𝓑𝓐𝓑 54

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Siapa benarkan kau masuk bilik ni?". Nawarah terdiam sendiri saat suara Tengku Dayren melanggar sistem pendengarannya. Air liur ditelan. Gambar Antasya yang sudah terkoyak dua ditangannya digenggam erat. Tubuh langsung tidak memandang ke belakang. Takut? Iya dia takut kerana Tengku Dayren sudah melarang dia dari masuk ke bilik ini.

Tetapi disebabkan rasa ingin tahu membuatkan dia mengabaikan arahan itu. Dan apa yang dia jumpa ketika ini membuatkan otaknya tidak berfikiran waras. Gambar Antasya dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah dengan ingatan bahawa Tengku Dayren akan pulang pukul 5 petang. Namun entah mengapa lelaki itu pulang awal.

"Ada aku benarkan kau masuk bilik ni ke!?". Suara Tengku Dayren semakin meninggi. Rasa penat yang ada ditambah dengan perangai Nawarah yang tidak mendengar kata bicara membuatkan amarahnya memuncak.

Sudahlah tekanan dalam kepalanya semakin tinggi sejak Antasya menghilang 2 minggu yang lalu. Merata dia mencari. Merata dia bertanya. Bahkan keluarga Antasya juga tidak mahu memberitahunya. Asyik disuruh sabar.

Sabar. Sabar dan sabar. Sabarnya dia juga ada had. Tidak selamanya dia boleh sabar. Dia perlukan Antasya. Sangat!

"Ab... Awalnya abang balik". Perlahan dia menoleh. Suaranya gugup menegur. Wajah tegang Tengku Dayren membuatkan dia menunduk menekur lantai. Takut untuk bertentang mata.

"Lantak akulah nak balik awal ke nak balik lambat ke? Yang aku nak tahu sekarang, siapa bagi kebenaran dekat kau untuk masuk dalam bilik ni?!". Langkah diambil mendekati Nawarah yang terlihat melarikan pandangan daripadanya. Perlahan dia menapak sehingga dia berdiri betul-betul dihadapan gadis itu.

Kemarahannya semakin memuncak saat mata terpandang gambar si isteri yang sudah terkoyak dua. Pantas gambar itu dirampas kasar dari tangan Nawarah. Memberat nafasnya saat melihat gambar Antasya sudah jadi begitu.

"Siapa suruh kau sentuh gambar isteri aku!!?". Dinding di belakang Nawarah ditumbuk kuat sehingga mengejutkan Nawarah. Kepala diangkat memandang wajah Tengku Dayren yang sudah memerah.

"Dia je ke isteri abang? Habistu Nawarah?".

"Layak ke kau jadi isteri aku? Gelaran yang kau dapat sekarang hanya untuk aku kawal kau supaya kau tak dapat sakitkan isteri aku. Tapi dia dah pergi, dia dah hilang dari aku sebab kau! Semuanya sebab kau! Kau punca! Kau yang buat dia pergi dari aku!".

Nawarah terkedu seketika saat mendengar apa yang dikatakan Tengku Dayren. Dia ketawa perlahan sambil mata memandang lelaki itu. Tajam

"Jadi abang kahwin dengan Nawarah sebab taknak perempuan ni sakit?". Kecewa di dalam hati diluahkan. Sakit hatinya mendengar alasan Tengku Dayren berkhawin dengannya. Patut sahajalah selama mereka berkhawin Tengku Dayren asyik mengabaikan dirinya.

Bila digoda juga tidak jalan. Rupanya, hati lelaki itu langsung tidak pernah tertarik dengannya. Dalam fikiran Tengku Dayren hanya dipenuhi Antasya. Semuanya Antasya!

Antasya! Antasya! Dan selalu Antasya! Dia rimas! Cukup rimas dengan nama itu. Orangnya entah kemana, tapi nama selalu sahaja disebut. Apa kurangnya dia? Apa lebihnya Antasya?

"Kau baru tahu ke? Kesian. Kalau kau nak tahu lagi, meh sini aku bagitahu. Aku nak sangat ceraikan kau. Tak pernah terlintas dalam otak aku, nak hidup dengan kau. Sekalipun tak pernah, benda kotor yang hantar dekat bini aku selama ini, kau ingat aku tak tahu ke perempuan?".

Nawarah kaku, tangannya menggigil kecil. Mata yang tadi galak memandang Tengku Dayren dialih ke arah yang lain. Tembelangnya sudah pecah. Benda kotor yang dia buat selama ini Tengku Dayren sudah tahu.

"Kalau ikutkan hati aku, kau aku bunuh Nawarah. Kalau ikutkan perasaan aku sekarang. Kau takkan ada dekat sini. Dalam tanah tempat kau sekarang. Kau bunuh anak aku, kau hantar benda bodoh dekat bini aku. Kau suruh Indah letak tangkal pemisah dekat rumah aku. Kau ingat aku tak tahu?".

Lagi-lagi Nawarah terdiam kaku. Maksudnya selama ini Tengku Dayren memang dah tahu niatnya. Memang dah tahu apa yang dia buat pada Antasya.

"Baguslah abang dah tahu. Memang! Memang Nawarah yang hantar sihir pemisah untuk pisahkan abang dengan dia, memang Nawarah yang sihir isteri abang yang dayus tu. Abang dia tu dengan jin yang Nawarah hantar tak ada beza pun. Perangai dia lagi teruk daripada jin!"

PANG!

Laju tangan Tengku Dayren menampar wajah Nawarah. Turun naik dadanya menarik nafas menahan amarah di dada.

"Melampau"

"Tamparlah lagi! Tampar! Bini yang kau puja selama ni, yang nampak baik tu bukannya baik mana pun! Perempuan tu jahil! Aurat terdedah sana-sini, entah baca Al-Quran pun tak reti! Aku lagi bagus daripada bini bodoh kau tu!".

"Nawarah! Kau jangan cabar sabar aku!"

"Kenapa? Sabar kau dah tercabar? Kalau kau dah tahu aku yang bunuh anak kau, kenapa kau tak masukkan aku dalam penjara? Kenapa kau tak lapor pada polis. Aku tahu kau sayangkan aku Dayren. Kau takkan boleh masukkan aku dalam penjara kan?". Terlampau yakin wajah Nawarah ketika mengungkapkan kata-kata itu.

Dia yakin. Tengku Dayren sudah sayang kepadanya. Tengku Dayren takkan bagi dia masuk ke dalam penjara. Takkan.

"Sebab aku takda bukti. Tapi sekarang aku rasa aku dah ada bukti. Kau nak sangat masuk penjara kan? Okay aku bagi, kau tunggu sini". Tengku Dayren berlalu keluar daripada bilik itu meninggalkan Nawarah seorang diri.

Nawarah cuak. Pantas dia mengejar langkah panjang Tengku Dayren yang turun ke tingkat bawah. Apabila dia sudah sampai ke bawah. Tengku Dayren sudah menamatkan perbualan dengan orang di talian.

Dia tak telefon polis bukan?

"Aku bagi tempat yang kau nak sangat masuk tadi. Kau tunggu je".

"A.. apa abang cakap ni? Nawarah taknak masuk penjara. Nawarah tak buat salah. Nawarah baik!". Nawarah menjerit kepada Tengku Dayren. Dia tidak mahu masuk penjara. Dia tidak mahu!

"Baik? Baik ke kau Nawarah? Walaupun isteri aku tak pakai tudung, tak pakai labuh macam kau. Dia masih tahu sihir tu haram. Syirik! Tapi kau lengkap diajar ilmu agama, duduk sekolah agama, bergaul dengan orang agama. Tapi otak bodoh macam orang tak pernah belajar agama. Siapa lagi jahil sekarang?". Santai Tengku Dayren membidas apa yang dikatakan Nawarah.

"Dia takkan setanding dengan aku!"

TING TONG

Loceng rumah yang berbunyi membuatkan kedua-duanya memandang ke arah pintu utama. Tengku Dayren tersenyum senang. Dia berjalan santai membuka pintu utama. Beberapa orang pegawai polis lelaki dan perempuan lengkap beruniform sudah berdiri dihadapan rumah mereka.

"Sampai dah, tempat yang kau nak sangat pergi. Diorang boleh bawak kau. Siap boleh jadi tour guide untuk kau lagi. Selamat maju jaya. Pembunuh".

"Puan ditahan atas kesalahan cubaan membunuh Puan Antasya Zara, sila ikut kami ke balai". Salah seorang daripada pengawai polis wanita yang ada mendekati Nawarah bersama gari ditangan.

"Tak! Aku bukan pembunuh! Aku bukan! Jangan tahan aku! Pergi! Jangan tahan aku!". Tingkah laku agresif Nawarah membuatkan dua orang pegawai polis perempuan terpaksa memegang sebelum dapat tangan Nawarah digari. Diheret Nawarah keluar daripada rumah itu.

"Abang! Abang, aku isteri kau, tolong aku Dayren! Tolong aku, aku taknak masuk penjara! Tolong aku!". Kuat Nawarah memanggil Tengku Dayren yang hanya berdiri tegak di hadapan pintu. Tangannya direntap daripada genggaman polis itu sebelum dia berlari ke arah Tengku Dayren.

Nawarah melutut sambil memeluk kaki Tengku Dayren. Merayu sakan meminta dirinya dilepaskan. Tengku Dayren menarik kakinya daripada terus dipeluk Nawarah sebelum melutut menyamai ketinggian mereka berdua.

"Aku lupa nak cakap. Nawarah binti Halim. Aku ceraikan kau dengan talak tiga. Berambus dari hidup aku. Jangan datang lagi". Tengku Dayren bangun dari kedudukannya. Dan pantas sahaja pegawai polis memegang lengan Nawarah dengan erat tidak mahu terjadi perkara yang sama.

"Tak! Tak! Kau tak boleh ceraikan aku! Aku tetap akan jadi isteri kau! Kau selama suami aku! Kau tak boleh!". Nyaring suara itu berbunyi menindakkan dirinya yang sudah ditalak lelaki itu.

Tengku Dayren hanya diam memandang kereta polis yang semakin menghilang dari pandangan mata. Keluhan dilepaskan. Syukurlah satu perkara sudah selesai.

Hanya tinggal Antasya. Sayang, hubby rindu awak.

"Kau dah tahu ke isteri kau dekat mana?". Inspektor Izhar bertanya. Sudah lama dia tahu tentang Nawarah. Dan berkhawin ini semua adalah rancangan mereka bertiga. Faris dia dan Tengku Dayren.

Baguslah sudah berakhir. Yang bersalah akan menerima hukuman yang sepatutnya.

"Dah". Tanpa memandang kawannya. Tengku Dayren menjawab. Matanya statik memandang ke halaman rumah yang kosong. Air matanya mula bergenang di tubir mata. Menunggu mata untuk jatuh menyapa tanah.

"Dekat mana?"

"Hospital". Wajah ditundukkan. Bibir digigit menahan air mata. Sakit. Hati terasa pedih.

"Hospital? Kenapa? Dia sakit?".

"Brain cancer stage 3". Air matanya jatuh. Baru sahaja dia tahu tadi  daripada adik iparnya semasa di mahu menelefon pihak polis. Terhenti seketika jantung apabila dihantar mesej begitu. Ingin sahaja dia berlari mencari Antasya di hospital. Tapi dihalang Andarish kerana keadaan Antasya tidak terlalu stabil.

Dia tidak mahu memudaratkan kesihatan Antasya.

Inspektor Izhar yang mendengar jadi terkedu. Pantas dia menoleh wajah memandang Tengku Dayren. Dia terdiam saat melihat air mata lelaki itu jatuh. Tahulah dia lelaki itu terlalu mencintai Antasya. Terlalu menyayangi sehingga air mata itu jatuh. Bahu Tengku Dayren ditepuk

"Sabarlah"

Tengku Dayren mengesat air matanya. Lagi-lagi perkataan itu. Sabar. Iya sabar. Tapi entah sampai bila dia boleh sabar? Dia sendiri tidak pasti.

***

1491

So hello gais. Harap bab ni tak menghampakan korang haha. Jadi author nak bagitahu ni, cerita nih nak habis dah. Itu je nak bagitahu hahahahaha. Bye korang!



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro