𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟐𝟏

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pintu rumah ditolak seraya mulut memberi salam. Nayra melangkah longlai masuk ke dalam rumahnya. Terlalu letih pula badannya hari ini. Tatkala kornea matanya terlihat Farrel yang sedang tidur di atas sofa di ruang tamu itu, lantas sahaja bibirnya mengoyak senyuman lebar.

Matanya bersinar-sinar melihat suami sendiri. Hilang segala penat yang dia rasakan tadi.

Dia berlari kecil mendekati sofa seraya dia melompat naik ke atas badan Farrel yang sedang ketiduran itu.

“Ergh,” Farrel mengerang tatkala dia merasakan ada sebuah bebanan yang besar menghempap dirinya. Hampir merasai ajal dijemput.

Nayra buat tidak bersalah saja. Dia selesakan badannya seraya kepala dilekapkan pada dada suaminya.

“Anak gajah mana hempap aku ni,” gumam Farrel sambil membuka sebelah matanya.

Nayra mencebik bibirnya tatkala mendengar gumaman suaminya itu. Anak gajah dia kata?

Dia angkat kepala menatap suaminya.

“Abang kata Nayra anak gajah?”

Farrel angguk lemah.

“Sampai hati! Nanti Nayra bagi tahu mama sebab mama yang lahirkan Nayra tau. Maknanya abang nak kata yang mama Nayra gajah jugalah ni,” ujarnya lalu berura ingin bangun dari terus menghempap suaminya.

Farrel cepat-cepat menarik lengan isterinya dan Nayra kembali baring di atas tubuhnya.

“Oi, jangan sampai macam tu sekali nyah!” matilah kalau Nayra betul-betul beritahu ibu mertuanya.

Nayra ni kadang-kadang tak boleh dipercayai juga. Dengar saja macam dia bermain-main tapi nanti dia buat betul-betul. Tak ke naya pak karim hmm.

“Yalah, abang kata Nayra anak gajah.” Nayra berkata sambil bibir di muncungkan sedepa.

Farrel menggeleng. Dia lantas menarik kepala isterinya lalu dibawa ke dadanya. Farrel menggelus lembut kepala Nayra.

“Gurau je yayang kita. Takkan bergurau pun dah tak boleh sekarang,” ujar Farrel.

Nayra tersengih gedik tatkala mendengar perkataan yayang. Suami kita panggil kita yayang pula. Korang ada? Ha tak ada? Lemah!

“Hari ini Nayra penat tapi bila nampak abang terus hilang penat. Cuma nak bermanja dengan abang je.” Nayra mula mengadu pada Farrel. Farrel sekadar menarik sengih.

Manja.

“Kesian dia penat,” rambut Nayra dibelai dengan penuh kasih.

“Kaki Nayra lenguh, nanti abang tolong urutkan boleh?”

Farrel angguk kepala. “Boleh,”

Sedang asik dia membelai rambut isterinya tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Lantas tubuh Nayra yang baring di atasnya dialihkan ke tepi. Dia bangun dari sofa tersebut.

Nayra memandang pelik kepada Farrel tatkala si lelaki menghulurkan tangan padanya.

Come, aku nak tunjukkan sesuatu,” katanya sebaik sahaja melihat wajah tertanya-tanya isterinya.

Nayra tidak menyambut tapi sebaliknya dia berkata, “Alah, Nayra tak laratlah nak berjalan.  Nak dukung pleaseee!” suaranya di meleretkan. Kedua tangannya turut di angkat.

Farrel buang pandangan.

“Manja!” walaupun begitu tetap saja dia turutkan permintaan isterinya. Farrel menyeluk tangan di bawah lipatan lutut Nayra dan lantas Farrel mencempung isterinya.

“Nayra, kau makan banyak sangat ke?”

Tangan kiri wanita itu laju mencubit lengan Farrel. “Jangan tanya isu sensitif!” pesannya sambil membesarkan mata. Berharap Farrel rasa takut padanya tapi malah kelihatan comel di mata Farrel.

Farrel menghamburkan ketawanya. Dia membawa Nayra masuk ke bilik mereka seraya Nayra didudukkan di tepi katil.

“Abang nak tunjukkan apa sebenarnya?”

“Hadiah buat kau,”

“Tapi birthday Nayra kan dah lepas.”

“Kalau nak bagi hadiah buat isteri tak payah tunggu hari jadi pun. Setiap hari aku boleh belikan hadiah untuk kau. Dah tutup mata dulu dan jangan nak main tipu eh. Bila aku suruh buka mata baru kau buka. Faham?” Nayra jatuhkan kepalanya. Turutkan saja permintaan suaminya.

Tangannya naik menutup kedua matanya. “Okay, Nayra dah tutup mata.”

Farrel segera melangkah menuju ke tempat yang dia sorokkan hadiah buat Nayra.

Okay now try to open your eyes,

Nayra lantas membuka kelopak matanya. Dia membulatkan mata tatkala terpandang akan paperbag LV di tangan suaminya.

Dia mendongak memandang Farrel dengan tatapan tidak percaya. Segera dia mengambil paperbag tersebut dari tangan Farrel sebaik sahaja Farrel menghulurkan padanya.

Ommo, is this true?”

Farrel mengiyakan pertanyaan Nayra. “Bukalah,”

Nayra segera membawa keluar kotak dari dalam beg kertas itu. Dia menarik ribbon di kotak itu dan lantas membuka kotak tersebut.

Bibirnya mengoyak senyuman lebar.

Is this the latest one, abang?”

“Yup! I tried to find something like yours before tapi malangnya tak ada. Mungkin dah habis stock or dah pupus.” Farrel angkat bahu.

Nayra menggeleng. “It's okay. I still like it,” ujarnya sambil menilik handbag tersebut di hadapannya.

Yeay, I got a new baby!

Boleh flex depan orang.

Actually ada lagi satu,”

Nayra tatap Farrel. Kening sebelahnya terangkat tinggi.

“Ada lagi?”

Farrel jatuhkan kepala. “Cuba tengok dalam bag tu,” dia memberikan arahan dan segera Nayra membuka zip tersebut.

Dia membawa keluar sekotal baldu dari dalam handbag yang dibelikan oleh Farrel. Bertambah berkerut dahinya.

“Apa ni?”

Farrel tidak menjawab malah lelaki itu hanya mengambil saja kotak baldu itu dari tangan Nayra. Dia membuka kotak cincin itu.

I bought you a new ring,” ujarnya sambil membawa keluar cincin dari kotak baldu itu. Cincin di jari manis Nayra itu ditanggalkan lalu disarungkan dengan cincin yang baharu.

“Kenapa abang tanggalkan cincin tu? Itu kan cincin yang abang sarungkan lepas akad nikah dengan Nayra?” jari telunjuk dituju pada cincin yang sudah ditanggalkan oleh Farrel.

Farrel merenung cincin di tangannya. “Cincin ni,” lama dia tenung dan akhirnya dia mencampakkan cincin itu ke lantai.

Never mind, cincin tu hodoh sangat. Itu yang aku beli baru.”

Dia melabuhkan duduk di sebelah Nayra. Nayra pula terus duduk mengiring menghadap Farrel. Matanya mengecil menatap Farrel.

“Baik abang jujur sekarang. Kalau tak Nayra cubit!” tangannya berura ingin mencubit tepi pinggang Farrel tetapi lelaki itu lebih pantas menahan tangan Nayra.

“Tak, betullah apa aku kata. Bila tengok lama-lama kau pakai cincin tu nampak buruk pula. So I decided to buy you a new ring that will be even more beautiful when you wear it,” jari manis Nayra disentuh oleh Farrel.

“Lagipun tu cincin yang aku beli dengan Alia dulu. Jadi macam tak sesuai bila kau yang pakai sebab nampak macam cincin second hand.”

Nayra menarik senyumannya. Rasa terharu juga sebenarnya.

“Haih, abang ni...”

“Abang ni membazir jelah. Dah belikan handbag lepastu belikan cincin baru untuk kita.” dia menggumam kecil sebelum meneruskan kembali bicaranya.

“Tapi tak apalah. Membazir buat Nayra jadi Nayra tak kesah sangat. Teruskan membazir ye abang,” ujarnya seraya mengenyitkan matanya pada Farrel.

Meledak ketawa Farrel bila mendengar respon akhir isterinya. Oh begitu rupanya.

“Ee cantiklah!”

Farrel tersenyum melihat wajah ceria isterinya.

“I love you, abang! Forever!”

I love you even more, forever!”

Nayra kulum senyum. “Since when abang?”

Farrel angkat sebelah bahunya. “Sejak aku cuba buka hati untuk kau. Mungkin sebelum ni aku kata yang kau berhak dapatkan yang lebih baik dari aku tapi aku silap. Aku tarik balik kata-kata aku tu. Sebenarnya kau layak untuk aku dan aku pun layak untuk kau. We both deserve each other, Nayra.”

Tatapan penuh cinta diberikan kepada Nayra. “I may not be a perfect husband but I'll try my best for you so that we can complement each other,” Farrel melakarkan lagi senyuman di wajahnya dan Nayra turut membalas senyuman itu.

“Abang tak sempurna dan Nayra pun tak sempurna juga. Ada banyak lagi benda yang Nayra perlu belajar bila jadi isteri abang. But as long as we stay together, kita boleh jadi yang sempurna dan saling melengkapi satu sama lain. Abang fahamkan?”

Farrel anggukkan kepalanya.

“Jangan risau, Nayra akan selamanya buat Farrel. Dan tangan ni,” Farrel menyulam tangan pada jari jemari Nayra lalu lelaki itu menggenggam kemas tangan kecil itu.

“akan selamanya digenggam oleh Farrel Luaay. I'll never let it go. Never!”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro