𝓑𝓐𝓑 55

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Tengku Dayren berjalan melintasi wad yang diduduki Antasya sempat dia menjeling ke pintu wad namun langkah tetap diteruskan ke arah wad bersebelahan isterinya. Puan sri Wardah masuk ke dalam wad kerana tekanan darah tinggi.

"Mummy dah okay?". Tengku Dayren duduk di kerusi yang disediakan pihak hospital. Hayan mungkin sibuk di pejabat. Biasalah sudah tinggalkan syarikat seminggu lebih jaga Puan sri Wardah di hospital. Tak dinafikan, Hayan suami yang baik. Tapi dia? Isteri ada disebelah pun tidak dijenguk.

Bukan taknak. Takut tak mampu.

"Okay sikit, semuanya masih mummy ingat. Oh ye Dayren, kenapa sepanjang seminggu ni you langsung tak melawat Antasya dekat sebelah? Dah tak sayang isteri ke? Haritu bukan main macam orang gila cari. Dah ada depan mata taknak tengok pula?". Wajah anak terunanya dilihat. Ego diagungkan sangat. Beginilah jadinya.

"Nantilah, Dayren melawat Antasya". Buah yang dibawa dibuka dan dikupas lalu diberikan kepada Puan sri Wardah.

"Ikut sangat kata hati tu kenapa? Kalau dah hilang nanti baru nak menyesal". Puan sri Wardah rampas buah yang diberikan Tengku Dayren sebelum memandang ke arah lain. Malas ingin melayan ego Tengku Dayren.

Besar sangat ego tu.

Tengku Dayren mengeluh perlahan. "Dayren keluar dulu". Tahu kehadirannya tidak diperlukan. Tengku Dayren melangkah keluar. Tidak mahu membuatkan amarah Puan Sri Wardah berlanjutan.

Saat dia keluar, langkahnya terhenti saat Antasya juga sama keluar daripada wad gadis itu. Kakinya kaku seakan tidak boleh digerakkan. Berhadapan dengan Antasya dan adik lelaki itu cukup buat dia bingung seketika. Dia rindu, tapi dia tidak mampu nak mendekati Antasya.

Andarish yang juga berhadapan dengan abang iparnya juga terkedu seketika. Kepala pantas digelengkan, menyuruh Tengku Dayren pergi segera. Nasib sahaja penglihatan Antasya sedikit terbatas. Pandangan gadis itu sudah kabur. Antasya tidak mahu jumpa Tengku Dayren.

Tengku Dayren ingin berlalu pergi, namun apa yang dikatakan Antasya membuatkan langkahnya terhenti betul-betul disebelah isterinya.

"Andarish, akak rasakan, akak rindukan suami akaklah. Akak nampak bayang dia tadi, Andarish rasa dia rindu akak tak?". Antasya melayangkan tangannya ingin menyentuh Andarish. Matanya yang kabur membataskan segalanya.

Andarish diam. Pandangannya dialihkan melihat abang iparnya yang berada di sebelah Antasya. Silih berganti dia memandang mereka berdua. Rasa bersalah mula terasa beban dalam diri. Dua hati yang merindui tapi dia pisahkan. Pasti seksa.

"Rindu, mestilah dia rindu Antasya". Andarish menjauh memberikan ruang. Tengku Dayren yang lihat adik iparnya menjauh daripada Antasya pantas mencapai tangan Antasya yang melayang. Rasanya lain saat tangan mereka bersatu. Rasa ini yang dia ingin ketika ini.

Andarish dipandang saat dia sedar, dia sudah terlebih laku. Melihat anggukan Andarish senyuman lega terbit di bibirnya. Mereka berjalan bertiga sambil Tengku Dayren yang memimpin Antasya.

"Iya ke? Entah-entah dia tengah bahagia dengan Nawarrah. Dia tak ingat Antasya pun". Mereka naik ke dalam lif. Masih tidak lepas tangan Tengku Dayren menggengam tangan isterinya. Dia rindu hangatnya Antasya.

"Taklah, dia sayang Antasya". Andarish menjawab bagi pihak Tengku Dayren.

"Hmmm, tapikan Andarish sejak bila tangan Andarish besar sangat. Macam tangan suami Antasya". Antasya ketawa. Rasanya lain pula kali ini saat mengenggam tangan adik lelakinya itu. Makin teringat pula dia pada Tengku Dayren.

"Memang tangan suami Antasya pun". Jujur. Tengku Dayren terkedu. Andarish dilihat. Pastikah lelaki itu nak jujur begini? Selama ini dia mengelak daripada berjumpa Antasya kerana adik iparnya itu suruh. Tapi sekarang, dia pula yang membenarkan?

Mimpi ke dia Andarish cakap begini?

"Jangan main-mainlah Andarish. Suami Antasya tak tahu Antasya ada dekat sini". Tiada lagi senyuman. Wajah Antasya serius.

"Siapa kata Andarish main-main?". Andarish pantas sahaja mengenggam lagi satu tangan Antasya untuk menyakinkan Antasya. Gadis itu terdiam. Genggamannya pada tangan lagi satu ingin dilepaskan, namun terlalu erat pula tangannya digenggam.

Benarkah ini Tengku Dayren?

"Sayang...". Rasa kaki Antasya tiba-tiba lemah. Ingin jatuh ke tanah namun terasa lengannya lagi satu digenggam sama. Kali ini dia tahu, Tengku Dayren benar-benar ada disini. Suami dia ada disini.

"Awak buat apa dekat sini Tengku Dayren?". Perlahan sahaja Antasya bertanya. Ingin dia menolak sentuhan Tengku Dayren, namun matanya yang agak kabur membataskan segalanya.

Andarish sudah keluar dahulu di tingkat terakhir. Membiarkan kedua-duanya. Cukuplah dia halang mereka bersatu selama ini.

"Awak tak patut ada dekat sini. Awak patut ada dengan Nawarrah! Hantar saya balik wad saya lepastu pergi, awak tak patut ada dekat sini". Tengku Dayren diam. Butang lif ditekan tingkat wad yang diduduki Antasya sesuai permintaan gadis itu.

"Sayang, hubby dah lama ada dekat sini, sayang sahaja yang tak tahu". Tidak lepas tangan Tengku Dayren daripada mengenggam lengan isterinya. Takut Antasya jatuh.

"Kenapa awak ada dekat sini! Sejak bila? Sejak saya buta ke? Awak sepatutnya ada dengan isteri awak".

"Isteri hubby ada dekat sini. Hubby nak pergi mana lagi?". Saat ini lif terbuka. Antasya menolak tangan Tengku Dayren. Tanpa bantuan dia berjalan pantas keluar meninggalkan Tengku Dayren. Pandangan kabur membuatkan dia terlanggar dengan dinding namun diabaikan sahaja sakit itu

Tengku Dayren lagi bahaya. Lagi terasa sakitnya. Ikut sahaja kaki melangkah. Saat dia ingin memulas tombol pintu yang serasa wadnya, tangannya ditarik. Antasya tersentak saat tubuhnya ditolak masuk ke dalam wad lain.

"Hubby dah cerai dengan Nawarrah". Antasya diam. Tiba-tiba suasana sunyi menerpa sebelum lagi sekali lengan Antasya ditarik Tengku Dayren supaya menghadap dirinya.

"Hubby tak ada isteri lain. Hubby ada awak je. Sayang je isteri hubby, hubby minta maaf sebab kahwin lain, semuanya bukan sebab hubby nak, hubby kahwin dengan dia bersebab sayang. Sumpah hubby tak ada perasaan langsung pada Nawarrah sayang". Kedua-dua tangannya mengusap wajah Antasya yang sudah lenjun dengan dengan air mata.

"Tapi hubby kahwin dengan dia juga"

"Hubby minta maaf sebab kahwin dengan dia sayang, tapi hubby dah ceraikan dia dah. Hubby taknak dia lukakan awak sayang, sekarang dia dah takda, kita dah bebas daripada dia, hubby takkan tinggalkan sayang dah, hubby janji"

Antasya terus memeluk tubuh tegap Tengku Dayren. Sayu terasa mencengkam diri. Suasana sunyi hanya ditemani tangisan Antasya dan Tengku Dayren yang memujuk lembut isterinya. Semuanya sudah berakhir. Antasya sudah ada didepan matanya. Syukurlah.

"Jangan tinggalkan saya lagi hubby".

"Takkan"
.
.
.

"Sayang, awak nak buah tak?". Buah epal yang belum dipotong, Tengku Dayren tunjuk kepada gadis itu. Namun Antasya hanya menggeleng, dia baru sahaja selesai kemoterapi tadi, seleranya hilang, sakit yang sedang dia rasa tika ini.

Tengku Dayren letak epal tadi dan mendekati Antasya. Jari-jemari mereka ditautkan bersama. Semuanya dia sudah ceritakan kepada Antasya. Seminggu berlalu, seminggu juga dia yang jaga Antasya. Seminggu dia ada disisi gadis itu sentiasa. Rasanya aman dapat lihat Antasya walaupun gadis itu samar-samar sahaja melihatnya.

"Kuat untuk hubby sayang". Pinta Tengku Dayren. Hanya hanya tersenyum nipis. Kepala dianggukan lemah. Entah, dia sendiri tidak tahu berapa lama dia akan hidup, biarlah, dirinya sudah berserah. Sakitnya rasa makin parah. Kadang-kadang kepala terasa ingin pecah tapi dia hanya diamkan sahaja.

Tidak mahu besarkan masalah.

"Kalau awak takda, hubby tak tahu nak hidup untuk siapa lagi. Hubby perlukan sayang". Tangan Antasya dicium berkali-kali. Gadis itu masih dengan senyumannya.

"Hubby carilah isteri baru kalau Antasya dah takda nanti". Antasya bergurau. Suasana terlalu tegang untuk dirinya dan Tengku Dayren ketika ini.

Tengku Dayren diam sahaja. Tangan yang tadi hanya mengusap-usap tangan Antasya kini kepala pula direhatkan atas lengan gadis itu. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Tapi tidak mahu Antasya tahu. Terlalu lemah rasanya sekarang.

"Maaf sayang, hubby tak ada dengan awak selama ni"

"Hubby, we talk about this kan? Janganlah macam ni". Lemah Antasya memujuk.

"Terukkan hubby jadi suami. Isteri sakit pun, hubby tak tahu, I'm sorry, I'm really sorry sayang". Tangan memeluk tubuh Antasya yang sedang berbaring. Sambil tangannya lagi sebelah tidak lepas menggengam jari-jemari Antasya.

"No, hubby suami terbaik yang pernah saya ada. Cuma keadaan yang tak mengizinkan untuk hubby tahu keadaan saya. Tapi sekarang hubby dah ada dekat sini kan? Everything will be okay sayang. Please be strong for me, Antasya rasa macam tak tertahan dah sakit ni". Dia perlukan Tengku Dayren. Sumpah, dia perlukan suaminya.

Keadaan diri semakin hari terasa lemah. Rawatan yang sedang dia jalankan sekarang seperti tiada apa perubahan yang terjadi. Entah apa yang salah, mana silapnya dia sendiri tidak pasti. Yang dia tahu, dirinya semakin tiada harapan. Hanya bergantung harap sahaja dia mampu. Tapi syukurlah Tengku Dayren ada disisinya.

Mungkin ini detik-detik terakhir dia dengan suaminya sebelum ajal memisahkan mereka. Dia betul-betul pasrah.

"I need you, jangan tinggalkan hubby sayang"

"InsyaAllah. Antasya takkan tinggalkan hubby". Dia ingin pergi sebagai isteri kepada Tengku Dayren.

"Tapi hubby, Antasya nak minta something boleh daripada hubby?". Tengku Dayren mengangkat wajah. Kepala dianggukkan. Apa sahaja dia akan tunaikan.

"Jadi imam Antasya boleh?". Air mata di wajah Tengku Dayren dikesat dengan jarinya. Wajah disenyumkan. Buat kali ini, dia ingin jadi makmum Tengku Dayren. Sudah lama rasanya dia tidak menjadi makmun Tengku Dayren. Dia rindu rasa itu.

"Boleh sayang". Tengku Dayren bangun dari duduknya dan membantu Antasya mengambil wuduk. Isyak sudah masuk waktunya.

Malam itu, hanya mereka berdua, bertemankan sunyi malam, Tengku Dayren menjadi imam kepada solat Antasya. Sunyi dan tenang lelaki itu mengalunkan ayat suci. Sehingga habis rakaat terakhir, saat memberi salam, air mata Tengku Dayren jatuh lagi. Kepala ditolehkan perlahan memandang kebelakang, Antasya masih bersujud.

"Sayang...". Antasya pergi.

.
.
.
.

Sikit lagi! Nak habis dah nih. Maaflah ye lama tak update. Ada hal yang perlu diselesaikan. Enjoylah ye semuanya. Maaf typo dan sebagainya semuanya. Harap suka!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro