요약 》summary.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

☠ ☠ ☠

BLACK PETALS

Dengan ahli anggota seramai tujuh orang, itulah mereka, Black Petals. Mereka merupakan penjenayah yang terkenal di negara Korea kerana jenayah mereka yang besar dan berat. Mereka terlalu licik untuk dijejak mahupun ditangkap. Gambar mereka telah disebar di seluruh tempat, tidak lupa juga media sosial. Mereka kumpulan yang digeruni oleh masyarakat sehingga ada yang takut untuk keluar daripada rumah.

Walaupun ia tidak terlalu baru dan lama, tetapi mereka masih berkeliaran dan masih lagi dengan jenayah mereka sehinggakan polis juga seakan berputus asa.

Mereka telah melakukan kegiatan jenayah yang berat sejak tahun 2013 dan sekarang sudah 2018. Mereka sudah mempunyai kes dari zaman mereka bersekolah lagi. Dan ianya masih kekal sehingga ke hari ini.

Antara jenayah berat yang dilakukan mereka adalah menggodam bank menteri dan orang orang besar yang sudah semestinya mempunyai wang yang tak terkira banyaknya. Jenayah yang lain pula, mereka juga telah membakar sebanyak 20 buah kereta yang mahal mahal belaka.

Mereka pernah juga berjaya ditangkap tetapi tidak sampai 24 jam, mereka telah melarikan diri dan tidak lagi dapat ditangkap dengan senang.

Senjata yang mereka ada juga bukanlah biasa biasa. Ianya senjata yang mahal dan lebih canggih kerana senjata senjata itu dibeli daripada laman sesawang gelap yang dikhaskan untuk penjenayah.

☠ ☠ ☠

BANGTAN BOYS

Mereka merupakan kumpulan penjejak secara rahsia dan tidak berurusan dengan kerajaan. Ahli anggota kumpulan ini juga seramai tujuh orang. Mereka sering diupah oleh orang jahat mahupun baik untuk menangkap orang yang diingini.

Malah, polis juga ada yang menggunakan mereka untuk memudahkan kerja tetapi tidak diketahui oleh pihak atasan kerana mereka mungkin boleh dikenakan hukuman. Begitu juga dengan polis yang mengupah mereka, walaupun niat polis itu baik tetapi tetap juga akan dikenakan hukuman kerana ianya masih tetap salah di sisi undang undang.

Mereka juga sama sama licik dan bijak, setaraf dengan Black Petals. Disebabkan kepakaran mereka menjejak itu, mereka pernah juga ditawarkan berkhidmat dengan satu agensi ejen rahsia tetapi tawaran besar itu ditolak.

Bukannya kerana mereka angkuh, tetapi mereka lebih selesa apabila bekerja tanpa arahan ketua. Mereka juga lebih selesa bekerja hanya sesama mereka, iaitu hanya bertujuh.

Mereka bertujuh masing masing mempunyai kepakaran tersendiri. Jadi, setakat ini, tiada apa apa masalah buat mereka. Semua tugas yang pernah mereka lakukan berjalan dengan lancar.

☠ ☠ ☠

MISSION

Tugas Bangtan Boys untuk menjejak dan menangkap penjenayah penjenayah itu menjadi sebaliknya apabila mereka pula yang diburu oleh orang lain. Secara automatik, niat mereka itu berbalik pada mereka sendiri.

Dijejak dan diburu.

Tetapi, akhirnya mereka dibantu oleh kumpulan penjenayah Black Petals tanpa dipinta.

Permainan yang dicipta oleh 'orang lain' itu menjadi semakin rumit dan susah. Dalam masa yang sama, kedua dua pihak kumpulan ini suka akan permainan dan misi yang berlangsung.

Banyak rintangan yang perlu mereka lalui dan bukanlah sesenang yang disangka kerana orang orang yang memburu mereka itu lebih licik dari mereka.

Inilah kali pertama dalam hidup mereka menghadapi situasi situasi yang tidak pernah mereka lalui seberat ini. Misi yang mereka tidak menyangka yang mereka akan lakukannya bersama sama.

Misi antara hidup dan mati.

☠ ☠ ☠

❝ kau tahu jenayah apa yang paling berat pernah kau lakukan? Iaitu mencuri hati aku. ❞

❝ kau bad girl as hell tetapi tetap aku sukakannya. ❞

❝ kau tahu? Perempuan macam kau ini sepatutnya sekarang berada di rumah. Menjaga makan minum aku. ❞

❝ seluruh jiwa dan raga aku sepenuhnya milik kau. Termasuk badan aku. Dan, begitu juga dengan kau, sayang. ❞

❝ bibir kau yang seksi itu mesti akan bertambah seksi dan manis jika aku berikan satu ciuman yang penuh menggoda, bukan? ❞

☠ ☠ ☠

Hi! Jadi, ini adalah applyfic pertama yang lya pernah buat.

Tak pernah terfikir langsung nak buat applyfic sebab tak minat. Tapi fikiran tiba tiba berubah pula, maka terhasil la af yinii.

Yeah, seperti yang awak semua tahu, applyfic ni salah satu tempat dimana awak boleh berimaginasi diri awak dengan idol.

Lya cuma nak cari orang orang yang boleh hayati dan pegang watak dia betul betul dan bukannya sekadar nak masuk sebab nak dengan idol je, bila dipilih tiba tiba dia jadi silent readers je :(

Watak korang yang terpilih nanti merupakan role yang penting sebab kalau nak dikatakan, korang merupakan watak utama dan setaraf dengan idol okay.

Dan bila korang isi form nanti, tolong isi kemas kemas dan jangan cincai cincai sebab lya tak suka form yang berterabur dan tak kemas. Secara automatik akan direject.

Satu lagi, bila isi form nanti, taknak la yang cliche, bagilah gempak gempak sikit tau hoho. Jadi, korang sepenuhnya akan dipilih berdasarkan idea form korang yang best tu.

OKAY TUJE, MEH KITA TURUN BAWAH LAGI!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro