Bab 23 (Edited)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Aqil mengamati persekitaran kafe sekolah baharunya. Dia tersenyum lebar kerana sangat berpuas hati. Meja makannya persis meja di hotel. Berbentuk bulat dan terdapat bunga ros hidup berwarna merah jambu di tengah meja makan. Makanan pula dihidangkan secara bufet

Muzik dari piano dan biola menjadikan suasana di kafe di sekolah itu romantis. Di hujung bahagian dewan makan, terdapat dua pondok kecil yang direka khas berkonsepkan Bali lengkap dengan air pancut kecil yang terdapat ikan Guppy yang bewarna warni berenang di bawahnya.

Salah satu pondok sudah pun diduduki oleh beberapa orang pelajar namun pondok yang satu lagi masih kosong.

"Jom kita makan di situ"ajak Aqil sembari menjuihkan bibirnya ke arah pondok itu memandangkan kedua belah tangannya penuh memegang pinggan makanan Barat dan satu cawan kopi Cappucino hangat untuknya.

"Ok" Minami hanya menurut. Kakinya bergerak menuju ke pondok tersebut. Aqil melabuhkan punggungnya sebaik sahaja tiba di pondok itu. Tanpa sepengetahuan mereka mereka di perhati oleh pelajar yang turut makan di kafe itu. Tatapan tidak percaya di tuju pada mereka namun masing-masing tidak berani mendekati mereka.

Tidak melengahkan masa Aqil terus menyantap spagetti dengan berselera. Suapan demi suapan spagetti berakhir ke dalam mulutnya. Acara makannya terganggu apabila melihat Minami masih belum menjamah makanannya.

"Minami, awak tak mahu makan ke?"tanyanya. Dahinya berkerut melihat nasi goreng USA yang terhidang depannya masih tidak luak, belum dijamahnya.

"Itu...saya...saya cuma..."Minami mula terkedu. Setetes air mata jatuh berguguran dari kelopak matanya. Lantas dia menyeka sebelum keadaan menjadi lebih parah. Dia tidak mahu sahabat barunya itu risau akan keadaannya.

"S-saya cuma terlalu gembira. Ini baru pertama kali saya makan bersama seseorang"ujar Minami sembari tersenyum penuh makna.

"Baguslah. Mulai saat ini kita akan sentiasa makan bersama. Oleh itu..."Aqil menghulurkan tangannya pada Minami untuk berjabat tangan. "Sanggup tak awak untuk menjadi kawan saya?"luahnya. Rona merah timbul di pipinya saat mengucapkan kalimat itu.

Mata Minami melebar. Perlahan air matanya yang terkumpul di kelopak matanya akhirnya merembes keluar membasahi pipinya selepas mendengar kalimat yang sangat dinanti-nantikannya.

"Saya mahu!" hulurkan tangan Aqil bukannya di sambut malah Minami memeluk tubuh Aqil, masuk ke dalam dakapannya. Tersedu-sedu dia menangis bahagia. "Terima kasih... hiks...sebab...hiks sudi terima saya seadanya...."

Aqil tersenyum lembut. Belakang badan Minami di tepuk perlahan. "No hal lah"

Minami tersedu-sedu menahan nangisnya. Rasa bahagia menyelumuti hatinya. Pertama kali dalam hidupnya seseorang sanggup berkawan dengannya membuatnya gembira tak terkata.

"Dahlah. Jom sambung makan" ajak Aqil dengan tersenyum lebar.

Minami mengangguk kepalanya. Sebuah senyuman hinggap di wajahnya. "Okey"

Minami mula serasi berkawan dengan Aqil. Dia tidak lagi berasa kekok ataupun tidak selesa apabila bersama dengan remaja lelaki itu. Entah mengapa kali ini dia merasa nyaman bersama dengan rakan barunya. Dia berharap pertemanan mereka akan bertahan lama.

"Oh my God! Mereka sudah datang..."dari kejauhan telinga Aqil dan Minami dapat menangkap butir-butir kata yang keluar dari mulut kebanyakan pelajar yang menjamu selera satu kafe dengan mereka. Mata masing-masing tertuju pada pintu masuk utama dalam kafe. Pandangan awe dan ketakutan, entah apa sebabnya terlihat jelas diwajah mereka.

Mereka berdua saling berpandangan. Kemudian, mereka memusing kepala ke belakang untuk melihat kelibat orang yang di bincangkan oleh pelajar sekolahnya.

Mata Aqil dan Minami tertacap kepada empat figure gadis tinggi lampai dan berbadan lansing, tidak kalah dengan model ternama. Aqil menganalisa satu per satu keempat gadis yang baru masuk ke dalam kafe bagai bapak mereka yang punya.

Nuraini(Ninie) Zafrina binti Dato Iskandar, gadis yang tinggi lampai dan berbadan langsing. Dia nampak glamor apabila tampil dengan memakai kaca mata hitam besar dihiasi berlian kecil yang berkilau dibahagian tangkainya. Penampilan dirinya terserlah dengan kaca hitam itu disebabkan kulit mukanya yang halus mulus. Rambutnya yang bewarna keperangan dan sedikit kerinting dibahagian bawah dilepaskan begitu saja dan dibiarkan beralun ditiup angin. Gaya berjalannya seperti model antarabangsa.

Nuriena(Niena) Zafrina binti Dato Iskandar pula, kembar seiras Ninie turut bergaya dengan memasuki kafe itu sambil memintal rambutnya yang bewarna coklat pekat dan kerinting hingga ke paras pinggangnya dilepaskan begitu saja.

Nur Alissa Suraya binti Dato Mukri, orangnya sedikit tinggi daripada pasangan kembar. Rambut kecoklatannya yang tampak lurus lembut dan panjang bagaikan mempromosikan iklan syampoo dibiarkan terbang mengurai ditiup angin bagi menambah efek drama.

Nurfarina Natasha binti Tan Sri Shed Al Yahya pula, anggota terakhir dalam group nya juga selaku ketua kumpulan Glamorous Girls diberkati dengan wajah mempersona dan hidung yang mancung. Sekali pandang seolah-olah membuat pembendahan plastik. Rambutnya yang kerinting sehingga paras dada itu terlihat ikal mayang bertebangan disapa angin, menarik perhatian ramai pelajar lelaki untuk memperhatikan kewujudannya.

Diantara empat anggota dalam Glamorous Girls Natasha adalah yang paling cantik diantara mereka berempat. Meskipun mereka cemburu akan kecantikan wajahnya tetapi mereka tidak berani menyuarakan ketidakpuasan hati memandangkan gadis itu merupakan anak tan sri.

Seperti Ninie kesemua anggota Glomorous Girls mengenakan kaca mata hitam dan berjalan seiringan seolah menjalankan pementasan fashion show.

Apabila Natasha melepaskan kaca mata yang besar itu dan diselitkan diatas kepalanya, kroni-kroninya yang lain turut melakukan hal yang sama.

Ternyata mereka mengambil kesampatan atas undang-undang sekolah yang tidak ketat. Bergaya habisan-habisan. Melebih-melebih sungguh. Tidak logik langsung memakai kaca mata hitam dalam sekolah. Sedangkan hari terang berderang. Terdesak sangatkah mereka mahu menjadi glamour? Selamat sekolah mereka tidak membenarkan pelajar memakai seragam lain kecuali seragam sekolah kalau tidak tak tahu lah pakaian apa yang dipakai mereka nanti. Jangan-jangan terbuka sana terbuka sini. Terdedah sana sini. Haisshh!Boleh hilang kesucian mata aku, getus Aqil sembari menggeleng kepalanya.

Keempat gadis itu melihat 'kawasan' mereka telah dicerobohi, segera mereka menuju ke arah dua penceroboh yang enak saja duduk dikawasan tempat mereka berempat selalu berkumpul. Natasha yang mengetuai kroni-kroninya menuju ke arah pondok yang merupakan kawasan peribadi mereka dengan merasa geram.

"Aqil-san, mereka menuju ke arah kita ke?"Minami memperingatkan. Butir-butir peluh kecil terlihat di dahinya. Riak risau jelas kelihatan.

"Eh?Betul la tu?"mata Aqil terkebil-kebil melihat keempat gadis itu. Dia dapat mengesan ketakutan Minami pada empat gadis tersebut. Apa yang mereka inginkan dari mereka?

Tibanya depan meja di pondok, keempat gadis tersebut bercekak pinggang dan Natasha yang mengetuai mereka
mengutarakan soalan pada Aqil dan Minami. Matanya dijengilkan bagi menakutkan kedua pelajar baru itu. "Hei, apa yang awak berdua buat di sini?" tanyanya dengan bongkak.

"Eh?Kami berdua makan di sini? Aqil spontan jawab dengan jujur.

"Buat pengetahuan awak berdua ye, pondok ni kawasan kami. Muka seperti ini ada hati nak dapat layanan istimewa?Sesedap manggie cukup rasa je awak berdua duduk di pondok The Glamorous Girl! Sudahlah tidak tahu bergaya! Eh, dari sarkas mana kalian terlepas ni ha?"Niena bersilang tangan sambil melihat Aqil dan Minami dengan muka yang menjengkilkan. Ninie pula tersenyum mengangguk setuju, dia tersenyum sinis mendengar kata-kata Niena yang pedas dan menikam jantung itu.

"Hissh! Betul-betul tidak sedar diri!Apa yang awak semua tunggu lagi?Blahlah dari sini!" Alissa dengan sombong dan angkuhnya bersuara.

"Ahh!Jijik...geli geleman saya. Mengapa kalian berdua ni tak sedar diri? Kalian berdua tidak layak menjejakkan kaki di sini, tahu!" Ninie membuat mimik muka seolah-olah mahu muntah sambil menghentak kakinya. Seolah-olah jijik dengan kehadiran mereka berdua. Perangai tidak sopan Ninie yang paling menyerlah antara dalam kumpulannya.

"Lebih baik awak berdua pergi dari sini sekarang!" Natasha dengan kuat dan lantang menjerit sambil tangannya menunjukkan ke arah pintu keluar kafe. Keempat gadis itu masing-masing bersilang tangan dengan gaya terlebih bongkak. Semua pelajar menoleh ke arah mereka. Terkejut dengan jeritan Natasha yang menganggu ketenteraman. Bunyi biola dan piano tenggelam dibuatnya dek kerana suara lantangnya bagaikan petir. Nasib baik tiada yang mati tercekik dengar jeritannya. Ada yang berhenti makan kerana lebih seronok menonton drama di hadapan mata.

Aqil bangkit berdiri. Spagettinya dibiarkan tidak tersentuh. Hatinya panas membara dengar setiap kutukan yang keluar dari mulut keempat gadis itu. Matanya dijengilkan menatap keempat gadis yang bermulut celupar itu.

Kerek nak mampus! Harap muka je cantik, tapi perangai macam tahi!,kutuk Aqil dalam hati. Geramnya, kalau keempat gadis itu sebesar kutu dah lama ditindas sampai lebur. Lebih sedap kalau ketuk dengan penukul. Biar terbenam kepala mereka dalam tanah.

Aqil menghela nafas dalam-dalam. Amarahnya cuba dikawal sebaik mungkin. Takut, ada jugak yang dapat makan pelempang free karang sebab mulut takde insurans.

Dia mengerling ke sebelahnya. Minami mematung di sebelahnya. Nasi goreng USA masih belum dijamahnya. Perlahan, Aqil menyentuh bahu gadis itu. Menenangkan perasaan gadis itu yang pada saat itu sedang bergelora hebat.

"Minami, mari makan tempat lain"Aqil bersuara. Minami mengangguk pelan. Dia lekas bangkit dari kerusi pondok berdiri di samping Minami yang mula beransur tenang. Aqil menoleh, memandang keempat gadis yang menganggu ketenteraman waktu makannya.

"Jom kita tinggalkan empat ekor babun yang tersesat terlepas dari kandang ni. Tak kuasa saya nak layan mereka" tempelak Aqil balik pada keempat gadis tersebut.

Terlopong mulut keempat gadis itu yang mendengar kutukan maut darinya.

"Apa kamu cakap!"Natasha menjeling tajam pada kedua pelajar baru itu yang beraninya mengelar dirinya 'babun' depan khalayak ramai.

"Oh tak tahulah saya yang awak ni pekak ye?Dah berapa lama tak korek telinga tu? Lain kali dengar betul-betul apa orang lain cakap. Nanti susah pulak kita kena ulang balik ayat, ye. Cik Babun sekalian, kami berdua minta diri dulu ye"bidas Aqil dengan sengaja mengangkat sebelah keningnya, memprovokasi gadis itu.

"Kau!"Natasha berdongkol marah. Dia cuba membalas tetapi dia dihiraukan begitu saja oleh pelajar baru itu yang terpikat akan kecantikannya. Kini dia mula merasa terancam dengan kehadiran seorang pelajar baru yang bernama Aqil itu yang memiliki kecantikan setara dengannya. Dalam nak tak nak dia hanya mampu melihat Aqil dan Minami berjalan keluar dari kafe sambil membawa dulang berisi piring makanannya. Minami terkedek-kedek membuntutinya dari belakang.

....

"Tidak boleh dimaafkan!" Natasha menjerit. Rambutnya diacak-acak hingga kusut. Perihal yang terjadi tadi masih tergiang-ngiang dalam ingatannya. Suara Aqil masih jelas kedengaran dalam telinganya.

"Apa yang kita perlu lakukan Tasha?Mereka dah permalukan kita dikhalayak ramai" komen Alissa sembari menggaru belakang tengkuknya. Jus oren disedut masuk ke dalam mulutnya.

"Entahlah.Tapi mereka memang layak harus diberi pelajaran yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan"ujar Natasha sambil menikmati hidangan salad buah kegemarannya.

"Hm? Bukan ke itu Siti dari kelas 4 -B?" Dia menuding jarinya ke arah belakang mereka, di bahagian pintu masuk dalam kafe.

"Siti?"Natasha, Niena dan Alissa berpaling sedikit untuk melihat kelibat si pemilik nama yang disebut Natasha tadi.

Terlihat seorang gadis yang tidak kurang cantiknya berjalan masuk ke dalam kafe. Wajahnya memerah seperti baru lepas menonton cerita lucah. Di tangannya terdapat beberapa helaian kertas yang hampir ronyok dipegangnya.

"Eh tunggu dulu. Bukan ke kamu satu kelas dengan dia, Alissa?"Natasha menyoal. Keningnya diangkat sebelah.

"Hm betul tu. Dia rakan sekelas aku. Oh ya! kalau tidak silap aku la kan, dua budak tadi pun sama kelas dengan aku jugak lah" Alissa mengiyakan, wajahnya langsung dingin teringat kejadian yang memalukan tadi.

Natasha,Ninie dan Niena saling berpandangan. Tidak sampai sesaat kemudian telinga Alissa ditarik kuat oleh ketiga rakannya itu. "Adeh!Adeh sakit la woi!"dia merintis dalam kesakitan.

"Tahu pun sakit. Kenapa tak bagitau kami awal-awal. Takde lah merasa sakitnya tu"tempelak Natasha. Selepas merasa puas baru tangannya dilepaskan dari telinga Alissa. Dia menjeling tajam sehabatnya itu.

"Aw...aku lupa la"Alissa merengek sembari menggosok telinganya yang mula memerah.

"Sudahlah. Lebih baik kamu tegur dia. Muka merah padam. Apa yang dia buat dan nampak, aku pun tak tahu"komen Niena.

"Oklah"Alissa segera bangun dan lekas merapati gadis itu.

"Hei, Siti. Kamu kenapa?"tanyanya. Gadis yang dipanggilnya menoleh ke arahnya. "Ah, Alissa. Aku tak apa-apa cuma masih terkejut selepas jumpa ni"ujarnya seraya menunjukkan gumpalan kertas ditangannya pada Alissa.

Alissa mengambil kertas itu dan melihat gambar yang tertera pada kertas itu. Serta merta matanya membuntang.

"Ini..."Alissa terkejut. Muka dia langsung memerah. Darah merah tersembur keluar dari lubang hidungnya. Tangan dia bergetar memegang helaian kertas itu.

"Siapa punya ni?"tanyanya.

"Milik Minami Haruko, new student tu"jawab Siti selepas otaknya mula berfikiran jernih semula.

"Dia?Tidak sangka dia akan simpan gambar ni..."Alissa terkejut tetapi tidak lama kemudiab dua terfikirkan sesuatu. Bukan ke Minami tu perempuan yang duduk bersama dengan budak laki bermulut lancang tu?

Alissa menyeringai. Ini boleh dijadikan sebagai alat untuk mempermalukan mereka berdua nanti. Dia melirik ke gumpalan kertas dalam pegangannya semula. Serta merta wajahnya memerah. Telinganya mula berasap.

Siapa sangka pelajar perempuan nerd tu akan lukis manga BoyxBoy hardcore? Aku harus menunjukkan gambar ni pada Natasha, Ninie dan Niena secepat mungkin!

Tanpa berlengah lagi dia kembali ke temannya membawa gumpalan kertas yang diserahkan Siti tadi. Walau Siti memanggilnya untuk memulangkan kertas itu kembali dia menghiraukannya.

"Mou, saya belum habis lagi baca manga tu" Siti mengeluh. Dengan berat hati gadis yang sudah rotten itu kembali ke temannya yang lain.

Apabila tiba dipondok temannya yang lain berkumpul Alissa menunjukkan gambar tersebut pada teman-temannya yang lain. Sepertinya juga ketiga rakannya kehabisan darah selepas melihat babak dalam manga dimana dua pasangan laki sedang bersetubuh.

"I-ini...siapa yang lukis?"Natasha menekan batang hidungnya bagi menghalang darahnya keluar lagi dari lubang hidungnya lagi.

"Budak nerd yang bersama budak laki bermulut celupar tu"balas Alissa seraya menyeringai.

"Oh. Menarik"Natasha tersenyum sinis.

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro