𝟔 𝟒 | 𝐇 𝐄 𝐑 𝐎 𝐍 𝐀 𝐘 𝐑 𝐀

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Awak mesti rindu Niall si bengap tu kan kan kan.



Petang itu rumah Denniz meriah dengan anak-anaknnya yang berkumpul bersama. Hari ini adalah hari yang istimewa buat Shahrul. Mereka sekeluarga ingin menyambut hari lahir Shahrul yang ke 27 tahun.

Denniz dan Katerina sudah menganggap Shahrul seperti anak mereka sendiri. Layanan yang diberikan suami isteri itu kepada Shahrul sama seperti layanan mereka pada Anayra.

"Darling, you pujuk la anak kita balik sini semula." Lembut suara Katerina memujuk suaminya. Dia datang menghimpit di tepi suaminya yang sedang berbual dengan Darren.

Denniz menanggalkan cermin mata yang terletak elok di atas batang hidungnya. Dia memandang isterinya yang berwajah muram. Dia meletakkan tangannya di belakang badan Katerina.

"Niall tu bukannya budak kecik nak kena orang pujuk. Dia dah besar, Kate. Pandai la dia nak balik sendiri. Mungkin ada sebab kenapa Niall tak balik sampai sekarang."

"You ni memang tak sayang Niall kan."

Denniz geleng kepalanya sekali apabila dituduh begitu. Dia hanya mengatakan perkara yang betul saja.

"Katerina..." Denniz mula mahu menyebut nama panjang isterinya.

Katerina pula menekup mukanya dengan telapak tangan bersama bahu yang mula terhinjut-hinjut. Dia mula menangis.

Drama apa lagi yang Katerina nak buat ni? Sungguh berdrama sama seperti Daniall!

Darren secara tidak langsung menjadi penonton di situ. Mummynya sangat berdrama. Daripada dulu sampai sekarang. Daddy dia saja yang mampu melayan karenah mummynya.

"Muka you buruk kalau menangis," kata Denniz selamba. Dia sentuh bahu isterinya.

Anak dengan mak sama je kuat merajuk.

"My pearl..."

Katerina mengangkat mukanya. Dia mengelap air matanya yang masih bersisa. Dia menolak tangan suaminya yang berada di belakang badannya. Punggung diangkat dari sofa dan dia terus berlalu pergi tanpa berkata apa.

Denniz pandang Darren di hadapannya.

"Daddy pergilah pujuk mummy tu. Takkan daddy nak biarkan mummy merajuk lama. Nanti daddy jugak yang susah."

"Kamu cakap macam dah berpengalaman je, Ren."

Darren hanya ketawa mendengar balasan daddynya.

Denniz bangun dari duduknya dan mula mencari isterinya yang sudah hilang. Dia nampak tadi Katerina menghala ke swimming pool yang ada di luar.

"Kate!" panggil Denniz. Kini dia berada di hadapan swimming pool. Dia mencekak pinggangnya sendiri. Tak jauh daripada swimming pool itu kelihatan Shahrul dan Damien yang sedang bermain bersama Hessa.

"Ada nampak mummy tak?" tanya Denniz kepada Shahrul dan Damien.

Kedua-dua jejaka itu pandang antara satu sama lain sebelum menggeleng kepala serentak.

"Sorry, darling." Suara Katerina menerjah pendengaran Denniz. Dia keluar daripada tempat persembunyiannya.

Kedua-dua belah tangan Katerina menolak badan suaminya daripada belakang lalu jatuh masuk ke dalam kolam.

Debush!

Tubuh Denniz sudah selamat masuk ke dalam kolam. Selang beberapa saat kemudian, kepalanya timbul ke permukaan. Mukanya merah padam.

"Opss, sorry I tak sengaja!" Katerina mengibas rambutnya ke belakang.

Shahrul dan Damien menjadi pemerhati. Kalau diikutkan mereka pun bersubahat sekali dalam rancangan Katerina mahu mengenakan suaminya.

Denniz menolak rambutnya yang menutupi dahi itu ke belakang. Isterinya dah plan dari awal! Mungkin isu yang berkaitan Daniall tadi tu pun sebahagian daripada plan isterinya.

Katerina memeluk tubuhnya sendiri.

Denniz tersenyum sinis. Dia berenang ke tepian dan keluar daripada kolam. Dia meluru ke arah isterinya. Pinggang Katerina dirangkul kemas dan diheret kembali ke kolam.

"Den... Denniz, you na... nak buat apa ni?" Muka Katerina bertukar cuak. Dia meronta-ronta di dalam pelukan Denniz. Cubaannya untuk melarikan diri tidak berjaya.

"NO DENNIZ!! NOO!!!"

Kali ini mereka berdua yang melompat masuk ke dalam kolam bersama.

"Dah tua pun sweet lagi," komen Shahrul. Dia mengigit ibu jarinya. Jiwa single nya meronta-ronta.

"Hm."

"Kau sampai bila nak single, Damien?" Perhatian Shahrul beralih semula kepada Damien yang baring di atas rumput.

"Sampai tua," jawab Damien malas.

"Kau ni jual mahal sangat la. Berlambak perempuan nak dekat kau. Tapi takde sorang pun yang berjaya tawan hati kau. Kau ni tunggu seseorang ke selama ni?"

Anayra mendekati mereka bersama sepinggan yang penuh dengan chocolate ball di atasnya. Dia tersenyum lebar kemudian duduk bersila di hadapan mereka bertiga.

"Nayra ada buat chocolate ball untuk abang-abang Nayra."

"Kau... yang buat?" tanya Damien. Dia pandang Anayra atas bawah. Pelik.

Anayra nampak mencurigakan di mata Damien.

Anayra angguk kepala laju cuba untuk menyakinkan Damien. Dia tolak pinggan itu di hadapan Damien. Dia mengelip matanya comel kepada Damien.

"Aku tak suka chocolate." Damien menolak.

"Alaaa. Chocolate ni tak manis sangat. Abang Damien kena rasa dulu. Confirm abang Damien suka."

Tangan Shahrul laju mencapai chocolate ball yang tersusun elok di atas pinggan itu. Lantak lah kalau Damien tak nak makan. Dia membaca doa makan sebelum memasukkan sekaligus chocolate ball itu ke dalam mulutnya.

"Erm... Seda—"

Mata Shahrul membulat besar. Dia memegang lehernya sendiri. Badannya jatuh ke belakang. Dia membuang semula sisa chocolate ball yang masih ada di dalam mulutnya.

"Adik... ka... kau nak bunuh aku ke!" Shahrul terbatuk-batuk. Rasa bawang tu terlalu kuat. Dia telan macam tu je.

"Nah air." Nada suaranya langsung tak bersalah.Anayra menghulurkan segelas air kepada Shahrul yang gayanya seperti kena sawan. Dia bawa air tu tadi bersama sepinggan chocolate ball.

Damien menggeleng kepalanya. Firasatnya kuat mengatakan yang Anayra ni ada agenda tersendirinya. Dia tidak mudah percayakan orang.

"Kau letak apa dalam benda tu?"

"Tu bawang merah yang salut dengan chocolate. Hehehe."

"Sengal punya budak. Kau belajar dari mana ni?"

"Tiktok," jawab Anayra ringkas. Pagi tadi dia ada melihat satu video di tiktok seorang perempuan prank teman lelakinya dengan memberi makan bawang yang bersalut dengan chocolate.Melihat rupa luarannya pasti ramai yang akan terpedaya.

Damien menepuk belakang badan Shahrul. Kesian pula dia tengok Shahrul yang terkejut dengan rasa 'chocolate ball' adiknya. Gelojoh lagi.

"Nayra anak kau ni memang suka main dekat ketiak orang ke?"

Anayra mengelip matanya banyak kali. Dia pandang Hessa yang duduk di atas riba Damien tu. Aduh anakku. Ingatkan suka ketiak papa dia je. Takkan Damien pun sekali.

Hessa si budak ketiak!

Anayra tersengih. Dia mengambil anaknya semula daripada Damien. Dia membisikkan sesuatu di telinga Hessa.

"Baby pinky pinky. Main dekat ketiak papa je tau. Ketiak orang lain jangan."

Hessa membuka mulutnya luas dan menangis kuat selepas itu.

Sambutan hari lahir Shahrul bermula pada jam 9 malam tadi. Dimulakan dengan sesi memotong kek dan makan. Hanya beberapa orang rakan terdekat saja dijemput hadir untuk memeriahkan sekali.

Hero datang ke arah Shahrul bersama Hessa di dalam dukungannya. Hessa yang begitu comel sekali dengan gaun berwarna pink nya.

"Aku ada bawakan hadiah untuk kau."

Shahrul jungkit sebelah keningnya ke atas. Hadiah apa? Tak pernah pula sepanjang perkenalan mereka, Hero berbaik hati nak berikan hadiah kepada dia. Hero kena sampuk ke malam ni?

"Hadiah apa, bro?"

"Bakal isteri kau." Senyuman Hero penuh makna. Usai berkata begitu dia berlalu pergi bersama Hessa.

"Happy birthday, Zachary!"

Jadi...

Inilah hadiah yang dimaksudkan Hero tadi?

Bakal isteri?

Shahrul tidak dapat menahan dirinya daripada mengukir senyuman lebar. Dia lihat warna baju yang dipakai Natalia sama dengan warna bajunya. Putih!

"Happy birthday, Uncle Zach!" ucap Alicia dan Emir serentak iaitu anak-anak Natalia.

"Thank you, my love."

"My love tu untuk mama ke?" Alicia bertanya. Didongakkan kepalanya ke atas memandang Shahrul.

"Ha ha ha." Shahrul ketawa janggal.

Suasana di ruang itu tiba-tiba berubah menjadi senyap. Kendengaran di luar sana bunyi helikopter yang baru mendarat di laman.

Lagu latar 'Dancing Jodi' mula bergema.

"Siapa pulak yang pasang lagu ni?"

Semua mata di situ menghala ke arah pintu utama. Masing-masing menanti siapakah yang akan muncul sebentar lagi.

Satu susuk tubuh muncul selang beberapa saat kemudian. Dia menggalas beg di bahunya. Dia berlari penuh bergaya. 

Mukanya nampak berbeza daripada sebelum ini.

Semua dah dapat agak kan?

Siapa lagi kalau bukan Hans Daniall.

"I'M BACK!!"

Daniall menanggalkan cermin mata hitamnya lalu dibuang ke atas lantai. Apa kes pakai cermin mata hitam waktu malam ni. Dia berhenti berlari dengan nafas yang masih termengah-mengah.

Kemudian, Daniall mendepakan tangannya luas.

"BABY MIEN! I MISS YOU!!!" Daniall menuding jari telunjuknya ke arah Damien.

Shahrul mengalihkan pandangannya ke arah lain. Dia tak sanggup melihat muka Daniall sekarang.

"Malunya aku ada kawan macam dia ni."

BANG!

BANG!

Bunyi tembakan sebanyak dua kali mengejutkan semua orang di situ. Ada yang menjerit ketakutan apabila melihat sekujur tubuh itu jatuh menyembah bumi.

Mata Daniall terbeliak luas. Tangannya terketar-ketar menyentuh bahagian dadanya sendiri. Matanya jatuh melihat bajunya sudah bertukar warna.

"DANIALL!!"

Damien orang yang terpaling pantas meluru ke arah adiknya. Dia nampak sangat keliru dengan apa yang terjadi. Semuanya berlaku begitu pantas.

Damien melutut di sebelah tubuh Daniall yang terbaring di atas lantai. Kemudian, dia memangku kepala Daniall di atas ribanya.

"Dan... Daniall..." Damien kehilangan kata-kata. Untuk pertama kalinya dia jadi buntu.

Darren dan Hero sedang mengejar pelaku yang menembak Daniall secara hendap tadi.

"Aku... aku... aku dah nak ma... mati ke?" tanya Daniall dengan suara yang tersekat-sekat.

Damien menggeleng kepalanya laju.

"Tak, Niall. Tak. Kau cedera je. Kau akan selamat."

"Sakit, Mien. Sa... sakit."

Daniall menanggung kesakitan yang teramat dalam ketika ini. Dia pulang semula ke Malaysia dengan membuat kejutan kepada semua orang. Namun, tidak menyangka kejutannya berlaku pertumpahan darah.

Damien mengetap rahangnya kuat.

"KORANG TERCEGAT LAGI NI KENAPA?! PANGGILLAH AMBULANS! KAU TAK NAMPAK KE DANIALL KENA TEMBAK!" Damien menempik kuat. Dia mula mengamuk apabila melihat semua orang di situ hanya melihat tanpa melakukan apa-apa.

"Mien... se... sebelum aku pergi buat se... selamanya. Ka... kau kena ta... tahu aku sorang je bo... boleh panggil kau baby Mien... " Daniall tidak berjaya menyempurnakan ayatnya. Matanya perlahan-lahan tertutup rapat.

Damien menepuk kuat pipi Daniall. Air mata yang bergenang di dalam kolam matanya akhirnya pecah.

Damien menangis kerana Daniall.

Dua tiga kucing berlari,
Saya lari dulu bai.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro