➺2.0

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

•°•°•°•°•°•

Pagi itu, Ryusang melangkah masuk ke kelas dengan riak wajah yang sedikit muram. Yeonjun yang kebetulan berada di dalam kelas itu terus menyapa Ryusang.

Good morning, Ryusang!” sapa Yeonjun mesra.

Morning...” balas Ryusang datar. Wajahnya juga turut mendatar.

Yeonjun berasa pelik dengan Ryusang pada hari ini. Dia perasan bahawa riak wajah Ryusang agak muram. Dia berjalan lalu duduk di sebelah Ryusang.

“Kau kenapa muram semacam ni? Kau ada apa-apa masalah ke?” soal Yeonjun ingin tahu.

Ryusang memandangnya. Sesekali dia menghela nafas berat. Dia mengangkat bahu tanda tidak tahu.

“Entahlah, Jun. Aku sebenarnya masih teringatkan fasal semalam,” kata Ryusang perlahan.

“Apa benda tu? Ceritalah kalau kau tak kisah,” balas Yeonjun ramah.

Ryusang pun menceritakan tentang hal yang berlaku semalam pada dirinya. Yeonjun pula menadahkan telinga untuk mendengar cerita Ryusang itu.

Dahinya berkerut selepas sahaja Ryusang selesai bercerita tadi. Terdapat beberapa bahagian yang kurang dia faham.

“Jap! Kau kata ayah Yeosang tu kenal kau?” tanya Yeonjun. Ryusang mengangguk.

“Haah. Lepas jer dia teka nama aku, dia terus peluk aku tiba-tiba. Pelukkan dia semalam itu, entah kenapa buat aku rasa selesa sangat...”

Terang Ryusang lebar. Yeonjun terdiam seketika. Dia seperti dapat mengesyaki sesuatu tentang Ryusang dan Yeosang.

“Mungkin korang ada pertalian darah kot...” kata Yeonjun membuatkan Ryusang hairan.

“Apa maksud kau pertalian darah?” soalnya kurang faham.

Like kau tak perasan ke? Rupa kau dengan Yeosang tu seiras sangat. Cuma bezanya personaliti kau ni lebih terbuka daripada Yeosang.”

Terang Yeonjun sungguh-sungguh. Namun, Ryusang masih lagi tidak faham. Dia langsung tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Yeonjun itu.

“Entahlah. Pening pula kepala aku asyik fikirkan fasal tu sejak semalam...” cebik Ryusang perlahan. Yeonjun sekadar tersenyum.

Tidak lama kemudian, pintu kelas dibuka oleh seseorang. Kelihatan Yeosang melangkah masuk ke dalam kelas bersama kawan-kawannya yang lain.

Mereka berdua bertentang mata ketika Yeosang mahu meletakkan beg sekolah di tepi meja. Yeonjun memandang Yeosang dengan pandangan menjengkelkan sebelum dia mengalihkan ke tempat lain.

Ryusang perasan bahawa Yeonjun bersikap dingin setiap kali mereka bertemu atau bertentang mata. Atas disebabkan perasaan ingin tahu dia membuak, dia bertanya kepada Yeonjun.

“Yah, boleh aku tanya kau satu soalan ni tak?”

“Apa dia?”

“Kau ada masalah dengan Yeosang tu ke?”

Yeonjun terkaku selepas sahaja Ryusang bertanya dengannya tadi.

“Aku bukan apa tahu. Cuma aku perasan yang kau ni macam ada sesuatu yang tak kena dengan Yeosang. Sebab itulah aku tanya,” tambah Ryusang lagi.

Sungguh dia betul-betul mahu tahu apa masalah dia dengan Yeosang. Sejak beberapa hari lalu lagi dia perasan ada sesuatu yang tidak kena.

Yeonjun tersenyum sinis ke arah Ryusang. Lalu dia menjawab soalan kawannya tadi.

“Kalau kau nak tahu sangat kenapa dengan kitorang better kau tanya sendiri kat Yeosang. Aku rasa dia tahu apa punca kitorang jadi macam ni.”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro