Bab 28 (Edited)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


"Alex, apa pasal kau tersengeh-sengeh dari tadi ni?"naik muak Farhan melihat senyuman nakal Alex itu. Apa punya perkerjaanlah?Dari pagi tadi sampai ke siang hari bos besar dia asyik tersengeh-sengeh macam kerang busuk, sendirian di kerusi sandar dalam pejabatnya. Naik menyampah Farhan melihat senyuman sahabat baiknya itu. Kalau sebelum ini, lelaki itu kedekut dengan senyuman berbanding dengan sekarang yang senyum memanjang. Dah kalah orang angau bercinta.

Alex, bila ditegur begitu mulalah menunjukkan wajah selamba badak nya itu. Kacau daun betul betul la malaun ni. Dari pagi tadi dia asyik teringatkan wajah Aqil yang merona merah disertai dengan jelingan mata tajam terhadapnya. Wajah kesal Aqil terlihat sangat lucu dengan mulutnya memuncung dan matanya yang berair serta rona merah yang muncul di pipinya mulusnya menambahkan seri wajahnya. Wajahnya persis macam anak kucing yang minta dibelai. So cute!

Tidak lupa juga malam tadi mereka...entah sejak bila dan kenapa fikiran Alex sudah penuh dengan berfikiran kotor. Kewujudan Farhan dilupakan lagi.

"Weh...weh...weh!"tegur Farhan. Mati terus senyuman Alex.

Tadi dah serius sangat muka Alex apabila ditegur tetapi sekarang tidak sampai beberapa saat, dia kembali tersenyum nakal. Macam orang miang nak dapat pelempang free. Geli geleman betul Farhan perhatikan sahabatnya sorang ni. Sudahlah mata Alex pandang ke arah dia tapi fikirannya entah terbang ke mana. Dia siap usap-usap lagi dagunya yang telah licin dicukur itu dengan wajah miang.

Farhan mengaku Alex kelihatan handsome selepas dia cukur janggut tipisnya tapi sumpah Farhan rasa nak pengsan bila ditenung seperti itu oleh seorang lelaki!Terutamanya lelaki itu adalah Alexavier Nikolaevich, teman satu kuliahnya dulu. Habis naik kesemua bulu di tubuh dia dibuatnya.

"Alex, aku tahu la aku ni kacak tapi kau perlu tahu aku tak bengkok aku straight tahu. Jadi lebih baik kau buang perasaan kau jauh-jauh aku takkan terimanya. Thank you very much"sergah Farhan yang mula rasa bengang ditenung lama-lama begitu. Alex merenungnya bagaikan dia adalah sepotong daging segar yang disediakan khas untuk dimakan.

Ada ke patut kita yang 100% dilahirkan sebagai lelaki ini dipandang macam kita ini perempuan cantik dan seksi. Nak mampus ke apa?,Farhan menggumam geram.

Alex berubah riak apabila disergah dengan kuat olehnya. Barulah dia perasan bahwa Farhan berada dihadapannya dan dia baru teringat bahwa sekarang adalah waktu makan siang.

Alex mengurut-urut dadanya akibat terkejut dengan sergahan teman baiknya itu. Selamat setiap laporan kerjanya telah siap ditandatangani kalau tidak pasti kena ceramah panjang lebar oleh Alexander Nikolaevich, bapaknya kerana lalai menjalankan tugas waktu bekerja.

Alex mengurut kening yang terasa berdenyut memikirkan masalah pribadinya kemudian matanya beralih arah. Farhan ditatap lama.

"Kau ni kenapa?"soal Farhan sekali lagi.

Kalaulah sekali lagi Alex memandangnya dengan pandangan itu, mahu bersepai gigi dia debik karang. Sekiranya Alex berani bermacam-macam dengannya maka penumbuk lah makannya.

"Hm...sejak dua menjak ni jantung aku sering merasa kurang nyaman la, Farhan"Alex mengeluh pelan. Dadanya diurut pelan. Sebaik mendengar balasan Alex kemarahan Farhan terus mereda.

"Jantung?Kenapa dengan jantung kau?Ada sakit kat mana-mana ke?Bila kau dapat penyakit ni?... bla.. bla... bla..." Farhan yang sudah masuk ke mother hen mode menanya berdas das soalan.

"Entah lah. Setiap kali aku berdekatan dengan Aqil jantung aku pasti berdegup dengan kencang. Aku tahu ini salah satu simptom jatuh cinta tapi aku yakin aku ni seorang pria straight jadi aku bingung sekarang ni. Perlu ke aku jumpa doktor?Mungkin ini simpton awal bagi penghidap penyakit jantung?Umur aku pun dah lanjut, dah hampir mencecah 40 tahun dah. Aku yakin ni simptom penyakit jantung"Alex berterus terang dengan wajah seriusnya. Usai sesi menjawab itu Alex menyandarkan tubuhnya pada kerusi sandar di meja kerjanya. Entah kenapa dia tiba merasa sangat penat pula hari ini walaupun dia langsung tidak berbuat apa-apa.

Terkebil-kebil Farhan mendengar keluhan Alex. Mulutnya separuh menganga. Kenapa dia rasa Alex semakin hari semakin tolol?Dia dilahirkan dengan cara punggung keluar dulukah?Kenapa Farhan rasa seolah olah Alex ni mempunyai otak yang diletakkan di punggung? Dia kata jantung dia sakit setiap kali anak angkat dia dekat dengannya?Itu kan memang terbukti simptom yang menandakan seseorang telah jatuh cinta. Itu dah terang-terang membuktikan dia sudah bengkok tapi dia tidak mahu mengaku perasaan dia. Dasar tolol!

Haish... buat penat aku je risau kan dia tadi. Rupa-rupanya cuma masalah cinta je, Hati Farhan berdongkol marah kemudian dia teringatkan apa yang dikatakan Alex sebentar tadi

"Hmph, kau cakap apa yang kau alami sekarang ni bukan simptom jatuh cinta tapi kau dah lupa ke yang kau dah bersetubuh dengan dia? Kau tak nak bertanggungjawab ke apa?"Farhan memang pantang sekiranya jumpa orang yang tidak pandai bertanggungjawab ada jugak waktu beristirehat ni orang makan nasi dia makan kasut karang.

"Itulah. Aku juga tidak pasti. Aku tak tahu samaada perasaan aku sekarang ni kerana cinta atau obsessi semata mata. Aku takut aku akan beri harapan palsu pada dia, Farhan"Alex meraup wajahnya, menyembunyikan wajah gusarnya daripada terlihat.

"Bukan ke kau dah beri harapan palsu pada dia sekarang ni?"Farhan membalas. Kalimatnya itu berjaya membungkam Alex. Terdiam seribu bahasa.

Tok! Tok! Tok! Pintu diketuk dari luar.

Alex dan Farhan saling berpandangan. "Masuk!"perkik Alex dari dalam.

Clud!Krereekkk... kelibat Lisa, secretary Alex muncul dengan gemuruh. "Um...tuan Alex, miss Abbriella datang ke mari untuk jumpa tuan hari ini. Katanya mahu ajak tuan makan tengah hari dengannya"ucap Lisa sembari memegang kerah bajunya. Sungguh dia gugup setiap kali berhadapan dengan CEO tampan di syarikatnya itu.

Pandangan yang sedingin ais dan tajam menikam seolah helang yang bakal menyambar mangsanya itu sering dituju ke arahnya. Lisa tidak tahu kenapa CEO nya itu sering memandangkan bagaikan mahu menerkamnya hidup-hidup. Dia pernah buat salah kah terhadap CEO tampan itu? Atau Alex masih tidak berpuas hati dengan telinga capangnya itu?Kalau betul ada juga dia tenyeh mulut Alex dengan lada karang, secretary nya mengutuk diam-diam walaupun apa yang difikirkannya itu mustahil akan terjadi. Tanpa diketahui wanita cuek itu, Alex sebenarnya melayan dingin kesemua karyawan di syarikatnya bukan dia saja yang bernasib malang.

"Hn, kamu boleh pergi"Alex menghalau wanita itu keluar dari ruangan pejabatnya dengan menggunakan gerakan tangannya.

Selepas kelibat secretary Alex sudah tidak kelihatan Farhan mula bersuara.

"Abbriella?Bukan ke kalian berdua dah putus?Buat apa dia datang sini lagi?"tatapan Farhan tampak menuntut jawapan jujur darinya.

"Begitu lah...keluarga kami saling bermusuhan jadi bapak dia tidak merestui hubungan kami berdua. Jadi aku putus dengannya dengan cara baik"jawab Alex sembari mengemas fail dan laporan kerja yang berselerakan atas meja kerjanya.

"Begitu?"

"Hm"Alex mengangguk lemah. "Jujur aku katakan masih ada rasa sayang kat dia. Tapi perkahwinan tanpa restu ibubapa takkan berkekalan lama. Seperti hubungan aku dengan mantan isteri aku dulu...dan sekarang ni Aqil juga muncul dalam hidup aku..."Alex bergumam pelan. Mukanya berubah muram terkenangkan kenangan masa lalunya itu dan wajahnya mula gelap membayangkan wajah mantan isteri yang pernah dicintainya dulu.

Dasar wanita tak tahu malu sanggup dia curang dibelakang aku!, getus hati Alex. Telefon touch jenama Apple nya hancur dalam genggaman tangan Alex.

"Hn, aku pergi dulu"ujar Alex seraya berlalu keluar dari pejabatnya untuk bertemu dengan kekasih lamanya. Telefon touch jenama Apple nya yang telah rosak dicampak masuk ke dalam tong sampah.

Farhan yang menyaksikan kejadian itu takut setengah mati namun wajah poker face nya tidak berubah riak sama sekali. Dia hanya membetulkan kaca matanya dan menyeka keringat yang merembes keluar apabila terkena impak aura merbahaya yang keluar dari tubuh sahabatnya itu.

....

Bunyi derap langkah kasut tumit tinggi menghentak permukaan lantai kedengaran jelas ditelinga karyawan yang lalu lalang di satu lantai dengannya. Si pemilik kasut tumit tinggi tersebut hanya tersenyum manis kepada setiap karyawan yang melepasinya kemudian matanya melirik untuk melihat waktu yang tersisa sebelum waktu makan siang tamat.

Merasa kebosanan yang melanda jiwanya, wanita itu mula mencipta bunyi atau lagu dengan jemarinya yang sibuk mengetuk-ngetuk meja kopi yang diperbuat daripada kaca yang disusun dengan elegan dengan berdepan secara langsung dengan sebuah sofa empuk, kerusi yang di dudukinya itu.

"Abbriella"Apabila mendengar namanya dipanggil Abbriella menoleh dan melihat Alex berdiri di belakangnya sambil tersenyum lembut yang dituju buatnya. Senyuman itu bak dewa yunani yang turun ke bumi. Kekacakan yang tiada tandingan. Senyuman itu mampu menakluk hati mana-mana wanita yang melihat keindahan ciptaan Tuhan ini yang terlalu sempurna sehingga menyilaukan setiap mata yang melihat senyumannya. Dan senyuman itu hanya dituju khas untuk dia seorang sahaja.

Alex menghampiri wanita itu dan duduk di sampingnya. Jantung Abbriella berombak kencang apabila matanya saling berpandangan dengan Alex.

Wanita itu berdehem untuk menghilangkan rasa gugup setelah tidak bertemu dalam jangka waktu yang lama dan dia mencuba mengawal kadar gerak jantungnya yang berdegup laju setiap kali bertemu dengan kekasih hatinya.

"Alex, sudah lama kita tidak bertemu. Apa khabar kamu hari ini?"ucap Abbriella kembali menguntumkan senyuman tulus yang sangat indah. Alex jadi terpukau seketika. Walau sudah banyak kali bertemu wanita ini, wanita itu masih mampu membuatnya terpukau hanya dengan mengukir sebuah senyuman yang indah itu. Tapi sayang perasaannya pada wanita ini sudah pudar dimakan waktu dan kini di benak fikirannya hanyalah wajah Aqil.

"Aku sihat. Katanya kamu datang ke sini mahu mengajak aku pergi makan?Begitu?"ucap Alex tanpa berbasa basi.

"Ye, kamu mahu temani saya?"pinta Abbriella dengan lembut. Jemari yang lentik itu mengusap lembut permukaan paha Alex yang dilapisi dengan setelan mahal.

"Hn"

Alex bingkas bangun dan berdiri, kemudian lelaki itu dengan bergayanya meninggalkan Abbriella yang termangu bersendirian di sofa itu. Apakah ini bermakna Alex telah menolak ajakannya untuk makan bersama?

Alex berhenti. Matanya melirik ke arah wanita dibelakangnya yang masih duduk di sofa itu.

"Kamu masih tidak mahu gerak?"soal Alex kehairanan. Bukan ke Abbriella yang beria hendak mengajaknya keluar makan bersama tadi tapi wanita itu masih tidak mahu angkat punggung dari sofa itu.

"Ah ya!"Abbriella lekas bangkit dan tergopoh-gopoh menuju ke Alex dengan senyuman lebar. Disebabkan terlalu teruja kasut tumit tinggi yang dipakainya tergelincir dan dia mula hilang keseimbangan diri.

Ah...aku akan jatuh!, Abbriella menjerit dalam hatinya. Dia memejamkan matanya, menunggu waktunya tubuhnya mendarat di permukaan simen itu.

Sap!Sepasang tangan laju menangkap lengannya, menghalangnya daripada terjatuh ke lantai. Abbriella membuka lebar matanya dan berpaling ke belakang. Alex dengan cekap menarik tubuhnya masuh ke dalam pelukannya. Secara tidak sengaja jemari Abbriella menyentuh permukaan otot perut yang diliputi oleh suit mewahnya. Meskipun tertutup dengan setelan mewah itu Abbriella masih dapat merasakan six pack yang terlindung di sebalik suit yang dikenakan Alex. Abbriella meneguk ludahnya. Dengan keberatan dia melepaskan dirinya dari pelukan Alex.

Abbriella memberi senyuman yang memukau yang hanya khas untuk encik abangnya sorang saja. "Alex, thank for saving me"

"Takpe"jawab Alex tak acuh.

Abbriella menghiraukan sikap ketidakpedulian Alex, malah wanita itu makin excited pula. Semakin Alex jual mahal lagi lah dia suka.

"Um...apa kata kita makan di area food court je lah, yang terdekat dengan sini memandangkan waktu makan siang tinggal dua puluh minit lagi"ajak Abbriella seraya menarik tangan Alex dan membawanya berjalan beriringan menuju ke lantai bawah dan keluar untuk mencari food court yang terdekat. Alex hanya membiarkan saja wanita itu menariknya ke mana mana memandangkan mereka memang sudah serapat itu walaupun sebelum mereka menjadi kekasih lagi.

Ketika kedua pasangan itu berjalan beriringin menuju ke food court berdekatan dengan gedung pencakar langit, perusahaan milik keluarga Alex mereka berdua tidak perasan bahwa mereka telah diekori dan gambar mereka berdua yang terlihat rapat itu ditangkap secara sembunyi-sembunyi.

"Hehehe...berita terkini. CEO Nikolaevich Corporation masih berhubungan dengan mantan tunangannya, Abbriella Abrail"

TBC

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro