𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 07

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KERETA MYVI berwarna merah milik Hawa diparking di hadapan rumah banglo tiga tingkat yang sekarang didiami oleh Zin dan Muhammad. Tangannya diletakkan di atas stereng kereta.

Hawa menoleh kepalanya ke tempat duduk di sebelah seat pemandu, memandang 'mangsa' daripada hasil penculikannya. Dia tersengih persis kerang busuk.

Kenapa tak wangi eh?

Kerang pun ada mulut ke?

"Cik Bedah sepatutnya bersyukur tau sebab dipilih oleh Hawa untuk menjadi mangsa penculikan pada kali ini. Kalau Cik Bedah dekat rumah ibu lagi teruk kena kuli... Hawa pula 'baik hati' sedikit daripada ibu."

Cik Bedah tergeleng sendirian. Hai la... Budak ni.

"Puan Rafidah marah la nanti Hawa sebab 'culik' pembantu rumahnya. Cik Bedah tak suka kamu kena marah dengan dia..." balas Cik Bedah perlahan lebih kepada nasihat.

"Jangan risau la, Cik Bedah. Ini Hawa la." Seperti kebiasaan itulah jawapan yang akan diberikan oleh Hawa. Dia mendabik dada.

"Kalau kamu dah kata macam tu. Apa yang lagi Cik Bedah boleh buat. Tetapi, kenapa kamu 'culik' Cik Bedah? Kenapa tak Cik Bambam, sebab dia suka sangat kalau dapat keluar seperti ini atau lebih tepat kena 'culik' dengan Hawa?"

Hawa mengetuk dagunya dengan jari telunjuk persis sedang berfikir.

"Sebab... Cik Bedah antara pembantu rumah yang Hawa paling sayang sekali!" jawab Hawa keriangan. Senyuman yang diukir melebar sehingga menampakkan kedua-dua lesung pipit di pipi.

Cik Bedah turut berbalas senyuman.

Semenjak Hawa bayi lagi, Cik Bedah sudah menjaga Hawa dengan penuh kasih sayang. Cik Bedah di antara pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat untuk Rafida dan Cik Bedah satu-satunya yang tahu apakah 'status' sebenar seorang Hawa Arlani.Disebabkan itu Cik Bedah faham mengapakah layanan yang Rafidah berikan kepada Puteri dan Hawa berbeza.

"Kenapa Cik Bedah di antara orang yang paling Hawa sayang sekali?"

"Cik Bedah dah macam ibu Hawa.Cik Bedah yang paling memahami Hawa daripada dulu sehingga kini. Alangkah bagusnya kalau Cik Bedah ialah ibu Hawa."

Riak wajah Cik Bedah berubah.

"Kenapa cakap macam tu, Hawa. Ibu kamu adalah seorang wanita yang paling terbaik kerana dia dapat membesarkan kamu dengan Puteri tanpa seorang suami.Dia seorang wanita yang hebat."

Hawa menggeleng kepalanya. Senyuman pahit terpeta di wajahnya.

Tak...

Memang ibu wanita yang hebat tapi...

Selama dua puluh tahun ini, Ibu langsung tak pernah memberikan kasih sayang yang sama adil terhadap Hawa dan kak Puteri.

Ibu... Tak pernah peluk Hawa langsung.

Tak pernah.

Ingin sahaja Hawa meluahkan kata hatinya itu. Namun, dia hanya diamkan sahaja. Biarlah Tuhan sahaja yang tahu sakitnya hati ini menahan rasa perit ini. Rasa yang dipendam sudah sekian lama.

"Kak Puteri adalah segalanya buat ibu." Kenyataan itu meluncur laju dari mulut Hawa. Wajahnya bereaksi biasa seakan-akan kenyataan itu tidak memberikan kesan di hatinya langsung.

"Hawa... Tidak semestinya kasih sayang itu perlu ditunjukkan melalui perbuatan. Ibu kamu... Sayang kamu dan Puteri sama banyak. Tiada beza. Cik Bedah tak suka kamu berfikir negatif seperti itu. Apa yang kita nampak tak seperti yang kita lihat... Mungkin ada sebaliknya." Cik Bedah menasihati Hawa, cuba untuk mengubah persepsi Hawa. Kenyataan yang meluncur laju dari mulut Hawa itu memang benar sekali... Siapa sahaja takkan nampak betapa berharganya seorang Puteri buat Rafidah.

Ibaratkan permata yang amat bernilai.

"Kak Puteri sangat beruntung,Cik Bedah. Dia akan selalu dapat apa yang dia nak daripada dulu. Dan... Kak Puteri selalu disayangi oleh orang sekeliling. Apa yang dia buat semua betul. Kak Puteri diibaratkan malaikat. Malaikat yang tak pernah berbuat salah..."

"Hawa hanyalah seorang manusia yang tahu menyusahkan hidup orang sekeliling. Daripada Hawa kecil... Apa yang Hawa nak, ibu tak pernah tunaikan. Tetapi, Hawa tetap tak kira. Jikalau, ibu tak nak belikan benda tu... Hawa berazam untuk mendapatkan benda itu juga." Sambung Hawa lagi. Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya sebelum dihembuskan perlahan.

"Cik Bedah. Adakah itu dinamakan adil, kasih sayang yang diberikan oleh ibu?"

Cik Bedah terkedu.

Tok!

Tok!

Tok!

Bunyi ketukan di tingkap sebanyak tiga kali menerkam gegendang telinga Hawa. Lekas dia menurunkan cermin kereta, perlahan-lahan. Wajah bersih Zin yang tersenyum lebar kepadanya memenuhi retina matanya.

"Sunshine..." sapa Zin riang.

"Romeo..."













.












.












.
















USAI, makan malam di rumah Zin, Hawa dan Cik Bedah berura-ura mahu meninggalkan perkarangan rumah banglo tiga tingkat itu,memandangkan sudah lewat malam. Namun, pelawaan Zin yang mencadangkan agar Hawa dan Cik Bedah bermalam di rumahnya,membuatkan Hawa mengubah keputusan.

Hawa akur sahaja atas pelawaan Zin yang lebih kepada arahan itu. Bahkan Cik Bedah langsung tidak membantah.

Muhammad pula langsung tidak lekang dengan senyuman gatalnya semenjak makan malam tadi. Kalau diikutkan hati mahu sahaja Hawa mencucuk mata Muhammad dengan garfu biar sampai buta. Biar jadi Kassim tidak selamat. Grrrrr.

"Hawa tidur la dekat bilik tingkat dua.Sebelah dengan bilik Muhammad. Jangan takut la. Cik Bedah boleh pilih bilik yang mana sahaja nak tidur dekat sini..." pamit Zin. Sempat dia melambaikan tangan kepada Muhammad, Cik Bedah dan Hawa yang masih berdiri tegak di hadapan tangga.

Hawa saling berbalas pandang dengan Muhammad untuk beberapa minit sehinggalah Muhammad yang menamatkan sendiri sesi renungan mata mereka dengan kenyitan matanya.

Hawa menarik wajah masam.

Cik Bedah berdehem perlahan. Kelopak matanya makin memberat."Cik Bedah masuk bilik dulu la. Mengantuk sangat dah ni."

"Eh... Eh... Eh. Tunggulah! Kita tidur sebilik la. Hawa takut la, Cik Bedah!" Laju Hawa menghalang saat wanita tua itu sudah membuka langkah pergi. Dijeling sekilas sebatang tubuh Muhammad yang sedang berpeluk tubuh itu melalui ekoran matanya.

"Tak payah nak mengada. Tak nak Cik Bedah tidur sekatil dengan kamu. Kamu tu tidur lasak. Nanti keesokan harinya, Cik Bedah yang ada dekat atas lantai sebab kena sepak dengan kamu. Kamu tu badan aje kecik tapi tenaga masya-Allah. Tak mahu Cik Bedah!" Laju Cik Bedah memberikan alasan. Gerun dia. Langkahnya laju diatur ke sebuah bilik di bahagian belakang.

Muhammad sudah bersiul nakal tanpa sebab. Apa yang membuatkan dia teruja sehingga ke tahap itu pun tak tahu.

"Kau tidur lasak rupanya... Tak sabar aku nak tengok tahap ganas kau dekat atas katil bila kita dah kahwin nanti," kata Muhammad dengan nada suara yang rendah.

Hawa mengetap giginya kuat. Berasap telinganya.

"Aku suka orang ganas macam kau... Pandai-pandai la aku nak jinakkan nanti bila dah halal."

"Diam la!" Bersama dengan jeritan itu, hinggap satu tamparan kuat di belakang badan Muhammad. "Kenapa la awak ni suka cakap benda macam tu? Tercemar otak suci saya ni sejak kenal awak! Stegheh..."

"Garangnya bidadari abang ni!" Makin kuat Muhammad mengusik.

Hawa sudah mahu mengacah-acah mencekik seorang Muhammad. "Stress saya dengan awak ni..." Hawa mencengkam rambutnya dan dikusutkan.

Pecah ketawa keji Muhammad!












.












.












.














"HAWA! HAWA! Tunggu! I nak bercakap dengan you!Tolong la berhenti sekejap!" Adam sedaya upaya untuk menyaingi langkah Hawa yang ternyata pantas itu.

Sebaik sahaja pergelangan tangan Hawa berjaya direntap perlahan, Adam segera mencelah di hadapan Hawa. Nafasnya masih termengah-mengah. Dia mengambil masa beberapa saat untuk meneutralkan kembali pernafasannya setelah nafas di rongga dadanya makin menipis dek seorang Hawa Arlani.

"Nak apa?" tanya Hawa kasar. " Tolong lepaskan tangan saya. Saya tak suka."

"Kalau you nak I lepaskan tangan you,janji you takkan larikan diri lagi. Janji?"

"Iya janji..." jawab Hawa malas.

Adam akur. Perlahan-lahan dia melepaskan pergelangan tangan Hawa dan tanpa disangka...

Adam memaut pinggang Hawa erat daripada tepi.

Hawa terkedu. Spontan matanya meluas.

"Awak ni memang bebal kan? Apa sentuh-sentuh anak dara orang ni?"

"Tadi bukan you cakap jangan sentuh tangan you. So, I dah lepaskan tangan you. Bila I pegang pinggang you pula,you melenting. You tak cakap pun tak boleh peluk you."

"Sabar Hawa.Sabar..." gumam Hawa perlahan dari celahan giginya. Dia tahu Adam sengaja tayang muka blur dia sekarang dengan dakwaan bodohnya.

Sesungguhnya, rongga hidung Hawa dapat menghidu jelas bauan badan Adam yang terlalu kuat menusuk sehingga ke rongga hidungnya. Bauan yang begitu maskulin. Hawa bagaikan terleka apabila sepasang mata biru itu merenung lembut dengan penuh kasih sayang sehinggalah...

Haram!

Mana social distancing?

"Awak ingat kita tengah buat drama Adam dan Hawa ke apa? Tak laku la!Dah ke tepi!" marah Hawa, dadanya jelas berombak. Pipinya mulai bertona merah efek daripada penangan seorang Adam. Dengan segala kudrat yang ada,Hawa menolak tubuh Adam menjauhi dirinya. Pantas dia membawa diri menjauhi lelaki gila seperti itu.

Kenapa la aku dipertemukan dengan lelaki-lelaki yang gila?, detik hatinya.

Muhammad.

Adam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro