Chapter 14 Memori Yang Terlupakan(Edited)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Toshiro...

'Apa?'

Buka matamu luas...

Imbas kembali apa yang terjadi padamu...

'Apa lagi yang kamu mahu?'

Imbas kembali...

'Imbas kembali apa? Tunjukkan diri kamu!'

Cahaya mula bersinar terang, menyilaukan pandangan matanya. Toshiro memejam matanya, menghalang sinaran cahaya daripada menyakiti matanya.

Apabila cahaya yang bersinar terang tadi mula malap, Toshiro kembali membuka matanya daripada dipejam rapat.

Pandangannya yang samar samar menyukarnya melihat di sekitarnya namun dia ternampak sosok tubuh seseorang berdiri tidak jauh dari mereka. Kabus yang tebal melindung wajahnya dari kelihatan namun dia kenal sosok tubuh itu.

Setiap hari dia melihatnya dihadapan cermin.

Ya, dia berdepan dengan Toshiro.

Dirinya sendiri...

Clone dirinya?

'Siapa dia ni? Kenapa dia menyerupai aku?'

"Hyorinmaru!Kamu tahu apa yang terjadi sebenarnya?" teriaknya.

Hyourinmaru yang baring dekat salah satu pilar ais di pegunungan ais salju yang terbentang luas di belakangnya melihatnya dengan tatapan prihatin. Meskipun dalam wujud naga matanya memancar penuh penyesalan dan juga kelegaan?

"Hyorimmaru?"

Pelik dia melihat Hyorinmaru yang melihatnya dengan tetapan seperti itu.

"Lebih baik kalau kamu tidak perlu tahu master. Ini untuk kebaikan ka--"

Dia perlu tahu, Hyorinmaru

Clone yang menyerupai dirinya memotong percakapan Hyorinmaru.

Kerana ia adalah memori lamanya yang terlupakan

"Apa maksud kau? Aku betul betul hilang ingatan ke?Itu ke sebab aku langsung tidak ingat semasa kejadian aku di serang hollow minggu lepas?"

Hai, atau lebih tepat seseorang telah menghapuskan ingatan kamu. Tetapi, itu bukan jadi tujuan utama aku tonjolkan diri aku depan kamu...

"Apa maksud kamu?"tanyanya dengan menggaruk belakang tengkuknya.

Sebab utamanya ialah mengingatkan kamu tentang dia...

"Dia?" siapa dia?

"Perlu ke kita beritahu dia pasal ni? Kan lebih bagus kalau dia tidak tahu mengenai memori lamanya" Hyorinmaru mencelah, sememangnya dia membantang keras tuannya daripada mengingat dengan memori lamanya. Dia tidak mahu tuannya menerima hukuman yang setimpal berdasarkan dosa yang dia telah lakukan.

Dia harus mengingatinya, kalau tidak mereka berdua akan menyesal semua hidup, hidup dalam kepuraan. Satu hari nanti memorinya akan muncul juga dan pada saat itu kamu tidak dapat menghentikannya.

Hyorinmaru terbungkam. Mulutnya seakan di zip, tidak dapat dibuka. Toshiro melihat mereka dengan heran.

Penting sangat ke memori tu sampai dia kena ingat balik?

"Jadi ia memori tentang apa?"tanya Toshiro dengan rasa ingin tahu.

"Ia memori berkaitan dengan kamu dengan gadis yang bernama Hyuga Hinata tu"Hyorinmaru membalas. Raut wajahnya terlihat tidak rela tatkala mengungkapkan nama gadis itu.

"Ha? Apa kaitan dia dengan memori lama aku?Penting sangat ke memori ni?" Toshiro boleh pula tanya soalan bodoh.

Sudah tentu, sebab dia cinta pertama kamu.

"....." 'Apa yang dia kata tadi?'

'Aku salah dengar ke tadi?'

Tidak kamu tidak salah dengar. Biar aku tunjukkan pada kamu
kebenarannya. Toshiro clone menaruh tangannya depan wajah Toshiro.

Toshiro merasakan kesedarannya mula pudar kerana kegelapan mula merayap di sudut-sudut penglihatannya. Rasa kesedaran terakhirnya mulai hanyut, Toshiro membiarkan kegelapan membawanya.

'Tunjukkan aku kebenarannya... Memori aku yang terlupakan...'

         ~ Imbas kembali memori ~

Seorang gadis berambut panjang paras pinggang yang bewarna unggu kebiruan berdiri di bawah depan bangunan, tempatnya berdiri.

Retina lavendernya bergerak ke atas, bertemu dengan hijau turquoise miliknya. Gadis itu menoleh ke belakang lalu tersenyum manis terhadapnya sebelum perhatiannya beralih memandang ke arah rakannya.

Dia tergamam. Matanya membulat besar, mulutnya terganga, wajahnya juga memucat cuma hidungnya sahaja yang memerah kerana kesejukan di musim salju.

"Tadi dia senyum pada aku ke?"

                     ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Malam yang larut dia dan Ichigo dalam tergesa gesa untuk menghapuskan hollow yang bermaharajalela di mansion Hyuga.

Sesampai di sana dia menyaksikan seorang gadis yang di temuinya kemarin. Gadis itu dalam cengkaman Hollow. Melihatkan itu dia jadi marah. Rasa bencinya pada hollow semakin bertambah.

Dia tidak tahu kenapa dia begitu marah. Namun yang dia pasti dia tidak akan benarkan gadis itu mati.

"Sōten'ni zase, Hyorinmaru!"

Dia menyerang hollow itu dan serangannya berjaya membuat hollow itu menderita kesakitan, menjatuhkan gadis itu dari udara. Dia muncul di tanah dan menangkap tubuh gadis itu yang lemah longlai tidak bermaya. Gadis itu tampaknya telah tidak sedarkan diri. Ichigo membereskan hollow itu.

Dia membawa gadis itu kembali ke mansion Hyuga dan membaringnya atas sofa dalam biliknya.

Pada saat itu dia tidak dapat melepaskan renungan matanya daripada gadis itu...

Sentiasa mengamatinya dari jauh...

Tidur atas dahan pokok semata mata untuk memastikan keselamatan gadis itu dalam keadaan selamat dan sentiasa dekatnya...

Apa yang terjadi kepadanya sebenarnya...?

                        ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Pertemuan pertama mereka secara berdepan ketika gadis itu melawat Inoue, gadis berdada besar tu.

"Siapa ini, Orihime?" Uryu, quincy terakhir di muka bumi bertanya, menunjuk ke arah gadis itu.

"Rakan saya Hinata namanya" Inoue tersenyum, gadis itu hanya tersenyum sedikit, malu-malu bila diperhatikan banyak mata.

"Oooo! Dia sangat comel!" Rangiku muncul dari belakang Uryu lantas memeluk Hinata dan membenamkan wajah gadis itu di celahan dada besarnya.

"Rangiku, Dia boleh mati kalau kamu peluk dia camtu" komennya tanpa melihat si gerangan gadis yang melawat rumah Inoue.

"Kapten!" lefternannya mengangkat muka gadis itu dari belahan dada besarnya sehingga membuatkan gadis itu terbatuk cuba menghirup udara segar. "Cuba lihat gadis ini, comel!" beritahu Rangiku dengan bersungguh.

"Aku tidak peduli siapa-" bicaranya terhenti sesaat terpandangkan wajah gadis itu. Gadis itu atau Hinata namanya sibuk mendapatkan semula udara yang hilang tidak perasan akan perkara yang berlaku di sekelilingnya sehinggalah satu suara memanggilnya.

"Kamu..." dia terkejut.

Hinata, gadis berambut panjang itu menoleh ke arahnya.

Anak mata Lavender'nya bertemu hijau turquoise miliknya yang menatapnya terkejut.

"Hello"ucapnya selepas kembali dari terkejut.

"H-Hello" balas Hinata dengan gugup.

                       ~ ~ ~ ~ ~~

Dalam perjalanan pulang dari rumah Inoue, dia dan Hinata di hadang oleh sekumpulan samseng. Mereka menahan Hinata dan membawanya jauh darinya. Dia mendengus geram.

'Beraninya mereka!'

'Menyentuh Hinata!'

Tanpa sedar dia telah menggunakan tekanan reiatsunya menerbangkan samseng samseng itu. Dia mula menyerang samseng itu. Satu persatu di kalahkan.

Samseng yang menahan Hinata terlempar jauh melanggar tong sampah tepi lorong gelap.

'Tak boleh di maafkan! Dia sentuh Hinata! Merabanya!'

Dia memukul lelaki itu, membelasahnya hingga jadi lempen. Selepas rasa puas dia baru beranjak dari samseng itu mendekati Hinata.

"Hinata, kamu ok?" tanyanya dengan nada lembut. Raut wajahnya juga berubah lembut apabila berdepan dengan gadis itu.

Hinata tersedak, duduk sepenuhnya sebelum memeluknya sehingga dia jatuh terbaring ke lantai dan Hinata berada atas tubuhnya.

"Hitsugaya-Kun!" Dia menangis, menyembunyikan mukanya pada bahunya. Dia tidak peduli siapa gadis itu tetapi yang pasti dia akan melindunginya tidak kira apa pun yang berlaku.

"Toshiro"balasnya.

"Panggil aku Toshiro"

                        ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

"Mari ikut aku"

"K-kita nak pergi mana Toshiro-Kun?" tanya Hinata.

Dia menoleh ke sisinya, tersenyum pada Hinata yang dia jarang lakukan. "Temankan aku keliling pekan ni. Ini baru pertama kali aku datang sini" ujarnya. Dia kembali menatap depannya.

"K-ke....mana kamu nak pergi Toshiro-Kun?"Hinata menatap jalan yang bersimen.

Sebaris senyuman lengkap tersemat di wajahnya, melihat kelakuan gadis itu.

"Ke mana mana sahaja tempat yang menarik" balasnya.

                       ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Balik dari dating tanpa sengaja, mereka di serbu dari dalam rumah Hinata. Sakura, Sasuke dan Naruto berada dalam rumahnya untuk merayakan majlis hari jadi yang tidak tercapai. Selepas sesi berterus terang Hinata menerima saranan Sakura untuk membiarkan mereka semua tidur di rumahnya.

"Hitsugaya-Kun, kamu nak join sekali?" tanya gadis yang rambutnya bewarna pink yang bernama Sakura selepas mengenali sang kapten genit itu.

"Boleh juga" jawabnya selamba sementara matanya tidak lepas mengawasi pemuda rambut blonde.

"Come on guys, masa untuk tidur"

Dia mengikuti mereka dari belakang menuju ke bilik Hinata dengan jantungnya berdebar tidak keruan.

'Aku akan tidur sebumbung dengan Hinata?'

Hinata membentangkan setiap satu futon di sebelah katilnya yang bersaiz king selepas di keluarkan dari almari.

"Hitsugaya-Kun, kamu tidur atas katil dengan Hinata" Sakura memberi cadangan. Mata dia dan Hinata membulat luas.

"...?"[Sasuke]

"A-Apa?!" Naruto terkejut dengan matanya hampir menyerupai sebiji bola pingpong.

"E-eh ke-kenapa, Sakura-Chan?!" Hinata terkejut bukan kepalang. Rona merah melekat di pipinya menjalar hingga ke telinganya.

"A-aa, kenapa aku perlu berkongsi katil dengan dia?" tanyanya dengan sedikit gagap. Tompokan merah juga jelas kelihatan pada wajahnya.

Sakura menyeringai. Itu bukan satu petanda yang baik.

"Anak kecil tidak boleh tidur sorang"itu alasan yang di berinya hingga membuatkan urat kesabarannya timbul di permukaan dahinya.

'Aku tak tahu samaada aku perlu bersyukur ke tak puas hati dengan minah jambu ni...'

'Gadis itu macam tahu tahu je....'

                     ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Dahi Hinata di kucup lembut ketika gadis itu tidur lena bagaikan tidak ingat dunia. Senyuman manis hinggap di wajahnya yang sedingin ais.

"Goodnight, my Princess"

                        ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Pada hari cuti Toshiro, Hinata,Sakura, Sasuke dan blonde pergi ke kolam renang. Sempena hari terakhir Hinata di sana Toshiro bercadang untuk meluangkan masa terakhirnya dengan Hinata tapi mamat blonde itu selalu kacau daun. Bukan dia sahaja para pengunjung lelaki sibuk mengukur lekuk tubuh Hinata yang hanya memakai bikini.

"Berani betul kalian semua lihat tubuh Hinata. Rasakanlah binasanya"

Hampir keseluruhan pengunjung lelaki di kolam renang itu di banting. 'Hah, padam muka kalian. Karang aku congkel biji mata tu baru tahu'

                  ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Setelah hampir seharian bercuti di resort itu, masa yang ditunggu untuk kembali ke Sereitei akhirnya hampir tiba. Jiwanya yang sedang meronta untuk menggapai harapan yang mustahil untuk dipungkiri menyukarkan bagi Toshiro untuk berterus terang dengan gadis yang menjadi dambaan hatinya. Akhirnya...dia mengalah.

Masa untuk kembali sudah pun tiba...

"Hinata"Toshiro memanggil gadis itu. Toshiro melihatnya dengan raut wajah serius. Hinata mula rasa tidak sedap hati.

"Ya?"

"Esok aku akan kembali ke tempat asalku" beritahu Toshiro. Matanya dipejam rapat. Dadanya terasa sakit sebaik mengungkapkan ayat itu. Sungguh dia tidak mahu berpisah dengan gadis itu walau mereka baru bertemu tapi takdir telah menentukan segalanya. Hinata adalah soulmate nya. Dan dia berjanji akan kembali pada gadis itu dan menjadikan gadis itu miliknya.

"A-apa?" Hinata terkejut. Tangannya menekup mulutnya. Melihatkan wajah sedih gadis itu membuatkan hatinya bagai dicarik-carik. Betapa sakitnya rasanya hanya Tuhan saja yang tahu...

Toshiro mengangkat mukanya, bertatapan mata dengan gadis itu. "Esok aku akan kembali ke tempat asalku"

"K-kamu akan tinggalkan saya Toshiro-Kun?" Hinata menekup mulutnya. Perlahan, air mata gadis itu merembes keluar dari kelopak matanya. Toshiro lekas mengalih perhatiannya ke sisi. Tidak sanggup melihat wajah gadis itu bersedih kerananya.

Bibirnya seakan terkunci rapat. Kalimat yang hendak diucapkan seakan tersangkut di kerongkongnya. Toshiro hanya menunduk menekur lantai jubin di sisi kolam. Rasa bersalah menguasai dirinya.

Tangisan Hinata semakin menjadi-jadi kerananya. Toshiro menelan ludahnya. Mulutnya separuh terbuka. Dia berhasrat untuk menenangkan untuk gadis itu.

"Jangan nangis, kalau masa mengizinkan mungkin kita akan berjumpa lagi" pujuknya seraya meraup wajah Hinata dengan kedua tangannya. Bibirnya menguntum sebaris senyuman.

Toshiro menyeka mata Hinata yang berkaca kaca dengan tangisan. Selepas tangisan gadis itu reda, dia menghulurkan jari kelingkingnya pada Toshiro. Berniat untuk pinky promise.

"Janji?"Hinata melihatnya dengan penuh mengharap.

"Baiklah, aku janji" ujar Toshiro. Jari kelingking mereka bersatu. Toshiro bertindak lebih berani
mengucup belakang tapak tangan gadis itu.

"Toshiro-kun?"Mata Hinata membulat besar. Terkejut dengan kelakuannya.

Toshiro menarik gadis itu masuk ke dalam kolam dan memerangkap tubuhnya dibawah badannya. Entah apa yang telah merasuknya tapi Toshiro tahu nafsu telah mempengaruhi mindanya. Dia bertindak dengan berani mencium bibir gadis itu, melumat bibirnya dan mengulum lidah mereka bersatu. Ciuman mereka putus apabila masing-masing perlukan udara untuk bernafas.

~ ~ ~ ~ ~ ~

"A-pa maksud c-ciuman tadi?" tergagap Hinata mengajukan soalan yang Toshiro paling tidak mahu dengar. Takkan gadis itu tidak mengerti makna ciuman itu?Kan sudah jelas dia menyukai Hinata. Kalau tidak mustahil dia akan menciumi gadis itu dengan seenak-enanya.

"Itukan sudah jelas maksudnya" jawab Toshiro dengan wajahnya berpaling ke lain.

"Huh?" Hinata bingung, tidak memahami makna yang di sampaikan Toshiro.

Toshiro mengeluh. Hinata menunduk melihat Toshiro meraup wajahnya. Secalit rona merah terukir di kedua belah pipi Toshiro, memikirkan dia harus berterus terang perasaannya kepada gadis itu.

"Itu..." Toshiro mengumpul keberanian untuk meluahkan perasaannya pada gadis itu. Toshiro melepaskan pelukannya pada tubuh Hinata. Kini mereka berdua saling bertentangan mata.

Hijau Turquoise bertemu Lavender.

Hati masing masing semakin berdebar tidak keruan. Sorang menunggu jawaban yang bakal di jawab tidak lama lagi dan lagi sorang berdebar kerana merasa malu untuk mengutarakan perasaannya yang terpendam pada gadis yang menjadi dambaan hatinya.

"Itu sebab aku sukakan kamu, Hinata"

~ ~ ~ ~ ~ ~

Pertemuan kedua tidak dijangka terjadi diantara mereka berdua. Siapa sangka selepas berbulan tinggal di Sereitei dan tidak turun ke bumi Toshiro di beri tugas di Okinawa untuk membanteras hollow di sana.
Tanpa sengaja dia terserempak dengan Hinata yang turut bercuti di sana.

"K-kamu buat apa di sini, Toshiro-Kun?" tanya Hinata. Terkejut.

"Aku ada hal perlu bereskan di sini, kenapa kamu ada di sini, Hinata?" Toshiro menjawab dengan sedikit gugup dalam hati.

"Um, sekarang tengah musim panas semenjak kali terakhir kamu menjenguk pekan Karakura, kami bercadang untuk bercuti di Okinawa"jawab gadis itu dengan tersenyum lebar.

Toshiro melihat gadis itu dengan tatapan tidak percaya.

Kami? Maksudnya dia pergi dengan kawannya?

"Dengan kawan?" tanyanya untuk mendapat kepastian. Mana tahu maksud 'kami' bagi gadis itu ialah kekasihnya kalau tidak menangis tidak berlagu dia karang. Cemburu buta!

"Um, Naruto-Kun, Kurosaki-Kun, Rukia-Chan, Ino-Chan, Sakura-Chan, Sasuke-Kun, Inoue-Chan"terang Hinata yang dibalas anggukan Toshiro sehingga dia teringat salah satu nama rakan Hinata kedengaran familiar di telingannya.

"Rukia?Siapa tu?"tanyanya. Ingin mendapatkan kepastian.

"Oh, dia pelajar di SMK Kurakura. Rakan perempuan Kurosaki-Kun dan Inoue-Chan" ujar Hinata ceria.

Toshiro mengeluh. Seperti di jangkanya orang yang dia kenal  juga turut berada di Osaka.

Ini kebetulan ke?

~ ~ ~ ~ ~ ~

"Kapten Hitsugaya!"Rukia memanggil namanya dengan suara yang sangat lantang.

Tch...terbongkar sudah rahsia aku kalau takde alasan kukuh untuk di beri pada Hinata...

Dasar mulut celupar.

"Kapten?"Dahi Hinata berkerut. Kan dah agak, Hinata mula syak sesuatu dari aku... Damn you, Kuchiki!

"Eh, Kapten Histugaya. Eh tidak...Hitsugaya-kun apa yang kamu buat di sini?"  Rukia menekup mulutnya, gugup. 

"Aku ada urusan di sini"jawab Toshiro sambil melirik ke Hinata.

"Rukia-chan, kenapa kamu panggil Toshiro-kun kapten?"Hinata menegur, raut wajahnya terlihat curiga.

"Oh?!S-sebab saya panggil Hitsuhaya-kub 'kapten' adalah kerana dia mantan kapten basket ball di sekolah SMK Karakura" Rukia menipu.

Toshiro terasa mahu debik je gadis shinigami itu kerana tidak ada alasan yang lebih bagus dari itu.

Tengoklah struktur tubuhnya yang kecil mustahil Hinata akan fikirnya pelajar sekolah menengah.

"SMK Karakura?" Hinata mengulang ayat. Dia melirik ke Toshiro lalu ke rakannya pula.

"Kamu pelajar sekolah menengah Toshiro-Kun? Bukan ke umur kamu dua belas tahun?"

"Itu---" "Kamu tipu saya Toshiro-Kun?" tanya Hinata dengan matanya mula berkaca kaca dengan linangan air mata.

"Hinata...aku..." Toshiro tidak mampu memberi alasan kepada gadis itu. Dia ketandusan idea.

"Sampai hati kamu Toshiro-Kun, tipu saya. Kamu boleh sahaja berterus terang dengan saya, saya tidak kisah pun berkawan dengan kamu walaupun kamu pendek..." beritahu Hinata. Gadis itu mula teresak menangis di hadapan Toshiro yang tidak mampu membuat apa apa untuk membalikkan keadaan.

"Hinata...maafkan aku" gumam Toshiro seraya menunduk pandang pasir pantai. Rasa bersalah yang menebal bersarang di hatinya.

"Terasa susah untuk saya memafkan seseorang sekiranya dia telah mempermainkan perasaan saya...Toshiro-Kun, kamu tergolong antara golongan orang itu" ujar Hinata. Dia berpaling daripada melihat Toshiro. Wajahnya basah berlinangan dengan air matanya.

"Hinata, tunggu dulu...sila beri aku peluang untuk terangkan..." Toshiro cuba memujuk gadis itu yang sedari tadi langsung tidak melihatnya.

"Persahabatan kita putus sampai setakat ini sahaja!" Hinata berlari meninggalkan Toshiro yang kaku di tempatnya berdiri dengan matanya membulat besar.

Toshiro terasa bagaikan di sambar petir pada saat itu. Hatinya hancur berderai mendengar kalimat itu daripada mulut gadis yang di pujanya. Bagaikan di robek robek sehingga tiada yang tersisa. Hatinya terasa pedih sehingga sang kapten meremas dadanya menahan sebak di dadanya.

Kenapa begitu pedih rasanya patah hati...

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

"Hinata boleh bertemu berdua sekejab?"pinta Toshiro.

"Pergilah Hinata"pujuk Sakura.

"Baiklah"Hinata bangun dari kerusi keluar dari kafe menuju ke belakang kafe di mana tiada orang akan mendengar perbualannya dengan Toshiro. Toshiro mengikutinya dari belakang dengan senyap tanpa bersuara.

Sesudah sampai di belakang kafe Hinata menunggunya. Gadis itu menatap lantai jalan, tidak melihat Toshiro yang mendekatinya.

"Hinata"Toshiro memanggil gadis itu dengan tatapan mata berbinar. Air mata ditahan agar tidak jatuh dari tubir matanya.

Hinata menaikkan mukanya, menatap Toshiro "Apa yang kamu mahu beritahu saya?" Hinata menunggu jawapan darinya.

"Hinata aku cuma mahu beritahu kamu yang aku minta maaf kerana telah membohongi kamu. Aku tidak bermaksud untuk berbohong tetapi keadaan tidak mengizinkan untukku berterus terang dengan kamu" jelas Toshiro dengan wajah penuh mengharap. Dia berharap sangat gadis itu akan memaafkannya.

"Apa keadaan itu?" Hinata menanya dengan sedikit tertarik.

Toshiro terkelu. Terbungkam seribu bahasa seakan raut wajahnya sedang berbicara, gundah-gulana yang di hadapinya pada tika itu.

Dia tidak di benarkan untuk memberithu Hinata cerita sebenar pasal dia, soul society dan hal yang berkaitan dengan shinigami...

Gadis ini tidak boleh tahu.

"Itu, aku tidak boleh menjawab pertanyaan kamu, maafkan aku Hinata"luah Toshiro. Dia berharap gadis itu memahaminya dan menerimanya semula.

"Begitu?" Hinata berpaling ke belakang. Dia melihat Toshiro dari ekor matanya.

"Kalau begitu la alasan kamu...maaf saya tidak boleh terima alasan itu sehingga kamu cerita perkara sebenar pada saya. Sekiranya kamu masih mahu berkawan dengan saya...
Sekiranya tidak...kamu anggap sahajalah kita tidak pernah berjumpa Toshiro-Kun, saya akan anggap kamu tidak pernah wujud dalam kamus hidup saya" Hinata berlalu pergi meninggalkan Toshiro dalam kepekatan malam kembali ke dalam kafe.

Toshiro termanggu di belakang kafe, wajah 'shock'nya jelas terpamer pada wajahnya.

Mustahil untuk aku menceritakan perkara sebenar padanya...

Tetapi aku taknak melupakannya juga...

Apa yang aku harus lakukan?

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~

Dalam kesamaran malam, tanpa bintang dan bulan di langit, terlihat sosok sang shinigami dalam kegelapan. Dia pada saat itu terlihat menyedihkan. Hatinya telah hancur berderai, bagai direjam puluhan tombak tajam tepat di jantungnya. kata-kata yang tajam menikam yang keluar dari mulut gadis yang dicintainya itu membuatnya dalam keputusasaan. Dia terlihat begitu rapuh pada saat itu hingga ia berjaya menarik minat hollow yang berdekatan dengannya.

"Oho, ada shinigami di sini" Toshiro berhenti berjalan, berpaling ke belakang dan melihat tiga ekor hollow tiga meter besar bertopengkan seperti katak, musang dan babun berada di belakangnya.

"Kekekeke...jamu besar kita hari ini" hollow yang serupa katak berkata.

'Sial! Aku tidak sedar pula akan kemunculan mereka...'

Toshiro mencapai zanpakuto yang sepatutnya tersarung di belakangnya namun tangannya mengapai udara. Zanpakuto'nya tidak di temui.

'Sial!Aku tertinggal Hyorinmaru di kedai makan tadi petang! Toshiro menyumpah serapah dirinya yang cuai tertinggal Zanpakuto'nya.'

'Maafkan aku Hyorinmaru'

'Nampaknya aku perlu guna Hadou'

"Hodo #99Kurohitsugi"

Sebuah energi spritual berupa balok hitam yang besar tiba tiba muncul di udara, tepat di atas tiga hollow. Ia jatuh menjunam ke bawah, menusuk-nusuk tubuh hollow yang tidak sempat melarikan diri dengan ratusan tombak energi sehingga mengakibatkan kerusakan parah pada seluruh bagian tubuh hollow bertopeng musang yang tidak sempat mengelak.

"Aaaarrgghhh!!!" hollow itu melaung kuat, merintih dalam kesakitan. Tubuhnya berlubang di tusuk ratusan tombak energi.

Dua hollow yang berjaya meloloskan diri mereka melihat rakan mereka dengan mulut tercengang.

"TAK GUNA! KAU BUDAK KECIK!!" jerit kedua hollow itu seraya membuka luas mulut mereka dan mencipta sebuah sphera cahaya berwarna merah di mulut masing masing.

"Terimalah pembalasan daripada kami berdua!!"

Sphera energi itu di lepaskan dari mulut mereka meluru laju ke arah Toshiro yang tidak berkesempatan untuk mengelak daripada serangan besar yang menuju ke arahnya.

'Sial!'

Cahaya bersinar terang yang datang dari sphera energi itu sangat menyilaukan sehingga Toshiro terpaksa memejam sebelah matanya. Sphera energi itu terus mengembang dan membesar apabila semakin dekat dengannya sehingga lah terjadi ledakan besar dan tubuh Toshiro tercampak jauh terkena tempias dari serangan itu.

"Gah!" Toshiro terjerit kecil sembari tubuhnya menghentam dinding batu hingga menyebabkan dinding batu itu retak dan roboh di hentam tubuhnya.

"Fuh!" Toshiro memuntahkan darah. Dia mengesat darahnya di sekitar tepi bibirnya. Tangannya memegang perutnya yang melecur teruk di bawah dadanya hingga ke pusat. Sebahagian kulitnya terkopek dan mengelupas teruk. Ia mula memerah mengeluarkan cairan warna merah pekat.

"Urgh..."Toshiro mengerang kesakitan menahan sakit. Darahnya mengalir keluar dari tubuhnya membasahi lantai di bawah kakinya. Meskipun ia cumalah badan tiruan namun masih terasa sakit.

Bau hanyir darahnya menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya membuatkan sang kapten muda itu mengerutkan dahinya.

'Matsumoto sialan...'

'Di mana wanita itu di saat aku perlukan bantuan dia?'

Toshiro mengetap giginya. Dia cuba menggerakkan tubuhnya yang terasa pedih sana sini. Sakit tak usah nak cakaplah. Tapi ditahan juga. Dia tidak mahu tunjukkan kelemahannya pada dua hollow yang menyerangnya. Perlahan dan perlahan akhirnya dia dapat menstabilkan tubuhnya dengan berdiri dengan kedua kaki meskipun kakinya sedikit terketar-ketar menahan sakit.

"Oya, dia masih hidup. Mari kita habisi dia" komen hollow berupa katak.

"Orait" balas rakannya.

Hollow berupa katak itu membuka luas mulutnya. Lidahnya yang panjang berjuntaian keluar dari mulutnya menuju ke Toshiro.

Toshiro terlalu lemah untuk mengelak, tubuhnya di lilit dengan lidah katak itu dan di bawa dekat ke topeng katak itu.

Apabila jaraknya hanya tinggal satu meter sahaja dari hollow itu Toshiro memulakan serangan hendap.

"Hodou # 63 Raikahou!"

Toshiro menembakkan energi listrik yang besar untuk menghancurkan topeng target dengan guna tekanan reiatsu yang tersisa.

Hollow bertopeng katak berjaya di kalahnya, hanya tinggal hollow bertopeng babun yang tinggal bersendirian selepas Toshiro berjaya menghapuskan rakannnya.

Hollow babun itu berganjak ke belakang mulai takut dengan Toshiro seraya lelaki genit rambut putih itu mendekatinya.

"Ha...ha..hanya tinggal kau sorang...kau du..duduk diam kat situ, aku akan*batuk*menyucikan roh k..amu.." ucap Toshiro.Dia bersedia untuk membaca mantera hadou yang lain hinggalah dia terasa kepedihan di dadanya.

Toshiro melihat dadanya. Dada belah kanan bersebelahan dengan jantungnya berlubang di tembak dari belakang.

Toshiro berpaling ke belakang. Pandangan matanya mula kabur namun dia masih boleh nampak sosok seekor hollow lain muncul dari belakangnya, menyerang dia  ketika tidak fokus pada sekelilingnya.

Tubuh Toshiro jatuh terkulai ke lantai. Kepalanya terhentak pada lantai batu hingga tercedera dan berlaku pendarahan. Tidak lupa juga dadanya yang berlubang membuatnya kehilangan banyak darah.

Kesedarannya juga makin tergelam dalam kegelapan.Perlahan lahan air matanya jatuh berguguran dari kelopak matanya. Bibirnya sempat mengungkap sesuatu sebelum dia sepenuhnya hilang kesedaran.

'Hinata'

                   ~ Toshiro ~

Bagai projektor memori kenangan masa lalunya dimainkan dalam background sekelilingnya. Toshiro menatap tidak percaya dengan apa yang telah dilihatnya itu.

Dia pernah bercinta dengan gadis manusia?Dan dia ialah Hinata?

Toshiro...

Sekarang ini, semuanya bergantung pada kamu sendiri. Hanya kamu yang menentukan corak hidup kamu sendiri. Fikirlah baik-baik dan buat keputusan yang tepat...clone Toshiro bersuara sebelum badannya kian memudar dan memasuki tubuh Toshiro yang asli.

"A-apa?"Mata Toshiro melebar saat merasakan sesuatu yang aneh menjalar dalam tubuhnya. Dia tidak pasti apa tapi yang dia tahu segala perasaan yang telah lama hilang kini kembali kepadanya. Dan memori ketika dia mencekik Hinata muncul dalam mindanya. Tubuh Toshiro terus kaku. 'Ya Tuhan!Aku telah mencelakakan Hinata!'

"Tak guna! apa yang telah aku lakukan?!"Toshiro menumbuk permukaan lantai ais disekelilingnya hingga ia merekah dan retak.
Toshiro jatuh terduduk atas gumpalan salji disekelilingnya. Rasa menyesal dan bersalah pula kerana dia telah melupai gadis itu.

'Hinata...maafkan aku...'

Toshiro hanya membisu melihat permukaan lantai ais disekelilingnya. Mata hijau turquoise nya menatap kosong tangannya yang penuh dengan dengan bekas luka dan goresan.

"Master" Hyorinmaru, memanggilnya dalam wujud bentuk manusia. Wujud fisik Hyōrinmaru berpenampilan seperti seorang lelaki lewat 20-an yang mempunyai tanda berbentuk X bewarna biru ais membentang di wajahnya. Dia mempunyai mata yang bewarna kelabu, dan rambut panjang yang berwarna biru kehijauan yang mencapai punggung bawahnya.

Hyorinmaru mengenakan kimono unggu muda yang membaluti tubuh armor nya. Sepotong ais berbentuk syal terbentuk sempurna pada lehernya. Keanehan yang terdapat pada Hyorinmaru ialah lelaki itu memiliki tangan dan kakinya menyerupai tangan dan kaki seekor naga ais.

"Hyorinmaru..."gumam Toshiro pelan. Suaranya tidak akan kedengaran oleh manusia biasa namun tidak bagi Hyorinmaru. Dia dapat mendengar dengan jelas suara tuannya yang terdengar sayu seolah tuannya dalam kesakitan.

"Kamu tidak perlu fikir banyak-banyak master. Yang penting memori kamu telah kembali. Samaada kamu mahu kembali bersama dengan gadis itu atau tidak aku takkan menghalang perhubungan kalian berdua"

Senyuman tipis terukir di wajah sang kapten. Dia menghampiri naga aisnya kemudian memeluk leher naga itu.

"Kamu tidak akan larang hubunganku dengan Hinata?"Toshiro mengutarakan soalan kepada roh zanpakuto itu.

"Asalkan kamu bahagia, aku turut tumpang gembira sama"Hyorinmaru tersenyum sedih. Dia tidak mampu menghalangi percintaan antara masternya  dengan gadis manusia itu. Dia tahu suatu hari nanti percintaan terlarang itu hanya akan membawa malapetaka pada Toshiro juga kepadanya. Tetapi apakah daya Toshiro sudah terlanjur mencintai gadis itu. Dia hanya mampu melerakan saja hubungan mereka....

"Arigatou, Hyorinmaru..."

"Ya"

                         ~ ~ ~ ~ ~

Toshiro bingkas bangun. Peluh sejuk mengalir di seluruh tubuhnya. Rambut putih saljunya basah dengan keringat. Toshiro melihat sekelilingnya. Dia berada dalam bilik yang berlantaikan tatami. Nampaknya dia telah kembali di Sereitei.

Mata Toshiro melebar tersedarkan sesuatu.

Hinata tiada di sisinya...

                       ~ Hinata ~

"Selamat pagi Hinata"sapa Sakura ceria.

"S-selamat pagi Sakura-Chan, Sasuke-Kun"balas Hinata tersipu malu.

"Eh?"Sakura merapati gadis itu dan menarik poni rambutnya ke atas.

"?"

"Hinata, kamu tidak cukup tidur ke? Jerawat timbul kat dahi" tanya Sakura khawatir.

"H-hai"balas Hinata, sedih.

"Kamu masih teringatkan budak lelaki yang tinggalkan kamu tu?"teka Sakura. Hinata mengangguk, mengiakan. Butiran air mata akhirnya jatuh ke bumi, mengalir deras membashi wajahnya.

Sakura mengeluh. Dia memeluk tubuh rakannya masuk ke dalam dakapannya. Belakang tubuh gadis itu di tepuknya berulang kali, menenangkannya.

Sasuke yang berdiri di belakang gadis berambut pink itu hanya melihat mereka dengan wajah kakunya.

Sumpah dia tidak cemburu melihat kekasihnya memeluk gadis lain...

"....."[Author]

Mungkin sedikit...

"Mari kita ke sekolah bersama" ajak Sakura. Dia meraih lengan gadis itu dan kekasihnya.

Mereka berjalan bersama ke sekolah dengan tergesa gesa memandangkan mereka telah lewat masuk ke kelas.

Sesudah sampai di sekolah tanpa bertegur sapa dengan rakan sekelasnya yang lain Hinata terus duduk di kerusi di mejanya. Penglihatannya beralih pada pagar depan sekolahnya.

Pandangannya kosong. Fikirannya penuh dengan gambaran wajah Toshiro termeteri di mindanya. Sebulan telah berlalu semenjak Toshiro menghilang dari hidupnya. Hinata rasa hidupnya tiada erti. Dia terlalu merindui anak laki berambut putih salju itu. Dia tidak kisah sekiranya digelar pedophile sekalipun oleh masyarakat sekelilingnya gara-gara struktur tubuh Toshiro yang lebih kecil berbanding dengan remaja lelaki seumurannya. Yang dia tahu dia sangat merindui dia, Toshiro Hitsugaya.

'Toshiro, kembali lah...'

Hinata memejamkan matanya. Air matanya perlahan jatuh membasahi pipinya. Krak! Pen di tangannya patah gara-gara kekuatan tangannya menekan pen itu terlalu kuat.

Pen di tangannya dilepaskan. Spontan Hinata mengeluh, sebal dengan perasaannya yang susah untuk move on. Tapi betul ke dia mahu move on?

Tidak...terasa susah untuk melupakan dia.

Sebab itu dia masih belum berputus asa dengan Toshiro. Setiap hari semasa rehat dia akan singgah ke kelas Toshiro untuk mencarinya. Namun hampa bayangannya langsung tidak terlihat. Ichigo-kun dan Orihime-Chan seolah berbuat tidak peduli dengan ketidakwujudan rakan sekelas mereka. Percariannya tidak berakhir sehingga ke situ saja selepas pulang sekolah dia juga akan mencari Toshiro di Kota Karakura. Anehnya, setiap kali dia mencari Toshiro, kewujudannya seolah terpadam di muka bumi. Seolah dia tidak pernah wujud. Sakura-Chan, Sasuke-San dan Naruto-kun juga tidak mengenalinya. Mengapa boleh begitu? Kenapa hanya dia saja yang boleh mengingati Toshiro-kun?

Hinata mengeluh untuk yang kesekian kalinya. Seandainya masa dapat diulangi kembali Hinata mahu pastikan hubungan mereka tidak goyah hanya kerana ego nya yang tinggi. Kerana dia Toshiro membencinya. Bukan itu sahaja, malah laki itu turut melupakan dia. Sungguh cepat Toshiro move on darinya, tapi kenapa dia tidak?

"Hinata"sebuah suara menyedarkan Hinata dari lamunannya.

Hinata mengangkat muka daripada pandang meja belajarnya. "Hm ada apa Sakura-Chan?"soalnya, keliru.
Sakura merenungnya dengan wajah yang terlihat keliru. Jarinya di tunjukkan ke arah pintu masuk dalam kelas mereka. "Ada anak kecil hendak berjumpa dengan kamu. Dia tunggu depan pintu masuk di luar kelas"

"Budak kecil?"Hinata bangun dari kerusinya. Matanya tertuju pada cermin lutsinar pada pintu masuk kelasnya. "Saya tak nampak sesiapa pun"ujarnya dengan menaikkan sebelah keningnya.

"Memang la tak nampak. Dia tu pendek. Kalau kamu tengok pada cermin di pintu tu pun takkan terlihat"komen Sakura sambil berpeluk tubunya.

"Pendek?"Struktur tubuh Toshiro yang pendek terlintas di fikiran Hinata. Toshiro-kun kah?Tidak, mustahil itu dia. Dia sudah memulakan hidup barunya. Tidak lupa juga Toshiro telah melupakan dia.

Dengan berat hati dan jantung yang berdebar tidak normal Hinata bergerak dari mejanya menuju ke pintu masuk kelasnya. Dia menolak daun pintu, membuka luas hingga terlihat sosok yang bersandar pada dinding sebelah pintu.

Matanya membuntang tatkala melihat sosok yang selalu dimimpikan nya berdiri depan kelas dengan mengenakan kemeja golf berwarna hitam berlengan pendek,
dan seluar panjang bewarna kelabu. Dia terlihat tampan mengenakan baju itu.

"To...Toshiro_kun..."Hinata tergamam.

Berbalik menghadap Hinata, Toshiro mengukir senyuman tulus. Senyuman yang hanya khas untuk gadis yang menjadi pujaan hatinya.

"Hei"

End Of Chapter 14

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro