𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku membetulkan cadar. Sedar tak sedar sudah masuk seminggu aku menjadi isteri kepada seorang lelaki bernama Aza Qarizh bin Abdullah. Mahu tak mahu aku kena terima kenyataan yang menyakitkan hati itu. Yang aku sudah sah sebagai isterinya.

Sekali lagi keluhan dilepaskan. Percaya atau tak aku dengan Aza Qarizh tidur sebilik. Kalau dia nak sangat tidur atas katil, aku dengan rela hati tidur bawah. Aku takkan tidur dengan dia.

Tiba-tiba dapat aku rasakan ada sesuatu menjalar disekitar pinggang aku. Tubuhku sedikit mengeras sebelum kembali seperti biasa.

Itulah dia perangai tak semenggah seorang Aza Qarizh. Dah seminggu berlalu aku dah lali dengan dia. Berkali-kali aku tepis tangan dia. Maki hamun dia. Tangan dia masih melekat cantik di pinggang aku. Telinga dia pekak agaknya. Aku malas nak gaduh jadi aku biarkan.

"Morning kitten." Sapanya lembut disebelah telinga aku. Aku ukir senyum yang jelas nampak terpaksa.

"Morning tomcat." Kataku perlahan sedaya upaya menolak tangannya dari terus memeluk pinggang aku. Tiba-tiba Aza Qarizh ketawa. Bunyi gelak ketawanya buat hati aku sakit.

"Seriously kitten? Dah seminggu masih nak panggil aku tomcat jugak?" Aza Qarizh sambung gelak. Aku yang masih di dalam dakapannya hanya pasrah.

"Tapi tomcat pun okay jugak. Nampak jantan sikit." Tambah Aza Qarizh buat hati aku bertambah sakit.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata Zakwan lepas kami berdua selamat dinikahkan.

"Cherie, I rasa baik you ikutkan ja kehendak tuan I tu. Mana tahu boleh ingatkan balik memori dia yang dah hilang tu." Kata Zakwan buat aku pandang dia tajam.

"Saya kena kahwin dengan dia? Itu ka penyelesaian dia?" Soalku tidak puas hati. Zakwan hanya angkat bahu tanda tak tahu.

Zakwan macam dah tahu kisah silam Aza Qarizh. Tapi kenapa dia sendiri tak tolong mamat beku tu? Tapi dalam diam aku setuju jugak dengan dia. Lagi cepat dia ingat lagi cepat aku boleh belah.

Betul kan?

"Cepat la sikit nak ingat memori tu. Menyusahkan betul. Lagi cepat kau ingat lagi cepat kau lepaskan aku." Gumam aku perlahan. Tiba-tiba aku rasakan tautan pada pinggang aku menjadi longgar.

Aku diterpa rasa hairan. Belum sempat aku menoleh, Aza Qarizh lebih cepat menarik aku untuk menghadap wajahnya. Aku tiba-tiba kecut perut. Melihat wajah tegang Aza Qarizh buatkan liur yang diteguk terasa berpasir.

Tahu pulak kau nak takut dengan muka singa dia tu eh?

"Apa kau cakap?" Soal Aza Qarizh mendatar. Langsung tidak lepas dari memandang tajam wajah aku. Seolah-olah apa yang baru aku katakan tadi memang telah menaikkan amarahnya secara mendadak.

Kenapa? Marah?

"Apa? Betul lah kan? Buat apa nak simpan aku kalau kau dah ingat!" Bidasku geram. Tiba-tiba aku terdiam sendiri. Baru sedar aku sudah telanjur dalam berkata-kata. Perlahan-lahan mata aku naik pandang wajah dia.

Wajah Aza Qarizh tampak sugul. Lelaki itu membuang pandang ke arah lain sebelum kembali memandang aku. Dia tergelak kecil. "Cepat betul kau faham kan? Betul lah tu. Bila aku dah ingat semua aku akan lepaskan kau. Masa tu dah tak dak apa lagi yang boleh ganggu kau. Masa tu kau dah bebas. Kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku!" Balas Aza Qarizh tajam sebelum melangkah keluar dari bilik.

Aku tergamam. Cuba menghadam maksud kata-kata Aza Qarizh. Aku patut gembira sebab dia memang ada niat nak lepaskan aku. Tapi kenapa hati aku tak mahu terima semua tu?

Tenang Nurain Medinah tenang. Kau dengan dia bukan bercinta pun. Takpa kau tolong dia sampai dia ingat lepastu kau bebas. Habis cerita.

Macam mana kalau kau jatuh cinta dengan dia?

Mata aku membulat.

Tidak, tidak. Aku hanya akan mencintai Qash Arsyad. Hanya dia seorang.

Mata aku kemudian menatap lama bayangan Aza Qarizh yang masih melangkah pergi dari bilik aku. Tiba-tiba sahaja mata aku berair.

Laju aku menggelengkan kepala aku. Tubuhku terus jatuh terduduk. Tiba-tiba aku rasa tak terdaya. Aku menangis teresak-esak. Tangan aku menggeletar hebat. Perlahan-lahan aku mengesotkan tubuhku kebelakang. Lutut aku tarik rapat ke dada. Aku melepaskan segala kesakitan dan tangisan aku disitu.

"Arsyad..." Rintih aku penuh sayu. Sungguh aku rindu akan jejaka bernama Qash Arsyad Ikhtiari itu. Setelah empat tahun dia pergi menghadap ilahi aku masih belum dapat melepaskan lelaki itu sepenuhnya.

Telinga aku menangkap derap kaki melangkah laju menghampiri bilik aku. Bahagian pipi aku terasa disentuh oleh sesuatu memaksa kepala aku untuk mendongak.

Semakin lebat lah air mata aku gugur. Aku menundukkan kepala aku namun Aza Qarizh menahan dengan telapak tangannya.

Tangan kasar Aza Qarizh mengusap lembut kedua belah pipi aku yang basah dengan air mata. Mata coklat cair itu jauh merenung ke dalam anak mata aku. Pandangan lembut yang memujuk. Dua ulas bibirnya mengucup lembut dahiku.

"I hate to see your tears, Medina." Katanya selepas meleraikan tautan bibirnya di dahiku. Kedua belah tangannya memaut pipiku memaksa untuk mendongak pandang dia. Aku hanya menurut tanpa membantah. Hujung mataku masih basah dengan air mata.

"It's hurts." Automatik tubuhku ditarik ke dalam dakapannya. Aku tergamam seketika. Seorang lelaki bernama Aza Qarizh ni memang sukar dijangka. Dapat aku rasakan jari jemarinya membelai rambut panjang aku. Cuba memujuk aku berhenti dari menangis pada insan yang telah tiada.

"Macam mana lagi aku nak buat kau faham? Aku takkan lepaskan kau, Medina." Kata Aza Qarizh dalam nada berbisik.

"Tak kiralah ingatan aku pulih atau tak. Aku takkan lepaskan kau." Pelukannya pada tubuhku semakin dieratkan. Menunjukkan yang dia serius dengan apa yang dia baru katakan.

"That's my promise, lumière."

Aku tak tahu nak cakap macam mana. Aku rasa selamat di dalam dakapan Aza Qarizh. Buatkan aku tidak dapat memaafkan diri sendiri kerana berlaku curang terhadap Qash Arsyad.

Arsyad, saya minta maaf.

Qarizh, tolong tepati janji awak.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro