➺1.8

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Selepas sahaja berjumpa dengan Cikgu Ju di bilik guru tadi, Yeosang bergegas keluar untuk berjumpa dengan ayahnya.

Punyalah tadi dia gembira sebab dapat pulang dengan aman, tetapi ada sahaja benda yang akan mengacau!

“Yeosang? Hyung ingat kau sudah pulang,” tegur Seonghwa sebaik sahaja mereka terserempak di tangga.

“Belum. Tadi cikgu nak jumpa aku kat bilik guru,” jawab Yeosang.

“Jomlah kita balik sama-sama. Aku dah lama tak jumpa appa kau. Mesti kau happy kan?” cadang Seonghwa. Dia merangkul tangannya di atas bahu Yeosang.

Of course lah! Aku rindu sangat dengan appa! Siapa jer tak happy bila dapat berjumpa semula?”

Seonghwa tersenyum selepas mendengar kata-kata Yeosang yang riang tadi.

Mereka membuka langkah untuk keluar dari kawasan sekolah bersama.

•°•°•°•°•°•

Tiba sahaja di luar sekolah, Yeosang meliar melihat di sekeliling sama ada ayahnya sudah sampai atau belum.

Kemudian, mereka berdua ternampak Ryusang di hadapan pagar sekolah bersama dua orang lelaki dewasa. Mereka terus datang mendekati Ryusang.

“Ryusang-ah. Hyung ingat kau sudah pulang,” tegur Seonghwa membuatkan dia tersentak sedikit.

Ani. Appa aku tengah bercakap dengan kawannya sekarang. Itu yang aku masih kat sini.”

Balas Ryusang lalu menunding jari ke arah Tuan Im dan kawannya. Mereka berdua yang melihat kawan ayah Ryusang itu terkejut.

Appa!” panggil Yeosang riang sambil melambai tangan.

Tuan Kang perasan kewujudan anak lelakinya di situ. Lantas dia datang lalu memeluk Yeosang dengan erat.

Appa rindu kamu...” ucap lelaki itu. Yeosang tersenyum kelat lalu membalas pelukkan ayahnya.

“Yeo pun...” balasnya.

Seonghwa yang melihat itu tersenyum nipis. Dia tahu Yeosang sangat merindukan Tuan Kang. Dia juga berasa gembira kerana Yeosang berpeluang untuk berjumpa dengan Tuan Kang hari ini.

“Seonghwa, terima kasih sebab jaga Yeo masa samchon sibuk kerja,” ujar Tuan Kang kepada Seonghwa.

“Tak ada apalah, samchon.” balas Seonghwa sambil tersenyum lebar.

Tuan Im yang dari tadi melihat gelagat keluarga Kang itu datang menghampiri mereka. Dia tersenyum ke arah Yeosang.

Hyung mesti seronok sebab dapat jumpa dengan Yeosang dan Ryusang semula,” kata Tuan Im perlahan. Tuan Kang membalas dengan anggukkan.

Nae... Hyung pulang dulu tahu? Nanti ada masa kita jumpa lagi ya?” ujarnya.

“Okey. Selamat tinggal, hyung.”

Mereka mengucapkan selamat tinggal sebelum mereka menuju ke kereta masing-masing.

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Ryusang banyak mendiamkan dirinya. Begitu juga dengan Tuan Im.

Dia masih teringatkan bagaimana Tuan Kang mengetahui namanya tadi. Malah, pelukkannya tadi juga membuatkan dia terasa sangat selesa walaupun dia tidak mengenali siapakah Tuan Kang itu sebenarnya.

Siapa ayah Yeosang itu sebenarnya? Kenapa dia macam kenal aku dah lama?”

Sungguh soalan itulah yang kini bermain di minda Ryusang sekarang.

Malah dia juga dapat merasakan bahawa Tuan Im ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro