𝓑𝓐𝓑 52

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Antasya menarik nafas sedalam mungkin berusaha menahan air mata yang ingin keluar memberitahu betapa sakitnya perasaanya ketika ini. Matanya memandang sayu di suami yang sudah sah menjadi milik yang lain. Tengku Dayren bukan milik mutlaknya lagi.

Sudah ada wanita yang lain. Sudah ada wanita yang akan menggantikan tempatnya nanti membahagiakan Tengku Dayren. Paling sakit untuk diterima. Wanita itu adalah Nawarah. Gadis yang membuatkan dirinya kehilangan anak kecilnya. Kenyataan ini terlalu kejam

Kepala ditoleh ke tepi apabila terasa ada tangan mengusap lembut bahunya. Wajah Indah yang tersenyum nipis kepadanya cuba dibalas. Senyuman cuba diukir. Namun gagal. Kali ini, diri sudah penat untuk menipu. Jujur hatinya hancur. Terlalu hancur.

"Kenapa you benarkan Antasya? Kenapa you tak lawan dia? You tahukan cinta Tengku Dayren hanya pada you". Antasya keluhan lemah dilepaskan perlahan. Sayu matanya memandang ke arah Indah.

"Kalau dia cintakan saya, dia takkan ada yang kedua Indah. Takpalah, saya terima kalau memang ditakdirkan saya akan berkongsi kasih suami saya dengan orang lain. Saya redha". Perlahan sahaja suara Antasya menjawab pertanyaan Indah. Kali ini dia gagal. Dia betul-betul gagal mempertahankan haknya.

Tengku Dayren sudah ada yang lain. Sudah menjadi kepuyaan yang lain. Sudah terima yang lain. Dia bukan lagi yang tunggal. Bukan lagi yang satu. Dia sudah bermadu. Dengan Nawarah.

"Tapi kenapa cepat sangat. You sendiri tahu Nawarah tu orangnya macam mana. Dia jahat Antasya, dia buat something yang tak terfikir akal. Macam mana kalau dia pisahkan you dengan Dayren. You tak takut?". Tegas bisikan Indah ditelingga Antasya sebelum matanya tajamnya beralih pada wajah Nawarah dan Tengku Dayren yang sedang bergambar dengan hantaran mereka.

"Takut, saya takut Indah, tapi saya pasrah. Saya terima apa sahaja yang akan jadi nanti. Walaupun Tengku Dayren kemungkinan akan ceraikan saya. Saya akan bertahan selagi mampu, asalkan dia bahagia, saya akan tumpang bahagia". Sunyi. Indah terdiam dengan jawapan pasrah Antasya. Dalam diam dia jatuh kasihan. Antasya. Gadis itu terlalu banyak derita.

"Saya nak pergi dapur sekejap. Nak tengok lauk untuk tetamu. Sekejap ye". Antasya bangun dari duduknya. Berkerut dahinya apabila Indah juga ikut bangun.

"I nak ikut you pergi dapur. Menyampah I tengok dua orang manusia tu". Tangan Antasya dipeluk erat sebelum kedua-duannya berjalan ke dapur.

Berita gembira yang ingin dikongsi bersama Tengku Dayren sebulan yang lalu bertukar arah apabila Tengku Dayren menyatakan hasrat ingin bernikah dengan Nawarah. Sudah semestinya mereka bertikam lidah dan terjadi pergaduhan besar. Tapi Tengku Dayren lelaki dan terlebih mampu.

Macam mana sekalipun dia menghalang. Tetap juga Tengku Dayren dengan keputusan yang sama. Takpalah dia mengalah. Dia mengalah sampai tiba waktu dia undur diri.

"Adik". Suara garau milik Dyler membuatkan Antasya menoleh. Dapur yang sudah diatur kemas dipandang sekilas, dia sengaja lari ke dapur. Tidak mahu melihat wajah suaminya. Bukannya dia tidak tahu, lirikkan mata Tengku Dayren masih tertumpu kepadanya.

"You okay?". Bahunya dipeluk Dyler. Terasa sedikit usapan lembut di tepi lengannya. Tangannya juga digenggam erat oleh Indah. Antasya tersenyum nipis.

"Okay, sikit je ni, kuman je". Antasya cuba tertawa dengan kata-katanya namun tetap terasa sakit di dalam hatinya. Masih berbekas di telingga ungkapan akad nikah yang dilafazkan Tengku Dayren sebentar tadi.

Mimpi ngeri. Iya semuanya terasa seperti mimpi ngeri.

"Antasya, kalau tak mampu, jangan setuju dari awal. Kan adik sendiri yang sakit hati". Kata-kata Dyler membuatkan tangan Indah laju sahaja menampar kuat lengan lelaki itu.

"You ni kan sengaja je kan? Budak tu yang merampas. Bukan Antasya yang beri". Jelingan tajam diberikan kepada Dyler. Geram dengan kata-kata yang keluar daripada mulut Dyler.

Orang tengah sedih, sakit hati. Dia boleh pula menyindir depan-depan. Nasib baik suami.

"Saya cakap yang betul je". Muncung mulut Dyler sambil tangannya menggosok lengan yang ditepuk Indah. Walaupun tangan itu kecil dan halus tapi sekali melekat dekat lengan sakit tu boleh membawa keinsafan dalam diri.

"Bahave sikit mulut you tu". Antasya tergelak perlahan melihat telatah abang dan kakak iparnya. Hati yang sedih terhibur sedikit apabila melihat kedua-duanya baik-baik sahaja.

"Takpalah, betullah tu apa yang abang Dyler cakap. Antasya je yang acah kuat, terima semua ni".

"No, diorang berdua yang gatal nak kahwin. Tengku Dayren tu pun satu, dah tahu ada isteri nak jugak kahwin lain, macam takda otak...". Bebel Indah. Antasya dan Dyler hanya melayan sahaja bebelan Indah. Malas ingin masuk campur. Indah membebel bukan sikit-sikit.

"Abang percayakan adik abang. Apapun keputusan adik, abang akan sokong selagi itu tidak memudaratkan. Abang dengan Indah sentiasa ada untuk adik. Cuma abang minta jangan terlalu lemah adik. Antasya yang abang kenal bukan macam ni". Perlahan suara garau itu berbisik lembut ditelingganya. Antasya senyum sebelum kepalanya diangguk perlahan.

"Terima kasih abang". Kepala dilentokkan di atas bahu Dyler. Air mata yang keluar diseka pantas. Keluar dan dia seka sehingga air mata sudah mengalah untuk keluar lagi.

Entah dia akan terima ataupun tidak dia tidak pasti. Tapi ini semua terjadi kerana dia juga. Dia yang merelakan, dia yang membenarkan. Mahu ataupun tidak. Dia kena terima. Dia kena redha.

Dia tahu. Cinta bukan selamanya kekal. Hati juga akan berubah arah jika sampai waktunya. Dan mungkin waktu itu telah tiba untuk dia dan Tengku Dayren. Waktu untuk mereka membawa haluan masing-masing.

***

Tengku Dayren membaringkan tubuhnya di atas katil bersaiz besar yang berada di dalam biliknya dan Antasya. Keluhan dilepaskan perlahan. Penat terasa di segenap tubuh membuatkan dia memejamkan mata. Sekarang sudah malam. Sudah hampir pukul 3 pagi kerana majlis sanding antara dia dan Nawarah berlaku malam ini juga. Malas mahu ditangguh-tangguhkan.

Lelah

Dingin malam membuatkan dia membuka matanya kembali. Segenap bilik dilihat dan diperhatikan. Kosong dan tidak rasa seperti selalu. Mungkin kerana Antasya tiada bersamanya. Dingin malam yang selalunya jarang terasa. Dapat dia rasa malam ini. Kehangatan tubuh Antasya tiada untuk dia peluk malam ini.

Antasya tiada.


Perlahan dia memaksa tubuh untuk bangun dari pembaringannya. Sudah berkali-kali dia menyuruh Antasya mengabaikan majlis ini. Tapi Antasya tetap juga sama. Tetap juga ingin menguruskan majlis ini. Sudah semestinya dia rasa bersalah.  Keputusan mendadak ini cukup membuatkan hubungan mereka menjauh.

Keputusan ini benar-benar memakan dirinya sendiri. Dan dia tahu Antasya sedang sembunyikan rasa sakit dihati. Tapi ini semua untuk kebaikan gadis itu juga. Dia juga terpaksa. Dia juga tidak rela.

Beberapa minit menunggu untuk isterinya itu masuk. Tapi isterinya itu tidak juga berkunjung tiba membuatkan Tengku Dayren kembali dibaringkan tubuhnya. Lelah yang terasa membuatkan matanya memberat. Namun baru beberapa saat matanya tertutup. Getaran perlahan yang terjadi di meja kecil sebelah katil membuatkan dia membuka mata. Pantas tangannya mencapai telefon bimbitnya.

TING

Assalamualaikum hubby saya, maaf mesej awak waktu macam ni. Saya cuma nak ucap tahniah. Selamat penggantin baru hubby. Saya harap hubby boleh jaga dan ubah Nawarah macam mana hubby buat pada saya. Hubby, saya minta maaf kalau selama ini saya ada buat hubby sakit hati. Saya lawan hubby, saya tinggalkan hubby tanpa kata, saya gagal jadi isteri yang terbaik untuk hubby, maafkan saya ye hubby. Permintaan hubby saya dah tunaikan. Saya harap hubby bahagia dengan pilihan hubby - Antasya

Mesej panjang yang dihantar Antasya membuatkan jantungnya berdebar seketika. Mata bergerak membaca yang selebihnya sehingga muncul lagi satu pesanan ringkas dari orang yang sama

Hubby, saya harap hubby boleh tunaikan permintaan saya pula. Saya cuma nak minta ruang dan waktu. Izinkan saya pergi hubby. Izinkan saya terima kenyatan ini untuk sementara waktu. Saya taknak ganggu hubby. Izinkan saya pergi ye hubby? - Antasya

Waktu seakan terhenti. Antasya ingin pergi? Lagi? Tapi kemana? Dia bangun. Hati sudah tidak tenang. Kaki melangkah laju ke arah almari baju. Dibuka dan kosong. Baju dia bahagian Antasya cuma tinggal beberapa helai sahaja. Air liur ditelah kesat. Pesanan Antasya dibalas terlebih dahulu.

Awak nak pergi mana Antasya? - Tengku Dayren.

Waktu dan ruang yang saya berikan pada awak dah terlalu banyak. Berapa banyak lagi saya perlu bagi? Berapa lagi yang awak nak? Semuanya yang terjadi sekarang atas kerelaan awak sendiri. Dan sekarang tiba-tiba awak nak undur diri? - Tengku Dayren

Tak boleh. Saya tak benarkan awak pergi kemana pun - Tengku Dayren.

Almari ditutup sebelum dia melangkah keluar daripada bilik tidur mereka. Seakan orang gila. Berlari dia mencari isterinya. Tak. Antasya tak boleh lari daripada dia. Antasya tak boleh! Dia tak benarkan!

Memang atas kerelaan saya. Tapi saya juga ada hati yang perlu saya ubat. Tak mudah saya nak terima semua ni - Antasya

Maafkan saya hubby. Halalkan makan minum saya, maafkan semua salah silap saya. Saya pergi dulu. Jaga diri sayang saya. Andai kata ini akhir kata dari saya pada awak. Saya sayang awak sepenuh hati Tengku Dayren. Sampai akhir nafas saya. Saya akan tetap jadi isteri awak... Assalamualaikum imam saya... - Antasya

Langkah Tengku Dayren terhenti saat membaca pesanan yang dibalas Antasya. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah. Tangannya digenggam erat sebelum laju sahaja dia menumbuk dinding. Saudara-mara yang ada disitu terhenti bicara saat mendengar bunyi tumbukan Tengku Dayren yang sedikit kuat.

Antasya! Jangan mengada! Dekat mana pun awak sekarang ni balik sekarang! Saya tak izinkan awak pergi! - Tengku Dayren.

Antasya Zara! - Tengku Dayren

Antasya Zara. Awak dekat mana sekarang!? - Tengku Dayren.

Panggilan dibuat. Namun hampa. Panggilannya ditolak Antasya. Tanpa menghiraukan mata yang memandang dia naik kembali ke tingkat atas. Bilik Puan sri Wardah dituju. Dia pasti wanita itu tahu kemana arah tuju Antasya.

TOK

TOK

TOK

Tiada sahutan. Tengku Dayren mengetuk semakin kuat. Berharap Puan sri Wardah berada di dalam bilik itu dan dengar ketukannya. Lama. Dia tahu wanita itu pasti sengaja mengabaikannya. Ketukannya terhenti apabila pesanan ringkasnya dibalas Antasya.

Maaf kan saya hubby - Antasya

Seakan ingin menangis Tengku Dayren membaca. Perkataan itu mudah. Tapi dengan keadaan mereka ketika ini perkataan itu seakan membawa mereka menjauh.

Saya tak perlukan maaf awak Antasya! Saya nak awak balik! - Tengku Dayren.

Berapa kali awak perlu tinggalkan saya! - Tengku Dayren

Balik Antasya. Saya merayu... - Tengku Dayren

Lelaki itu terduduk dihadapan pintu bilik Puan sri Wardah. Badan disandar habis ke pintu bilik itu. Hatinya terasa rapuh saat ini. Lagi, lagi, dan lagi dia ditinggalkan Antasya. Kenapa? Kenapa perlu begini? Kenapa sehingga perlu tinggalkan dirinya lagi? Kejam sangatkah tindakan dia?

TING

Saya tak mampu hubby - Antasya

***

Kita sad-sad je okay harini. Terima kasih sudi baca cerita ni awak semua.

Maafkan typo tu ye semua. Happy reading semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro