𝓑𝓐𝓑 44

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Eh Melah, kau tak dengar cerita panas ke sekarang? Dah kecoh satu kampung yang anak perempuan si Tiha tu, yang Nawarah tu, pergi ulang alik ke rumah si Pak Taham". Terasa kuat suara yang berbunyi ditelingga Mak Tiha mendengar cerita anak gadisnya keluar masuk ke rumah si bomoh pendalaman itu.

"Iya, hisy bukan ke si Nawarah tu budak baik-baik Piyah, kau ni tak baik buat cerita tau. Budak tu tak silap aku, masuk sekolah agama tau". Sambung, masih tidak perasan mak si empunya budak berada di situ.

"Ala, masuk sekolah agama, bukannya semua baik, kau tak tengok internet ke Melah, banyak kes buli jadi dekat sekolah-sekolah sekarang. Tak kiralah sekolah agama ke, sekolah biasa ke. Sama je, sama naik". Mak Piyah berkata, banyak dia tengok sekarang budak bukan main berani lagi tayang video pukul kawan dekat internet.

Dunia sekarang, pengaruh internet yang negetif semakin berleluasa. Nak terkenal punya pasal. Benda buruk dijadikan viral. Bila kena marah nak direpot polis, minta maaf menjela-jela.

"Dah-dah lah tu mengata anak saya, Mak Melur, Mak Piyah, saya didik anak-anak saya semuanya penuh dengan didikkan agama. Nak buat apa pula anak saya pergi ke rumah Pak Taham tu. Dia tu menjahanamkan agama sahaja, berkawan dengan setan". Bawang dimasukkan ke dalam plastik yang sudah lama dia genggam. Tanpa memandang dia menegur.

Terasa telingga berdesing mendengar anak dikata begitu.

Mak Melur dan Mak Piyah hanya mencebik bibir mereka. Dari dulu lagi orang kampung memang kurang minat hendak bertegur sapa atau bermesra dengan keluarga satu ini. Sudahlah suka mengutuk orang sana-sini. Bila kita bercerita pasal anak dia. Tahu pulak nak suruh diam.

"Aku cerita benda betul. Si Leman kerbau tu sendiri yang nampak anak kau keluar dari rumah Pak Taham tu. Entah apalah yang dia buat dekat rumah orang tua tu. Aku pun tertanya juga". Mak Piyah membalas. Benda betul, bukannya tanpa bukti.

Walaupun bukti hanya mata orang, tapi tetap bukti sahih bukan?

"Entah-entah Tiha, anak perempuan kau tu kan main bomoh nak santau bini si Dayren tu. Iyalah aku asyik nampak je dia ulang-alih rumah Opah Faridah sepanjang si Dayren dengan isteri dia ada dekat situ. Kalau tak, nak nampak bayang pun susah, bukannya kita semua tak tahu, dari dulu lagi semua tahu anak dara kau tu sukakan budak bandar tu". Sambung Mak Piyah. Puas hatinya dapat berkata begitu. Biar Mak Tiha rasa pula pedasnya 'cili' mengumpat bila kena dekat batang hidung sendiri.

Tahu mengelupur.

"Eh Piyah! Engkau bukan main sedap mulut kau mengata anak aku, dia pergi sana bukan nak goda si Dayren tu, Opah Faridah minta tolong dia itu ini. Takkan aku nak halang pula. Lagipun anak kau tu pun apa kurangnya. Bukan anak je laki kau pun tergila-gilakan anak aku si Nawarah tu. Jangan sampai, budak yang kau kata main benda setan tu jadi menantu kau!". Plastik bawang dihempas, namun sempat telingganya menangkap perkataan sinis yang dituturkan Mak Piyah sebelum dia keluar daripada kedai runcit.

"Hisy, siang malam pagi petang aku doa supaya anak kau si Nawarah tu tak jadi menantu aku Tiha, kau jangan risaulah ye, dan apa kata kau pun doakan anak kau tu supaya tinggalkan benda-benda syirik tu. Dosa besar Tiha. Iyalah selalunya doa seorang ibu ni kan makbul, paling mujarablah kata orang". Sinis.

Dengusan kasar dilepaskan sebelum Mak Tiha berlalu pergi. Sakit hati, panas telingga mendengar setiap bait perkataan yang keluar daripada mulut dua makcik bawang itu.

Kaki pantas sahaja dibawa pulang ke rumah. Ingin bertanya si anak gadis. Kalau betul memang patah riuk si Nawarah dia kerjakan.

"Nawarah! Keluar kau! Mak nak tanya sikit ni!". Punggung dilabuhkan dahulu di atas sofa, tenangkan hati sambil menunggu si anak dara keluar dari biliknya.

"Nawarah, kau pekak ke!".

"Apa dia mak! Menjerit macam orang gila panggil orang kenapa!? Nak tidur pun susahlah!". Nawarah mendengus kasar. Mak Tiha dijelingnya tajam. Tidak suka orang mengacau tidurnya.

"Betul ke kau pergi rumah Pak Taham semalam?". Anaknya yang masih berbaju tidur dipandang sebal namun diabaikan, sekarang dia mahukan jawapan.

"Nak buat apa pulak orang pergi rumah kawan setan tu mak, buang masa orang je". Nawarah menjawab tanpa rasa. Cuba menafikan benda betul.

"Aku dah agak dah, mesti di Piyah tu yang buat cerita pasal kau. Hisy kalau ikutkan hati aku ni memang dah aku cili mulut bisa dia tu dengan cili padi! Aku ganyang dia dengan tukul besi. Biar puas hati aku!".

"Lantak dialah mak nak cakap apa pun. Janji orang tak buat dah la. Nak dengar cakap orang buat apa. Dah lah, orang nak tidur jangan kacau".

"Amboi engkau! Bila si Dayren tu balik sini. Bukan main awal kau bangun, masak semua, teman Opah lah konon. Bila dia dah balik, pemalas kau tu pun datang balik ye!". Tajam mata Mak Tiha memandang ke arah anak gadisnya itu.

"Mak jugak nak menantu kaya. Orang tengah usaha nak dapatkan lah ni". Malas melayan

"Kau merepek apa ni Nawarah. Dayren tu dah kahwin, haritu aku tengok bini dia, bukan main cantik, budi bahasa tinggi, sopan je, bukannya pemalas macam kau! Kau jangan nak kacau rumah tangga diaorang ye Nawarah. Aku dengar kau cuba musnahkan rumah tangga budak berdua tu. Siap kau aku kerjanya!".

"Tak habis-habis! Orang ke perempuan tu anak mak. Heboh bela".

"Eh, tak ada mak lah nak anak macam kau! Nasib kau ni aku sayang je, kalau tak, tu bawah jambatan tu tempat tidur kau tahu!"

Nawarah mencebik bibir. Benci dibanding dan direndahkan begitu. Pintu bilik dihempas kuat, melepaskan geram yang terbuku di dada. Baik sangat ke Antasya tu sampai semua orang suka. Tolonglah!

Aku lagi baik dari dia! Aku tutup aurat, dia bukak aurat dedah sana-sini bagi lelaki sana-sini tengok, aku selalu solat, dia tu entah-entah niat solat pun tak tahu. Aku lagi faham tentang agama dari perempuan tu. Bukan ke lelaki suka perempuan yang bagus dan bijak dalam agama?

Habistu kenapa aku selalu disisihkan? Tak cukup baikkah aku di mata Tengku Dayren selama ini?

"Menyebalkan!".

***

"Sayang, kenapa tak makan ni? Tak sedap hubby masak? Ataupun sayang nak makan benda lain?". Tengku Dayren menegur lembut. Pinggang isterinya ditolak merapat. Biar mudah gadis itu menjamah makanan.

Tapi dari tadi satu lauk pun Antasya tak sentuh. Jangan kata lauk. Nasi pun tidak disentuh walaupun sebutir. Hanya termenung memandang nasi sahaja Antasya buat dari tadi.

"Tak, saya nak makan tapi saya malas nak suap sendiri, hubby tolong suapkan boleh?". Simpati dipinta dari Tengku Dayren. Cukup malas tika ini rasanya nak suap diri sendiri.

Sumpah tak main-main

Malas terasa sampai nak menangis. Iya itu dia sedang alami sekarang. Nasib sahaja tak menitis air matanya ingin meminta simpati dengan Tengku Dayren

"Hubby ingat apalah tadi. Kenapa tak cakap awal-awal. Kan senang hubby suap terus". Pinggan nasi Antasya ditarik, nasi gadis itu dituangkan di dalam pinggannya. Digaul dengan kuah yang sudah sedia ada di dalam pinggangnya.

Kaki menarik kerusi Antasya mendekati dengannya. Ayam masak kicap dicubit dan digaulkan lagi dengan nasi.

"Bismillah..". Satu suapan berjaya masuk ke dalam mulut Antasya. Tersenyum gadis itu saat terasa nikmat makanan yang sedang dikunyah didalam mulutnya.

Sedap dan puas

"Sedap?". Pantas Antasya mengangguk kepalanya. Senyuman manis dihadiahkan kepada Tengku Dayren. Habis makanan, mulut dibuka kembali, menunggu Tengku Dayren menyuapnya.

"Harini je sayang makan lauk macam ni, lepas ni tak boleh dah tau". Nasi di tepi bibir Antasya diambil dan diletakkan di dalam pinggang. Digaul semula sebelum disuap kembali ke dalam mulut Antasya.

"Kenapa pulak? Sayang nak hubby masak setiap hari. Hubby masak sedap". Muncung, namun hanya seketika sebelum mulut dibuka kembali menerima suapan dari suaminya.

"Sayangkan dalam pantang lagi, kenalah ikut cara orang berpantang, sebelum ni dekat hospital kan Opah selalunya bawa sayang sup ikan haruanlah, tampal-tampal dekat dahi sayang tu, tuam segala bagai. Jadi esok orang yang hubby dah upah, akan jaga sayang dekat rumah. Berpantang dekat rumah".

Tangan dihulurkan untuk menyuap. Namun ditolak perlahan oleh Antasya. Wajah tidak senang isterinya menyapa pandangan.

"Nak buat apa hubby berpantang semua tu. Tak pentinglah hubby, lagipun kita bukan ada baby pun, saya tak bersalin pun nak berpantang bagai". Mata mengelak daripada memandang Tengku Dayren.

Lagi sekali hatinya sedih.

"Tak kisahlah kita ada baby ke takda ke. Kesihatan sayang penting. Banyak pantang larang yang Opah bagitahu hubby haritu untuk orang yang berpantang. Kita ikut jelah ye sayang, hubby taknak isteri hubby sakit". Lagi sekali dia menghulurkan tangan, ingin sambung menyuap Antasya. Dan lagi sekali tangannya dihalang Antasya.

"Hubby buat saya macam ni buat saya rasa sedih, hati saya sakit, lama hubby saya nak lupakan baby kita. Tolonglah, susah tahu tak lupakan dia hubby". Kepala ditundukkan tidak mahu lagi nampak lemah. Di cuba berubah untuk kelihatan bahagia. Tidak mahu Tengku Dayren terasa dengan perilakunya. Tidak mahu 'meratap' terlalu lama. Tapi semua itu susah.

Sangat susah

"Hubby tahu, hubby pun sama. Tapi ini untuk kesihatan sayang. Kita tak boleh buat main-main. Kita redha sayang, cukuplah, yang pergi biarlah dia pergi. Kita kena teruskan hidup. Untuk baby kita. Lupakan dia".

Itu yang terbaik

Air mata Antasya mengalir lagi. Perlahan dia mengangguk kepala, dia tahu dia kena redha, dia tahu dia kena teruskan hidup walaupun apa cara sekalipun. Tengku Dayren masih perlukan dia. Tapi hati, hati seakan tidak mahu bagi dia teruskan hidup. Hati seakan mahu dia lemah.

Dia sakit setiap kali dia cuba melupakan. Tapi dada terasa perit setiap kali air mata mengalir. Dia penat, tapi dia kena teruskan hidup. Ya Allah buntunya.

Tengku Dayren hanya diam. Nasi didalam pinggang ditenung tanpa rasa. Jujur dia hanya pandai cakap sahaja. Menyuruh Antasya melupakan anak mereka. Tapi dia sendiri. Masih lagi bersedih dalam diam dengan kehilangan si kecil itu.

Hati mana sahaja tidak terusik.

"Hubby nangis ke? Jangan lah nangis hubby". Lengan Tengku Dayren dipegang erat.

"Tak hubby tak nangis sayang". Senyuman manis sedikit kosong diberikan kepada Antasya. Dia tidak mahu menangis. Kalau dia terasa Antasya lagi terasa.

Antasya diam, perlahan kerusi dirapatkan dengan kerusi lelaki itu sehingga tiada jarak yang tertinggal buat mereka. Kepala direhatkan di atas bahu Tengku Dayren.

"Saya janji, saya akan terima kehilangan baby kita. Hubby tolong saya tau, jangan tinggalkan saya lagi".

Tengku Dayren mengangguk kepalanya. Tangan disua lagi ke arah Antasya. Antasya menyambut suapannya.

"Hubby takkan tinggalkan saya sampai bila-bila. Hubby janji, tapi sayang kena janji juga. Jangan tinggalkan hubby sampai bila-bila. Walau apapun jadi, Hubby tak kuat tanpa sayang". Sadis.

Sayu kedengaran apa yang dikatakan Tengku Dayren kepada Antasya. Gadis itu mencebik menahan tangis. Tidak dia kena kuat.

"Saya janji". Nasi yang disua tetap diterima sebelum kepala dijatuhkan kembali di atas bahu Tengku Dayren. Kenapa keadaan berubah sekelip mata sahaja begini?

"Dah habis, sayang nak lagi?". Antasya menggeleng kepala. Suapan terakhir dari Tengku Dayren sudah cukup buat dia kenyang. Sedap, tapi bila sedih menyapa keadaan dan hati sebentar tadi membuatkan seleranya pudar.

Takpalah, lain kali ada. Tengku Dayren takkan tinggalkan dia bukan.

"Hubby pergi basuh tangan sekejap". Antasya melepaskan genggamannya di lengan lelaki itu. Membiarkan Tengku Dayren pergi ke dapur membasuh tangan. Tudung saji diambil

Tengku Dayren sempat membasuh pinggan didapur. Pinggan Antasya juga turut dibasuh sama. Selesai membasuh, tangan dikeringkan di atas kain kering yang sudah tersedia ada.

Ting.

Telefon yang terasa berbunyi dikeluarkan. Mesej daripada Indah dan Faris dibuka satu persatu. Nafas kasar dilepaskan Tengku Dayren apabila melihat video yang dihantar Indah. Tangan sudah digepal.

Kurang ajar.

Mesej daripada Faris pula dibuka, lagi tegang rasa dirinya saat melihat gambar Nawarah sedang keluar daripada sebuah rumah kayu di dalam hutan.

Itu rumah bomoh yang ada dekat kampung kau, aku tak tahu dia buat apa dekat sana - Faris

Hatinya baran.

Tangan pantas menaip membalas mesej kepada Faris.

Jaga isteri aku kalau apa-apa jadi dekat aku - Tengku Dayren.

Tidak lupa juga mesej yang sama dihantar kepada Indah dan Dyler. Dia tidak tahu apa akan terjadi kepada dia. Cukup ada orang jaga Antasya sudahlah.

Kau jangan buat benda bodohlah Dayren. Isteri kau baru nak sihat. Dia perlukan kau - Faris.

Tengku Dayren menghembuskan nafas perlahan.

Benda bodoh ni buat aku jadi bodoh Faris. Kau ikut je cakap aku. Jaga Antasya kalau apa-apa jadi dekat aku. Aku takut benda jahanam dia main ni kena dekat aku. Aku takut aku cederakam isteri aku. Tolong Faris - Tengku Dayren.

Seketika tiada balasan daripada Faris.

Baiklah, apapun hati-hati - Faris.

"Hubby"

Tengku Dayren terus masukkan telefon dalam poketnya kembali. Pesanan Faris dibiarkan sahaja. Senyuman manis dihadiahkan kepada isterinya.

"Iya sayang? Kenapa?". Langkah dibawa ke Antasya.

"Jom keluar jalan-jalan, esok mesti saya tak boleh keluar dah. Iyalah kena berpantang".

"Boleh je. Jom siap". Tangan Antasya ditarik naik ke bilik mereka untuk bersiap. Semuanya akan berakhir. Dia janji.

Tolong bertahan Antasya...

***

2081

Happy reading semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro