Bab 22 (Edited)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gambar diatas Cendric Grigory.
_______________________________________

Krrrrriiiinggg~!

Loceng sekolah berdering. Waktu belajar telah bermula. Pengawal keselamatan sedaya upaya menutup pintu pagar sekolah yang berat. Dalam tidak sedar terdapat seorang pelajar lelaki melompat menerobos pagar sekolah dan mendarat dengan penuh bergaya.

Terus terjatuh pengawal keselamatan itu kerana terkejut punya pasal. Pelajar itu mengulum senyuman menawan yang mampu mencairkan hati semua wanita yang melihatnya. Tangannya di hulurkan pada pengawal keselamatan wanita yang bertugas itu. Tanpa ragu wanita bertubuh gempal itu menyambut tangan pelajar lelaki itu. Dia bingkas bangun dan terus menepuk uniform yang telah berdebu gara gara terjatuh tadi.

"Miss ok? Maafkan aku atas kelancangan saya tadi telah memeranjatkan kamu miss Betty"ujar pelajar lelaki itu dengan fasih bahasa indonesia walaupun bahasa ibundanya masih melekat di akhir ayatnya.

Wajah mrs Betty terus merona merah. "Ah, makcik tidak kisah pun jatuh setiap hari kalau setiap hari boleh bertemu kamu"jawabnya dengan senyum mengoda.

"Haha...kamu kelakarlah miss Betty. Saya masuk dulu ya. Saya dah lewat" ucap pelajar lelaki itu seraya menggaru belakang tengkuknya. Kebiasaannya apabila gugup.

"Ok~"balas wanita bertubuh gempal itu seraya melihat tubuh pelajar lelaki itu semakin menjauh dan hilang masuk ke dalam bangunan sekolah.

"Ah...Cedric makin kacak dari sehari ke sehari. Sayang dia dibawah umur kalau tak dah lama aku kebas"ujarnya sebelum menyambung kerjanya semula.

....

"Yo, Selamat pagi~!" Cedric tersenyum ramah sambil melambai tangan pada pelajar yang berbaris di hadapan guru disiplin. Mereka adalah pelajar yang telah melanggar peraturan kerana datang lambat ke sekolah termasuklah dirinya juga.

"Pagi Cedric/Grigory!"sapaannya dibalas serentak oleh beberapa pelajar wanita dan lelaki yang turut menjalani hukuman denda bersamanya.

Mereka sekarang ini di denda ketuk ketampi seratus kali depan cikgu Ramli, guru disiplin sehingga lelaki tua berperut buncit itu puas.

Nak tak nak terpaksa buat. Cedric hanya mampu pasrah saja.

Kedua tangannya dicubit pada telinga rakan sebelahnya manakala rakan di sebelahnya pula mencubit telinganya, lantas Cedric beserta dengan lapan pelajar yang lain mula denda mereka ketuk ketampi.

Ketika sibuk naik turun badannya melakukan ketuk ketampi Cedric terpandangkan seorang remaja lelaki yang terdiri dalam kelompok pelajar kelas 4-B, junior satu tahun bawahnya sedang melihat ke arahnya, juga temannya yang tekun ketuk ketampi dari tadi.

Dari tadi dia terlihat tekun memerhati mereka didenda. Sekali sekala bibirnya akan mengukir senyuman menawan yang mampu membuat dia terpesona. Cendric tidak tahu samaada senyuman itu melecehkan mereka atau senyuman kerana dia merasa geli hati melihat mereka dihukum tapi yang pasti senyuman itu mampu membuat dunia Cendric seakan terhenti berputar. Jantungnya bagai mahu meloncat keluar dari tulang rusuknya dan berdegup kencang seakan bakal meletup sekiranya tidak dikawal. Perlahan Cendric meremas dadanya, merasai jantungnya yang berdegup sangat laju dari tadi.

Cendric leka memerhati pelajar laki itu dengan debaran di dada dihiraukan. Denda ketuk ketampi terus terlupa dalam ingatan. Telinga yang terasa rasa sakit ditarik rakan sebelahnya kini tidak dirasai lagi. Guru disiplin yang memarahinya juga dia tidak sedar. Sibuk sangat mengamati pelajar laki itu. Hingga lupa segalanya.

Hampir seminit pelajar itu melihat mereka hingga dia bergerak kembali mengekori rakan sekelasnya yang lain memasuki dalam bangunan blok B sebelah dewan serbaguna, arah berlawanan dari tempat mereka didenda.

"Mungkin murid baru"gumam Cendric perlahan. Senyuman terbit di wajahnya sementara mata hijaunya tidak lepas pandang pelajar baru itu hingga bayangannya menghilang masuk dalam bangunan.

Setelah selesai melihat pelajar misterius itu pergi Cendric kembali ke alam nyata apabila kepalanya di lempar dengan satu kapur yang tertacap tepat di dahinya.

"Ah?"mulut Cendric terganga. Baru dia sedar guru disiplin sedang memarahinya kerana telah berhenti ketuk ketampi separuh jalan tadi.

"Hehe...sory cikgu" Cendric tersenyum ramah seraya menggaru belakang tengkuknya. Mukanya merah padam. Rakannya yang lain mengertawakannya.

Haishh!Malunya!Mana aku nak sorok muka ni?!

....

Aqil berhenti seketika selepas tiba depan kelasnya. Keadaan kelasnya jauh lebih baik dari yang disangkanya. Malah dia sendiri tidak pernah terfikir keadaan kelasnya sehebat ini. Kelasnya berlantaikan kayu jati dan ia dihamparkan dengan karpet yang berwarna merah. Dinding kelas pula berwarna biru cair. Terdapat beberapa pelajar yang sudah duduk di tempat yang sudah menjadi pilihan hati masing-masing.

Dia tersenyum senang. Matanya mula melilau mencari tempat duduk yang stratergik. Dia memilih duduk di bahagian depan kelas. Kakinya laju melangkah ke arah meja itu. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya, ada suara lembut yang menegurnya.

"H-Hai, b-boleh saya duduk sebelah awak?"seorang gadis yang rambutnya pendek paras bahu, berkaca mata bulat dan poni rambut depannya hampir menutup matanya berdiri di sebelah mejanya. Kakinya menguis-nguis pada lantai kayu. Tangannya menggigil sementara menunggu jawapan dari Aqil.

Dari pandangan mata Aqil gadis itu seperti arnab kecil yang menggigil ketakutan ketika berhadapan dengan haiwan yang lebih besar darinya. Dia terlihat comel pada matanya.

"Sure, duduklah. Takde orang pun duduk di sebelah saya" Aqil tersenyum lebar. Dia berganjak ke tepi. Memberi laluan gadis itu masuk dan duduk di sebelah dinding.

"T-Terima kasih"gumam gadis itu dengan wajahnya berubah warna merah. Malu. Pantas, gadis itu duduk di kerusi sebelah pelajar baru itu. Sesekali matanya akan melirik ke Aqil. Ada satu ketika dia tertangkap basah kerana Aqil juga turut melihatnya. Sengehan lebar termeteri di wajah Aqil hingga membuatkan gadis itu terpana buat seketika. Lekas gadis itu mengalih perhatiannya semula, menunduk pandang mejanya.

"Hei"panggil Aqil. Bahu gadis itu terhinggut naik, terkejut. Dia menoleh kepalanya sedikit. "Y-Ya?"jawab gadis dengan sedikit gagap.

"Apa nama awak?" tanya remaja lelaki itu.

"I-Itu....nama saya Minami Haruko. Gembira bertemu dengan awak" gadis berasal Jepun itu membungkuk sedikit badannya pada Aqil. Rasa malunya perlahan-lahan hilang di makan waktu.

"Oh, nama saya pula Aqil Firrash Gembira bertemu dengan kamu, Minami" Aqil juga turut membungkuk hormat pada gadis itu.

Clap!Clap! Satu tepukan menarik tumpuan Aqil, Minami dan semua pelajar dalam kelas. Mata masing-masing tertuju pada guru kelas mereka yang masuk ke dalam kelas dengan senyap tanpa sepengatahuan mereka.

"Ehem, sudah selesai perkenalkan diri?Mari mulakan kelas" ujar seorang wanita berambut panjang. Wajahnya murah dengan senyuman.

"Baiklah semua pelajar, dengar sini baik-baik. Nama cikgu ialah Nuranis Suraya. Mulai hari ini cikgu akan jadi guru kelas kalian sepanjang tahun ini"ucap wanita itu sambil menulis namanya pada permukaan papan hitam.

"Gembira bertemu dengan kalian semua"

....

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Para pelajar mula mengemas barang, bersedia ke kafeteria.

"Hei, Minami, awak mahu rehat dengan saya?" Aqil yang sudah berdiri dan masukkan kerusi ke dalam meja bertanya. Kesihan pula dia membiarkan Minami terkontang-kanting sendirian. Maklumlah pemalu orangnya...pasti dia berasa kekok dan tidak selesa dengan persekitaran baru.

Dia memandang Minami, menanti jawapan yang akan keluar daripada mulutnya.

"B-boleh juga" Minami menjawab pertanyaan Aqil selepas berdiam diri selama beberapa saat. Lebih baik dia mengambil keputusan bersama dengan rakan barunya itu daripada rasa malunya memakan dirinya dan akhirnya keseorangan tanpa teman. Sejak kecil lagi Minami ni orangnya agak pendiam. Tidak banyak bercakap. Di sebabkan sikapnya itulah ramai orang salah anggap tentangnya dan maka dengan itulah dia sering menjadi mangsa buli di sekolah lamanya. Dia berharap dengan berpindah di sekolah baru ini dia bakal mendapat kawan baru.

"Oklah, jom kita pergi"Aqil tersenyum lebar. Dia mengengam tangan Minami dan membawanya keluar daripada duduk terperap depan meja belajar.

"Ah!Tunggu dulu Aqil-san!" Minami teriak kecil. Tanpa gadis itu sedar tangannya secara tidak sengaja telah terlanggar buku lukisan yang disimpan bawah mejanya dan membuat buku itu jatuh ke lantai.

Minami mengekori Aqil berjalan ke luar kelas tanpa tahu menahu sesuatu yang buruk bakal mengubah hidupnya.

....

Tab! Tab! Tab!

Seorang gadis masuk ke dalam kelas 4-B kerana ketinggalan beg dompetnya dalam kelas. Dia masuk ke dalam kelasnya dan bergegas mengambil beg dompetnya dalam beg sekolah.

"Huhuhu...selamat kau tak hilang"gadis itu mencium beg dompetnya berulang kali. Dia berniat untuk lekas kembali pada teman-temannya yang sedang menunggunya di meja makan dalam kafeteria hingga matanya terpandang sebuah buku lukisan yang tergeletak atas lantai kayu. Dia bercadang untuk menyimpan balik buku lukisan itu bawah meja pemiliknya hingga bola matanya ternampak beberapa lembar kertas diselitkan dicelahan dalam kertas lukisan itu.

Pantas dia membuka buku lukisan itu dan menyelak setiap helaian kertas hingga gerakan tangannya terhenti pada beberapa keping kertas yang disimpan dalam buku lukisan itu. Matanya membuntang sebaik saja matanya melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dilihatnya. Gadis itu menekup mulutnya terkejut.

"Ini....?!"

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro