𝟒 𝟏 | 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nah. Kek untuk kau." Shahrul menghulurkan pinggan yang ada sepotong kek red velvet yang dibuat oleh Daniall itu kepada Anayra.

Shahrul menatap lama wajah Anayra. Makin berseri dia melihat wajah cantik wanita itu. Seri ibu mengandung barangkali. Sungguh sudah lama dia tidak bertemu dengan Anayra kerana dia tiada di Malaysia buat kadar masa yang lama. Dia ada urusan kerja di luar.

Baru semalam Shahrul balik ke Malaysia dan tempat persinggahan pertamanya adalah rumah Tuan Denniz. Dia bertemu dengan keluarga itu terlebih dahulu. Dia tak ramai kenalan di sini melainkan keluarga Hero.

Anayra menyambut pinggan itu bersama senyuman melebar khas untuk Shahrul. "Thank you, abang Shahrul."

Anayra menyuap kecil kek red velvet itu ke dalam mulutnya. Dikunyah perlahan. Dia benar-benar menikmati hasil tangan Daniall itu. Terpejam matanya merasai kek Daniall. Air tangan Daniall jarang tak padu.

Untung Anayra ada seorang abang yang sangat handal memasak. Namakan saja makanan yang dia teringin makan pasti Daniall akan tunaikan.

Kisahnya bagaimana Shahrul boleh ada sekali dengan Daniall. Shahrul dengan Daniall memang datang bersama ke sini. Daniall lalu pintu depan untuk masuk ke dalam rumah. Punyalah banyak sekatan. Sampai kena rasuah Pak Samad dan Pak Semud. Shahrul pulak lalu pintu belakang. Jejaka itu memanjat masuk.

"Ni Kak Adorah. Pembantu rumah Nayra." Anayra memperkenalkan kepada Shahrul dan Daniall, pembantu rumahnya yang muncul sambil membawa minuman untuk dihidangkan kepada tetamu Anayra.

Shahrul melayangkan senyuman nipis kepada Adorah.

"Kak Adorah dah lama minat abang Shahrul," usik Anayra.

Adorah tersenyum malu. Dia menutup mukanya dengan dulang. Cair dia melihat senyuman manis jejaka itu.

Taste Adorah memang pelik.

"Tapi Kak Adorah ni dah kahwin. Suami dia Pak Semud."

Di sudut kelab malam tersebut kelihatan Ariyana duduk berseorangan. Di tangannya ada segelas cecair berwarna biru. Mocktail. Bunyi muzik rancak berdentum kuat mengisi ruangan itu. Terdapat puluhan manusia sakan menari di atas dance floor mengikut rentak lagu yang diputarkan oleh DJ di atas stage sana.

Hari ini Ariyana tidak mempunyai mood untuk mengikuti rakan-rakannya yang lain sedang berseronok di sana. Dia mahu bersendirian memikirkan masalah hubungannya dengan Darren yang makin retak.

Ariyana menghantukkan kepalanya beberapa kali di atas meja bar itu.

Darren makin dingin dengan Ariyana. Ariyana tak tahu apa lagi caranya untuk dia pulihkan hubungan mereka. Ariyana sangat cintakan Darren sepenuh hatinya. Dia sanggup lakukan apa-apa saja cara untuk memiliki Darren.

Ariyana angkat kepalanya dari meja. Rambutnya yang sedikit kusut disebakkan ke belakang. Dia turun dari kerusinya dan menapak ke arah tandas di bahagian belakang.

Ariyana membasuh mukanya di singki. Dia melihat pantulan wajahnya di hadapan cermin. Hatinya bengkak apabila wajah seorang perempuan yang dibencinya terpantul di cermin itu. Itu cuma hanyalah khayalan dia.Dia mengepal penumbuknya kuat.

"Leave me alone!" Ariyana merengus kasar apabila ada seseorang menghalang laluannya.

Hakeem merentap kasar tangan Ariyana yang berani berjalan melepasinya. Tubuh Ariyana ditolaknya kasar ke dinding. Ariyana meringis kesakitan apabila belakang badannya berlaga kuat dengan dinding.

Ariyana menjegilkan matanya luas kepada Hakeem sebelum rahangnya dicengkam kuat oleh jejaka itu.

"You tak boleh lari dari I. You kena buat sesuatu untuk I."

Nafas Ariyana makin sesak. Apa lagi yang Hakeem mahukan daripadanya?

"You buat je apa-apa cara asalkan kandungan Nayra gugur. I nak tengok diaorang berdua sengsara. Lagi bagus kalau Hero salahkan Nayra nanti sebab cuai."

Ariyana menggeleng kepalanya keras. No... Dia tak boleh lakukannya kerana ianya melibatkan Anayra. Anayra kawan baik dia. Perbuatan itu terlalu kejam.

"She's my bestfriend! I can't do that." Ariyana membalas lantang. Dia masih teguh dengan pendiriannya.

Hakeem menghembuskan nafasnya kasar di hadapan muka Ariyana. Dia mengoyak senyuman sinis. Dia membenamkan kuku panjangnya di leher jinjang gadis itu.

"Oh really? You nak I bocorkan rahsia you dekat Darren? Banyak rahsia you I pegang. Salah satunya pasal kita. You slept with me..."

Sudah banyak cara yang Hakeem lakukan untuk melihat hubungan Hero dan Anayra retak. Salah satunya adalah dia menghantar anak-anak buahnya untuk menyerang Anayra pada malam tersebut. Ketika Hero tiada di Malaysia. Itu semuanya rancangan Hakeem mahu melihat Anayra rosak.

Namun, rancangan Hakeem pada malam itu diganggu dengan kemunculan Shahrul. Shahrul telah menjadi penyelamat Anayra.

Rancangan Hakeem selalu gagal angkara Shahrul Zachary dan Hyder Darren. Anayra sangat dilindungi dan agak mustahil untuk menyentuh wanita itu.

Hakeem lakukan semua ini untuk menuntut bela atas kematian adiknya, Ahmad yang telah dibunuh oleh Hero di Amsterdam beberapa bulan yang lalu.

"Ni misoprostol. You letak pil ni dalam minuman Nayra. Bleeding and pain will start soon after the first dose of misoprostol is given.This may last for up to 24–72 hours before the miscarriage is completed." Hakeem menerangkan kepada Ariyana mengenai kegunaan misoprostol itu yang sudah bertukar tangan kepada Ariyana.

Ariyana merenung pil itu lama. Dia buntu.

"Good luck, Ariyana." Hakeem tersenyum puas. Langkah kakinya dibawa pergi meninggalkan Ariyana keseorangan di kawasan itu.

Hakeem tahu Ariyana tidak akan menghampakannya. Tidak sabar untuk dia menantikan hasilnya nanti.

"Kalau Tok Ma tahu aku pergi club malam ni confirm punggung aku kena sebat dengan tongkat sakti dia. Berlebam weh. Kuat gila tenaga orang tua tu," bebel Daniall sambil menghisap rokok di sebelah Shahrul. Kemudian, dia menghembuskan asap rokok itu ke udara.

"Kalau mulut kau tu tak lembik cakap kita pergi sini... Takde maknanya Tok Ma akan tahu." Damien mencelah.

Mata Damien mengikuti pergerakan Hakeem bersama dua orang bodyguard dia yang sedang berurusan dengan salah seorang pelanggannya di laras kedua kelab malam ini. Kelab malam ini kepunyaan Hakeem.

Ini kali pertama buat Damien menjejakkan kakinya ke tempat sebegini. Dia ditarik ke sini angkara Daniall dan Shahrul. Bukan untuk berseronok tetapi sebab yang lain.

"Dah jom blah. Dah habis spy kan." Shahrul dah angkat punggungnya. Tak sabar nak berhambus dari tempat ni.

Mereka bertiga melangkah keluar dari kelab malam tersebut setelah hampir setengah jam berada di dalam itu. Masing-masing berpakaian serba hitam. Daripada atas kepala sehingga ke kaki. 

Daniall berjalan paling depan sekali. Dilihatnya abang keduanya, Hero menyandarkan badannya di sebatang tiang. Hero menyeluk masuk tangannya ke dalam poket seluar.

Hanya Hero seorang saja tidak masuk ke dalam kelab malam itu.

"Niall. Aku nak rokok dekat mulut kau tu." Pinta Hero.

Daniall menyerahkan rokok di mulutnya kepada Hero. Dia pelik dengan permintaan Hero. Hero nak buat apa?

Hero menyimbah satu tong minyak petrol di atas sebuah kereta. Kemudian, rokok Daniall tadi itu dibuangnya ke atas kereta yang sudah berlumuran dengan minyak petrol itu.

"Gila la kau, Hero." Ternganga mulut Daniall.

Shahrul menepuk tangannya kuat. Kagum. Hero baru saja membakar kereta Lamborghini milik Hakeem. Api sudah semakin marak menjilat satu badan kereta itu.

"Dalam kereta tu ada dadah," beritahu Hero. Wajahnya tidak beriak.

Mereka berempat pantas melarikan diri daripada tempat itu apabila ramai orang sudah mengerumuni tempat itu. Pasti saja sebentar lagi Hakeem akan menyedari keretanya sudah terbakar dan dadah-dadahnya turut lesap sekali.

"Aku tak sabar nak balik. Nak peluk baby aku." Hero tersenyum sendiri apabila mengingatkan isterinya yang comel di rumah. Apa-apa perkara mengenai Anayra, pasti akan membuatkan dia tersenyum.

Senyuman Hero Danikka hanya khas untuk Anayra Sophia.

Shahrul yang memandu kereta itu turut tersenyum sekali. Member tengah rindu bini bhaii.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro