𝓑𝓐𝓑 9

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Tengku saya dah siap mandi". Antasya keluar dari tandas sambil mengelap rambutnya. Namun langkahnya terhenti apabila terasa kehadiran seseorang sedang berdiri tegak dihadapan. Tangannya juga berhenti mengelap rambut. Dia memandang ke atas

"Tengku...."

"Jaga dia macam mana kau jaga Zara"

Tengku Dayren meletakkan tanganya diatas kepala basah Antasya. Matanya tidak lepas memandang wajah bingung itu

"Sayang dia selayaknya seorang isteri"

Tengku Dayren mengusap lembut rambut gadis itu. Wajahnya dibiarkan dingin. Tiada reaksi. Hanya membiarkan tangan mengusap lembut

"Dia milik kau, jangan biarkan sesiapa ambil tempat kau"

Tengkuk Antasya ditarik mendekati wajahnya. Bibir mereka bersatu. Matanya ditutup rapat. Menghayati suasana. Dia tahu Antasya masih lagi terkejut. Buktinya Antasya kaku dihadapannya.

10 minit berlalu, dia melepaskan ciuman dibibir gadis itu. Pantas sahaja mata hitam itu lari dari pandangannya. Bibir digigit perlahan. Tengku Dayren senyum. Pengalaman pertama. Biasalah tu. Tengkuk gadis itu dilepaskan. Lagi sekali kepala Antasya diusap sebelum dia berlalu keluar dari bilik mereka

Dia sudah mandi dibilik tetamu tadi. Fikirnya Antasya memerlukan ruang untuk memakai baju. Jadi dia ambil keputusan untuk mandi dibilik tetamu. Menghormati privasi gadis itu

Antasya memegang bibirnya yang dicium tadi. Senyuman tidak dapat ditahan. Dada dipengang. Laju!

Ahhhhh! Sukanya! Kita kena cium dengan Encik Husband! Kaki menghentak beberapa kali lantai bilik itu. Terlalu teruja dengan apa yang terjadi tadi. Tubuh dibaringkan di atas katil. Berguling-guling dia diatas katil

Nafas cuba distabilkan. Mencari nafas yang hampir hilang akibat keterujaan

"Sweetnya Encik husband kita!". Kaki menendang angin. Parah! Antasya sudah kritikal dengan ciuman Encik Suami. Akhirnya dia terbaring sambil mengingati moments tadi. Termenung punya termenung tidak sedar masa berlalu. Telefon diambil dan dilihat. Sudah pukul 12:30 malam.

Pintu bilik dilihat masih tiada tanda-tanda akan ada seseorang akan masuk. Dan parahnya dia juga tidak gantuk sama sekali. Entah kenapa matanya tidak terasa tidak mahu lelap

10 minit berlalu. Tetap tiada tanda-tanda Tengku Dayren akan masuk. Mana Encik Husband ni. Takkan malu pasal tadi. Matanya juga terasa segar bugar lagi

Akhirnya dia buat keputusan ingin mencari Tengku Dayren. Rambut yang sudah kering diikat sanggul tinggi. Kaki melangkah keluar dari bilik tidur. Berjalan sahaja kemana kaki terasa ingin melangkah dan akhirnya sampai dihadapan sebuah bilik. Pintu diketuk. Mana tahu Tengku Dayren ada didalam

Tidak mendapat jawapan. Dia buka pintu kayu itu perlahan-lahan. Ditilik apa yang ada didalam bilik itu dengan suasana gelap. Yang terlihat hanyalah rak kayu seperti rak buku memandang banyak buku tersusun disitu. Rembulan cahaya sedikit sebanyak membantu. Serasanya kalau tidak buka lampu pun okay lagi untuk membaca. Masih nampak lagi

Dia masuk kedalam lagi.

"Ye kau nak apa, kenapa masuk sini?". Suara garau itu jelas berada dibelakangnya. Dia hanya kaku berdiri takut ingin bersemuka

"Antasya, aku tanya ni?"

"Sa... Saya cari Tengku". Jujur

"Cari aku? Kenapa?". Dia sudah rasa tubuh tinggi itu melintasi sebelahnya. Berjalan kehadapan

"Saya tak boleh tidur". Kenapa jujur sangat ni. Dia mengikut langkah suaminya. Jika masuk kedalam lagi ada sebuah meja sesuai untuk membuat kerja. Dan ada lampu meja. Mungkin sebab itu Tengku Dayren tidak membuka lampu dihadapan. Lampu meja sudah ada untuk dia membaca

"Tak boleh tidur?..."Wajah itu seolah-oleh berfikir. Tentang apa dia tidak tahu. Apabila mata mereka bertentangan secara tidak sengaja pantas Antasya melarikan pandanagan ke arah lain

"Come..."

"Huh?"

"Kau tak boleh tidur kan?"

Antasya mengangguk

"Sini". Tengku Dayren menepuk pahanya. Menyuruh Antasya datang kesitu. Teragak-agak Antasya ingin duduk namun melihat wajah serius Tengku Dayren digagahkan juga untuk duduk diatas peha lelaki itu

Aduh, berat aku bertambah ke tak ye?

Lagi kaku tubuh Antasya saat terasa ada tangan yang melingkar di perutnya memeluknya dari belakang. Tengku Dayren menariknya rapat ketubuh lelaki itu. Jantungnya berdegup kencang lagi sekali. Ahhhh! Terasa nak meletup. Senyuman ditahan. Bahagia

Tanpa disuruh. Antasya melentok manja kepala dileher suaminya. Tangan naik memeluk leher itu. Tengku Dayren diam dia memandang sisinya. Mata mereka bertembung. Sejak bila Antasya manja begini?

"Baca buku dengan aku sekali"

Antasya mengangguk. Mata yang tadi bersatu kini memandang kearah buku yang dipengang Tengku Dayren. Pelukan dileher Tengku Dayren sudah dilepaskan

5 minit....

10 minit.....

15 minit.....

20 minit....

25 minit ...

30 minit ...

"Antasya"

Tiada sahutan. Tengku Dayren mencuri lihat. Sudah lelap. Lagi sekali senyuman terukir diwajahnya. Haih payah betul kalau dah jatuh cinta ni....

Buku ditutup. Buku bosan cepat sahaja budak ini tidur. Cuba baca novel rasanya Antasya masih setia lagi membuka matanya. Selimut yang ada diatas meja diambil dengan tangan kiri. Tangan kanan memeluk pinggang gadisnya agar tidak jatuh

Tubuh mereka berdua diselubungkan selimut. Tepi kepala Antasya dicium sedikit sebelum mengambil buku kembali

Terlalu awal ke untuk jatuh cinta?
.
.
.
"Tengku. Minggu depan saya dah kena masuk office dah tau". Antasya berkata sambil tangan sibuk menghidangkan nasi goreng dihadapan Tengku Dayren

"Kau kerja dekat mana?".

"Dekat... Syarikat Adam Haikal". Teragak-agak dia memberitahu. Takut juga suaminya itu marah. Tengku seorang ini bukan boleh kira sangat

"Sebagai?"

"P.A dia"

"Kenapa kau tak dapat dekat Syarikat aku. Bukan kau pergi ke interview haritu?". Pelik juga. Bila dia teliti fail gadis itu. Kelayakan sudah sempurna. Nak kata tiada pengalaman, serasanya bakal P.A nya sekarang pun tiada pengalaman pun.

"Entah, tak tahu bukan saya yang ambil orang kerja pun dekat Syarikat Tengku tu". Nasi goreng disuap masuk dalam mulutnya

"Mintak berhenti jelah".

"Mana boleh, saya kontrak, nanti kena bayar pampasan macam mana? Dah la harga pampasan tu tinggi".

"Aku bayar, kau berhenti je"

"Takpalah, 3 tahun je pun".

"3 tahun pun....." Suara diperlahankan. " Tetap dekat dengan bekas tunang kau tu"

"Apa? Cuba cakap kuat sikit"

"Takda apalah, kalau kau nak kerja jugak, pergilah aku izinkan, asalkan kau tak lupa tanggungjawab kau sebagai isteri aku".

"Takkan lupa punya". Antasya tersegih. Harap-harap tak lupalah

"Yelah, aku pergi dulu, petang nanti aku ambil kau, kita pergi try baju kahwin untuk esok".

"Baik Tengku!". Ceria Antasya menjawab. Dia tersenyum

Tengku Dayren melangkah keluar dari rumah. Namun terhenti apabila terdengar suara jeritan Antasya dari dalam rumah

"Tengku!!"

"Nak apa?"

"Nak salam". Tangan dihulurkan kepada Tengku Dayren. Tengku Dayren pula hanya memandang sahaja tangan Antasya

"Tengku cepatlah, nanti Tengku lambatlah". Tangan masih setia menanti disambut

Tengku Dayren menyambut tangan lembut itu. Selesai sahaja tangan disalam, pipinya pula menjadi mangsa ciuman gadis itu. Terkaku sebentar

"Ehem, ak.. aku pergi dulu, duduk rumah elok-elok"

"Okey Tengku, bye jumpa petang ni!, kerja elok-elok! Jangan rindu saya tau!". Tangannya melambai ke arah Tengku Dayren. Sehingga kereta suaminya hilang dari pandangan

Dia tersengih sendirian, ceria dia melangkah masuk. Dah salam, pakage kiss tau dia beri. Promotion yang takkan dapat dekat mana-mana. Only Antasya!

"Amboi cerianya pengantin baru ni". Mak Jah mengusik. Suka dia lihat gadis ini. Ceria sungguh

"Mestilah Mak Jah! Antasya beri kiss dekat Tengku tadi". Bersungguh Antasya bercerita. Lengan Mak Jah dipeluk mengikuti langkah tua itu ke dapur

"Iya"

Antasya mengangguk

"Antasya nak beri Mak Jah berapa orang anak?". Saja dia bertanya. Orang tengah mood baik

"Mak Jah nak berapa orang?". Tak terfikir pulak nak berapa orang

"Mestilah Mak Jah nak ramai"

"Kalau macam tu, Mak Jah kena tanya Tengku la, Antasya tak kisah". Ramai ke sikit ke dia dah kisah.

"Mak Jah nak cucu lelaki lah"

"Antasya pun nak anak lelaki lah, mesti comel". Wajah terbayang bakal anaknya nanti. Tapi adakah peluangnya nanti

"Antasya nak apa-apa?"

"Nak! kek red velvet, teringin la Mak Jah". Mata dikelipkan beberapa kali, membuat wajah comel

"Jom, Mak Jah buatkan"

"Yeay! Sayang Mak Jah!". Pipi itu dicium. Teruja betul hendak menjamah kek yang bakal dibuat

Time to fight!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
18:03- 1232

If you see this, I just want to said thanks for your support because make a time to read this story

Hargai sangat ✨✨

From me-

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro