𝟑 𝟒 | 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Darren melihat satu persatu kepingan gambar yang
menjadi bahan bukti teman wanitanya telah berlaku curang padanya.

Gambar-gambar itu adalah hasil tangkapan orang suruhan Darren iaitu Tyler. Tyler diupah oleh Darren untuk mengekori ke mana-mana sahaja Ariyana pergi. Segala kegiatan Ariyana berada di dalam pengawasan Tyler.

Wajah Darren kosong tanpa riak. Dia menolak dinding pipinya daripada dalam menggunakan lidah.

Bebola mata Darren melekat pada sekeping gambar Ariyana bersama dengan seorang lelaki masuk ke dalam kelab malam.Kelihatan mereka sangat intim dengan pemakaian Ariyana yang ternyata cukup menyeksakan.

"Semalam Cik Ariyana keluar lagi dengan Hanif. Hanif ex boyfriend dia sebelum bercinta dengan Tuan Darren. Dah banyak kali saya nampak Cik Ariyana jumpa dengan Hanif," jelas Tyler berdasarkan maklumat yang dikumpul selama ini.

Damien memerhati saja abangnya yang ada perbincangan dengan Tyler di bilik kerja Darren. Dia datang ke sini tadi nak bincang hal kerja dengan Darren. Kemudiannya, Tyler muncul kerana dipanggil oleh Darren.

"Perempuan tu playgirl. Dia tukar boyfriend macam tukar baju je. Tak pelik la dengan kau yang PERFECT ni pun dia boleh curang lagi. Dia tak cukup dengan satu lelaki.Perempuan semua sama."

"Tak semua perempuan sama, Damien." Darren menegur keras cuba untuk mengubah perspektif Damien terhadap semua wanita.

"Fine! Tak semua perempuan sama macam girlfriend kau tu. Kau tak marah ke bila dapat tahu perempuan tu tidur dengan jantan lain?"

Damien melihat abang sulungnya masih dalam keadaan tenang meskipun tembelang Ariyana sudah pecah. Tidak marah kah Darren? Kenapa dia tidak mengamuk?

Darren tersenyum misteri.

Darren tidak terkejut apabila mendapat tahu semua ini. Dia sudah cukup kenal Ariyana bagaimana orangnya. Menerima Ariyana sebagai teman wanitanya bukan disebabkan cinta. Dia tidak pernah cintakan Ariyana.

Menjadikan Ariyana sebagai teman wanitanya adalah sebahagian daripada perancangan Darren daripada awal. Dia mahu melihat sejauh mana Ariyana mahu memperbodohkan dirinya.

Darren dan Ariyana pernah bergaduh besar angkara seorang perempuan yang dianggap telah merampas Darren daripada Ariyana. Ariyana menuduh Darren curang kepadanya. Namun, sebaliknya terjadi. Ariyana yang kantoi tidur bersama lelaki lain di belakang Darren.

Setelah Tyler melangkah keluar daripada bilik Darren, lelaki itu menghulurkan telefonnya menunjukkan satu gambar seseorang kepada Damien.

"Kau kenal dia?" soal Darren serius.

"Tak," pendek komen Damien selepas melihat gambar yang ditunjukkan oleh Darren itu. Kemudian, ada seraut wajah yang terlintas di fikirannya. Sekejap...

Muka tu macam pernah dilihatnya sebelum ini. Sangat familiar.

"Wait wait wait. Muka dia ni familiar duh. Muka dia ada iras Ahmad Mateen. Ex boyfriend Nayra."

Darren memetik jarinya sekali. Tepat sekali jawapan Damien. Dia sengaja mahu menduga Damien.

"Hakeem. Dia kembar Ahmad Mateen. Hakeem nak balas dendam atas kematian Ahmad. Dia dah lama follow Hero dan Nayra. Dia syak Hero yang bunuh adik dia. Aku yakin dia juga yang hantar orang untuk serang Nayra hari tu masa Hero ada dekat Jerman."

Sebuah superbike Ducati meluncur laju di atas permukaan jalan raya yang lengang dengan kenderaan pada waktu begini. Ducati tu membelok ke kanan kemudiannya ternampak sebuah kereta yang cukup dikenalinya di parking di hadapan sebuah restoran. Penunggang Ducati itu berhenti di sebelah sebuah kereta Audi.

Tok tok!

Tanpa turun daripada superbike nya, jejaka itu mengetuk cermin tingkap bahagian pemandu sebanyak dua kali. Tanda mahu menunjukkan dia sudah datang.

Selang beberapa saat kemudian, cermin tingkap bahagian pemandu itu diturunkan. Wajah ceria seseorang muncul.

"Baby Mien!" jerit Daniall riang. Dia memuncungkan bibirnya ke depan. Gaya macam nak mintak kiss. Bukan dapat kiss nanti, terus dapat penampar percuma Damien.


"Masuk kereta aku cepat, Mien. Kau tinggal dulu motor kau kat situ," arah Daniall dalam keadaan tergesa-gesa.

"Hm." Damien menggumam malas. Dia menanggalkan helmet dia kemudiannya dia melangkah ke tempat penumpang sebelah Daniall. Pintu kereta dibukanya luas. Dia menjengulkan kepalanya dulu ke dalam kereta Daniall. Kelihatan ada dua orang lelaki duduk di tempat duduk belakang.

Zayn dan Kai.

"Wassup, bro. Long time no see..." Damien menyapa Zayn dan Kai terlebih dahulu. Sempat mereka shake hand antara satu sama lain sebelum Damien duduk di tempat duduknya.

Damien menyelesakan kedudukannya setelah Audi yang dipandu oleh Daniall mula bergerak. Zip jaket hitam yang dipakainya diturunkan sehingga bawah dan menampakkan tshirt putih yang dipakainya di dalam.

Zayn, Kai dan Daniall rancak berborak sesama mereka. Manakala, Damien hanya diam membisu sambil mendengar sepintas lalu saja perbualan mereka yang lebih berkisarkan pasal perempuan.

Damien memang pendiam orangnya. Lagi-lagi kalau dengan orang yang dia tak beberapa rapat dan tak kenal. Dia akan bercakap bila perlu. Kebanyakkan kawan-kawan Daniall adalah kawannya jugak.

Damien sejenis yang tidak suka menghabiskan masanya di luar dengan melepak dengan kawan lelakinya sehingga larut malam. Sikapnya sangat bertentangan dengan Daniall yang lebih terbuka orangnya.

Damien lebih mementingkan hal kerjanya di pejabat. Dia akan membaca buku bila ada masa terluang dan duduk keseorangan di bilik bacaannya. Dia tidak suka diganggu namun ketenangan hidupnya tidak pernah ada dengan kehadiran Daniall dan Anayra yang suka mengacaunya daripada dulu.

"HARUSNYA TAKKAN KUBIARKAN ENGKAU PERGI!"

Damien mengalihkan pandangannya ke tepi. Dia memandang tidak berkelip-kelip adik kembarnya yang sedang menjiwai lagu yang dimainkan di radio kereta itu.

Dah kenapa nak menjerit-jerit sambil menyanyi ni. Emo betul.

"MEMBUATKANKU TERPURUK, RASA INGIN MATI."

"DERITA YANG MENDERA, KAPAN AKAN BERAKHIR?"

Daniall menyanyikan lagu Aizat Amdan itu penuh beremosi. Betul-betul menjiwai lirik lagu tu.

"HANYA ENGKAU YANG MAMPU TAKLUKKAN HATIKU"

Kai dan Zayn di tempat duduk belakang turut mengikut Daniall menyanyi.

Bingit telinga Damien dibuatnya dengan gabungan suara mereka yang terpekik-pekik tu.

"AH, AKU CINTA."

"AKU CINTA KAU DAYAN!"

Damien memicit dahinya perlahan. Baru sekarang dia rasa menyesal sebab setuju untuk ikut Daniall. Tak cukup dengan lagu Aizat Amdan, mereka mula buka semua lagu-lagu yang broken sambil meronda di kawasan yang sama sejak tadi lagi.

Niall broken era.

Setelah hampir sejam berkaraoke di dalam kereta, akhirnya Daniall memberhentikan kereta di depan kedai mamak. Lepak kat kedai mamak pulak.

Hero mengambil cuti sebanyak tiga hari untuk membawa Anayra honeymoon. Krabi menjadi tempat percutian mereka setelah dipilih sendiri oleh Anayra. Kata Anayra dia tidak pernah lagi menjejakkan kakinya ke Krabi dan dia teringin sangat nak pergi ke sana. 

"Apa dua ekor beruk ni buat kat sini, baby?" Hero menyoal serius kepada isterinya yang tersengih. Baru sekejap dia pergi ke tandas untuk membuang sebelum mereka naik ke atas pesawat, dilihatnya sudah ada dua orang lelaki yang mendampingi isterinya.

Hero memandang bersilih ganti wajah Damien dan Daniall yang seiras tu. Dia menyeluk masuk tangan kanannya ke dalam poket seluar.

Daniall buat jari peace sekali. Damien di sebelahnya tidak beriak.

"Kitaorang nak pergi Krabi," jawab Daniall selamba. Bahu Damien dipautnya rapat dengan sebelah tangan.

Hero menghembuskan nafasnya berat. Pandangannya jatuh kembali pada wajah comel isterinya. Jangan kata yang...

Boleh rosak mood Hero dengan kemunculan tiba-tiba Damien dan Daniall yang dikira perosak suasana.

"Nayra tak beritahu pun yang kita nak pergi honeymoon dekat Krabi! Sumpah Nayra tak tipu abang Hero! Tengoklah mata Nayra yang comel ni. Nayra tak pernah menipu abang Hero em." Beria-ia Anayra membela dirinya. Dia memegang tangan berurat suaminya dan kelipkan mata beberapa kali. Dia gunakan taktik yang selalu digunakan untuk membuatkan Hero cair dan tak menjadi marahnya.

"Dalam banyak-banyak tempat dekat dunia ni, kenapa korang nak pergi Krabi?" Hero menyoal pula Daniall dan Damien dengan nada suara yang tertahan.

"Er... Sebab aku nak? Mungkin jodoh Tok Ma ada dekat Krabi. Aku nak tolong carikan suami baru untuk Tok Ma. Alah nanti korang bosan pulak kalau takde aku dengan Damien. Kitaorang kan penyeri suasana." Ayat penuh kelentong itu keluar daripada mulut Daniall. Semuanya secara spontan.

Pak!

Hero menendang bersahaja kaki Daniall. Walaupun tendangannya nampak bersahaja, namun rasanya amat padu. Habis terbongkok-bongok Daniall.

Daniall buat muka nak menangis. Bibirnya mencebikkan ke depan. Dia mengangkat kepalanya ke atas memandang Anayra, cuba untuk meraih simpati adiknya.

Daniall tahu Hero dan Anayra nak pergi honeymoon ke Krabi sebab Anayra terlanjur kata beberapa hari yang lepas. Disebabkan itu Daniall nak buat kerja gila mengganggu honeymoon pasangan suami isteri itu. Dia mengajak pulak Damien untuk menemaninya. 

"Abang Hero kenapa tendang abang Niall? Kesian abang Niall." Anayra membela nasib Daniall.

"Kau diam,baby."

Ok.

Anayra terus tutup mulutnya rapat. Mood suami dia dah tak baik. Kalau dia bercakap lagi kemungkinan besar dia akan ditengking oleh Hero di tempat awam ni.

"Kalau aku tahu kau nak kacau honeymoon diaorang, aku takkan ikut kau." Dingin suara Damien berkata. Dia memandang tajam ke arah Daniall. Daniall cakap lain padanya namun yang terjadi di sebaliknya.

"Aku geram lama dah dengan budak ni. Ada jugak aku tolak dia dari bot nanti." Hero mengetap giginya rapat. Sesuka hati je Daniall pegang tangan Anayra. Makin meningkat tahap kemarahannya kepada Daniall.

"Aku boleh tolong kau rancang pembunuhan dia. Aku buat kerja clean," sampuk Damien. Dia menganggukkan kepalanya beberapa kali cuba untuk meyakinkan Hero yang dia boleh melaksanakan misi menghapus Hans Daniall.


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro