𝙱𝙰𝙱 7

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keesokan paginya, tidur Sara terganggu oleh sinar cahaya yang menyentuh lembut wajahnya. Dia merasakan satu ketenangan yang jarang dinikmatinya. Tiada gangguan dari leteran mak cik tirinya mahupun Rosie, seolah-olah mereka sengaja membiarkannya berehat sendirian.

Dengan perlahan, Sara membuka matanya dan tersedar bahawa dia berada di tempat yang asing. Oh, dia terlupa. Ini rumah lelaki itu.

Sara tersenyum nipis, merasakan kebingungannya sendiri. "Alahai, Sara..."

Tok tok

Ketukan pintu mengejutkan Sara, memaksanya memandang ke arah pintu. Seorang wanita tua dengan skirt panjang dan apron putih melangkah masuk sambil membawa dulang makanan.

Wanita itu meletakkan makanan di atas meja kecil di tepi katil. Sara merasa seperti mengenali wanita tersebut. Bukankah dia yang membantunya semalam?

Sara menatap wajah wanita itu dengan penuh tanda tanya. Adakah wajah dingin ini sentiasa sebegini?

“Tuan Ernesto sedang menunggu di pejabatnya,” kata wanita itu dengan nada formal, pandangannya lurus ke hadapan. “Sila bersiap selepas sarapan. Pejabat di tingkat dua."

Sara mengangguk perlahan, cuba memahami situasi ini dengan lebih jelas. Jadi, nama lelaki itu Ernes.. apa tadi?

Belum sempat dia membalas, wanita tua itu tidak memberikan peluang untuk berbicara. Tanpa menoleh, wanita itu berpaling dan meninggalkan bilik, membiarkan Sara diselubungi pelbagai persoalan di fikirannya.

Sara menghela nafas panjang, mengusap matanya sambil menatap makanan di atas meja. Suara wanita berusia itu masih terngiang di telinganya—arahan yang tegas dan jelas. Dia memutuskan untuk tidak membiarkan fikirannya terlampau sarat dengan persoalan. Ada tugasan yang menantinya.

Dia bangun dari katil dan menuju ke meja, memeriksa makanan yang disediakan. Roti dan jem yang ringkas, tetapi cukup untuk memulakan hari. Sara mengambil sedikit masa untuk menikmati sarapan itu, sambil cuba membayangkan apa yang akan berlaku seterusnya.

Selepas makan, dia bersiap dengan cepat. Mengemas diri dan memastikan penampilannya kemas, Sara keluar dari bilik. Dia terkejut melihat wanita tua tadi masih berdiri di tepi pintu. Dia menyangka wanita itu telah pergi. Adakah dia sedang menunggunya?

"Ikut saya," kata wanita tua itu dengan nada tenang.

Wanita itu membawanya menuju ke pejabat lelaki tersebut, melalui lorong sunyi di tingkat dua. Dinding-dinding dihiasi dengan lukisan abstrak, lantai berkarpet tebal meredam setiap langkah kaki. Lampu gantung yang berkilauan di atas memberi sinar keemasan, menambahkan lagi suasana mewah yang misteri.

Setibanya di hadapan sebuah pintu besar dengan ukiran kayu halus, wanita tua itu berhenti dan memandang Sara. Aroma kayu cendana memenuhi udara, dan terdapat dua kerusi kulit hitam di luar pintu, seolah-olah menunggu tetamu yang sedang bersiap untuk bertemu orang penting.

"Ini pejabat Tuan Ernesto. Silakan masuk," ucapnya dengan nada yang tidak berubah, sebelum beredar meninggalkan Sara berdiri di hadapan pintu itu.

Sara tertegun seketika, merasai tekanan yang menggelisahkan di dalam dadanya.

"Ernesto... Ernesto... Nama dia Ernesto," gumam Sara perlahan, cuba mengingati nama lelaki itu sambil memejamkan mata sebentar. Nama asing yang entah kenapa terasa begitu sukar untuk diingat.

Selepas beberapa saat, Sara membuka matanya perlahan, menghela nafas perlahan cuba menenangkan dirinya. Pintu yang besar dan kukuh berdiri megah di depannya. Jantung berdegup laju, tetapi dia cuba mengawalnya. Dengan tekad yang bulat, dia mengetuk perlahan.

Come in,” kedengaran suara Daniels dari dalam, dalam dan tenang, namun ada nada dingin di sebaliknya.

Sara menarik nafas dalam-dalam, kemudian membuka pintu perlahan-lahan. Ruang pejabat kelihatan luas, tetapi dingin. Warna-warna gelap seperti hitam dan kelabu memenuhi seluruh ruang. Tiada satu pun warna cerah yang menyegarkan suasana. Setiap perabot kelihatan eksklusif dan mewah, namun ada beberapa perabot yang Sara tidak tahu fungsinya. Namun jelas semuanya direka untuk mencerminkan kekuasaan dan kekayaan pemiliknya.

Di sebalik meja besar, lelaki itu duduk dengan tenang, wajahnya tanpa emosi, matanya tertumpu pada dokumen-dokumen yang berselerak di hadapannya, seolah-olah urusan di tangannya lebih penting daripada kehadirannya.

Setelah beberapa detik, Daniels akhirnya mengangkat wajah, pandangan tajamnya menusuk ke arah Sara. Gadis itu cuba mengawal dirinya, walaupun jantungnya berdegup semakin kencang. Sara  cuba mengawal getaran dalam suaranya. "Selamat pagi, En-Encik Ernes- nesto." Betulkah dia menyebut nama lelaki itu dengan betul? Dia sendiri tidak pasti.

Namun, tiada balasan. Daniels hanya diam, menyambungkan jari-jemarinya di hadapan wajahnya, siku di atas meja, dengan gaya yang serius. Pandangannya perlahan-lahan turun meneliti pakaian Sara yang masih sama seperti semalam.

Sara merasa dirinya terperangkap dalam keheningan itu. Dia tidak berani menatap lelaki itu sepenuhnya, hanya menunduk diam, cuba menahan rasa resah yang melanda

So?” tanya jejaka itu, memecah kesunyian dengan nada yang tegas.

Sara mengangkat wajah, terkelip-kelip tidak memahami. "Ya?"

Daniels mengeluh perlahan, seolah-olah kesabarannya sudah semakin nipis.  “Kau dah lupa ke? Apa tujuan kau kat sini?”

Nada suaranya dingin dan keras, seperti pisau yang memotong terus ke jiwa Sara. Dia terdiam sejenak, teringatkan kembali tujuannya.

“Jangan buang masa aku," suara lelaki itu kini lebih keras, seakan memberitahu bahawa dia tidak suka menunggu lama untuk mendapatkan jawapan.

Sara menggigit bibir bawahnya, rasa tertekan semakin menguasai dirinya. Dia tahu bahawa dia perlu membuat keputusan segera, dan tidak boleh lagi berdolak-dalik

"Er… saya… saya mahu kerja di sini, Encik," jawab Sara, tekadnya sudah bulat. Dia telah memikirkan hal ini dengan mendalam. Dia benar-benar sudah memikirkannya. Dia perlu bertahan untuk sementara waktu di sini, meskipun suasana tempat ini begitu asing dan menakutkan. Pada masa sama, dia berasa tenang tanpa bebelan dan cacian ibu tirinya dan kakak tirinya.

"And?" Daniels mengangkat keningnya, suaranya semakin dingin. Mata tajamnya seolah-olah menunggu jawapan yang lebih lengkap.

Sara keliru. 'And? Ada lagi ke?' fikirnya dalam hati.

Daniels mengeluh lagi, tangannya ditekan ke pelipis, menandakan kesabarannya seakan-akan berada di hujung tanduk.

“Sara… kerja apa yang kau pandai buat?” Nada suaranya mencerminkan tekanan, seolah-olah dia terpaksa mengulangi soalan yang sama setelah memberi gadis itu masa untuk berfikir semalam.

"Oh, sa-saya... pandai masak dan mengemas rumah, Encik," jawab Sara dengan teragak-agak, suaranya hampir bergetar. Dia tahu jawapannya mungkin tidak mencukupi, namun itulah yang dia boleh tawarkan. Matanya mengalih tatapan ketika jejaka itu memandangnya lama. Aura lelaki itu begitu kuat, menekannya dari setiap arah. Namun, di balik kegelisahan itu, Sara tidak dapat menafikan, jejaka itu kelihatan lebih menarik dari semalam. Wajahnya, posturnya, cara dia duduk di situ seperti raja di kerajaannya, semuanya membuatkan jantung Sara semakin berdegup laju. Ah, apa yang kau fikirkan, Sara?

Daniels memandangnya lama, sebelum akhirnya dia menekan butang interkom di atas meja.

Agnes, prepare the uniform and tell Sara what to do,” katanya dengan tegas, kemudian melepaskan butang tersebut tanpa menoleh lagi ke arah Sara.

Sara terpinga-pinga, tak sempat berfikir banyak. Pintu pejabat terbuka, dan wanita berusia yang dilihatnya tadi, masuk. Dengan senyuman tipis yang hampir tidak kelihatan, wanita tua itu menunduk sedikit pada tuannya sebelum memandang Sara dengan pandangan dingin.

"Mari ikut saya."

Sara, masih kebingungan, hanya menurut. Sebelum dia berpaling untuk mengikuti wanita itu, dia sempat memandang ke arah jejaka itu, seolah-olah mengharapkan sebarang petunjuk atau kata-kata, tetapi lelaki itu sudah kembali menumpukan perhatian pada dokumen-dokumennya, seakan-akan dia tidak pernah wujud di situ.

Dengan langkah perlahan, Sara mengikuti wanita itu keluar dari pejabat, namun Daniels tidak melepaskan pandangannya dari jauh. Dari belakang, dia mengamati setiap lekuk tubuh Sara dan  meneliti setiap gerak-gerinya. Pakaian biasa yang dipakai Sara, blouse sederhana dan seluar panjang, sekalipun longgar, masih menonjolkan bentuk tubuhnya dengan jelas. Pandangan Daniels mengikut setiap langkah, dari kakinya yang melangkah ringan hingga ke punggungnya. Senyuman sinis terbentuk di bibirnya, tatkala dia menikmati setiap detik pemerhatian itu. Walaupun pakaian gadis itu biasa, ia tidak mampu sepenuhnya menyembunyikan lekuk tubuhnya dan ini membuatkan Daniels semakin tertarik.

"She is too innocent," bisiknya perlahan, sinis.

Sebelum keluar dari ambang pintu, Sara sempat menoleh buat kali terakhir. Zupp. Terus matanya bertemu dengan sepasang mata tajam lelaki itu yang tak lepas memandang dirinya daripada tadi, bulu romanya meremang. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan dan mengikuti wanita tua itu keluar dari pejabat.

Vote & comment. Thank you! ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro