🌨 2 ツ

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

♥♥

Wangian yang kau gemari masih menusuk lembut masuk ke dalam hidung. Rasanya seperti kau ada di sini.

Aku rindukan pelukan kau, kucupan malam dan pagi serta gurauan manja yang kau berikan padaku setiap hari.

Kini, yang menjadi ganti semua itu hanyalah pakaian terakhir yang kau pakai sebelum kau pergi Australia.

Sehingga sekarang baju itu masih belum dibasuh. Mengapa? Mahu mengatakan aku pengotor?

Bukan, aku bukan pengotor.

Aku cuma rindu akan haruman tubuh kau. Jadi, baju inilah menjadi pengubat rindu disaat aku terkenang diri kau. Aku akan memeluknya bila ingin tidur.

Dengan cara itu sahaja aku dapat membayangkan bahawa aku berada dalam dakapan hangat milik kau.

Nama kau seringkali meniti di bibirku dengan harapan keajaiban akan berlaku.

Tanpa henti juga aku memanjatkan doa pada Tuhan yang memiliki segala isi Bumi ini agar Dia pulangkan kau padaku.

Setiap potret wajah kau yang tersemat indah dalam bingkai foto menjadi tatapan mataku tanpa jemu.

Alunan suara merdu kau yang seringkali menjadi halwa telinga merupakan muzik kegemaranku nombor satu.

"Saya terlalu merindui awak."


༻﹡﹡﹡﹡﹡༺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro