𝓑𝓐𝓑 22

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dia hilang... Dia pergi lagi sekali dari hidup aku... Hina sangat ke aku untuk jadi suami dia... Buruk sangat ke aku sampai berkali-kali dia tinggalkan aku...". Mata yang berkaca memandang ke arah Faris. Dirinya rebah tanpa pengiring. Cinta hatinya lagi sekali pergi tanpa ungkap sepatah kata. Dia terasa, hatinya bagai dicarik tanpa kata.

Aku memang tak layak ke?

Faris juga terdiam. Dia sendiri tidak tahu apa yang cuba dilakukan Antasya. Menghilang berkali-kali tanpa khabar berita. Muncul pula entah dari mana. Dia sendiri makin buntu ingin percaya lagi pada gadis itu ataupun tidak.

Salah orang ke dia percaya untuk menggangantikan tempat Zara?

"Selama dia dengan aku, dia minta cerai tapi aku tak kasi. Jujur aku dah buat perhitungan untuk lepaskan dia sebaik sahaja dia keluar dari hospital. Tapi entah kenapa sekarang hati aku taknak lepaskan dia. Aku sayang kan dia sepenuh hati aku. Hati yang dulu aku ukir nama Zara, aku ganti dengan nama dia. Setia yang pernah aku janji hanya pada Zara, aku ubah sebab aku cinta. Aku curang dengan Zara untuk aku ganti dengan orang nak permainkan hati aku Faris. Bodohnya aku....". Tengku Dayren tergelak sedikit. Dia memang bodoh. Mengantikan kasih, sayang, cinta hanya kepada orang yang tidak layak.

Antasya yang dahulu berjanji manis pada dia. Mengikat dia dengan alam perkhawinan. Dan sekarang meninggalkan dia berkali-kali tanpa satu patah perkataan sekalipun.

"Dayren, maafkan aku, kalau aku tak kenalkan kau dengan Antasya, mesti semua benda ni takkan jadi...". Kesal. Tapi tidak ini sekadar ungkapan dengan mulut. Hatinya terasa ragu-ragu.

Menyesal ke dia?

"Tak... Kau tak salah Faris... Kau cuba nak kau lupakan Zara... Tapi kalau aku setia dengan Zara seorang... Aku pasti perkhawinan ni takkan terjadi... Hati aku takkan aku serahkan sesukati hati Antasya. Salah aku sebab curang Faris... Salah aku...".

Tengku Dayren memandang katil wad yang kosong itu. "Tapi sekarang semuanya dah terlambat. Hati aku terlajak sayang, diri aku tak sanggup nak melepaskan apa yang sepatutnya jadi hak aku. Antasya milik aku. Dan selamanya takkan ada seorang pun yang boleh ubah panggilan dia sebagai isteri aku walau dia mati sekalipun...". Tekad dipasang. Walau berpuluh tahun sekalipun Antasya menghilang akan dia pastikan gelaran isteri takkan pernah hilang dari diri gadis itu.

Selamanya Antasya milik Tengku Dayren... Tiada siapa yang boleh caras lagi kepunyaannya.

Faris hanya diam disisi Tengku Dayren. Tekad lelaki itu tidak boleh dibawa bincang lagi. Memang dari segi hukum Antasya adalah kepunyaan Tengku Dayren yang sah. Dia takkan boleh halang jika Tengku Dayren ingin mengikat gadis itu disisi lelaki itu sekalipun.

Sekarang hanya Antasya yang mampu membebaskan dirinya sendiri daripada lelaki yang 'mengilakan' dirinya. Antasya sudah tiada jalan keluar selain daripada kata cerai, atau mati

"Arahkan semua budak cari dia... Aku nak dia...". Faris sekadar menganggukkan kepala. Dia meninggalkan Tengku Dayren seorang diri disitu. Tengku Dayren menyandarkan tubuhnya kebelakang. Tangan diletakkan di atas dahi, memandang atap hospital. Kertas yang ada di tangannya dironyokkan.

Maaf saya sudah ada yang lain, lupakan saya, jangan cari saya lagi- Antasya

Senyuman sinis terukir di bibirnya. Lupakan kau? Tak akan pernah rasanya dia lupakan Antasya. Cintanya dia pada Antasya sudah sepenuh hati untuk dilupakn begitu sahaja. Jangan cari kau? Dulu ye, aku bodoh abaikan kau sepenuhnya. Sekarang? Maaf aku tak boleh tahan hati aku untuk cari kau. Dan jadikan kau milik aku balik

Jadi tahanan dalam hati aku...

"Maaf Antasya... Kisah kita takkan pernah berakhir.... Kecuali hujungkan kau dan aku bahagia..."

.
.
.

5 bulan kemudian....

"Kau pandai buat kerja ataupun tak?! Kalau syarikat aku rugi siapa nak bertanggungjawab!? Huh!!". Tengkingan Tengku Dayren membuatkan semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu terdiam. Masing-masing menundukkan wajah mereka. Gerun dengan amarah Tuan besar.

"Sekarang aku nak, kau semua dekat sini periksa satu-satu benda yang korang harus periksa. Jangan pastikan satu pun salah. Faham!?". Melihat anggukan daripada orang yang berada disitu Tengku Dayren berlalu keluar daripada bilik mesyuarat tersebut. Pejabatnya dituju namun langkah kakinya terhenti apabila melihat Indah yang sedang berjalan masuk ke pejabatnya. Diri disembunyikan sebentar.

Melihat gadis itu sudah selamat masuk ke dalam ruangan pejabatnya, Tengku Dayren keluar daripada persembunyiannya. Nafas ditarik, wajah dimaniskan. Indah tak layak mendapat kemarahnya setelah gadis itu berkorban diri untuknya.

"Hi encik tunang...". Senyuman manis Indah berikan kepada Tengku Dayren yang baru sahaja masuk ke dalam pejabatnya.

Tunang? Iya dia sudah bertunang dengan Tengku Dayren 2 bulan yang lepas. Semuanya kerana Puan Sri Wardah yang menyuruhnya untuk berkhawin dengan Tengku Dayren. Tidak mahu anaknya itu keseorangan.

"Hi... Awak buat apa dekat sini?". Tengku Dayren duduk dikerusinya. Tiada perasaan cinta dalam dirinya untuk Indah. Apatah lagi sayang dan kasih. Rindu mungkin lagi jauh rasanya. Entah mengapa sukar untuk hati melupakan si isteri. Sampai sekarang dia masih mencari Antasya. Tapi langsung satu jejak pun tiada.

Antasya seperti hilang dari muka bumi ini.

"Lupalah tu, kan kita dah janji nak cari baju untuk majlis kahwin adik sepupu awak tu. Minggu depan kan majlis tu?". Lembut sahaja Indah berkata.

Tengku Dayren menganggukan kepala. Sejujurnya dia tidak ingat langsung tentang janjinya dengan Indah. Dalam kepalanya penuh dengan Antasya sahaja.

Ahhh! Derita betullah hidup macam ini!

"Boleh kita pergi sekarang?". Indah bertanya. Tengku Dayren bangun dari duduknya. Mereka berjalan beriringan kearah lif. Mata yang memandang diabaikan.

Ada baiknya dia lupa kepada Antasya untuk sementara waktu. Hidupnya jadi begini juga kerana gadis itu. Menyesal? Tidak dia tidak pernah menyesal berkhawin dengan Antasya, jauh sekali ingin melepaskan. Cuma hatinya rasa tercabar ditinggalkan berkali-kali.

Memang bahagia bukan milik mereka ke?

"Dayren? Awak okay ke tak ni? Sejak kebelakangan ni awak banyak mengelamun".

"Saya okay, awak tak perlu risaulah. Jadi kita nak beli baju dekat mana?". Soalan lain diberikan. Cuma menukar topik yang ada. Tidak mahu membuka cerita tentang Antasya kepada Indah.

"Ouh, okay, kita pergi tempat biasa jelah". Senyuman paksa diukir. Seatbelt dipakai. Tahu sangat Tengku Dayren sedang menukar arah perbualan.

Tengku Dayren pula mengabaikan sahaja. Dia tahu Indah terasa. Tapi dia bukan juga rasa benda itu tak penting. Soal dia dan Antasya. Biar dia yang menyemakkan kepalanya tentang itu.

Indah langsung tiada kena mengena.

"Dayren... Saya tahu hati awak masih sayang dan cinta pada Antasya, tapi saya pun ada perasaan. Saya pun terasa kalau awak fikirkan bekas isteri awak tu Dayren... Saya.."

"Dia bukan bekas, dia masih isteri saya yang sah Indah". Tidak suka perkataan itu diungkapkan. Bekas?

"Dayren..."

"Dah sampai". Kereta diparking, selesai sahaja kereta berada didalam kotak parking, enjin dimatikan, dia berlalu keluar. Indah di dalam kereta hanya mengeluh perlahan.

Kenapa susah sangat Tengku Dayren melupakan Antasya. Dua kali! Sudah dua kali gadis itu meninggalkan dirinya!

"Hey Tengku? Apa yang buat kau datang sini? Selalunya jarang betul nak tengok kau datang butik aku ni". Diras, adik kepada Dyas, jurugambar perkhawinan dia dan Antasya dahulu. Diras adalah pemangsa tegar kepada pembuli seperti dia disekolah dahulu. Tidak tahu pulak dah besar jadi manusia. Kebanyakkan baju kahwin di studio Dyas, adiknya inilah yang reka. Tidak tertinggal juga dia sendiri akan mengupah Diras untuk mereka bajunya jika ada majlis rasmi yang kadang-kadang mempunyai syarat tema.

Hebat betul diorang adik beradik ni...

Tanpa memberitahu, Tengku Dayren menunjukkan ke arah belakangnya. Namun cukup membuatkan Diras menjelingkan mata ke arah lain. Entahlah dia memang tak berkenan langsung dengan Indah

Dia benci! Iya dia cukup benci dengan gadis itu!

"Buat apa perempuan tu dekat sini? Kalau dia nak buat baju, memang tak la aku nak buat baju dia, pergilah dekat butik mummy kau". Dia melangkah pergi menuju ke arah meja kerjanya kembali. Menyampah!

"Apa yang kau benci sangat dengan dia tu Diras? Aku tengok dia okay je?". Indah yang duduk di sofa yang agak jauh daripada mereka ditinggalkan. Dia membawa langkah mengikuti Diras. Duduk dihadapan lelaki itu di atas kerusi yang disediakan

"Aku benci, dan benci je..."

"Benci pun kena ada sebab"

"Dalam kes aku, takda sebab, aku cuma benci je". Berkerut dahi Tengku Dayren mendengar jawapan Diras. Pelik betul, benci Diras pada Indah seperti tidak boleh bawa bincang sudah.

Entah apa yang Indah buat pada lelaki ini dia sendiri keliru...

"Habistu kau nak tak buat baju dia ni?".

Diras mengeluh perlahan. "Fine! Aku buat". Dia memandang sekeliling sebelum matanya terpandang salah seorang pekerjanya.

"Fiya, awak uruskan pelanggan tu". Indah yang sedang membaca majalah ditunjukkan.

"Baik Encik Diras". Pantas sahaja Fiya mendekati Indah, dia membawa Indah pergi ke tempat lain untuk mengukur badan gadis itu. Diras hanya mencebik sahaja sehinggalah gadis itu hilang dari pandangannya.

"Aman pandangan aku!". Kertas yang sudah dicorakkan dengan ukiran yang dia mahu dipandang kembali. Dia harus sentiasa ada corak yang mengikut peredaran zaman untuk dia lancarkan di 'comeback' nya nanti. Barulah orang rasa tertarik.

Tengku Dayren hanya menggelengkan kepala. Telefon dikeluarkan, beberapa E-mail yang masuk dibuka.

"Oh ye Dayren, lupa nak bagitahu kau, sebulan yang lepas, ada someone datang butik aku ni, rupa dia sama macam isteri kau sebelum ni, yang hilang tu. Nama dia pun sama dengan isteri kau. Apa nama dia, An... An.... Antasya! Yes Antasya nama dia, dia datang dengan Dr Zyan, kau kenalkan doktor luar negara tu?".

Baru dia teringat akan perkara itu. Sudah lama sebenarnya dia ingin menghubungi Tengku Dayren. Tapi kesempatan sangatlah tidak menyokong. Dia terlalu sibuk untuk pelancaran projek barunya serta tempahan pelanggan yang harus dia penuhi. Jadi masa berlalu tanpa dia sedar.

Tengku Dayren yang mendengar terus terhenti tangannya, kepalanya diangkat memandang ke arah Diras. Orang yang sama wajah dengan isterinya? Bersama lelaki?

"Kalau kau nak tengok dia, kau tunggulah, kejab lagi diorang sampai rasanya, sebab diorang tempah baju dekat aku". Jadual tempahan dilihat. Nama Dr Zyan dicari. Lelaki ini antara pelanggan setianya.

Bunyi loceng yang berada di pintu masuk butik Diras berbunyi membuatkan kedua lelaki itu memandang ke arah pintu.

"Hi dear...". Diras menyapa. Panjang umur. Pandangan dihalakan kepada Tengku Dayren yang tidak lepas memandang tetamunya. Tengku Dayren yang masih terkaku di tempatnya hanya memandang gadis itu. Orang yang selama ini dia cari berada di hadapannya. Tapi...

Bersama lelaki lain...

"Dayren...". Suara Indah pula kedengaran. Dia melihat Tengju Dayren memandang ke arah lain, tidak menghiraukan panggilannya. Akhirnya dia juga memandang ke arah yang sama dengan Tengku Dayren. Matanya membulat melihat gadis yang ditunggu tunangnya itu selama ini berada di depan mata.

"Hi Diras...".

Tengku Dayren terkedu. Bukan dia yang disapa. Diras yang gadis itu nampak dahulu? Kejamnya Antasya...

.
.
.
.
.
.
.
.
1695

Okay tak kalau Indah dengan Tengku Dayren?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro