𝟎 𝟕 | 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nayra sayang, dah bangun ke? Ni mummy." Katerina melekapkan sebelah telinga di permukaan pintu bilik anak perempuannya. Kebiasannya Anayra akan bangun sebelum waktu subuh lagi. Ni dah pukul 8 pagi pun belum nampak muka.

Darren ada memberitahu Katerina semalam bahawa Anayra demam panas. Katerina tak sempat untuk melihat keadaan Anayra semalam kerana dia dan suaminya pulang ke rumah lewat malam disebabkan ada majlis makan malam.

Katerina mahu membuka pintu bilik Anayra namun berkunci.  

"Nayra..."

Selang beberapa saat kemudian, terbuka pintu bilik dari arah dalam dan wajah lain yang terjengul keluar menyapa kornea mata Katerina. Membulat besar mata Katerina.

Hero Danikka.

Lelaki itu dengan gaya rambutnya yang berserabai habis. Nampak seperti baru bangun tidur. Hero tidak berbaju dan hanya berseluar pendek saja. Mengecil mata Hero memandang wajah mummnya yang sudah berubah riak wajah melihat kemunculan dia.

"Hero? Kenapa you ada dalam bilik Nayra?" Sesak nafas Katerina. Dia tidak silap bilik kan? Bagaimana anak lelaki dia boleh ada di dalam bilik Anayra dalam keadaan begini?

"Sleep la mummy." Hero menjawab malas. Dia meraup wajahnya beberapa kali. Kantuk masih tersisa. Mahu saja dia sambung balik tidurnya tadi yang diganggu oleh mummnya sendiri. Syok sungguh tidur atas katil Anayra. Haruman wangian Anayra masih lekat pada badannya.

Katerina menolak kasar tubuh tegap Hero ke tepi yang menghalang di hadapan muka pintu. Dia meluru masuk ke dalam bilik tidur Anayra. Susuk tubuh gadis itu dicarinya sekeliling bilik.

"Where is she?" tanya Katerina garang.

Hero mengangkat kedua belah bahunya ke atas tanda tidak tahu. Dia mengusik Anayra sikit saja semalam sebelum Anayra melarikan diri.

Katerina buat muka tak percaya. "Pakai baju dan keluar dari bilik Nayra sekarang. Kalau orang lain nampak tak pasal-pasal fikir benda lain. Kalau daddy yang tahu, mati la you."

Katerina meninggalkan bilik tidur Anayra lalu dia menuju ke bilik tetamu yang hanya bersebelahan dengan bilik Anayra. Dia hanya mengagak saja pasti Anayra ada di dalam bilik ini. Tombol pintu dipulasnya dan tekaannya tepat sekali apabila sekujur tubuh Anayra yang terbaring di atas katil dalam keadaan berbungkus satu badan. Haih...

Tergeleng kepala Katerina. Hero ni selamba saja terjah dan tidur di dalam bilik anak dara orang.

"Nak minta maaf ke tak?"

Anayra berjalan mundar mandir di dalam biliknya sendiri. Demamnya sudah kebah sedikit berbanding semalam. Demam panas angkara takutkan abang Hero.

Anayra bangun dari tidurnya pada jam 9 pagi tadi. Penuh berhati-hati dia ingin menapak masuk kembali ke dalam biliknya sendiri. Mujur pada waktu itu Hero sudah tiada. Dia melarikan diri daripada biliknya semalam ketika Hero tiba-tiba saja tumbang ke atas badannya. Menghempap tubuh kecilnya.

Anayra gigit kukunya. "Bukan salah aku pun. Aku buat macam tu sebab nak balas dendam je. Dia suka maki-maki aku panggil anak pungut. Biar padan muka dia rasakan. MUAHAHAHA."

Anayra gelak jahat untuk beberapa saat.

Okay, tak baik Anayra. Kau dah menganiayai orang. Dan orangnya itu adalah... Hero Danikka.

Anayra membuat keputusan untuk keluar dari biliknya dan bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Menapak turun anak tangga ke tingkat bawah, dia terlihat Mary dan Dorothea salah seorang pembantu rumah di rumah agam ini sedang melakukan kerja mereka.

Perutnya sudah berkeroncong hebat, meminta diisi makanan.

"Dengar cerita kau demam panas semalam sebab Hero kan?" Sergah Damien yang tiba-tiba muncul.

"Mana abang Damien tau?" Setahu Anayra semalam, Damien tak pulang ke rumah. Dia stay dekat kondominium dia.

"Darren beritahu aku. Kau ni memang tak takut kan dengan Hero. Berani betul kau cari pasal dengan dia tu. Matilah kau kena dengan Hero nanti."

Damien tersenyum mengejek. Kecik besar kecik besar je dia pandang Anayra ini. Mereka berdua berjalan beriringan ke ruang makan.

Mata Anayra membulat besar disajikan dengan pemandangan Hero yang sedang makan keseorangan di meja makan.

"Hero," tegur Damien perlahan. Anayra yang berada di sisi Damien sudah menggelebah.

Habislah kau. Mati!

Hero angkat kepalanya. Wajah Damien dipandang tanpa riak sebelum matanya beralih pula pada wajah Anayra yang sudah berubah pucat.

"Allahumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa 'adzaa bannar..."

"Allahumma barik lanaa fiimaa razatanaa waqinaa 'adzaa bannar..."

Berulang kali Anayra membaca doa makan penuh yakin. Jelas bunyi bacaan doa itu menyapa gegendang telinga Damien dan Hero.

Damien ketawa terbahak-bahak. "Kau pehal Nayra?" Mereng betul budak ni.

Hero melemparkan renungan membunuhnya kepada Anayra. Kunyahan makanannya di dalam mulut terhenti. Segelas air kosong dicicipnya perlahan sebelum belahan bibirnya terbuka menuturkan sesuatu.


"Sini." Hero memanggil Anayra mendekatinya dengan nada suara yang tegas.

Anayra geleng kepalanya laju. Pantas dia menyorok di sebalik belakang badan Damien.

"Anayra Sophia..." Nada suara Hero makin meninggi.

"Tak nak." Anayra berkeras.

"DAYANA!!!!!"

"SITI NUR DAYANA NURHALIZA!!!"

Tempikan suara seorang Hans Daniall bergema kuat dari arah luar.

Damien buat muka pelik. Kenapa pulak dengan kembar dia ni? Gaya menjerit macam orang hilang anak je?

Selang beberapa saat kemudian, susuk tubuh Daniall muncul dengan wajah yang sudah basah dengan air mata. Teruk sungguh muka kacak Daniall itu.

"Dayana hilang! Dia hilang!" Daniall meluru ke arah kembarnya lalu bahu Damien digoncang kuat.

"Sabar la, Niall. Dia mesti ada je kat sini. Kita cari sama-sama." Damien masih boleh berlagak tenang. Sebab, rabbit tu bukan dia punya. Kalau hilang pun dia bukan kesah.

Daniall pergi pulak ke arah Hero yang tenang menikmati makanannya. Daging.

"Nak sikit? Sedap ni." Hero mempelawa kepingan daging yang sudah dipotong itu kepada Daniall. Sebelah keningnya dijongketkan ke atas.

Daniall pandang lama daging itu. Dia menganga mulutnya perlahan dan mengunyah tanpa rasa was-was.

Hero tersenyum sinis.

"Sedap tak, Niall?"

Daniall angguk kepala dia.

"Hero kau kena tolong aku. Dayana hilang! Darwisy je ada dalam sangkar. Aku nak bagi diaorang makan."

Daniall kembali menangis kerana risaukan Dayana.

"Jom aku tolong cari Dayana." Damien memaut bahu adik kembarnya dari tepi. Dia bukan ikhlas mana pun nak tolong cuma dia serabut tengok keadaan Daniall. Nanti frust menonggeng pulak si Daniall ni.

Anayra masih mematungkan dirinya di tempat yang sama.

"Niall..." panggil Hero meleret apabila pasangan kembar itu menapak keluar dari ruang makan.

Daniall dan Damien serentak menoleh ke belakang.

"... tak payah la kau nak cari Dayana tu. Sebab Dayana dah selamat dalam perut kau."

"... sedap kan daging dia?" Pecah ketawa keji Hero.

Daniall tergamam. Dunianya terasa gelap.

D... Dayana.

Situ Nur Dayana Nurhaliza.

Pandangan Daniall mulai kabur dan akhirnya dia tersungkur jatuh. Pengsan.

Semalam Anayra. Hari ini Daniall.

Siapa yang nak tolong bacakan iqra pulak kali ni? Sudah semestinya Daniall akan demam panas kerana Siti Nur Dayana Nurhaliza.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro