𝓑𝓐𝓑 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Antasya memandang tidak puas hati pada Dayren. Sekejab sahaja dia sudah dipinggirkan keluarganya. Tengku Dayren sudah mengambil tempatnya. Kain lap meja dikuis-kuis kasar

Sakit hati!

"Semua lupa aku!". Katanya perlahan. Tanganya lincah mengemas meja yang digunakan tadi. Yang lain... Layan bakal menantu kesayangan diorang tu la! Huh!

"Antasya!".

"Hiys Andarish ni! Orang terkejut la!". Hampir sahaja dia memukul adiknya menggunakkan kain lap meja

"Hehe sorry. Tapi kan Andarish suka la pilihan Antasya". Dia duduk di kerusi meja makan. Matanya memerhatikan keluarganya yang sedang berbual mesra dengan pilihan kakaknya

Nampaknya Antasya bakal pergi dari hidupnya.... Ya kenyataan itu menyakitkan apabila dia tahu dia bukan lagi 'hero' Antasya

"Hmmm"

"Aik hmm je?". Pandangan teralih pada Antasya pula. Calon punya hansem hmmm je?

"Habistu!". Nadanya terkuat membuatkan orang diruang tamu memandang mereka berdua

Andarish hanya ketawa sahaja. Sebelum meminta maaf bagi pihak kakaknya. Antasya mendengus kasar

"Kamu berdua kenapa?"

"Nothing. Antasya just rindu dekat Andarish. Kan Antasya"

"Of course not!". Kaki melangkah ke atas tingkat atas. Sakit hati duduk di bawah lama-lama

Dato Haris dan Datin Maya hanya menggeleng kepala. Depan bakal suami pun dibuatnya hal. Antasya ni sungguh la!

"Dato, Datin saya minta diri dulu. Dah lewat sangat ni".

"Yelah. Tapi tarikh kahwin betul Tengku taknak tukar?"

"Saya ikut je Antasya". Senyuman diberikan

"Baiklah kalau macam tu"

"Saya minta diri dulu". Selepas bersalam dia keluar dari rumah gadis itu. Semuanya berjalan dengan lancar antara dia dan keluarga bakal mertuanya

Anhaura memandang bakal adik iparnya. Perasaannya terasa sesuatu pula. Ya dia tidak boleh nafikan yang Tengku Dayren Daniel sangat rupawan, sudahlah kaya. Hatinya tersuka

"Anhaura!"

"Iya Ibu"

"Apa yang kamu tenung si Dayren tu?"

"Huh? Takda apa. Anhaura naik dulu". Dia segera naik ke atas nasib tidak tertangkap

Andarish yang juga perasan kakaknya terus berasa sangsi. Dia juga lelaki pandangan Anhaura seperti.... Namun cepat-cepat dia menggelengkan kepalanya menepis segala yang negetif

Mungkin Anhaura hanya melihat
.
.
Seminggu kemudian...

"Tengku Dayren Daniel bin Tengku Zahid"

"Ya saya"

"Aku nikahnya dikau dengan putriku Antasya Zara binti Haris dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Antasya Zara binti Haris dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai". Lancar sahaja dia berkata

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

"Alhamdullilah". Mereka terus sahaja mengucapkan syukur. Bacaan doa dimulakan

Antasya mengucapkan syukur seperti tidak percaya dia sudah ada gelaran isteri. Bukan kepada Adam Haikal tetapi Tengku Dayren Daniel. Jika dia sudah berkhawin masih berjalan kah misi menggodanya?

"Beri tangan kamu Antasya".

"Huh?". Antasya blur seketika. Lamunannya tadi sudah pun hilang entah kemana dan kini diganti pula dengan wajah suami yang baru menikahinya tadi

"Tangan. Dayren nak sarung cincin tu". Ujar Datin Maya lagi

Perlahan Antasya memberikan tanganya kepada Dayren yang menunggu. Pertama kali dia terasa rela sahaja tangannya dipengang seorang lelaki. Walaupun dia agak liar dahulu tapi dia masih tahu batas. Tersentuh tu adalah. Tapi untuk berpengang dengan sengaja kirim salam. Adam Haikal juga tidak pernah berani menyentuh tanganya sesuka hati

Selesai cincin itu selamat masuk ke tempatnya. Tangan besar dan agak kasar itu dicium lembut sebelum dahinya ditindih lembut. Seketika dia terasa seperti nafasnya terhenti. Jantung berdengup tidak seperti selalu. Perlahan-lahan gugup itu pergi sebelum perasaan tenang menyapa

Lain sungguh rasa sudah halal menyentuh yang sudah halal... Terasa tenang sahaja..

Terlepas sahaja ciuman didahinya. Matanya memandang mata lembut si suami

"Aku janji kau akan jadi tanggungjawab aku sampai takdir kata kita berpisah". Ujarnya perlahan mungkin hanya dia dan Tengku Dayren sahaja yang dengar

"Terima kasih". Senyuman ikhlas diberikan. Air matanya mengalir sedikit namun pantas dikesat. Tidak mahu merisaukan yang lain di hari bahagianya

Walaupun secara dasarnya perkhawinan ini dengan tujuan yang sama oleh kedua belah pihak. Tetap Antasya menjadi tanggungjawab Tengku Dayren. Dan Dayren milik mutlak Antasya. Tiada istilah kahwin paksa di antara mereka

"Amboi penggantin lamanya tenung". Sudah ada yang mengusik mereka. Tengku Dayren dan Antasya hanya tersenyum sahaja

Biasalah meriah hari perkhawinan kan pasti ada tukang mengusiknya. Tidak sah kalau tiada

Majlis diteruskan dengan gambar perkhawinan mereka. Namun Antasya perasan Anhaura tiada di majlis ini. Kakaknya selalunya ada sahaja disisinya namun harini...

"Andarish"

Andarish yang sedang melayan tetamu mendekati kakaknya.

"Kenapa?"

"Anhaura mana?"

"Entah. Tapi ada sekarang hilang ada kerja la kot"

"Ouh"

"Ni mana suami awak Antasya?"

"Entah". Jawapan paling mudah seorang isteri

"Amboi Antasya kahwin tak sampai berapa jam lagi dah lupa suami". Perli Andarish. Apa la malang sangat hidup abang Dayren nanti. Entah-entah bila Abang Dayren tu hilang mungkin Antasya tidak kisah langsung

Antasya kan apa dia kisah

"Dia dah besar. Bukannya baru belajar nak berjalan". Balas Antasya

"Haih malang sungguh nasib Abang Dayren". Mengeluh si adik mendengar alasan si kakak

"Andarish tak rasa ke Anhaura macam nak jauhkan diri dari kita". Memang itu yang dia perhatikan kakaknya itu sudah banyak berubah sejak Tengku Dayren datang ke rumah mereka

"Takla. Dia sibuk sikit kot". Andarish memberi alasan. Sebenarnya dia juga perasan perubahan itu

"Iya ke?"

Belum sempat Andarish membalas mereka disapa satu suara. Terus terdiam si pengantin baru

"Tahniah. Zara". Adam Haikal memandang bekas tunangnya dengan sayu. Sepatutnya dia yang menyebut nama Antasya Zara di hadapan Dato Haris. Dia yang berjabat tangan dengan Dato Haris

Dia masih tidak rela. Bagaimana mahu rela jika hampir sepenuh hatinya diberikan kepada gadis dihadapannya ini. Cinta mati dia kepada gadis ini

"Terima kasih. Saya harap awak dapat lupakan saya". Balas Antasya walaupun sukar. Dia tahu berdosa ada hati pada lelaki lain sedangkan dia sudah berkhawin dan mempunyai suami. Namun apa dia boleh buat nama lelaki ini masih bertahta dihatinya

"Saya tak tahu lagi saya boleh lupakan awak atau tak Zara. Cinta saya sepenuhnya awak dah ambil". Balasnya

"Aku cadangkan kau buang". Satu lagi suara menyapa mereka. Tengku Dayren yang hanya memerhatikan dari jauh mengambil tindakan. Ini ke punca Antasya datang ke pajabatnya dan memintanya berkhawin dengan gadis itu

Pinggang Antasya ditarik rapat dengannya. Muka dihiasi dengan senyuman manis walaupun kelihatan sinis

"Aku akan cuba. Apapun kau lelaki beruntung dapat memiliki hati Zara. Tolong jaga dia sebaik mungkin". Ujar Adam Haikal. Matanya tidak lepas memandang Antasya yang sedang menunduk kepalanya itu

"I know. And I will. Jaga hati kau elok-elok bro. Isteri aku dah takda untuk jadi ubat buat hati kau, assalamualaikum". Bahu Adam Haikal ditepuk sedikit sebelum berlalu pergi bersama Antasya dari situ

Adam Haikal membalas ucapan salam dari lelaki itu. Berutung sungguh Dayren. Andarish juga pergi setelah memberi amaran kepada Adam Haikal

"Haikal nak Zara?".

Adam Haikal memandang orang yang memberikannya tawaran itu. Kakak ipar tak jadinya

"Anhaura boleh tolong tapi, dengan satu syarat".

"Apa?"

"Dayren mesti jadi milik Anhaura. Boleh?". Mata nya bertentangan dengan Adam Haikal menunggu jawapan

"Baik". Adam Haikal bersetuju dengan pantas. Dia tidak boleh kehilangan Antasya. Kekasih hatinya

Anhaura tersenyun sinis. Mata mereka berdua memandang si raja sehari yang bakal musnah

Dayren hanya miliknya. Tidak kisahlah suami adiknya ke apa ke yang pasti Dayren miliknya! Seorang!
.
.
.
.
.
.
.
.
10:44 - 1123

If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro