Chapter 13 Dia Yang Tersakiti [Part 3](Edited)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hinata bangun dari tidurnya dengan peluh yang merembes membasahi baju tidur yang dipakainya. Nafasnya tercungap cungap selepas baru terjaga mimpi buruk.

Hinata meraup wajahnya dengan tangannya, peluhnya di seka dengan belakang lengan bajunya. Rambutnya yang panjang mengurai kini kusut masai seperti seminggu tidak menyikat rambutnya.

Hinata mengeluh. Dia beransur turun katilnya lantas bangkit berdiri, berjalan menuju ke meja solek. Dia menatap pantulan wajahnya pada cermin.

Matanya sembap di sebabkan kerap menangis. Satu butir jerawat tumbuh di dahinya gara gara tidak cukup tidur malam kerana sering teringatkan memori seminggu yang lepas semasa dia dan sahabatnya bercuti di Okinawa sehingga mengakibatkan masa tidurnya terjejas.

Siapa sangka percutiaan ke sana telah menemukannya dengan lelaki yang di rindui semenjak berpisah berbulan lamanya. Pertemuan yang dijangka akan membimbit rasa cinta antara dua pasangan itu kini hancur berderai tiada kesudahan di akhir jalan cerita mereka.

Hinata cuba mengingat memorinya dengan Toshiro, cuba diimbas kembali dalam mindanya seolah memori yang di ulang tayang, seperti rakaman video yang berputar bermain main di hadapan matanya .

Memori hari terakhirnya dengan Toshiro...

~ imbas kembali memori~

"Toshiro-Kun!"Hinata sentap, terjaga dari tidurnya.

"Hinata kamu dah bangun?" Sakura mendekatinya, memegang bahu gadis itu.

"Toshiro-Kun mana?" tanya Hinaya dengan raut wajahnya yang khawatir.

"Hitsugaya-Kun? Dia dah keluar tiga puluh minit tadi"beritahu Sakura. Ino mengangguk, mengiakan.

'Tidak...'

'Dia akan tinggalkan aku...'

'Aku harus mencarinya...'

'Memujuknya kembali...'

'Ke pangkuanku...'

Hinata beransur turun dari katil berlari menuju ke pintu depan rumah penginapannya.

"Eh?Hinata!Kamu nak pergi mana?!"Sakura menjerit memanggilnya namun gadis itu menghiraukannya.

Dia berlari di kawasan persisiran pantai. Ramai pengunjung di pantai itu melihatnya berlari melepasi mereka namun mereka tidak berani mendekati gadis itu

'Aku tidak sabar untuk melihat senyumannya...'

'Toshiro-Kun...'

Tolong jangan tinggalkan saya...'

'Toshiro-Kun...'

"Toshiro-Kun!"teriak Hinata. Kepalanya menoleh ke kiri dan kanan mencari lelaki yang telah menakluk hatinya.

Hinata berlari melepasi beberapa kedai runcit di seberang jalan berhadapan dengan pantai.

Semasa matanya sibuk berputar pusing kiri dan kanan, bawah ke atas Hinata perasan sosok tubuh seorang anak lelaki berambut putih salju bersama dengan seorang wanita rambut berombang yang bewarna oren kecoklatan. Mereka mengenakan pakaian biasa shinigami yang bewarna hitam kecuali Toshiro mengenakan shihakusho hitam dengan berlapikkan haori putih sebagai lambang dia berkedudukan tinggi daripada shinigami biasa.

Mereka di temui berdiri atas bumbung bangunan kedai runcit, di hadapan mereka terdapat sebuah pintu kayu sliding jepun yang terbuka luas. Pintu di gelar sebagai Senkaimon. Pintu menembusi dunia di antara dunia manusia dengan Soul Society.

Mata Hinata bersinar. Lelaki yang di cari carinya akhirnya di temui.

'Toshiro-Kun?!'

Hinata berlari masuk ke dalam kedai, matanya berputar mencari tangga menuju ke tingkat atas.

Apabila objek yang di carinya di temui dia berlari naik tangga dengan tergesa gesa. Tuan kedai yang melihatnya menceroboh masuk ke lantai atas mengejarnya.

Pintu di bumbung atas di buka paksa, Hinata menerobos melepasi pintu itu dan berlari menuju ke Toshiro yang bersedia untuk masuk ke dalam pintu kayu untuk kembali ke Sereitei.

"Toshiro-Kun!"Hinata menjerit seraya memeluk tubuh Toshiro dari belakang. Pada saat itu Rangiku telah kembali ke Sereitei, hanya Toshiro yang tinggal atas bumbung itu.

Mata Toshiro membulat luas, bahunya menegang. Dia terkejut di peluk secara tiba tiba oleh seseorang.
Toshiro berpaling ke belakang.

Mulutnya ternganga melihat Hinata memeluknya dari belakang, membenamkan wajahnya di balik hoari putih yang dipakainya.

Rona merah tercalit di pipinya sebaik sahaja dada besar Hinata menyentuh belakang badannya. Ia menghasilkan satu getaran pada tubuhnya membuatkan dia terasa tidak nyaman seolah ada kupu kupu bertebangan dalam perutnya, melanggar setiap anggota organ dalam tubuhnya.

'Apa yang terjadi?'

"T-Toshiro, maafkan saya" Hinata merayu, wajahnya masih terbenam di balik hoari putihnya.

"T-olong jangan pergi..." Hinata teresak menangis. Pelukannya pada tubuh Toshiro diperketat.

Toshiro mengetap giginya, bibir bahagian bawahnya di gigit pelan, cuba menahan tangannya untuk membalas pelukan gadis itu pada tubuhnya.

Dia tidak tahu kenapa tetapi tubuhnya seolah tidak menurut perintahnya. Tangannya terasa gatal untuk bergerak untuk menarik gadis itu masuk ke dalam dakapannya, meneroka seluruh inci tubuh gadis itu?

!!!

'Apa yang aku fikirkan ni?!'

'Sejak bila aku berfikiran macam ni?!'

"Lepaskan aku"perintah Toshiro, dia menjeling tajam terhadap gadis yang memeluknya dari belakang.

"T-Toshiro-Kun...kamu betul betul melupakan saya?" Hinata menanya. Mata lavendernya membulat luas. Butiran air matanya mengalir deras ke permukaan pipinya merembes membasahi hoari putih yang dipakainya.

Toshiro ketap giginya. "Aku tidak mengenal kamu dan aku tidak mahu kenal kamu. Kehadiran kamu di sisiku membuat hati aku sakit dan pedih tanpa sebab. Menjauhlah dari aku" balasnya seraya melepaskan cengkaman kuat gadis itu pada tubuhnya.

Toshiro bershunpo, muncul belakang gadis itu kemudian memengsankan dia.

Tubuh Hinata jatuh, melutut atas lantai bumbung, pandangannya berbinar. Sosok tubuh Toshiro mulai terlihat samar dari penglihatannya. Pandangan matanya mula gelap. Hinata akhirnya jatuh terkurap atas lantai, pengsan tidak sedarkan diri.
Tanpa melihat ke belakang, Toshiro melangkah masuk ke dalam pintu Senkaimon, meninggalkan Hinata seorang diri atas atap bangunan itu hingga pemilik kedai runcit tiba di sisinya, membawa masuk ke dalam bangunan.

~ Tamat imbas kembali ~

Toshiro telah pergi meninggalkannya. Pergi entah ke mana

Perasaannya terkubur dengan seribu penyesalan...

'Sesungguhnya dia menyesal...'

Menyesal membuat lelaki yang di cintainya patah hati...

Menyesal kerana dia berdegil tidak mahu mendengar kata lelaki itu...

Hatinya sebak...dan sakit...

Sebak...teringatkan raut wajah lelaki yang di cintainya merayu padanya untuk berbaik dengannya namun dia...

Meninggalkan lelaki itu terperangkap dalam kesedihan dan kegelapan...

Dan dia...

Menghiraukannya...

Hatinya sakit bagaikan di toreh dengan pisau tajam apabila lelaki yang menjadi pujaan hatinya melupakannya...

Dia tidak dapat melupakannya...

Apabila melihatnya....

Pandangan mata Toshiro yang sedingin ais...

Penuh dengan rasa kebencian yang mendalam terhadapnya...

Tiada kelembutan di sebalik butir bicaranya...

Semuanya menghantuinya...

Di kala mimpinya, memerangkapnya dalam penyesalan..

'Kenapa semua ini terjadi pada aku...?'

'Toshiro-Kun...'

"T-Toshiro-Kun, maafkan saya..." tersedu sedu gadis itu menangis menangisi nasibnya yang malang.

~ Toshiro ~

Tab...

Urat kesabaran mula menular di sekitar dahi sang kapten melihat lefternan'nya sibuk bermain main dengan pen yang dipegangnya. Kertas kerja yang berlambak atas meja wanita itu terabai, tidak di sentuhnya.

Tab...

Wanita itu mengeluh. Apa yang di fikir wanita itu Toshiro sendiri tidak mahu ambil tahu.

Tab...

Kesabarannya hampir menipis. Pen di tangannya di pegang dengan kuat hingga terpatah dua batang pen yang dipegangnya lalu tercampak jauh hingga jatuh ke lantai depan pintu masuk dalam ofisnya.

"Matsumoto"panggil Toshiro. Suaranya yang berbaur ancaman itu membuat wanita itu tegak berdiri depan mejanya, menoleh melihat kaptennya yang sedang bad mood.

Wanita itu menegup ludahnya.

"A-ada apa kapten?"tanya Rangiku di tambah lagi dengan senyumannya di maniskan semanis mungkin dengan harapan dapat mencair hati sang kaptennya yang sedang murka itu.

Namun sayang kaptennya tidak termakan umpan yang di beri, sudah terbiasa dengan wanita itu.

"Sambung kerjamu"perintah Toshiro di tambah dengan jelingan maut darinya terhadap wanita berdada besar itu.

Rangiku memasam. "Tapi kapten, saya penat...bosan jugak..."rungutnya. Kepalanya di geleng dengan tubuhnya sekali di goyangkan.

"Lakukan apa yang aku arahkan kalau tidak aku LUCUTKAN JAWATAN KAMU SEBAGAI LEFTERNAN AKU. Aku tidak perlukan seorang lefternan yang PEMALAS" Toshiro mengancam dengan reiatsu'nya membuak keluar dari tubuhnya, membekukan lantai di sekitar meja kerjanya.

"Eeehhh?! Kamu main main ke kapten?" Mulut Rangiku terganga. Wajahnya berubah pucat.

"Aku tiada masa untuk bermain. Lekas siapkan kertas kerjamu"perintah Toshiro tanpa mengangkat mukanya dari kertas kerjanya.

"T-tapi kapten..."tergagap wanita itu memprotes. Namun Toshiro memotong ayatnya. "Takde 'tapi tapi' lakukan apa yang aku suruh. Lagipun kertas kerjamu tidak sebanyak aku punya. Sudah cukup kamu mengabaikan tugasmu di dunia manusia sampai aku cedera parah. Untung ada Inoue kalau tidak siapa tahu apa akan terjadi pada aku" jawab Toshiro.

Rangiku menunduk pandang lantai. Rasa menyesal bersarang dalam hatinya. Rangiku kembali duduk di semula di meja kerjanya. Mukanya masih menunduk.

"Maafkan saya kapten. Saya janji tidak akan buat lagi" gumam Rangiku pelan. Tidak di dengari oleh sang kapten.

Toshiro menyambung kembali menandatangani kertas kerjanya. Dia mengerut dahinya. Jarinya di picit pada dahinya, cuba menghilangkan rasa berdenyut yang menyerang kepalanya. Pada saat itu fikirannya bercelaru.

Tidak tahu kenapa...

Imej gadis berambut unggu kebiruan yang panjang mengurai, menangisi kepergiannya sering terbayang bayang di mindanya, menganggu konsentrasinya bekerja.

Dia berharap bayangan gadis itu akan hilang selepas dia sibuk menekuni kertas kerjanya. Namun nampaknya ia tidak menjadi.

Wajahnya semakin kerap muncul dalam mindanya. Kadang kala dia akan terlihat gadis itu di sisinya, tersenyum lembut padanya.

Lebih parah lagi dia pernah tersilap menyangka anak buahnya gadis itu hingga dia memarahi anak buahnya kerana di fikir gadis itu mengekorinya sampai ke Sereitei.

Bila terfikir balik mustahil gadis manusia boleh ceroboh masuk ke Sereitei.

Toshiro tersenyum. Dia mengeleng kepalanya.

'Apalah...'

'Agaknya aku dah gila...'

Tok! Tok!

Toshiro mengangkat mukanya, melihat ke pintu masuk dalam ofisnya.

Hinamori berdiri depan pintu dengan tersenyum mesra.

"Momo, kenapa kamu di sini?" tanya Toshiro dengan terangkat keningnya. Muka Hinamori memerah. "Ano, sekarang ini masa rehat apakata kita pergi makan bersama?" ajak Hinamori dengan malu malu.

"Waktu rehat?"tanya Toshiro.

"Hai, kamu tidak tengok jam ke?"

"Tidak"jawab Toshiro.

"Kalau macam tu jom kita pergi~"Hinamori tersenyum lebar. Toshiro hanya mampu mengeluh.

"Baiklah tunggu di luar" Toshiro mengemas mejanya. Hyorinmaru yang terletak di samping kerusinya di lilit belakangnya.

Dia berjalan keluar ofisnya lalu berhenti. Dia berpaling ke belakang.

"Matsumoto, kamu boleh stop sekejab, nanti sambung" maklumnya kemudian dia berjalan seiringan dengan Hinamori menuju ke kedai makan di distrik 1 di desa Rokungai.

"Shiro-Chan kamu nak singgah kedai makan mana?"Hinamori meraih tangannya, menariknya menuju ke deretan kedai yang dibuka pada hari itu.

"Momo, perlahan"rungut Toshiro sambil meramas rambut putih saljunya.

"Apa kata kita singgah gerai itu?"jari di tuding ke arah sebuah kedai yang kurang dengan pelanggannya. Toshiro mengangguk setuju.

Lebih sedikit pelanggan lebih bagus.

Mereka mengambil meja yang paling hujung di tepi dinding kayu. Seorang pelayan wanita menghampiri mereka untuk memesan makanan. Wanita itu mengenakan sehelai kimono unggu muda bercorakkan garis garis halus, separuh rambutnya panjang mengurai di sanggul indah dan di selit dengan cepit bunga.

"Kamu mahu pesan apa?" tanya wanita itu, dia tersenyum lembut kepada Toshiro dan Hinamori.

Wanita itu...terlihat seperti gadis yang sering menjadi igauan di matanya (meskipun dia tidak akan mengaku) cuma beza umur yang menjadi perbezaan antara wanita itu dan gadis yang di jumpanya minggu lalu.

Toshiro melihat wanita tidak berkelip.

"Shiro-Chan?Shiro-Chan?"panggil Hinamori. Toshiro terjaga dari lamunannya. Secalit rona merah melekat di pipinya. Malu tertangkap basah oleh rakannya. Dia terbatuk kecil, cuba menghilangkan rasa gugup.

"Teh hijau dan lima batang dango" pesan Toshiro kepada wanita itu.

"Saya pun sama"Hinamori memesan menu yang sama dengannya.

"Baiklah saya akan sediakan" wanita itu kembali ke dapur untuk menyediakan pesanan mereka.

Toshiro melihat wanita itu pergi dengan berkerut dahi.

"Kenapa Shiro-Chan? Kamu berkenan dengan makcik tu ke?"Hinamori cemberut, bibirnya di buat muncung.

"Bukan begitu, dia mengingatkan aku pada seseorang"balas Toshiro tanpa membalas renungan mata rakannya.

"Seseorang?" Hinamori bingung

"Hn"Toshiro menunduk melihat permukaan meja kayu. Gadis berambut panjang yang sering menjadi igauan di kala mimpinya(Meskipun dia tidak tahu kenapa) kerap muncul dalam penglihatannya.

Raut wajahnya yang bujur...

Kulitnya yang putih dan terlihat halus untuk di sentuh...

Renungan mata lavender yang terselit dengan penuh kasih sayang...juga kelembutan...

Senyumannya yang menawan...

Dia sesak...

Sesak bernafas tatkala terbayangkan gadis itu...

Jantungnya juga berdebar dengan tidak keruan...

Ini seperti bukan dirinya...

Sesungguhnya dia bingung...

Apa yang telah terjadi kepadanya...?

Jari jemari Toshiro meremas rambutnya lalu terus meraup wajahnya dengan kedua tapak tangannya.

"Shiro-Chan, makanan dah sampai"beritahu Hinamori selepas melihat Toshiro tidak mengangkat mukanya walaupun pesanan yang mereka pesan telah tiba dua minit yang lalu.

Toshiro mengambil satu batang dango dari dalam piring kecil depannya dan terus menyumbat satu bola dango ke dalam mulutnya.

"Sedap"gumamnya pelan.

Seusai makan mereka kembali ke Sereitei. Toshiro balik ke ofisnya untuk langsaikan kertas kerjanya yang bertimbun atas meja. Dia melirik ke lafternannya, wanita itu masih belum kembali ke ofis.

Toshiro mengeluh.

"Hidup ni memang tidak adil"rungut Toshiro pelan.

Malam kemudian.

Toshiro mengeluarkan futon yang di simpan dalam almari dan membentangkan atas lantai tatami di biliknya.

Dia membaringkan tubuhnya yang terasa berat atas futonnya yang empuk dan lembut. Rasa ngantuknya selepas sibuk sepanjang hari mula memberi kesan pada tubuhnya. Matanya terus layu.

Kesedarannya kian tenggelam...

Kegelapan menantinya...

Memerangkapnya dalam memori yang terlupakan...

End Of Chapter 13

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro