𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nurain Medina

Aku yang sedang bersandar di kerusi batu merenung jauh ke atas langit malam yang terbentang indah. Kawasan kediaman Aza Qarizh memang cantik. Sangat cantik sehingga aku pun tidak tahu nak gambarkan macam mana. Walaupun begitu aku tidak dapat mengenal pasti keberadaan aku ketika ini. Berada dimana? Masihkah aku di Malaysia? Ataupun aku sudah berada di luar sempadan tanah air?

Nak periksa telefon pun aku tak tahu telefon aku mana perginya. Sampai sahaja aku disini telefon aku sudah hilang. Nak kata Zakwan sorokkan macam pelik tapi boleh jadi. Ataupun ada lagi dekat rumah aku. Entah la aku tak tahu. Malas nak tanya.

Terasa juga lah semalam cara dia layan aku. Dia panggil aku kitten? Aku dah malas minta dilepaskan. Penat yang teramat penat! Lelah jantung aku.

Dah nama Qarizh culik aku. Malas aku nak ambil tahu pasal dunia luar. Lagipun pemandangan indah yang terhidang dihadapan mata sudah cukup menenangkan. Buat dada aku rasa lapang. Seketika aku lupa betapa peritnya dikurung disini. Mata aku dipejam erat.

Membayangkan wajah kacak Aza Qarizh dihadapan mata. Pandangan helang iris coklat cairnya. Kumis halus disekitar rahangnya yang tajam terbentuk. Senyumannya yang boleh melembikkan lutut aku kalau tengok. Rambut yang panjang separas bahu. Ni kalau aku potong baru nampak lagi kacak. Dahi aku berkerut. Erk?

Dah kenapa pulak aku nak fikir pasal dia? Dah tak betul gamaknya aku sekarang ni.

Aih dah angau ke?

Laju kepala aku geleng. Berkerut seribu dahi aku. Cuba membuang jauh-jauh bayangan wajah kacak Aza Qarizh.

Eh, sempat lagi aku puji!

"Tellement mignon." Suara Aza Qarizh pula bermain di kotak fikiran. Ha sudah! Dah kenapa dengan aku ni? Jatuh cinta dengan penculik? Jatuh cinta dengan mamat beku? Jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Aza Qarizh? No, a big no!

"Gila." Spontan kelopak mata aku terbuka luas saat satu suara yang sangat dikenali mengetuk gegendang telinga. Wajah Aza Qarizh memenuhi bingkai pendangan. Wajahnya kini berada betul-betul dihadapan aku yang berjarak beberapa inci sahaja. Serentak itu aku terjerit kuat.

"Apa awak buat dekat sini?" Soalku sambil cuba menenangkan gelora hati yang semakin kuat membadai jiwa. Terkejut aku. Buka sahaja mata nampak dia. Dah la aku baru lepas fikir pasal dia. Tup tup dah ada depan mata.

Gila!

Aza Qarizh perlahan mencipta jurang antara kami. Pandangan redup itu mengunci setiap pergerakkan aku. Tambah pula saat ini sepasang coklat cair itu memakukan pandangannya pada dua ulas bibir aku. Dah kenapa dengan dia?

"Kenapa? Tak boleh? Ini rumah aku." Sedas Aza Qarizh membalas buatkan aku terdiam seribu bahasa. Agak terciduk juga sebenarnya. Ya aku tahu aku menumpang rumah dia tanpa kerelaan aku. Aku pun tak hingin lah nak duduk sini. Rumah aku lebih baik!

Kerana rumahku syurgaku!

Tapi kalau minta nak balik rumah pun macam kena tunggu pisang berbuah dua kali! Memang tak lah mamat beku tu nak lepaskan aku. Erh rasa geram pula aku dibuatnya.

"Senyum-senyum macam orang tak betul dah kenapa?" Terasa wajah aku ditampar oleh soalan Aza Qarizh. Aduh kalau kantoi aku fikir pasal dia tadi memang dia bahan aku tak sudah. Ataupun dia jentik aku balik sampai rumah. Okay jugak. Tak semena-mena aku tersenyum sendiri.

"Gila." Mati senyuman aku mendengar kata-kata Qarizh. Sekali lagi dia panggil aku gila? Terus aku jeling dia tajam dan dia hanya membalas dengan ketawa pendek. Pendek tak sampai satu saat. Punyalah pendek.

Lama Qarizh merenung aku sebelum dia membuang pandang jauh ke arah langit yang terbentang luas. Aku pun memandang ke tempat yang sama. Kami sama-sama menikmati keindahan ciptaan tuhan dihadapan mata yang dipenuhi beribu bintang berkerlipan. Keluhan kecil terlepas keluar dari bibir aku.

"Tolong bagitau saya macam mana saya nak tolong pulihkan ingatan awak." Terus aku bawa tubuh aku menghadap Qarizh yang masih lagi memandang langit malam. Dia masih diam. Mungkin memilih untuk tidak menjawab soalan aku. Aku mengeluh berat. Tahu yang dia pun tiada jawapan untuk soalan aku.

"Saya tak kenal awak, awak tak kenal saya. Kita langsung tiada memori bersama. Kalau setahun awak masih tak ingat bermakna satu tahun tu lah saya kena hadap muka awak." Aku membuat satu luahan panjang. Berharap yang Qarizh mengerti aku langsung tiada solusi yang terbaik untuk tolong pulihkan memori dia.

Kerana kami memang tiada kenangan bersama!

"At least aku kacak kalau kau nak hadap sampai tua pun." Qarizh bersuara tanpa memandang aku. Terus aku jegilkan mata. Sedap-sedap dia puji diri sendiri walhal memang itulah kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi. Dia memang sempurna segalanya.

"Andai kalau empat tahun yang lalu aku pernah suka kau, jadi stalker sebab mungkin aku tahu yang kau dah berpunya. Mampu pandang kau dari jauh jalah kan? Then, solusinya aku ambil gambar kau sebagai bekal rindu." Perlahan Qarizh menghadap aku. Iris coklat cairnya merenung jauh ke dalam anak mata aku buatkan nafas aku tiba-tiba terasa sesak. Lelaki itu peluk tubuh. Badannya semakin terdorong ke arah aku buatkan tubuh aku semakin menyandar pada kerusi. Adrenalina semakin laju merembes ke seluruh tubuh.

"Which means I need you to know who really I am. Am I a stalker?" Qarizh senyum misteri. "Nobody knows." Qarizh mengangkat kedua belah bahunya sebelum berlalu pergi meninggalkan aku sendiri disini. Rasa seram sejuk pula bila teringat yang Qarizh cakap dia mungkin pernah stalk aku dulu. Gila!

Ini semua gila!

Apa yang aku harapkan sekarang adalah apa yang Qarizh katakan tidak benar dan tersasar jauh dari kenyataan itu. Aku merenung kepekatan langit malam semula.

Siapa Aza Qarizh kepada aku dulu?

Heh.

Nobody knows.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro