Culprit 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di dalam bilik yang sunyi dan hanya ditemani dengan bunyi pendingin hawa, Yujun membuat kerja sekolahnya seorang diri. Walaupun dia sekelas dengan Junghoon dan Yechan, jarang sekali mereka membuat kerja sekolah bersama-sama.

Mungkin kerana dalam dorm mereka lebih suka bersama ahli-ahli yang lain? Yujun tidak kisah semua itu. Namun dia terasa sedikit sunyi sekarang.

Dulu, Seeun selalu menemaninya ketika dia membuat kerja sekolah. Kadang kala Yujun juga akan meminta pertolongan daripada Seeun untuk mengajarnya dalam mana-mana bahagian yang dia tidak faham.

Tetapi sekarang Seeun sudah tiada. Yujun mengeluh perlahan. Entah mengapa rasa rindu terhadap Seeun itu mula terbuku dalam hatinya.

Ya, dia memang rapat dengan Seeun. Sebelum mereka debut dalam HIKERZ, Seeun lah yang menjaganya dan membimbingnya ketika dia dalam kesusahan. Boleh dikatakan zaman dulu dia sentiasa bersama Seeun sahaja.

Tipulah sekiranya dia katakan dia tidak rindu pada salah seorang kawan baiknya sendiri yang sudah tiada sekarang.

Tatkala Yujun sedang cuba fokus belajar, dia secara tidak sengaja terjatuhkan pen hitamnya di atas lantai. Dengan pantas dia terus mencapai pen tersebut.

Pen itu terkeluar sedikit dakwat akibat terjatuh tadi menyebabkan jari Yujun menjadi kotor. Namun dia hairan kerana jarinya itu kotor bukan disebabkan dakwat pen.

Melainkan warna merah yang seakan-akan warna darah berada pada jarinya itu.

"Huh?" Yujun keliru. Tidak mungkin tangannya luka.

Baru sahaja dia mahu meletakkan semula pen itu di atas meja, dia terkejut melihat buku latihannya sudah diconteng dengan darah.

"A-apa ni?"

Yujun berasa sedikit takut. Anak matanya laju melilau keadaan di sekelilingnya.

Tiada sesiapa yang berada dalam bilik melainkan dia seorang sahaja. Yujun cuba untuk menenangkan diri dan mengambil buku latihan itu untuk membaca setiap contengan yang terdapat pada buku tersebut.

Aku rindu kau, Yujun...

Tolong aku...

Cari pembunuh tu...

Aku terseksa sampai sekarang...

Anak mata Yujun membulat. Tidak lain dan bukan, ini pasti mesej yang diberikan oleh Seeun! Dengan beraninya dia bersuara bagi membalas mesej tersebut.

"Aku akan tolong kau, Seeun. Tolong bagi aku sedikit masa untuk aku cari pembunuh kau."

Diam...

Tiada apa-apa yang respond.

Melainkan buku latihan Yujun itu diselak secara sendiri dan muncul beberapa perkataan yang baru.

Aku percayakan kau.

Satu senyuman nipis terukir pada bibir Yujun. Rasa takut itu juga serta merta hilang selepas dia membaca mesej Seeun tadi.

"Terima kasih."

----------------------

Pagi itu, semua ahli HIKERZ berkumpul di bilik latihan mereka. Encik Lim telah memaklumkan bahawa akan ada seorang wartawan datang untuk bersoal siasat dengan mereka semua mengenai kematian Seeun.

Mereka semua langsung tidak berbicara sehinggalah wartawan itu datang masuk ke bilik latihan. Terus semua ahli HIKERZ bangun dan mengucapkan selamat datang kepada wartawan tersebut.

"Apa khabar? Kami HIKERZ." Ucap mereka semua serentak. Wartawan itu tersenyum garis.

"Hi, khabar baik. Saya Ryuna, wartawan Seoul."

Selepas memperkenalkan diri, wartawan yang dikenali sebagai Ryuna terus berbicara dengan setiap seorang ahli HIKERZ mengenai kes kematian Seeun.

"Boleh saya tahu apa yang kamu buat pada waktu malam sebelum kejadian itu berlaku?"

"Saya duduk dalam bilik bersama Hyunwoo." - Minjae

"Saya bermain game bersama Yujun dalam bilik kami sendiri." - Jinsik

"Saya buat kerja sekolah bersama Hunter dan Junghoon di ruang tamu." - Yechan

"Saya pula keluar membeli barang bersama Sumin." - Junmin.

"Sebelum kejadian itu berlaku, apa yang Seeun buat?"

"Kami pada mulanya tak tahu apa yang dia buat. Sebab kami semua tiada bersama dengannya." - Sumin

"Beberapa hari lepas kami ada bermain papan ouija untuk berhubung dengan Seeun. Dia beritahu kami yang waktu itu dia sedang baca buku." - Junghoon

"Bagi kamu, Seeun tu macam mana orangnya?"

"Dia hanya budak biasa yang pandai dan suka menyakat orang lain." - Hunter

"Dia baik. Dia selalu manjakan saya." - Yujun

"Bagi saya dia okey. Memang ada kalanya dia nakal tetapi saya memang suka sikap dia." - Hyunwoo

"Kamu rasa apa motif pembunuh itu membunuh Seeun?"

"Saya tak pasti. Mungkin dendam?" - Minjae

"Saya tak tahu." - Yechan

"Seeun seorang yang berbakat dan dia banyak part dalam menyanyi. Mungkin pembunuh itu cemburu dengan kebolehan dia?" - Hunter

"Saya syak dendam. Sebab Seeun pernah bergaduh dengan kami semua." - Jinsik

"Saya tak pasti. Tetapi saya rasa motif pembunuh itu mungkin sebab cemburu." - Junmin

"Mungkin ada yang tak puas hati. Sebab saya rasa ada dalam kalangan kami yang tidak puas hati dengan apa yang Seeun dapat." - Yujun

"Seeun memang suka menyakat orang. Saya syak mungkin sebab tak suka dengan cara dia sakat tu jadi pembunuh tu bunuh dia." - Sumin

"Saya rasa dendam." - Junghoon

"Sama ada dendam atau cemburu. Tetapi saya masih tak tahu apa motif dia." - Hyunwoo

Selepas sahaja sesi soal siasat itu selesai, barulah Ryuna keluar dari bilik latihan dan semua ahli HIKERZ kembali ke dorm mereka semula.

Sekali lagi, sesi soal siasat ini tidak membuahkan apa-apa hasil bagi kes ini. Mereka masih tidak jumpa lagi pembunuh yang sebenar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro