𝓚𝓮𝓴𝓪𝓼𝓲𝓱 𝓑𝓪𝔂𝓪𝓷𝓰𝓪𝓷 50

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Cinta terpisah ruang waktu

Tetap cinta bersatu dalam hatiku

Walau raga kita tak mungkin bersama

Ku yakini hati kan tetap setia

"Sayang..."

Ada sesuatu 'benda' lembut yang bermain di serata wajahku, secara tak langsung menggangu lenaku.

"I'm back, sayang."

Aku mengeliat badanku sedikit sambil menolak 'benda' itu melekat di mukaku. Kedengaran sayup-sayup suara seseorang. Suara tersebut sungguh familiar di pendengaranku. Ingin sahaja aku membuka mata dan melihat siapakah gerangan yang telah menganggu lenaku yang baru sahaja dijemput ini. Tetapi, mataku terasa berat untuk dibuka.

"Maafkan abang, Hawa..."

"Abang gagal melindungi Hawa dan anak kita."

"M... ma... maaf... maafkan abang."

Adam.

Iya, itu suara suamiku!

Aku mencelikkan kedua-dua belah mataku dan wajah lesu Adam memenuhi kornea mataku.

"A... a... aba... abang."

Rasa tak percaya kerana aku masih diberikan kesempatan untuk menatap wajah suamiku ini. Ya Allah... Tangan aku meraba setiap lekuk wajahnya.

"Abang..." Aku melepaskan nafas berat.

Aku yang masih di dalam posisi baring ini menarik wajah Adam mendekatiku agar jarak kami lebih rapat. Aku mengangkat sedikit badanku dan aku mencium keningnya lama. Tangannya pula melingkar memeluk pinggangku.

"Abang dah balik..."

"Ya, abang dah balik sayang. Abang takkan tinggalkan Hawa lagi."

"Kenapa abang lambat? Anak kita dah tak ada, abang. Jelita dah tak ada abang..." Sukar untuk aku menelan kenyataan yang sebenar bahawa anak aku memang sudah tiada. Allah lebih menyayangi dia... Tuan Jelita Mikayla. "Kenapa Allah uji Hawa sampai macam ni? Apa salah Hawa? Dia ambil kedua-dua anak Hawa."

Adam menunduk kepalanya dan bahunya terhinjut-hinjut, menyembunyikan tangisannya daripada penglihatan aku.

"Ibu kata muka Jelita mirip Hawa ketika Hawa masih bayi dulu... Dia sangat cantik. Terlalu cantik." Mata aku lurus memandang dinding kosong itu tanpa mempedulikan Adam di tepi aku. Aku meramas kedua-dua belah tangan aku.

Aku sudah penat. Penat berpura-pura yang aku okay.

"Hawa cium Jelita buat kali terakhir dan Hawa boleh nampak dia tersenyum dekat Hawa. Betul kata ibu... Dia sangat cantik dan senyuman dia sungguh manis. Tapi, mata dia langsung tidak terbuka, abang. Kenapa? Dia tak sudi ke nak lihat wajah umi dia? Hawa nak dengar dia menangis dan panggil... umi. Setiap hari Hawa akan menangis sebab Hawa rasa kecewa sangat dengan diri Hawa... Kalau Hawa melindungi dia dengan baik mesti Jelita akan hidup lagi sekarang. Hawa tak kesah kalau Hawa yang akan mati... Tetapi, biarlah dia yang bernafas di atas muka bumi ini."

"Sayang..." Dengan sekelip mata tubuh aku terus masuk ke dalam pelukan Adam. Suaranya bergetar hebat dan nafasnya tersangkut-sangkut. Dia memeluk aku terlalu kuat sehingga tiada jarak antara kami. Tindakannya sungguh drastik.

"Kenapa nasib hidup Hawa begini, abang?"

"Allah ambil satu-persatu orang yang Hawa sayang. Kenapa dia tak tarik je nyawa Hawa?"

"Stop! Stop Hawa!" Suara Adam meninggi, memarahi aku. "Ini suratan takdir. Abang tak boleh nak bayangkan kalau Hawa yang pergi dulu.Hawa kena ingat yang ini adalah ujian yang Allah turunkan kepada Hawa. Dia tahu Hawa kuat mengharungi semua ujian dia..."

Aku melepaskan tawa secara tiba-tiba.

"Ini semua salah, abang." Satu tuduhan berat aku lemparkan kepada dia kerana aku merasakan semua ini terjadi disebabkan Adam. "Ini semua salah abang! Abang pergi mana masa Hawa dan Jelita dalam bahaya? Abang tak ada dengan kami! Abang tak tahu apa yang Hawa alami. Lelaki tu tendang Hawa tanpa berperikemanusiaan. Hawa hampir mati malam itu. Hawa kena langgar dengan kereta. Hawa masih boleh bertahan lagi saat nak melahirkan Jelita!"

Aku menumbuk bertalu-talu dadanya agar ada ruang tercipta di antara kami. Adam langsung tidak melawan tindakan aku yang menyakiti dirinya.

"Ini semua salah abang!"

"Abang cakap senang la supaya Hawa reda dengan apa yang terjadi! Abang tak ada dekat tempat Hawa! Bukan abang yang merasa kehilangan ni... Hawa yang kena hadap semua ni. Masa Hawa dalam bahaya... Abang ada dekat mana? Pada malam itu... setiap saat Hawa berdoa agar abang pulang untuk selamatkan kami. Tetapi, orang lain yang selamatkan Hawa! Orang yang Hawa tak sangka langsung."

Merah padam muka Adam. Air matanya tidak henti-henti mengalir memenuhi tatapan mata aku. Entah mengapa aku langsung tidak terkesan melihat keadaannya sekarang.

"Kenapa baru sekarang abang balik?" tanyaku penuh sinis."Kenapa abang tak balik aje bila Hawa dah mati?" Aku menyerangnya lagi tanpa mempedulikan perasaanya sekarang.

Tangisannya berbunyi lagi. Sungguh, aku tak pernah lagi melihat dia menangis seteruk ini. Dia selalu kata bukan lelaki macho kalau menangis over macam perempuan. Namun, saat ini bukan Adam yang aku kenali berada di hadapan aku. Dia nampak sungguh menyedihkan. Langsung tiada butir bicara yang mampu keluar dari mulutnya melainkan cecair hangat itu sahaja.

Empangan air mata aku pecah untuk kesekian kalinya.

Kejamkah aku kerana meletakkan semua kesalahan ini kepadanya?














.













.













.















"ADAM mana, ibu?"

Ibu yang sedang menyediakan makanan berpantang untuk aku itu terus mengangkat kepala memandangku. Ada kerutan di dahi.

Cik Bedah yang tolong memakaikan stoking kepada aku itu turut memandangku. Kemudian, memandang ibu pula. Mereka saling berpandangan seperti ada bahasa isyarat yang dihantar melalui mata.

"Hawa silap, ibu. Ini bukan salah abang. Abang tak salah. Hawa dah marah dia semalam, ibu. Hawa nak jumpa abang. Tolong panggilkan abang ya?" Aku menyesal dengan kata-kata kasar yang aku lemparkan kepada Adam semalam. Kerana terlalu ikutkan emosi, aku terus menghamburkan segalanya kepada Adam tanpa mempedulikan perasaannya.

"Apa yang Hawa cakap ni, sayang?" Ibu bersuara lembut menanyakan soalan itu sambil mengusap kepala aku.

"Abang merajuk dengan Hawa ke sebab Hawa dah marah dia semalam?" Aku tidak mengendahkan soalan ibu yang satu itu.

"Hawa makan dulu ya... Ibu dah siapkan makanan untuk Hawa." Ibu pula masih dengan sikapnya yang suka mengelak bila bertemu dengan soalan 'mautku'.

Aku menggeleng kepala. Aku tiada selera untuk makan sekarang walaupun adakalanya ibu akan memaksa untuk aku makan juga kerana khuatir dengan keadaan kesihatan aku sekarang. Semenjak aku dibenarkan keluar dari hospital tempoh hari, ibu terus membawa aku pulang ke rumahnya. Katanya, dia yang akan menjaga aku sepanjang ketiadaan Adam. Luna juga turut mengikuti aku sekali.

Luna... Aku lihat anak itu sudah tidak seriang dahulu. Dia sudah tidak banyak bercakap.

Aku menghalakan pandangan aku kepada cik Bedah pula. Mungkin aku boleh meminta pertolongan dia. " Cik Bedah... Tolong panggilkan suami Hawa. Hawa nak jumpa dia dan minta maaf dekat dia." Aku bersuara lembut.

"Apa yang Hawa merepek ni?" Ibu mencelah.

"Semalam abang dah balik, ibu. Suami Hawa dah balik."

"Hawa... Adam tak pulang lagi."

"Betullah abang dah balik. Semalam Hawa nampak dia. Dia ada dalam bilik ni dengan Hawa. Abang dah balik ibu."

"Kami sehingga kini tak dapat menghubungi Adam dekat sana. Langsung tiada khabar pasal dia. Mungkin itu hanya la ilusi Hawa."

T... tak mungkin! Mana mungkin! Adam memang dah pulang... Aku sendiri nampak dia dengan mata aku semalam.

Takkan la itu hanya mimpi semata-mata?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro