𝐅𝐀𝐑𝐑𝐄𝐋 | 𝟐𝟖

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nayra bangkit dari perbaringan dengan penuh berhati-hati agar tidak membangunkan Farrel yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya itu.

Dia turun dari katil lalu menuju ke pintu bilik. Pintu bilik dibuka dengan penuh hemah. Setelah keluar dari bilik barulah dia menghembus nafas lega.

Lega dapat keluar dari bilik tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Kalau berbunyi nanti Farrel terjaga. Nanti susahlah dia mahu mencuri-curi makan maggie di dapur kalau Farrel terjaga.

Dia turun tangga dengan penuh berhati-hati dan setelah sampai di tingkat bawah, Nayra lantas berlari anak menuju ke dapur.

Lampu dapur dinyalakan. Nayra menjengketkan kakinya ingin membuka bahagian atas kabinet kerana mahu mencapai maggie yang selalu disimpan oleh Farrel. Dia tercari-cari bungkusan maggie tapi dia merasakan kosong.

Seakan tiada benda di situ.

Nayra mempamerkan wajah pelik.

"Takkan dah habis? Baru hari tu abang beli," dia bergumam perlahan sambil meletakkan jari di dagu.

Sedang dia berfikir tetiba datang suara dehaman di arah belakang buatkan Nayra terkejut.

Gulp!

Dia meneguk air liur.

Macam suara Farrel tapi macam mana kalau bukan? Macam mana kalau itu jelmaan Farrel?

Oh tidak!

Perlukah dia berpura-pura pengsan di dapur ini?

"Buat apa Nayra?"

Nayra hembus nafas lega. Rasanya betul suami dia bukan jelmaan. Perlahan-lahan Nayra memusingkan badan menghadap Farrel. Dia menayangkan sengihan tak bersalah di hadapan suaminya.

"Nayra dengan dedek baby lapar. So Nayra turunlah bawah,"

“Bukan dah makan ke sebelum kita tidur?” Farrel berjalan menghampiri Nayra.

“Tak tahu. Nayra tengah sedap tidur tiba-tiba dedek baby masuk mimpi dia kata momma bangunlah, dedek lapar.”

Terkedip-kedip mata Farrel menatap Nayra. Dia menggeleng sambil tersengih lucu.

Tangannya naik menjentik dahi isteri sendiri.

“Auch, sakitlah!” Nayra menggosok dahi sambil mulut terkumat-kamit. Sedang mengutuk suami sendirilah tu.

“Nak makan apa?”

Maggie! Eh tak mahulah, hari tu abang beli ramen jugakan? Boleh tak nak makan ramen carbonara tu?”

Farrel menggeleng. “Tak boleh. Benda yang seangkatan sama dengan maggie tak dibenarkan sama sekali,”

Nayra mengecilkan matanya.

“Lah kenapa pula? Nayra mengidam nak makan ramen lah! Tapi kalau abang tak bagi makan ramen, maggie kari pun okay juga.”

“Ish, kan aku kata benda ya—”

“Diam!” Nayra meletakkan jari di atas bibirnya menyuruh Farrel untuk diam.

“Abang kena izinkan juga sebab bukan Nayra sorang je nak makan. Anak kita pun nak tau! Lepas tu, hari tu kemain sampai merajuk sebab Nayra tak mengidam apa-apa tapi sekarang bila Nayra minta sesuatu yang Nayra rasa nak makan abang tak izinkan pula. Abang kenapa? Nak gaduh ke? Nak gaduh cakap,”

Lantas Nayra mencekak pinggang. Dia memberi tatapan penuh tajam kepada Farrel.

Farrel tanpa rasa gerun terus menghamburkan ketawanya. “Tak payahlah tunjuk gangster kau tu. Nampak macam budak-budak je lebih,” kutuknya selamba.

“Meh duduk, biar aku rendam ramen kau tu dulu.”

Nayra menepuk-nepuk tangan kerana gembira. Gembira dapat makan ramen.

“Perangai macam budak-budak.”

“Biarlah. Nayra perangai budak-budak dengan abang je bukannya dengan orang lain. Orang lain kita kena tegas!”

“Kenapa, abang tak suka ke? Nak Nayra bengis-bengis aje dengan abang ke?” dia menyoal lagi bila melihat Farrel hanya diam.

“Eh tak. Gila tak suka, bini punyalah comel mengada-ngada ni.” dipicit-picitnya pipi bulat Nayra itu.

“Comel je? Orang kata kalau puji comel maknanya tak cantik.” Nayra sudah memuncung. Tanda-tanda ingin merajuk dengan Farrel.

Farrel menggaru kepala.

“Mana ada! Isteri akulah yang kedua paling cantik dalam hidup aku,” ujarnya ingin mengambil hati Nayra.

“Kenapa kedua? Kenapa bukan yang pertama?”

“Sebab yang pertama tu mummy aku.”

Nayra membentuk bibir dengan bentuk O lalu kepala diangguk berkali-kali. Nasib baik ibu mertuanya.

Kalau orang lain memang dia merajuk.

Habis licin pinggan Nayra setelah dia menghabiskan ramen yang dibuat oleh Farrel itu.

“Kenyang?”

Nayra angguk kepala.

“Kenyang sudah. Nayra dengan dedek baby dah boleh tidur dengan tenang,” ujarnya sambil menepuk-nepuk lembut perutnya sendiri.

Farrel tarik sengih.

“Tapi kau tak boleh terus tidur dulu. Kena duduk berapa minit baru boleh.” pesan Farrel dan Nayra hanya menganggukkan kepalanya.

Farrel mengangkat pinggan Nayra lalu dibawa ke sinki.

Setelah habis membersihkan pinggan kotor, Farrel kembali semula kepada Nayra.

“Nak susu?”

“Hmm susu kotak yang Nayra beli hari tu,” balas Nayra.

Farrel menghulurkan kepada Nayra dan wanita itu meneguk rakus. Farrel membersihkan tepi bibir isterinya yang comot tu.

“Minum pun comot,”

“Hehehe,” Nayra ketawa kecil.

“Aku nak tanyalah Nayra,” Nayra dongak kepala menatap Farrel. Keningnya turut diangkat sama.

“Ada nampak kunci rumah aku tak? Hari tu nak balik, aku cari dekat pejabat tak ada. Cari kat rumah pun tak ada.”

Pelik juga Farrel.

Setahu dia, dia tak pernah tinggalkan kunci rumah. Dia selalu bawa ke mana saja dia berada.

“Oh dekat Nayra. Nayra simpan hari tu,” jawab Nayra.

“Eh, aku betul-betul tertinggal eh? Aku ingat aku bawa pergi office.”

Nayra kerut dahi.

“Abang bawalah,”

“Eh habis tu macam mana ada dekat kau?”

Bertambah berkerut dahi Nayra mendengar soalan Farrel.

“Abang mamai ke? Abang sendiri kot yang bagi Anis kunci rumah kita.” Nayra menyilang tangan.

Kenapa suaminya ni pura-pura tak faham pula.

“Mana ada. Buat apa pula aku nak bagi kunci rumah dekat dia? Nak bagi dekat ahli keluarga aku pun aku fikir dua tiga kali tau,”

“Tapi dia yang kata tau dengan Nayra. Dia kata abang bagi sebab abang balik lambat masa tu. Abang suruh dia masakkan buat Nayra,”

“Lah dah kenapa pula aku nak bagi semata-mata nak suruh dia masak? Aku tak gila lagi nak buat macam tu. Aku rasa mesti dia ambil kunci rumah aku senyap-senyap ni.” teka Farrel.

Setahunya masa dia ada meeting dengan klien, Anis ada datang ke pejabat ingin berjumpa dengannya.

“Tak apalah, nanti aku jumpa dengan dia. Dia tu pun kekadang nak kena ajar juga. Dari dulu tak semengah je perangai,”

“Tak baiklah,”

Farrel beriak selamba. Patutlah sebelum ni Nayra macam ada masalah. Kini tahulah dia sebab apa.

Yang Nayra pun satu, kenapalah tak tanya aje dia dulu. Nak kena tunggu dia tanya baru cakap ke apa.

“Berangan pula abang ni. Nayra kan panggil abang ni,” Farrel angkat kepala.

“Oh sorry sorry. Nayra dah nak tidur ke?”

Nayra angguk kepala.

“Sekejap abang basuh gelas,”

Terkebil-kebil kelopak mata Nayra. Rasanya tadi dia tak salah dengar kan?

“Tadi abang cakap apa?”

Nayra bertanya sebaik sahaja Farrel kembali semula kepadanya.

“Ha? Aku ada cakap apa-apa ke?”

Nayra berdecit. Cis, tetiba tukar panggilan!

“Hmm tak ada apalah. Hmm nak dukung,” pintanya sambil mendepakan tangan.

Farrel lantas mendukung Nayra gaya bridal style.

Nayra melingkar tangan di leher suaminya lalu kepala direhatkan di bahu Farrel.

“Berat tak?”

“Biasa je. Kalau berat pun aku kena faham yang kau tengah bawa anak aku.”

Nayra tersenyum sendiri.

“Kalau macam tu hari-hari abang kena angkat Nayra,”

“Hmm dan aku pun kena hari-hari pergi gym sebab nak kena angkat kau hari-hari,” Farrel tersenyum jua.













Tak pandailah buat ada konflik ni, saya suka santai santai 😞

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro