𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟎𝟕

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Farrel menarik nafas dalam sebelum mengambil tindakan untuk mengetuk pintu bilik Nayra.

Patut atau tak patut?

Perlu ke dia ketuk pintu bilik Nayra?

Dia seakan sedang dilema antara mahu mengetuk atau pun kembali semula ke dalam biliknya. Niatnya di sini kerana mahu memohon maaf pada Nayra tentang masalah semalam.

Dia sangat yakin yang jawapan dia beri itu pasti menyakiti hati wanita itu.

Farrel menyandarkan dahinya pada pintu bilik Nayra.

Kalau dia ketuk lepas tu Nayra buka. Dia mahu cakap apa?

Kusut benar hidup seorang Farrel ini. Mahu minta maaf pun tidak tahu bagaimana.

“Abang!” kaget dirinya tatkala ada satu suara yang memanggil di arah belakangnya. Farrel segera memusingkan badannya melihat Nayra yang berdiri tidak jauh darinya.

Farrel melirik Nayra selang seli dengan pintu bilik Nayra. Bukankah wanita itu ada dalam bilik? Macam mana pula ada dekat luar bilik pula.

“Nayra bukan dalam bilik?”

Nayra menggelengkan kepala.

“Nayra ada dekat luarlah dari tadi.”

Farrel membulatkan mulutnya seraya mengangguk kecil.

“Abang buat apa dekat depan pintu bilik Nayra?” tanya Nayra sambil membuka langkah mendekati Farrel.

“Oh em tak ada apa. Ingat nak ajak keluar.” Farrel menggigit bibirnya. Dah kenapa pula dia cakap benda lain pula ni?

“Malaslah. Abang kalau nak keluar, pergi sajalah sorang.” ujar Nayra seraya tangannya naik memulas tombol pintu. Belum sempat dia masuk, Farrel sudah menghalang laluannya.

Nayra angkat kepala memandang Farrel dengan kening yang diangkat tinggi.

Sorry,” Kata Farrel dengan suara yang perlahan.

Nayra menggumam kecil. “Sorry for what?

I'm sorry for hurting you. Kau mungkin tak tunjuk yang kau terasa dengan jawapan aku beri tapi aku tahu dan aku sedar yang jawapan aku bagi tu buatkan kau sedih dan terasa.” bisiknya lembut menyapa tepi telinga Nayra.

Nayra sekadar menganggukkan kepalanya sambil tersenyum tipis.

It's okay, Nayra tak ambil kesah pun.” jawabnya seraya menolak lembut bahu Farrel supaya ke tepi.

Farrel menarik lengan Nayra.

You know, kalau orang kata tak apa maknanya dia terasa tapi dia tak nak tunjuk. ” 

“Aku betul-betul minta maaf. Bukan aku tak mahu ada anak dengan kau, aku cuma...” bicara Farrel dipotong oleh Nayra.

“Tak perlulah kita bahas pasal ni. Kan Nayra kata Nayra tak kesah sebab Nayra sendiri tahu kedudukan Nayra dalam hati abang. Jadi abang tak perlulah minta maaf, hmm?” ujar Nayra bersama senyuman tipisnya.

Melihat Farrel yang diam dan hanya merenung dia, Nayra kembali bersuara. “Tadi mama ada call. Mama ajak makan malam dengan dia sebab Nayra dah lama tak balik jumpa mama dan papa. Nayra ingat petang nanti Nayra nak balik rumah papa. Abang izinkan tak?” Nayra menukar topik perbualan mereka.

Farrel jatuhkan kepalanya. “Boleh tapi aku kena ikut. Pergilah siap, kita terus pergi je. Tak payah tunggu sampai petang.” balas Farrel dan segera meninggalkan kawasan bilik Nayra.

-

Nayra memeluk tubuh mamanya sebaik saja dia bersua muka bersama Hafiya di hadapan pintu rumah. Hafiya memeluk erat tubuh anak perempuannya.

“Rindunya dekat anak mama ni.”

Nayra tersengih kecil.

“Rindu mama juga. Hari ini mama masak apa?” Nayra menarik tangan mamanya untuk masuk ke dalam rumah.

Melihat papanya yang baru turun dari tangga itu dia terus melulu ke arah Arden.

“Papa hari ini tak pergi cafe?” tangan papanya di salam.

Arden menggelengkan kepala.

“Papa tak laratlah nak tengok cafe. Papa bagi amanah dekat pekerja papa aje untuk tengokkan cafe tu.” Nayra sekadar anggukkan kepalanya.

“Ini Farrel tak ikut datang ke?” tanya Arden bila perasan yang menantunya tidak ada.

“Eh ada cuma tadi ada yang call abang. Jadi dia jawab panggilan dulu, nanti kejap lagi masuklah tu.” jawab Nayra dan sebaik sahaja dia menjawab. Langsung sahaja susuk tubuh milik Farrel muncul di permukaan pintu rumah itu.

“Assalamualaikum, mama papa.” berinya salam dan langsung menyalam tangan tua mertuanya.

“Waalaikumussalam.” jawab Hafiya dan Arden serentak. Kedua orang tua Nayra mengulum senyum kepada menantunya.

“Farrel sihat?” tanya Arden kepada menantunya. Farrel menjatuhkan kepala bagi menjawab pertanyaan Arden itu.

“Papa dan mama sihat ke? Maaflah sebab Farrel jarang balik jumpa mama dengan papa.” ujar Farrel lembut.

Arden menggeleng.

“Kami berdua ni sihat aje. Lagipun papa dengan mama pun faham dengan pekerjaan Farrel. Jadi tak perlulah nak minta maaf ke apa. Farrel pun kalau jarang balik sini, kadang-kadang ada juga telefon kami tanya khabar kan? Jadi tak perlu rasa bersalah.” jawab Arden.

Farrel tersenyum lebar. Beruntungnya dia dapat mertua seperti Arden dan Hafiya tapi itulah, mereka pula yang tak beruntung dapat menantu seperti dia.

Nayra yang dari tadi menjadi pemerhati langsung bersuara.

“Hmm mama dah siap masak ke? Kalau belum jomlah Nayra tolong apa yang patut.” celah dia.

“Ha belum. Bagus juga Nayra nak tolong mama.” kata Hafiya pula.

Hafiya memandang Arden. “Abang dengan Farrel berborak lah. Rissa dengan Nayra nak ke dapur siapkan lauk malam ni.”

Arden anggukkan sahaja kepalanya. Dia langsung mengajak Farrel untuk duduk di luar rumah. Manakala, Nayra dan mamanya menuju ke dapur.

Semasa di dapur, Hafiya mendekati Nayra yang sedang menyiang ikan di sinki itu. Dia melagakan bahunya pada bahu anak perempuannya.

Nayra tarik sengih. “Ya mama. Ada apa-apa ke?” dia mengerling memandang Hafiya yang berdiri di tepinya.

“Tak ada. Mama cuma nak tanya yang Nayra dengan Farrel okay? Ada gaduh-gaduh tak?”

Nayra ketawa kecil.

“Mama ingat kita orang ni budak kecil nak gaduh-gaduh?” jawabnya sambil ketawa. Terasa lucu bila dengar soalan yang mamanya tanyakan itu.

“Manalah tahu. Dulukan masa Nayra dengan Farrel kecil ada aje benda nak cari gaduh.” Hafiya kembali buka cerita lama antara Nayra dan Farrel semasa kecil.

Rindu pula kenangan dulu. Sekarang anaknya pun sudah besar dan sudah jadi isteri orang dah.

“Alah gaduh manja-manja ada lah sikit. Kalau gaduh yang serius sangat itu hmm belum ada.” jawab Nayra sambil tersengih kecil.

“Baguslah kalau macam tu. Ingat pesan mama ni, kalau ada benda yang berlaku dalam hubungan Nayra dengan Farrel. Pastikan berbincang dulu dan jangan buat tindakan melulu.”

Nayra anggukkan kepalanya. “Ya, baik. Mama jangan risaulah.” jawab Nayra pula.

“Mama pesan sebab mama sayangkan anak mama ni. Mama tak suka kalau tengok anak mama ni terluka ke apa.”

Nayra menggeserkan badan pada Hafiya. “Eleh mama ni. Comel je risaukan kita.”

Hafiya menarik sengih. Ada-ada saja anak perempuannya ni.

-

Farrel menggosok belakang leher bagi menghilangkan rasa kekok. Dia jarang berbual dengan bapa mertuanya jadi bila duduk dengan Arden buatkan dia rasa janggal pula.

“Nayra macam mana? Dia jaga makan minum Farrel dengan baik tak?” tersentak bahunya tatkala mendengar suara Arden yanf tiba-tiba menanyakan soalan itu.

“Ha apa pa?” soalnya semula.

Arden senyum segaris.

“Papa tanya Farrel yang Nayra jaga makan minum Farrel dengan baik tak?”

Farrel membulatkan mulutnya seraya mengangguk perlahan. Akibat mengelamun jadi kurang dengar pula dia tadi.

“Yup, Nayra jaga makan minum dan pakaian Farrel dengan baik. Nayra tu isteri yang baik jadi papa janganlah risaukan Nayra. Segala benda dia buat walaupun ada lah Farrel halang tapi itulah Nayra kan? Macamlah tak kenal dengan sifat degil dia tu.” ceritanya kepada Arden sambil tersengih lucu.

“Syukurlah. Lega hati papa bila dengar jawapan Farrel tadi.”

Farrel menarik sengihnya. “Hmm pa, boleh Farrel minta tips sikit?”

Arden mengerling menantunya lalu kening diangkat tinggi.

Tips?” Farrel angguk kepala sambil tersenyum lebar. Senyuman yang tidak boleh ditafsirkan apa itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro