𝟓 𝟓 | 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Asal kau tak balik lagi ni? Dah tak jumpa jalan balik rumah ke?" soal Hero garang. Dia menyepak hujung kaki Daniall yang baring secara meniarap di atas sofa sambil mengunyah biskut.

Pijak punggung tu baru tau. Melalak kau nanti.

Daniall memusing badannya.Apa main sepak-sepak kaki orang ni? Tak nampak ke dia tengah sibuk habiskan sebalang biskut sambil menonton drama di televisyen.

Hero jungkit sebelah keningnya ke atas meminta penjelasan daripada Daniall. Sebelah tangannya diseluk masuk ke dalam poket seluarnya.

"Tak nampak ke dekat luar tu hujan lebat. Dah malam pun," jelas Daniall. Daripada petang sehingga ke malam dia lepak rumah Hero. Dia tudingkan jarinya ke arah luar sana mahu menunjukkan keadaan cuaca terkini.

"Jadi apa masalahnya?"

Daniall tepuk dahinya sendiri.

"Masalahnya sekarang aku datang sini naik motor. Nanti aku accident macam mana? Kan bahaya." Daniall membuat gaya merempit bersama bunyi 'weng weng'. Kemudian, dia buat aksi jatuh bergolek-golek kononnya kemalangan.

"Kalau kau accident kira okay. Dapat kau merasa duduk atas katil hospital. Takdelah kau menyemak dekat rumah aku."

Daniall tekap tangannya di dada bersama riak wajah yang dibuat-buat sedih. Auch sakit sangat.

"Alasan jelah kau, Niall. Kau pergi balik sekarang guna kereta McLaren aku. Aku dah lama tak pakai kereta tu."

Daniall mencebik. Dia tak nak balik rumah daddy nya malam ni. Tu pun tak faham ke.

"Aku malas nak drive la Hero. Bagi la aku stay rumah kau malam ni. Satu malam je, Hero. Janganlah la berkira sangat dengan adik kau ni," pujuk Daniall. Dia menarik sebelah tangan Hero lalu digoyangkan ke kiri dan kanan.

Muka Daniall dah sehabis comel. Harap Hero cair meleleh bila tengok muka comel dia.

Hero menahan sabar daripada menampar muka Daniall.

"Jijik sial."

Daniall menegakkan badannya. Dia tunjuk jari tengahnya kepada Hero sebelum dia mendengar bunyi sesuatu di luar rumah. Berdesup dia berlari ke luar rumah.

Beberapa minit kemudian, Daniall muncul bersama tiga kotak pizza di tangannya. Dia tersenyum bangga kepada Hero yang masih berdiri di tempat yang sama.

Hero memandang Daniall tajam. Dia oder pizza rupanya.

"Aku craving nak makan pizza. Meh makan sekali." Ajak Daniall. Dia meletakkan kotak pizza di atas meja kemudian dibukanya kotak pizza itu. Dia tersenyum suka sambil menepuk tangan penuh keriangan.

"Aku dah kenyang." Tolak Hero.

Daniall mengangguk kepalanya. Dia mengambil satu kepingan pizza lalu disuap masuk ke dalam mulutnya.

"Bertambah hot Juripin aku tengok sekarang," komen Adorah. Dia menggigit jari telunjuknya.

"Ye wehh." Itu pula suara Heyra. Pembantu rumah Anayra dan Hero.

Adorah dan Heyra. Kedua-duanya bekerja sebagai pembantu rumah. Manakala suami mereka menjadi pengawal keselamatan di sini.

Adorah. Pak Semud.

Heyra. Pak Samad.

Menggelupur Heyra dan Adorah melihat posting terbaru Juripin di akaun Instagram milik pelakon terkenal itu. Itulah hobi mereka setiap hari apabila ada kelapangan waktu.

"Tengok apatuu akak berdua ni?" Satu suara asing muncul di tengah ruang mereka. Daniall menjengah kepalanya mahu melihat apa yang ada di skrin telefon Adorah.

Melompat kedua-dua wanita itu terkejut dengan kemunculan Daniall.

"Tu... Tuan Daniall. Terkejut saya." Adorah menghembus nafas lega sambil mengusap dadanya berulang kali. Dia ingatkan makhluk mana tadi. Mujur Daniall yang menegur mereka bukannya Hero.

Daniall tak menakutkan bahkan lelaki itu sangat mesra orangnya. Tak lokek dengan senyuman. Berbeza dengan Hero yang tahu menyinga 24 jam. Hanya Puan Anayra mereka saja yang dapat menjinakkan bapak singa tu.

Daniall tersengih. Dia menyatukan dua belah tapak tangannya gaya meminta maaf.

"Ouh. Usha gambar Juripin ya. Daripada akak berdua ni tengok dia. Baik akak follow saya kat instagram. Saya ni lagi hot dari Juripin tu."

"Jangan la panggil saya akak. Saya ni muda lagi. Panggil Heyra jelah, Tuan Daniall." Heyra buat suara kepitnya. Control ayu di hadapan Daniall yang digilai ramai perempuan itu. Dia pintal hujung selendangnya itu. Matanya dikelip-kelip gedik.

"Adorah ni je yang tua. Panggil dia akak. Saya tak." Sambung Heyra. Dia tutup mulutnya dengan hujung selendangnya. Dia shy shy ton bila dapat peluang bercakap dengan Daniall. Dikuis-kuis hujung kakinya di lantai.

Adorah menjeling tajam.

"Saya ada belikan pizza tadi. Kak Adorah..."

Daniall pandang wajah Adorah. Kemudian, beralih pula pada wajah Heyra.

"... Heyra makan la. Saya belanja ni."

Daniall menghadiahkan senyuman manis kepada dua orang wanita itu. Sejurus itu dia meninggalkan kawasan itu mahu mencari buah hatinya. Rindu.

Heyra menjerit suka. Senyumannya melebar sampai ke telinga.

"Ya Allah. Tuan Daniall senyum!!! Kau nampak kan tadi! Manisnya senyuman dia. Yang penting dia senyum dekat aku! Menawan gila senyuman dia. Aish... cik jantung aku ni dah menggila!" Heyra letak tapak tangannya di dada. Matanya dipejam sambil tersenyum lebar. Membayangkan dia dan Daniall sedang menari bersama. Ah indahnya.

Adorah sekeh sekali kepala kawannya itu.

"Sedar diri kita ni dah berlaki."

Heyra menarik tangan Adorah menuju ke suatu tempat. Heyra berdiri di hadapan Adorah. Mereka bersama menyorok di sebalik dinding mengintai Daniall bersama Dayana yang berada di ruang makan itu.

Kelihatan berlaku sedikit pergaduhan di antara dua pasangan itu apabila Daniall menyuruh Dayana duduk di atas ribanya. Melopong mulut Heyra dan Adorah melihatnya.

Mereka ada hubungan yang istimewa ke?

Dayana silangkan tangannya di dada. Dia masih berkeras tidak mahu duduk di sebelah Daniall. Jejaka itu tiba-tiba saja mengheretnya sampai ke sini kerana mahu dia makan.

"I tak nampak you makan pun hari ni." Sepanjang hari Daniall perhatikan Dayana.

"Tuan Daniall..."

Daniall bangun dari kerusinya. Pantas dia mengangkat tubuh gadis itu lalu diletakkan di atas meja makan. Sejurus itu Daniall labuhkan kembali duduknya di atas kerusi.

Daniall mengunci pergerakan Dayana dengan mengepit kuat kaki gadis itu. Dia hadiahkan renungan membunuh kepada Dayana sebagai isyarat agar tidak melawannya lagi.

Dayana jegilkan matanya luas kepada Daniall. Geram sungguh dia dengan perilaku selamba jejaka ini. Sungguhlah tidak sopan dia duduk di atas meja makan. Dia melingas anak matanya ke sekeliling. Risau jikalau ada sesiapa yang ternampak mereka sekarang.

Daniall suapkan pizza ke dalam mulut Dayana.

"Saya dah kenyang makan dengan Hanafi tadi," beritahu Dayana.

Riak wajah Daniall terus berubah. Dayana makan dengan Hanafi? Dia menggengam sebelah tangannya membentuk penumbuk. Urat di dahinya mula muncul. Tegang.

"I tak suka you makan dengan Hanafi. Dengan mana-mana jantan sekali pun!" bentak Daniall dengan suara yang meninggi.

"Awak tak tergolong dalam golongan jantan tu ke, Tuan Daniall?" balas Dayana semula.

Cara pandangan Daniall kepada Dayana mula berubah.

Dayana menentang berani anak mata Daniall.

"You're mine, Dayana Atasha! Only mine! You know how much I love you!"

Tanpa sedar Daniall mencengkam kuat pergelangan tangan gadis itu melempiaskan rasa marahnya.

Dayana ketap giginya. Dia rentap pergelangan tangannya dari cengkaman Daniall. Dia mendengus kuat di hadapan muka Daniall. 

Adorah bergegas membuka pintu hadapan. Sebaik saja dia menguak daun pintu itu, dua susuk tubuh memenuhi kornea matanya dalam keadaan yang agak teruk.

Adorah terjerit kecil melihat Darren yang keadaan dalam berlumuran darah dipegang kemas oleh Shahrul di sisinya.

Kedua-dua jejaka itu habis basah badan dengan air hujan. Keadaan Darren paling mengejutkan sekali.

"Tolong panggil Hero!" Arah Shahrul cemas kepada Adorah yang masih tercengang di depan pintu.

Adorah pantas memanggil majikannya turun ke bawah. Beberapa minit kemudian, Hero datang ke muka pintu bersama kerutan di dahinya. Dia pandang wajah Shahrul dan Darren bersilih ganti. Dilihatnya keadaan Darren lebih teruk.

Hero menerpa ke arah Darren. 

"Ka... kau kena tembak?" Mata Hero jatuh pada dada Darren.

Daripada melihat situasi ini Hero sudah faham kenapa Shahrul membawa Darren ke sini bukannya ke hospital. Tidak mahu perkara ini menjadi kes polis.

3k vote for unlock next chapter.  

Saya plan nak buat semua story adik-beradik ni. Mintak tolong vote dekat bawah ya. Komen "nak".Vote paling banyak, saya akan publish story tu lepas Hero complete <33

DARREN —

DANIALL —

DAMIEN —

Pilihan di tangan anda >.<

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro