𝓑𝓐𝓑 8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tahniah Antasya!, akhirnya kau lupakan juga arwah Haikal". Dyah memandang sahabatnya itu. Tangan naik membetulkan bunga kecil yang diselitkan di tocang sahabatnya itu. Tema light and fancy betul-betul sesuai dengan wajah sahabatnya yang putih. Tidak dinafikan gadis ini memang cantik

Dress panjang yang berwarna purple pekat yang kelihatan simple tapi mewah juga serasi dengannya.

Harini dia yang menjadi mak andam bagi sahabatnya ini, terkejut juga dia apabila Antasya menyuruhnya menjadi mak andam, seingatnya Antasya memang belum move on dari arwah tunangnya, dan tiba-tiba sekarang ingin berkhawin, namun dia bersyukur juga apabila kawannya itu memutuskan untuk berkhawin

"Dia bukan arwah, dia hidup lagi". Wajah ditunduk sedikit. Terasa sedih sedikit mengingatkan alasan kenapa perkhawinan ini terjadi

"Apa kau cakap ni, aku sendiri ikut keluarga diorang pergi kubur".

"Dia tipu, sebab dia juga perkhawinan ni terjadi". Matanya dan sahabatnya itu bertentangan apabila dia memandang kehadapan. Cermin solek menyatukan mata mereka. Dia hanya boleh tersenyum hambar sahaja

"Takpalah, kau dah selamat dah pun. Setia je dekat suami kau. Lupakan Haikal". Bahu kawannya dipeluk erat

"Thanks baby". Tangannya naik memegang yang tangan sahabatnya yang ada dibahunya. Terasa indah bila ada orang bersamanya. Memberikan dia semangat

"Dah jangan muram-muram, kita sepatutnya happy, it your wedding bestfriend!".

"Betul tu lupakan Haikal!". Dia memandang kawannya yang lain. Ada 6 orang kawannya yang lain disitu. Mereka akan menjadi pengiringnya sebentar lagi. 6 orang bridesmaid

"Terima kasih korang...". Dia memandang satu persatu sahabatnya. Mereka yang paling setia memberi sokongan kepadanya, setiap hari pasti ada sahaja yang akan dikongsikan. Gambar dan video lucu juga. Baikkan mereka semata-mata hanya ingin lihat dia gelak

"Awww sama-sama". Fadilah memeluk tubuh sahabatnya itu. Aihh dah jadi isteri orang pun kawannya ini

Yang lain hanya tergelak sahaja melihat telatah mereka berdua. Tiba-tiba mereka dikacau dengan ketukan di pintu bilik Antasya

"Ye?" Dyah menyambut

"Pengantin perempuan dah siap. Kita kena gerak sekarang". Ujar orang di luar

"Ouhh pengantin perempuan dah siap. Kejab lagi kitaorang bawak dia keluar. 5 minit ye". Balas Dyah

"Ok. Cepat sikit ye".

"Ok"

Tiada lagi suara yang menganggu mereka

"It's time!". Dyah membetulkan apa yang patut

"Selamat pengantin baru Antasya!". Mereka semua berkata serentak

Antasya tergelak. Mereka terus berpelukan.

"Kitaorang akan rindu kau". Sebak

"Dah cukup dengan drama. Jom, gerak sekarang kesian pula suami Antasya tunggu isteri dia tak sampai-sampai". Mereka tergelak sedikit

Majlis sanding sudah ditukar lokasinya ke dewan yang agak besar, Ibu dan Papa baru sahaja memberi tahu mereka pagi tadi. Mereka kata guna dewan lagi besar, senang nak uruskan tetamu yang hadir. Antasya dan Dayren hanya bersetuju sahaja. Biarlah mereka sudah bersusah payah untuk majlisnya. Dia ikutkan sahaja apa yang terbaik

Disebabkan itu juga Dayren pergi dahulu atas perintah Mummynya. Katanya tak surprise la kalau Tengku Dayren tengok dulu dirinya.

"Amboi, pengantin cantiknya, untung la encik suami". Adik kepada ibunya mula mengusiknya.

"Of course la Mak lang, bukan Antasya la kalau tak cantik". Gurauan Mak langnya disambut. Terus tergelak orang yang ada disitu. Apa beberapa lagi saudaranya yang tidak pergi ke dewan. Menunggu dirnya mungkin

"Pengantin dah naik bakul angkat sendiri". Usik yang lain pula

Antasya ketawa. Meriah sungguh

"Sudah-sudah, jom kita berangkat sekarang. Karang jadi cacing kepanasan pula suami si Antasya ni tunggu isteri tak muncul-muncul". Pak long memberhentikan gurauan yang semakin melarat.

"Yelah jom, Antasya kamu naik kereta dengan Mak lang, kawan-kawan kamu boleh naik sendiri kan?"

"Boleh, kami ada kereta sendiri"

"Oklah mari kita gerak sekarang". Mereka bergerak ke tempat yang sepatutnya. Dewan yang agak jauh dituju. Sampai ditempat yang dituju. Dayren tiada dihadapan pintu masuk. Namun lagi pelik apabila kereta Mak langnya tidak berhenti di hadapan dewan sebaliknya agak jauh sedikit dari dewan. Dan ya Dayren ada disitu

"Kenapa kita berhenti dekat sini Mak lang?"

"Pasukan kompang belum sampai lagi. Pukul 1:30 baru diorang sampai, jadi kamu dengan Dayren duduk dekat sini dulu ada bilik khas. Dekat dewan ramai tak selesa pulak kamu nanti"

Jam dilihat lagi 10 minit pukul 1:30. Patutlah mungkin pasukan kompang ada dirumah orang lain. Dia keluar dari kereta Mak langnya dan menuju ke arah Tengku Dayren yang sedang dikipas oleh Faris

"Kenapa tak tunggu dalam bilik?". Tanya Antasya sebaik sahaja dia merapati suaminya

"Diorang kata nak start dah, pastu suruh tunggu kejab". Balas Tengku Dayren. Tie dilehernya sudah longgar. Panas sungguh cuaca harini

"Kenapa tak masuk balik, dah berpeluh dah, habis baju nanti". Sudah la pakai kot, nasib baik hitam, cuma baju kemeja sahaja berwarna ungu, sama tema denganya. Tisu yang kebetulan ada ditangan dibuat lap peluh Tengku Dayren. Dari dahi hingga leher dilap

"Tak tahu pulak lama macam ni, ingatkan kena tunggu sekejab je". Dibiarkan tangan itu mengelap peluhnya. Dia memang seorang yang cepat berpeluh. Kalau malam memang wajib dia buka kipas. Sejuk macam mana sekalipun kipas tetap akan on

Antasya pula mengipas Tengku Dayren dan dirinya menggunakan tangan. Memang betul cuaca panas sungguh harini

Jam dilihat sudah pukul 1:30. Pasukan kompang juga sudah hadir menunggu mereka sahaja untuk mulakan

Pantas Antasya membetulkan tie suaminya supaya kelihatan kemas. Kot suaminya yang sudah terbuka dibutangkan kembali

"Antasya, Dayren boleh kita berarak sekarang, pasukan kompang nak kejar masa tu"

"Boleh, boleh..". Setelah suaminya tampak kemas, peluh didahi suaminya dilap sebelum mereka pergi kebahagian hadapan. Kawan-kawan nya yang mengiring juga sudah berada di belakang mereka. Lengan suaminya didakap erat. Kasut tinggi dikakinya mengurangkan sedikit keyakinannya. Segala benda boleh terjadi

"Kami mula ye..". Ketua kompang meminta izin

Wakil mereka hanya mengangguk. Memberi kebenaran

Sesaat kemudian terdengar paluan kompang dimainkan. Tanda sesi perarakkan bermula. Dayren dan Antasya berjalan menuju ke dewan. Senyuman langsung tidak lekang diwajah mereka. Namun sekejab-sekejab mereka berhenti. Jurugambar yang diupah membuat kerja mereka. Banyak gambar diambil semasa perjalanan

Masuk didalam dewan mereka menjadi perhatian seisi dewan. Makin erat gengaman tangannya di lengan suaminya. Terasa jangal pula apabila mata semua ke arah mereka. Ramai betul jemputan yang dipanggil keluarganya .

Terasa gugup....

Sampai di pelamin Antasya terkagum sedikit. Sungguh cantik hiasan bunga orkid dan beberapa jenis bunga lain. Memang seperti taste ibunya. Orkid yang berwarna ungu sama dengan warna bajunya membuatkan tema ini lagi nampak mewah. Ditambah lampu berwarna coklat terang yang dipasang sekitar bunga-bunga itu.

Dibahagian belakang kerusi yang menjadi tempat duduk mereka pula dihiasi dengan bunga orkid mungkin ditampal lalu digantung menjadi seperti tirai. Kerusi pula berwarna putih. Di sekitar pelamin ada lampu spotlight yang dituju hanya kepada mereka. Sungguh cantik memang masuk seperti temanya light and fancy

Mereka menjadi watak utama didalam dewan besar ini. Sebaik sahaja mereka pasukan kompang habis bermain kompang. Tepukan hangat diberikan. Bermulalah majlis oleh pengacara yang bertugas

" Terima kasih kepada pasukan kompang yang dengan mengiring pasangan mempelai kita masuk ke dewan... Bunga orkid ditaman larangan, dipetik oleh gadis bergaya, tibalah masa yang dinantikan, majlis persandingan raja dan permaisurinya.... Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari ayah pengantin perempuan... Dipersilakan Dato Haris untuk tampil kehadapan..."

Dato Haris berjalan menuju kehadapan. Bacaan doa dimulakan. Dewan sunyi sebentar.

"Amin... Semoga majlis kita harini diberkati Allah ..... Majlis kita diteruskan lagi dengan ......"

3 jam majlis berjalan mengikut adat perkhawinan. Makan beradab, majlis menepung tawar, dan sesi bergambar semua selesai dan sekarang mereka hanya perlu melayan tetamu yang hadir

Kebanyakkannya kenalan Dato Haris dan Datin Maya, ada juga kenalan Antasya, tapi kenalan Tengku Dayren hanya sedikit sahaja memandangkan ini majlis sebelah Antasya, jadi jemputan dari belah Tengku Dayren agak sedikit, orang-orang penting sahaja yang ada

"T... Tengku". Dyah menegur takut-takut. Jangal la memandangkan umurnya sangat jauh dengan Tengku Dayren. 5 tahun kot. Antasya menahan gelak. Tahu sangat kenapa budak ni gagap. Takut la tu...

"Panggil je Dayren".

"Ouh Dayren. Kitaorang nak pinjam wife awak sekejab boleh?". Lengan Antasya dipeluk

"Untuk?". Mana boleh pinjam wifenya sesuka hati sahaja

"Tangkap gambar dengan kawan kitaorang". Tangan dihalakan menunjukkan kawan-kawan Antasya. Tengku Dayren diam sekejab

Antasya memegang lengan Tengku Dayren lalu digoyangkan sedikit. Mata puppy eyes dibuat meminta persetujuan

"Please...."

"Pergilah..". Tengku Dayren sengaja sahaja berdiam diri hendak mengusik. Namun mungkin mukanya terlalu serius buatkan isterinya ingat dia tidak membenarkan

"Yes!. Bye Tengku...". Dia berjalan meninggalkan Tengku Dayren seorang diri. Mereka bertujuh keluar dari dewan. Sudah ada tempatlah tu hendak menangkap gambar

Tengku Dayren hanya menggeleng kepala. Dia bergerak ke arah lain. Namun langkahnya terhenti apabila seseorang menghalang jalannya

Lelaki semalam

Tanpa menghiraukan lelaki itu dia cuba melepasi namun terhenti lagi sekali apabila namanya dipanggil lelaki itu

"Tengku Dayren Daniel"

Dia memandang lelaki itu " Ye saya"

"Aku bagi kau sebulan"

"Untuk apa?"

"Buat kan Antasya Zara jatuh cinta dengan kau. Kalau kau gagal dia jadi milik aku deal?".

Dayren diam wajahnya tidak memberi sedikit pun reaksi. Hanya tenang sahaja. Tangan dibawa masuk ke dalam poket seluar.

"Kenapa tak berani?". Senyuman sinis terpapar di wajah Adam Haikal namun jawapan Tengku Dayren membuatkan senyumannya mati

"Isteri aku bukan permainan, dia nak jatuh cinta dengan aku itu hak dia. Dan aku tak boleh tolak hal itu. Walaupun setahun aku kahwin dengan dia dan masih dia tak cintakan aku tetap dia isteri aku Lagipun kalah menang permainan kau ni aku yang tentukan Encik Adam Haikal..."

"Apa maksud kau"

"Kau lupa talak dia dengan siapa?"

Adam Haikal terdiam. Fikirannya cuba menangkap apa yang ingin dikatakan Tengku Dayren

"Ingat sikit kalau aku tak sakitkan dia, tak tinggalkan dia lebih dari 3 bulan, cukup beri nafkah dekat dia, dia tak ada hak nak tuntut cerai dari aku. So pandai-pandai la fikir alasan apa untuk dia tuntut cerai dari aku. Sebab aku takkan ceraikan dia". Ujar Tengku Dayren. Sia-sia sahaja dia dambarkan diri begitu sahaja berkhawin dengan gadis itu kalau akhirnya perlu melepaskan juga

Jika takdir tertulis untuk mereka berpisah, dia terima sahaja, mungkin itu yang terbaik, tapi selagi dia boleh pertahankan hubungan mereka sedaya-upaya akan dia cuba untuk perkhawinan ini kekal.

"Ingat siapa aku dekat hidup Antasya Zara, lebih penting dari kedudukan kau walaupun kau pernah duduk dalam hati dia, kau takda hak dah, so leave your job to me, aku akan pastikan dia bahagia..."

"Trust me Encik Adam Haikal... Kau tak perlu bebankan otak kau, biar aku penuhkan otak aku untuk cari cara bahagia kan dia, you just give me tips okay". Selesai berkata begitu dia pergi dari situ meninggalkan bekas tunang isterinya itu. Segala tentang Antasya Zara dia tahu. Seminggu masa yang terlebih cukup untuk dia tahu siapa Antasya Zara.

Menyiasat latar belakang gadis itu cukup membuatkan dia sakit hati. Siapa sahaja takkan rasa dikhianati kalau tunang yang disangka mati muncul depan mata secara tiba-tiba. Sudah berhempas pulas selama 5 tahun untuk majukan diri tiba-tiba pula diberi kejutan seperti itu. Tidakkah rasa sia-sia menangis kerana manusia begitu?

Nasib baik isterinya meninggal depan matanya, kalau lah isterinya buat begitu sudah pasti dia buang sahaja dari hidupnya. Dia tidak suka orang mempermainkan dirinya. Membuang masa sahaja

Adam Haikal terasa terpukul dengan kenyataan yang baru dia terima dari lelaki itu. Terasa diri sudah tiada guna untuk berebut kasih Antasya Zara

"Ingat siapa aku dekat hidup Antasya Zara, lebih penting dari kedudukan kau walaupun kau pernah duduk dalam hati dia, kau takda hak dah, so leave your job to me, aku akan pastikan dia bahagia..."

Sudah putus harapan ke dia?
.
.
.
.
.
.
.
23:39 -1823

If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro