apa yang ia tertulis?" Hunter menyampuk.

"Ia tertulis AKU TAK TENANG. AKU NAK BALAS DENDAM. Lebih kurang macam tu. Tak lama lepas itu tulisan tu hilang."

Suasana dalam dorm tiba-tiba menjadi sepi selepas mendengar cerita yang disampaikan oleh Jinsik sebentar tadi. Minjae mula menggaru kepalanya yang tidak terasa gatal itu.

Nampaknya memang benarlah bahawa roh Seeun tidak tenang sekarang.

"Nak tak nak kita kena main juga papan ouija itu." Kata-kata Minjae tadi membuatkan semua orang terkejut. Lebih-lebih lagi Jinsik.

"Hyung tak dengarkah apa yang Jinsik cerita tadi? Makin kita main, makin teruk kita akan diganggu!" Sumin cuba untuk membantah. Tetapi Minjae disokong oleh Yujun.

"Ya. Memang kita semua akan diganggu. Sebab itulah kita kena teruskan bermain juga. Kita kena cari pembunuh Seeun sampai jumpa!"

"Betul kata Yujun. Mana tahu roh Seeun akan tenang selepas kita jumpa pembunuh itu." Ujar Junghoon juga sependapat dengan Yujun dan Minjae.

Sumin dan Jinsik terkelu lidah. Mereka tidak tahu apa lagi yang patut mereka buat sekarang. Walaupun ia amat membahayakan nyawa mereka semua, tetapi mereka perlu cari juga dalang disebalik kes ini berlaku.

Minjae memandang semua wajah ahlinya satu persatu. Kelihatan mereka semua resah gelisah. Begitu juga dengan dirinya.

Tetapi mereka perlu lakukan juga. Semuanya demi kebenaran Seeun sendiri.

------------------

Seperti yang telah dikatakan, semua ahli HIKERZ berkumpul di ruang tamu untuk bermain papan ouija dengan suasana yang gelap. Mereka hanya ditemani dengan cahaya lilin api yang kecil sahaja.

Apabila semua meletakkan jari di atas petunjuk itu, barulah Minjae membaca beberapa mantera.

Spirit near, spirit of the board.
We are here to call you.
Please come here.

I'm Minjae, leader of HIKERZ.
We are here to call our dead friend, Seeun.
Are you here? Please answer me.

Tidak mengambil masa yang lama. Petunjuk itu mula bergerak menuju ke satu perkataan yang terdapat pada papan ouija tersebut.

YES

"Seeun, apa perasaan kau sekarang?" Tanya Minjae perlahan. Lalu petunjuk itu mula bergerak lagi sekali.

M-A-R-A-H- S-E-D-I-H

Mereka berpandangan antara satu sama lain. Apa yang diceritakan oleh Jinsik tadi memang benar. Roh Seeun tidak tenang sekarang.

Lalu Minjae kembali melontarkan soalan.

"Boleh kah kau bagi kami klu kedua?"

Diam...

Tiada respond yang dibalas.

Mereka semua berasa pelik. Mengapa petunjuk itu tidak bergerak dari tadi?

"Seeun? Kau masih ada di sini?" tegur Hyunwoo. Lalu petunjuk itu bergerak sendiri ke arah satu perkataan yang sama.

YES

"Kami cuba untuk cari pembunuh kau, Seeun. Boleh kah kau bagi kami klu kedua?" Pinta Minjae lagi sekali.

Petunjuk itu akhirnya mula bergerak laju menyebabkan mereka berasa sukar untuk ikut. Minjae cuba untuk membaca beberapa huruf abjad yang ditunjukkan oleh Seeun.

D-I-A- A-D-A- A-D-I-K- B-E-R-A-D-I-K

Mereka terpaku. Jadi klu kedua pembunuh Seeun ialah mempunyai adik beradik. Lalu petunjuk itu mula bergerak lagi menyebabkan mereka terkejut.

A-K-U- B-E-N-C-I- K-A-U

A-K-U- T-A-K- A-K-A-N- M-A-A-F-K-A-N

Sungguh apa yang dikatakan oleh Seeun tadi bukanlah petanda yang baik. Ia menyebabkan HIKERZ berasa takut yang amat.

Mahu atau tidak, mereka terpaksa menamatkan permainan untuk membincangkan hal ini lebih lagi sesama sendiri.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro