𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 12

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


ANAK matanya melingas ke kiri dan kanan. Melihat suasana sekeliling yang sangat asing buatnya. Tak pernah lagi dia menjejakkan kakinya ke tempat sebegini. Keadaannya sekarang saling tak ubah seperti bak kata pepatah,rusa masuk kampung.Dia sedikit jakun. Selalunya dia melihat suasana seperti ini terlayar di kaca televisyen sahaja. Tapi, sekarang di alam realiti.

Hujung baju Salsabila dipegang erat. Dirinya sedikit gusar melihat mata-mata lelaki yang merenungnya dengan renungan yang sesuatu. Tubuhnya dipandang dari atas ke bawah. Pakaian yang tersarung di tubuhnya ialah t-shirt putih kosong dan seluar denim biru ketat. Rambutnya disanggul tinggi menampakkan leher jinjangnya.Solekan tipis dikenakan pada wajahnya.

"Sal. Kenapa kau bawa aku dekat sini? Aku... aku... Tak biasa..." kata Hawa dengan nada yang lantang mahu mengalahkan bunyi muzik yang kuat bergema di segenap ruang kelab malam itu.

Senyuman sinis tersungging di bibir tebal Salsabila. "Aku nak bawa kau ke syurga yang sebenar. Mula-mula memang tak biasa... Alaaa,inilah hiburan yang sebenar, Hawa."

"Aku... aku tak... tak nak. Kau tipu aku, Sal. Kau kata nak bawa pergi makan tadi.Tapi, kau bawa aku dekat tempat macam ni pula." Hawa memberikan alasan, dalam masa yang sama dia menyalahkan Salsabila kerana memperdayakan dirinya.

Bunyi muzik di dalam kelab malam itu lagi membingitkan telinga Hawa. Dia tak suka berada di dalam keadaan yang sesak dan bising sebegini. Dia akan mula rasa tak selesa dan pening.

"Kau ni naif sangat la," sindir Salsabila seraya itu pergelangan tangan Hawa direntap sedikit kuat. Dia menarik Hawa ke satu sudut yang agak tersorok dan menekan kuat bahu Hawa agar duduk di bar panjang.

Tidak lama kemudian, Salsabila menyuakan satu minuman bergas kepada Hawa yang blur itu.

Hawa memandang minuman itu penuh curiga.

"Jangan risau itu bukan arak la. Kau kan suci lagi,kan? Jadi aku tak nak la rosakkan kau pula. Minum aje la. Air bergas aje." Bagai memahami kecurigaan Hawa terhadap minuman yang dipesan itu, Salsabila laju menerang. Hai la... Kau ni naif sangat, Hawa. Mari kita lihat sejauh mana kenaifan kau tu. Bajet suci.

"Tak nak." Keras Hawa menolak.

"Hawa... Minuman ini takkan memabukkan kau. Percaya la."

"Aku tak haus." Masih berdegil. Sesekali matanya dilirikkan ke arah lautan manusia yang sedang terkinja-kinja menari di bawah pengaruh alkohol. Dia tergeleng sendirian melihat ada yang bercumbuan dan melakukan aksi-aksi panas tanpa ada perasaan malu pun di dalam diri. Ya Allah...

"Aku nak balik. Ini bukan tempat aku," putus Hawa. Tas tangannya kembali disangkutkan di bahu kanan. Dia tekad. Renungan tajam Salsabila itu tidak diendahkan.

"Hawa... Kau jangan nak berlakon suci sangat la. Sekali kau datang sini... Mungkin selepas ini kau akan jadi pelanggan setia di sini. Di sini la syurga yang sebenar." Salsabila menjulingkan bebola matanya ke atas. Dia berjalan mengelilingi Hawa dan dirapatkan wajahnya dengan Hawa.

"Kau takkan pergi mana-mana."

Mata mereka saling bersabung di bawah sinaran cahaya lampu berwarna-warni.

Hawa terkedu. Air liur ditelan. Pahit.

"Hi, Adam Ferhad. Lihat la siapa yang I bawa hari ini? Gadis pujaan hati you..." sapa Salsabila girang saat retina matanya dipenuhi oleh seraut wajah Adam yang muncul dari arah belakang Hawa.

Hawa sekali lagi terkedu.

Adam Ferhad?

Adakah semua ini telah dirancang?

Adam berdiri betul-betul di belakang tubuh Hawa. Ketinggian Hawa yang hanya paras bahu dia itu ditatap lama. Pandangannya pula dilabuhkan kepada leher Hawa yang terdedah. Tanpa sedar dia menjilat bibirnya.

Tanpa memandang Adam yang menghimpit di belakangnya. Hawa sedikit kalut untuk melarikan diri." Aku... aku nak balik. A... aku pening," dalih Hawa. Baru sahaja kaki panjangnya menapak, Adam terlebih dahulu merangkul erat pinggangnya daripada belakang. Erat.

Hawa bungkam. Dia tak dapat memproses dek akal perbuatan selamba Adam itu. Belakang tubuhnya dimasukkan erat dalam pelukan seorang ajnabi. Nafas kasar Adam menampar kulit mulusnya itu.

"Wangi..."

Hidung mancung seorang Adam dibenamkan di leher jinjang Hawa yang terdedah itu. Tangannya meliar ke bahagian abdomen Hawa itu. Dia tersenyum sinis kerana gadis itu langsung tidak menghalang perbuatannya itu.

Salsabila melilit tangannya di dada. Dia tersenyum puas menyaksikan seorang Hawa Arlani yang bakal tewas kepada nafsu.

"A... Adam... Aw... awak mabuk ni.Lepas... lepaskan saya! Tolong jangan apa-apa kan saya..." rintihan Hawa langsung tidak berkesan kepada Adam yang sudah sangat bernafsu. Nafsu Adam sangat memuncak. Adam tak dapat menahan dirinya lagi.

Satu isyarat mata diberikan oleh Adam kepada Salsabila yang masih menyaksikan penuh minat. Isyarat mata yang penuh misteri. Salsabila mengangguk kepala perlahan sebagai jawapan.

"A... Adam... Jangan...Lepaskan saya..." Hawa ingin melarikan diri daripada cengkaman Adam namun,pautan Adam terhadapnya sungguh ketat mana mungkin dia dapat mengalahkan tenaga seorang lelaki seperti Adam.

Salsabila mendekati Hawa setapak demi setapak sambil memegang secawan air berwarna kuning keemasan. Senyuman penuh sinis menghiasi wajahnya yang bermekap tebal itu.

Hawa menggeleng kepala laju saat cawan itu mengenai bibirnya.Bibirnya dikemam kuat tidak mahu air haram itu mengalir masuk ke dalam mulutnya. Adam memicit hidung mancung Hawa kuat untuk menghalang pengaliran udara memasuk.

"Emph... Emppp..."

Akhirnya Hawa membuka mulutnya sedikit kerana nafasnya makin nipis di rongga dada,bersama itu air haram itu dimasukkan ke dalam mulutnya secara paksa oleh Salsabila.

"Ya Allah!" teriak Hawa kuat. Air matanya mengalir deras membasahi setiap lekuk wajahnya. Rasa sangat berdosa.

Salsabila mencengkam kuat rahang Hawa, banyak lagi baki air haram itu di dalam cawan yang dipegangnya. Hawa harus menelan semua air haram yang sudah diletakkan pil perangsang itu.

Menggelembung mulut Hawa menampung julat air haram itu. Dia takkan sesekali minum air haram itu.

"Telan!Kau telan air tu sekarang!" arah Salsabila lantang penuh kejam. Matanya dijegilkan luas kepada Hawa yang masih berdegil, berpegang teguh kepada imannya.

Hawa tahu ianya haram. Dan dia takkan sesekali melakukan perbuatan yang dilarang oleh Allah. Baru sahaja dia ingin meluahkan kembali air haram itu, Adam menjerut lehernya daripada belakang... Sekaligus Hawa menelan air haram itu tanpa sedar.

"Hawa sayang... You milik I. Kerana I adalah Adam you. Adam dan Hawa," bisik Adam penuh gemersik.

"I akan bawa you ke syurga yang sebenar. Syurga kita." Tambah Adam lagi.

'Ya Allah... Ampunilah hambaMu ni Ya Allah... Lindungilah aku di dalam rahmatMu.'

"Sal... Paksa dia telan semua air tu... Dan bawakan lebih banyak arak untuk kekasih I," arah Adam keras kepada Salsabila.

Salsabila patuh.

Hawa menangis teresak-esak di dalam dakapan erat Adam itu. Hanya satu wajah sahaja yang terlayar di ruang matanya sekarang.

Ayah.

Selang beberapa saat Salsabila muncul dengan beberapa botol arak. Dan...

"Ya Allah!" Hanya jeritan itu terluah dari mulut Hawa saat dia dimandikan dengan air arak. Mulutnya dibuka luas secara paksa... Mencurah-curah air haram itu mengalir masuk ke dalam mulut Hawa.

Pesta arak mulai bermula. Para pengunjung di dalam kelab malam itu bersorak keriangan melihat seorang gadis yang dipaksa minum air haram itu. Kini, Hawa menjadi tumpuan mereka.

'Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...'

Pandangan Hawa mulai berbalam... Matanya mulai kuyu. Hanya bisikan-bisikan cinta Adam sahaja kedengaran. Lututnya longlai mahu menyembah ke bumi. Bajunya basah kuyup melekat di badannya sehingga menampakkan aset-aset bernilainya.

Hawa mulai berasa panas dan nafsunya mulai memuncak secara tiba-tiba.Sentuhan Adam pada dirinya membuatkan dia makin ghairah. Ghairah diperlakukan sebegitu.

"Adam..." Sensual. Bibirnya bawahnya digigit manja. Penuh menggoda.

Ini bukan Hawa Arlani.

"Malam ini akan jadi malam yang panjang buat kita, Hawa."

Cup!

Satu kucupan ringkas singgah di bibir seksi Hawa. Itulah ciuman pertama buat seorang Hawa dan bibirnya telah dinodai oleh seorang ajnabi bukan suaminya yang sah.

Hawa Arlani...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro