𝓑𝓐𝓑 19

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bangun pagi Tengku Dayren kali ini ditemani dengan Antasya di sebelah. Wajah tenang isterinya dilihat penuh minat. Jatuh cinta memang begini ke? Kenapa masa dengan Zara dia tidak rasa begini?

"Tolong, jangan tinggalkan aku". Wajah Antasya diusap perlahan, tidak mahu menganggu tidur si gadis. Namun tiba-tiba mata Antasya terbuka. Tengku Dayren tersenyum lembut.

"Selamat pagi". Gadis itu sekadar mengangguk sahaja. Dia masih mamai. Terasa mata ingin terlelap sahaja.

"Kenapa awak tak kejut saya?".

"Saja, lagipun awak tak boleh solat kan?".

Muka Antasya mula kemerahan. Bantal yang ditidurnya tadi diambil dan ditutup wajahnya. Hisy lelaki ni, malulah...

"Jangan la cakap". Antasya protes. Bantal diturunkan ke bawah sedikit. Bagi tidak menutup matanya. Memandang wajah Tengku Dayren disebelah. Lelaki itu sudah lelap. Bantal ditepikan.

"Kan bagus, kalau saya seorang sahaja yang sayang awak. Mesti saya akan cari moment bahagia antara saya dengan awak memandangkan masa saya tak banyak". Tangan perlahan menyentuh wajah suaminya.

Alangkah bahagianya kalau Anhaura tidak menyukai Tengku Dayren. Masa dia sudah suntuk, pasti kenangan bahagia sahaja yang akan tercipta antara dia dan lelaki ini. Memang tidak dinafikan hatinya masih terpaut kasih pada Tengku Dayren. Apa nak buat? Ini perasaan seorang isteri kepada suami. Perasaan yang dia sendiri tidak mahu tolak

Antasya bangun dari pembaringannya. Tengku Dayren didekati. Pipi lelaki itu diberikan ciuman sekilas. Dia tersenyum nipis. Selamat pagi suami!

Tuala dicapai, bilik mandi dituju. Ingin memulakan hari. Tengku Dayren hanya tersenyum nipis. Ala biasalah scene dalam drama. Takkan nak tidur macam itu je

20 minit kemudian. Antasya siap dengan pakaian sekali keluar dari bilik air. Sudah seminggu dia tidur bersama Tengku Dayren. Ini salah satu syarat perjanjian mereka. Rumah juga mereka sudah berpindah ke rumah yang dahulu. Antasya takut tinggal di rumah besar dalam hutan.

"Tengku Dayren bangun, awak kena pergi kerja kan". Tubuh itu digoyangkan sedikit. Mengejutkan si suami. Namun hampa lelaki itu sekadar membuka mata sebentar sahaja. Selimut kembali ditarik

"Hisy, bangun la! Nanti awak lambat". Selimut ditarik dari tubuh lelaki itu

"Saya kan boss. Lambat pun takpa". Ditarik kembali selimut didalam gengaman isterinya.

"Awak..". Belum sempat Antasya membalas. Kepala terasa sakit yang teramat. Mencucuk-cucuk. Antasya memegang kepalanya.

Tengku Dayren yang baru ingin menyambung lenanya pantas bangun mendapatkan isterinya. Lengan Antasya ditarik dan disuruh duduk disebelah nya. Kepala gadis itu dipicit.

"Kenapa ni. Daripada haritu kepala asyik sakit je. Kita pergi jumpa doktor ye sayang". Sudah banyak kali perkara ini terjadi. Dan banyak kali juga dia memujuk Antasya untuk pergi ke hospital. Namun Antasya selalu sahaja memberi alasan. Dia sendiri mati akal ingin memujuk bagaimana lagi.

"Tak payah. Sikit je ni. Saya penat kot". Alasan diberikan. Antasya tidak mahu Tengku Dayren tahu akan penyakitnya. Dia tidak mahu belas kasihan lelaki itu

"Tapi sayang..."

"Saya okay kan. Dah bangun pergi mandi, saya turun dulu buat sarapan". Kepalanya yang masih sakit diabaikan. Kaki melangkah ke arah pintu. Sebaik sahaja keluar tubuhnya disandarkan sebentar di pintu. Sakitnya masih terasa.

Agak-agak sudah kurang. Dia berjalan ke arah lif. Dinding menjadi pembantunya. Sampai di dapur Antasya mencari Mak Jah.

"Mak Jah...". Perlahan sahaja Antasya memanggil pembantu di rumah tersebut. Kakinya sudah menggigil. Tangan sudah ditumpangkan di atas meja. Melabuhkan duduk di atas kerusi.

"Eh Antasya, kenapa ni". Mak Jah yang kebetulan baru pulang daripada pasar bergegas mendapatkan isteri majikannya itu. Senang hatinya apabila tahu permaisuri rumah ini yang ditunggu-tunggu sudah pulang. Tapi dia sedih melihat keadaan gadis ini. Antasya seperti kehilangan nyawa.

"Tolong ambil ubat Antasya dalam almari Mak Jah". Bantuan dipinta.

"Yelah, tunggu sekejab ye". Kepala Antasya diusap perlahan sebelum berlari anak ke dapur. Mengambil ubat di dalam almari yang dimaksudkan. Setelah ubat berada di tangan air masak diambil dan dia berjalan penuh berhati-hati ke Antasya. Takut air tumpah.

"Ini dia". Ubat diserahkan. Antasya menyambut.

"Terima kasih Mak Jah". Ubat dimasukkan ke dalam mulut. Air juga diminum. 1 minit... 2 minit.... 3 minit.... 4 minit... 5 minit... Kepalanya lega sedikit. Antasya tersenyum nipis kepada Mak Jah. Tangan wanita tua itu digengam.

"Kenapa Antasya lemah sangat ni sayang. Pilu hati Mak Jah tengok Antasya macam ni setiap pagi". Betul-betul pilu hatinya apabila gadis ini begini setiap pagi. Hati tuanya tidak boleh tahan dengan perkara-perkara ini. Lagi-lagi Antasya yang sudah dianggap sebagai anak sendiri.

"Mak Jah kan tahu Antasya sakit. Mak Jah jangan lah sedih macam ini. Kalau Mak Jah macam ini macam mana Antasya nak kuat". Lengan yang digengam tadi diusap perlahan. Air matanya bergenang. Dia rindukan Ibunya.

"Kenapa Antasya tak nak beritahu Dayren. Mana tahu Dayren boleh cari doktor pakar yang boleh rawat penyakit Antasya". Dia tahu Tengku Dayren majikannya itu sudah terlebih mampu untuk mengupah mana-mana sahaja doktor pakar untuk merawat Antasya.

Tapi Antasya seakan mengelak.

"Antasya taknak susahkan dia Mak Jah"

"Antasya, kamu isteri dia, dia mesti taknak kehilangan kamu. Percayalah cakap Mak Jah. Kamu dengan Dayren. Dayren boleh carikan doktor terbaik untuk kamu"

"Takpelah Mak Jah, nanti kalau Antasya dah tak jadi isteri Dayren. Mak Jah tolong jaga dia ye untuk Antasya. Antasya percaya Mak Jah seorang je". Dia menyatakan harapannya. Dia tahu dia takkan lama di sisi suaminya itu. Dan harapannya hanyalah Mak Jah. Dia percayakan Mak Jah

"Selamat pagi". Suara Tengku Dayren membuatkan Antasya mengelap air matanya. Mak Jah pula terus melulu ke dapur. Ingin menyembunyikan air matanya. Dadanya sebak mendengar permintaan Antasya.

Setelah yakin tiada lagi air mata. Antasya menoleh memandang Tengku Dayren dengan senyuman di bibir.

"Selamat pagi". Antasya menyambut.

"Mana sarapan?". Tadi rasanya Antasya kata dia turun kerana ingin buat sarapan. Namun meja makan masih kosong. Membuatkan pandangannya teralih ke Antasya.

"Saya berbual dengan Mak Jah tadi. Lupa nak buat sarapan awak. Sorry. Awak beli sarapan dekat luarlah boleh?". Nak masak pun sudah tidak sempat.

"Okay, nanti saya sarapan dengan Faris. Okey?". Antasya mengangguk kepala mendengar jawapan Tengku Dayren. Dia mendekati suaminya. Tali leher yang sedikit lari dari kedudukannya dibetulkan

"Kerja elok-elok".

Kali ini Tengku Dayren sekadar menganggukkan kepala. Pipi Antasya dicium sekilas sebelum berlalu keluar. Hari yang bahagia!

Antasya menghantar kepergian Tengku Dayren dengan pandangan pilu. Maafkan saya Tengku Dayren. Saya tak bermaksud nak tipu awak. Langkah dibawa ke dapur.

"Mak Jah, kita nak masak apa hari....". Belum habis ayatnya kepalannya terasa berdenyut kembali. Dia bersandar di dinding. Mata ditutup, tangan memukul kuat beberapa kali kepalanya. Ingin hilangkan sakit yang teramat.

Namun makin diketuk kepalannya. Makin terasa denyutan yang menyakitkan ini. Kali ini dia betul-betul menderita. Kakinya menggigil, tidak dapat menampung badannya lagi. Dia terduduk di atas lantai. Semakin lama semakin kabur pandangannya.

"Mak Jah...". Pandangan gelap.

"Ya Allah Antasya!".
.
.
.
.
.
.
.
.
1131

Hi guys, sorry sangat sebab lambat update. Author busy sikit sejak kebelakangan ni. Jadi masa nak menulis tu jadi singkat. Dengan idea yang sekejab ada sekejab takda. Jadi ini jelah yang author boleh karangkan untuk korang. Harap korang suka!

Walaupun lambat sikit. Author nak ucapkan jugak. Selamat Hari Raya semua!

Love - author

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro