𝒸𝒽𝒶𝓅 04

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pagi-pagi lagi selepas subuh Febrina sudah turun ke bawah. Dia tak tahu mahu buat apa sebenarnya. Disebabkan di kampung dia sudah terbiasa bangun awal jadi di sini juga secara automatik dia terbangun awal.

Rumah masih malap, yang lain masih sedang tidur agaknya. Febrina menyelak langsir. Lampu dibuka di beberapa bahagian. Saja feeling-feeling macam sendiri. Puih!

Febrina menuju ke dapur. Ok sekarang dia kena buat apa? Takpe yang penting isi perut dahulu. Mula lah sesi menyelongkar almari. Mencari apa yang patut untuk dia mengisi perut.

"Mencuri ke?" Terhinjut bahu Febrina. Dia memalingkan badannya. Matanya terbeliak. Wait...

figura di hadapannya ini...

"Putera?!!" Dia menjerit tanpa sedar. Darrel membulatkan mata. Dia mendekati Febrina dan menekup mulut perempuan itu.

"Shhh" jari diletakkan di bibir.

"Kau nak semua orang bangun dengar suara kau ke?" Bisik Darrel. Febrina mengalihkan tangan Darrel.

"Maaf tuanku!" Dia segera menundukkan badannya.

"Kau buat apa kat sini pagi-pagi lagi?" Febrina meneggakkan semula badannya. Dia memandang wajah tampan putera berkenaan.

Hensem siut!

"s...saya nak buat sarapan sebab saya lapar. Kenapa? putera nak?"

Darrel menggelengkan kepala. Dia membetulkan tali leher bewarna biru gelap miliknya. Tentu lelaki ini sudah bersiap ke kerja. Punya lah awal.

"Sokay. Aku breakfast luar" Febrina menganggukkan kepala laju. Dia tak tahu mahu menjawab apa sebenarnya. Sudahnya hanya jadi burung berlatuk je lah.

Tetapi lelaki di hadapannya ini langsung tak beranjak. Mata coklatnya tajam memanah wajah Febrina. Tak tahu lagi lah mana mata ni nak lari. Nak pandang balik malu. Haih lah...

"Roti ada kat kabinet kiri. Kalau nak majerin ada kat laci bawa. Gula pun ada sekali. Kopi dekat laci nombor dua"

Terkelip-kelip mata Febrina dibuatnya. Dia tak ingat yang dia ada tanya bossnya dimana letaknya makanan. Rajin pula bossnya ini beritahu kedudukan makanan-makanan itu.

"Er...Terima kasih putera!" Sekali lagi dia membungkukkan badannya. Darrel memgangguk sebelum dia melangkah keluar dari dapur.

Febrina menghela nafas. Dia tak sedar yang dia sedang tahan nafas selama ni. Kus semangat...

Sekarang baru dia faham kenapa Victoria minta mereka merahsiakan identiti boss kerana boss mereka ialah putera sulung  Ebrahim.

Febrina segera menyiapkan sarapannya dan melakukan kerja-kerja yang lain. Tidak silapnya, tugasannya bermula pukul 8 nanti jadi ada dalam 45 minit sebelum Febrina mula bekerja

Febrina melabuhkan punggung di sofa, dia masih terkejut dengan peristiwa tadi. Jadi sekarang ini dia bekerja dengan Darrel Ebrahim? Putera raja itu?

Patut lah gaji yang ditawarkan lumayan. Rupa-rupanya boss mereka ialah bakal raja Larriance

DARREL melangkah masuk ke dalam rumah agamnya. Dia duduk di sofa seketika untuk menghilangkan lelahnya.

Dia memandang luar rumahnya dan melihat satu figura yang berada di halaman rumahnya. Darrel melihat wanita itu yang terloncat-loncat bagai takut akan sesuatu.

Darrel bagun dari sofa dan melangkah keluar "eee" suara itu dihampiri. Lelaki itu memandang pembantu rumahnya yang sedang menguis sesuatu menggunakan sebatang kayu

"Kau buat apa?"

Febrina menoleh belakang memandang Darrel. Mukanya terherot sedikit "ada lipas tuanku"

Darrel berkerut dan melangkah mendekati Febrina. Dia hampir-hampir mahu menggulingkan bebola matanya.

Makluk kecil itu sudah pun terbalik dan tidak bernyawa. Mungkin dikejami oleh Febrina agaknya.

"Lah dah mati dah pun"

"Iye tuanku tapi saya nak buang"

Febrina memegang betul-betul hujung batang itu. Makluk kecil yang sudah tidak bernyawa itu dikuis-kuisnya.

Kesabaran Darrel semakin menipis "kau sana" tubuh Febrina ditolak perlahan.

Darrel mengambil lipas itu menggunakan tangannya mengundang kejijikan di wajah Febrina. Melihat bossnya itu memegang lipas tanpa apa-apa alas di tangan membuatnya mahu muntah.

Sudah lah haiwan kecil itu ialah musuh ketatnya.

"Tengok ni. Kecil je!"

Darrel menunjukkan lipas yang berada di tangannya, Febrina menjerit kecil. Dia berlari bertempiaran. Tidak mahu mendekati lelaki itu.

Darrel menggelengkan kepalanya dan haiwan di tangannya itu di buang ke dalam sampah.

Dapur dituju dan dia membasuh tangannya menggunakan sabun. Badan ditoleh mahu menuju ke bilik

Figura wanita itu kelihatan di sebalik langsir "tuanku dah buang ke?"

"Dah"

Febrina menyelak langsir dan dia keluar dari tempat persembunyiannya. Nafas lega dilepaskan. Darrel berkerut memandang pembantu barunya ini.

"Febrina!" Dua orang itu memandang ke arah sumber suara.

Kak Azia segera menundukkan kepala apabila melihat Darrel berada di situ "maaf menganggu tuanku" senyuman diberikan.

"Febrina sini!" Tangan Febrina ditarik dan Kak Azia sekali lagi menundukkan badan. Dia menolak kepala Febrina agar wanita itu juga menundukkan badan kepada Putera mereka.

"Kami minta izin sambung buat kerja ya tuanku" Mereka berdua melangkah pergi apabila mendapat anggukkan dari Darrel.

Darrel memandang Febrina yang kian jauh. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman. Kepala digeleng perlahan dan dia memasuki lif untuk menuju ke biliknya

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro