Chapter 16 Terbongkar (Edited)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Genryusai Shigekuni Yamamoto membelek setiap gambar yang di terima oleh Kapten Mayuri Kurotsuchi dengan wajah murka.

"Betul ke gambar ini, kapten Mayuri?" tanyanya dengan reiatsu semakin membuak buak keluar dari tubuhnya sehingga Kurotsuchi yang satu bilik dengannya berdiri bersandar pada dinding, mulutnya tercungap cungap. Berkeringat satu badan.

"B-betul, Kapten Komandan Yamamoto"balasnya sembari menegup ludahnya.

"Ini tidak boleh dibiarkan, Kuchiki Byakuya, Soi Fon, Zaraki Kenpachi, datang ke mari"perintah kapten Komandan Yamamoto divisi pertama dalam Gotei 13 dengan menggunakan 'Hell Butterfly' dengan tujuan menyampaikan pesanannya kepada orang yang di panggilnya.

Rama rama neraka itu terbang melepasi jendela dalam ofisnya, terbang ke luar mencari kapten Kuchiki, Sei Fon dan Zaraki.

Yamamoto menghela nafas dalam dalam.

'Kenapa semua ini boleh terjadi anakku...'

                   ~ Byakuya ~

Upacara minum petang pada waktu rehat menenangkan hati sang kapten divisi 6 ini. Dia kini duduk gaya Seiza dalam rumahnya sambil menyisip teh hijau yang hangat buatan adik iparnya, Ryukia.

Walaupun tidak sesedap teh hijau di restauran namun ia tetap mampu membuat si abangnya meminum minuman itu hingga licin kerana tidak mahu mengecewakan adik perempuannya.

"Bagaimana rasanya Byakuya nii Sama?" tanya Rukia dengan gugup.

"Biasa biasa sahaja"jawab Byakuya dengan jujur sembari menghabiskan sisa air tehnya hingga kegiatannya terhenti apabila seekor rama rama neraka masuk ke dalam biliknya hinggap di jarinya.

Pesanan dari Kapten Yamamoto menerjah masuk ke dalam mindanya.
Byakuya terus mengerutkan keningnya.

"Kenapa?Nii sama?" tanya Ryukia dengan rasa ingin tahu walaupun dalam hatinya dia sedikit kecewa kerana dikatakan teh buatannya hanya rasa biasa biasa pada tekak lelaki itu.

"Kapten Yamamoto ingin menjumpai aku, Aku harus berangkat dulu"Byakuya bangkit berdiri menuju ke pintu kayu,menyarungkan seliparnya lantas terus shunpo ke ofis kapten Yamamoto dengan sepantas kilat meninggalkan adiknya dalam kebingungan.

                       ~ Soi Fon ~

Sui Feng atau Soi Fon, ketua komandan Onmitsukidō dan kapten divisi 2 di Gotei 13, sibuk menandatangani kertas laporan kerjanya walaupun pada saat itu adalah masa rehatnya. Pembantu peribadinya, merangkap lefternan'nya, Marechiyo Omaeda membawa secawan air teh hangat untuk di minumnya.

"Ini tehnya" Omaeda menaruh cawan teh di sisi kaptennya.

"Hn. Kamu boleh pergi"perintah Soi Fon tanpa melihat lelaki itu.

"Tch,sekurangnya ucap terima kasih"guman Omaeda perlahan tetapi cukup di dengari oleh telinga kaptennya. "Apa kamu kata?" Soi Fon menanya di sertai dengan jelingan maut.

Omaeda menegup ludahnya yang tersekat di kerongkong. "T-takde apa apa"jawab Omaeda. Dia berlalu keluar dari ofis wanita itu, meninggalkan kaptennya yang sibuk dengan kertas kerjanya.

"Dia tu yang sepatutnya yang berterima kasih kepadaku kerana tidak memintanya menolongku menandatangani kertas kerja" Soi Fon mencebik.

Dia melirik ke cawan teh di sebelahnya. Soi Fon mengambil cawan itu dan membawanya ke mulut dengan harapan untuk melegakan dahaganya serta mengurangkan stressnya.

Belum sempat dia minum teh itu seekor rama rama neraka masuk ke dalam ofisnya dan mendarat atas mejanya.

Soi Fon menangkap rama rama tersebut dengan secepat mungkin. Serta merta suara Kapten divisi pertama, Yamamoto bergema di mindanya, memintanya untuk berjumpa dengannya di ofis

Soi Fon mengeluh.

'Habis masa rehat aku...'

                         ~ Zaraki ~

"Ne~kita dah sampai belum?"Yachiru
Kusajishi, lefternan Zaraki Kenpachi mengulang pertanyaannya yang ke seratus kali.

Zaraki, Kapten divisi 11 mendengus dengan geram. "Mana la aku tahu. Aku ikut arah jalan yang kamu tunjuk tetapi tak sampai sampai dari tadi" Zaraki membalas dengan mukanya yang memasam.

Mereka kini dalam tergesa gesa menuju ke bangunan utama, ofis Kapten divisi pertama, Yamamoto Genryusai.

Setelah menerima mesej dari rama rama neraka mereka terus berangkat menuju ke ofis Kapten Yamamoto namun setengah jam sudah berlalu tempat yang di tuju masih belum di jumpai.

"Eh~gawat kalau kita lambat nanti 'dia' akan murka"ujar Yachiru dengan wajah dibuat takut.

Zaraki berhenti daripada berlari. Di otaknya terbayang akan kapten Yamamoto yang sedang murka. Bulu tengkuk terus meriding terbayangkannya.

Walaupun Zaraki suka berlawan dia sama sekali tidak akan melawan kapten Yamamoto secara terangan. Sesungguhnya kekuatannya pada saat itu tidak setanding dengan Kapten Yamamoto.

Zaraki melajukan langkah kakinya, berlari dan terus berlari, meloncat setiap kali berdepan dengan tembok yang menghalangi jalannya asalkan dia selamat sampai pada ofis Kapten Yamamoto yang menakutkan itu.

                        ~ Toshiro ~

Toshiro mendongak melihat langit yang mendung di lindung awan gelap yang menghiasi langit biru yang cerah tadi.

Ribut akan melanda tidak lama lagi...

Toshiro kembali masuk ke dalam rumah, Chad. Di dalam sana dia melihat Ichigo, Inoue, Uryu, Rukia, Hinata, Naruto, Sasuke dan Sakura bermain kad di ruang tamu rumah lelaki bertubuh tegap itu.

Toshiro duduk di kerusi di dapur. Pada saat itu entah kenapa hatinya rasa serba tidak kena, rasa gelisah menyelubungi dirinya. Toshiro meraup mukanya, menutup separuh wajahnya.

Tubuhnya menegang apabila merasakan tekanan reiatsu yang dia kenal tiba tiba muncul berdekatan dengan kota Karakura.

'Adakah mereka datang ke sini kerana mereka telah tahu niat sebenar aku ke dunia manusia?'

"T-Toshiro-Kun?" Hinata muncul depannya, duduk di sebelah kerusi tempatnya duduk.

"Hinata" balas Toshiro.

"K-kenapa kamu tampak muram?"tanya Hinata. Tanpa sedar gadis itu mengigit bawah bibirnya.

"Ada sesuatu yang menganggu fikiranku. Kamu tidak perlu risau" Toshiro tersenyum lembut memberitahu gadis itu.

"B-baiklah kalau kamu kata begitu" Hinata bangkit dari kerusi bercadang untuk kembali ke rakannya di ruang tamu namun Toshiro menghentikannya. Toshiro memegang lengan gadis itu dan menariknya masuk ke dalam dakapannya.

'Aku tidak mahu kehilangan kamu, Hinata...'

"T-Toshiro-Kun...!"Hinata terperanjat. Seluruh wajahnya memerah. Jantungnya berdegup kencang seakan ia akan melompat keluar dari tubuhnya. Toshiro juga tidak kurangnya. Jantungnya kini berdetak dengan sangat laju sekaan ia berlumba 100 kilo meter per/jam.

Bola mata Hijau turquoise miliknya bertemu dengan lavender milik Hinata yang masih berada dalam pelukannya.

"Toshiro-Kun?"Hinata melirik Toshiro dari ekor matanya.Wajahnya yang tersembunyi di balik dada rata lelaki itu menyukarkannya melihat dengan jelas.

"Biarkan aku memeluk tubuh kamu untuk seketika, Hinata. Mungkin ini akan jadi yang memori terakhir buat kita berdua" beritahu Toshiro seraya memejamkan matanya, dagunya di sandar atas kepala gadis itu.

'Aku sangat mencintai kamu, Hinata...'

Hinata menatapnya tidak berkelip. Air matanya mengalir keluar jatuh membasahi permukaan pipinya.
Gadis itu membenamkan wajahnya pada dada ratanya lalu mengutarakan soalannya yang belum terjawab oleh lelaki yang di cintainya. "Ka-kamu akan tinggalkan saya, Toshiro-Kun?"

Jantungnya yang berdegup kencang jelas terasa Toshiro. Toshiro tersenyum lembut. Dia memandang gadis itu dengan penuh cinta.

"Mungkin ya, mungkin tidak. Seandainya takdir memisahkan kita aku mahu kamu tahu bahawa aku sangat mencintai kamu" luah Toshiro sambil mengesat air mata yang mengalir dari kelopak mata gadis itu.

Hinata terdiam. Dia membalas senyuman Toshiro dengan senyuman menawannya.

"S-saya juga amat mencintai kamu, Toshiro-Kun" Hinata meluah perasaannya buat yang kedua kalinya.

"Hinata"

"T-Toshiro-kun" kedua pasangan kekasih itu saling berpandangan, kegusaran dan kekecewaan kini bersilih ganti dengan rasa cinta yang mendalam pada hati masing masing.

Toshiro merapati wajahnya pada gadis itu, berniat untuk menciumnya. Hinata mengangkat mukanya. Dia langsung memejam matanya sebaik melihat Toshiro merapatkan wajahnya dengannya.

Bibir mereka akan saling bersentuhan.

Sekiranya tidak di ganggu oleh orang ketiga.

"Oi,Toshi---" Ichigo mengganggu masa private mereka berdua. Wajahnya langsung merona merah apabila ternampak sesuatu yang dia tidak sepatutnya melihat.

Toshiro memberi menjeling maut pada lelaki berambut oren itu, mengacau waktu romantiknya dengan Hinata. Hinata dengan rasa malu yang menebal dalam dirinya berlari ke ruang tamu meninggalkan Toshiro berduan dengan Ichigo.

"Sorry, Toshiro ganggu kalian berdua" Ichigo tersengeh seraya menggaruk belakang tengkuknya. Wajahnya seperti ketam rebus yang kemerahan.

"Apa kamu mahu 'Ichigo'?" Dia menekan ayat terakhir dengan berbunyi ancaman kepada lelaki itu.

'Mengacau sahaja...'

"Ah itu, ada hollow berdekatan. Itu je yang aku nak bagitau kau. Jadi aku minta diri dulu!" Ichigo berlari keluar dari rumah selepas melepaskan rohnya keluar dari gigai.

Toshiro mengeluh.

'Aku berharap masa terakhirku bersama Hinata akan aku simpan tersemat dalam dada'

Toshiro mengikuti Ichigo keluar ke lokasi hollow di temukan. Dia shunpo ke lokasi itu dengan harapan dapat pulang ke rumah dan bertemu dengan Hinata kembali.

Setiba di sana dia bertemu dengan hollow dengan ketinggiannya mencecah sehingga 18 kaki. Ia bertopengkan haiwan yang merupai seekor rubah, gigi taring tersembul keluar dari mulutnya. Ia memiliki ekor sembilan yang bercantung pada tubuhnya, mengibas-ngibas diudara dan menghentam pada gedung bangunan yang berdekatan hingga runtuh.

"Kyuubi No Yoko, Menos Grande Adjuchas" gumam Toshiro. Ichigo berpaling ke belakang. "Apa? kuat ke hollow ni?"tanya Ichigo. Dia siap memegang zanpakuto zangetsu'nya, bersiap menyerang hollow terbesar yang dia belum pernah lihat sebelum ini.

"Tentulah,aku akan uruskan dia. Kau berundur ke belakang"perintah Toshiro tanpa melihat Ichigo.

"Apa?!Aku pun nak lawan jugak! Ak---"

"Ichigo, ini arahan dari kapten. Jangan kau masuk campur dalam pertarungan ini sehingga aku perlukan kau" potong Toshiro dengan tegas dan penuh percaya diri. 

"Yelah!Aku faham!" rajuk Ichigo. Dia melompat jauh dari Toshiro dan mendarat di bangunan yang jauh dari lokasi pertempuran akan berlaku.

"Tch, menunjuk nunjuk" rungut Ichigo seraya melihat Toshiro dari kejauhan.

"Bankai: Daiguren Hyōrinmaru" Toshiro menggunakan kuasa bangkainya.

Saat Toshiro melepas tahap Bankai-nya, sebuah aliran ais mengalir dari Hyorinmaru dan menyelimuti lengan kanannya. Lengan kanannya berubah menjadi bentuk kepala naga ais dan menyelimuti pedang hingga ke gagangnya. Bentuk gagang pedang yang awalnya berbentuk bintang segi empat kini berubah menjadi bentuk bintang segi lapan. Ais terus terbentuk di atas bahu Toshiro, menciptakan dua buah sayap besar yang tumbuh dari belakangnya dan juga sebuah ekor yang panjang.

Ais yang menyelimuti lengan kirinya membentuk cakar. Kakinya juga terbungkus oleh ais seperti terjadi pada lengan kirinya, di kakinya juga terbentuk cakar. Terlihat adanya 3 bunga ais yang melayang di belakangnya, masing-masing bunga terdiri dari 4 mahkota bunga berwarna ungu yang berbentuk seperti berlian.

Toshiro tersenyum sinis. Dia sudah sedia untuk bertarung.

"Hm, apa ni? Shinigami chibi nak bertarung dengan aku?" Kyubi no Yoko a.k.a Menos Grande Adjuchas berseleroh memerli Toshiro.

"Ketinggianku tiada kaitan dengan pekerjaanku sebagai Shinigami, bersedialah kamu, akan aku menyucikan roh kamu" sehabis ayatnya Toshiro muncul depan topeng yang tersarung pada wajah Kyubi dengan ber' shunpo.

Dia menghayunkan Zanpakuto'nya, bersedia untuk menebas topeng Kyubi tetapi tubuhnya dibanting jauh selepas di pukul oleh tangan besar Kyubi kerana kecuainya tidak peka pada sekelilingnya.

"Kalahkan aku? Kamu 100 tahun terlalu awal untuk mengalahkan aku, chibi"

"Senyaplah!" Toshiro mengelak daripada berlanggaran dengan bangunan dengan shunpo depan Kyubi. Pedangnya di tusuk pada lantai. Reiatsu'nya mengalir keluar dari pedangnya membekukan lantai jalan hingga merebak ke sekitar tubuh Kyubi.

"Oh, pengguna ais? Menarik"

Kyubi membuka mulutnya besar besar. Sebuah sphera hitam yang besar muncul depan mulutnya.

"Cero"

Dia menghantar sphera hitam ke lantai ais yang merebak berdekatan dengannya di hancurkan serta merta.

Toshiro mengelak dari tempias sphera itu dengan memunculkan dirinya di belakang Kyubi. Dia cuba menyerang hendap.

Tapi malang, salah satu dari ekor sembilan milik Kyubi di hala ke arahnya dengan tujuan untuk menghempapnya. Toshiro mengelak. Berguling di lantai. Rekahan terjadi di bawah ekor yang cuba menghempapnya.

Toshiro shunpo di udara. Tidak jauh dari Kyubi.

"Guncho Tsurara" dia menggunakan teknik lain dengan menciptakan panah-panah ais di sekitarnya.

Dengan satu hayunan dari zanpakuto'nya anak panah ais yang bertebangan di udara di tembak ke arah Kyubi. Kyubi tidak berganjak dari tempatnya berdiri, ia menghadang ais daripada mengenainya dengan mencipta satu lohong hitam tiba tiba muncul di hadapannya dan menyesap masuk kesemua anak panah aisnya ke dalam lohong hitam itu.

Lohong itu lenyap secara tiba tiba lalu muncul semula di hadapan Toshiro, lebih kurang 10 meter ke arahnya. Anak panah ais yang di serap lohong hitam tadi di sasarkan kembali ke arah Toshiro.

Toshiro terkejut dengan apa yang dilihatnya. Dia menggunakan kedua belah sayapnya membentuk sebuah perisai ais yang membaluti tubuhnya, melindunginya daripada serangan anak panah aisnya. Dia menggunakan sayapnya sebagai perisai ais yang melindungi tubuhnya daripada bahaya.

Selepas serangan anak panah itu lenyap perisai yang membaluti tubuhnya kembali menjadi sayapnya semula.

Teknik mencipta satu dimensi, menyerap dan mentransfer teknik pihak lawan yang tertuju ke arahnya kembali ke pihak lawannya balik?

'Teknik ini berbahaya'

'Aku harus elakkan daripada menggunakan serangan daripada jarak jauh'

Toshiro muncul berdepan dengan Kyubi dengan jarak mereka lebih kurang 15 meter.

Dia meloncat menuju secara berdepan dengan hollow tersebut. Hyorinmaru di tangannya di angkat di udara, bersedia untuk dilibas pada belakang kepala Kyubi.

"Jangan harap kamu fikir boleh mencederakan aku dengan teknik membabi buta ini"

Toshiro menghiraukan perlian Kyubi. Dia shunpo atas kepala Kyubi dengan sepantas kilat, lalu menusuk kepala Kyubi dengan sekali serangan.

"Hahahahah!Kamu ingat serangan ini mamp----WHAT!!" "Ryuusenka" gumam Toshiro perlahan.

Ledakan ais yang besar meledak dari titik buta antara Hyourinmaru dan lawan, yang kemudian menjebak dan membekukan hampir keseluruhan tubuh Kyubi hingga yang tersisa hanyalah topengnya sahaja

"What!Wait!Chotto matte!"(Tunggu sebentar) jerit Kyubi dengan gusar.

"Hehehe...lawak je" Kyubi kembali ketawa. Lohong hitam muncul di sekitar tubuhnya menyedut ais yang memerangkap tubuhnya ke dalamnya namun Toshiro sempat melibas topengnya hingga terbelah dua sebelum keseluruhan aisnya di sedut masuk ke dalam lohong hitam itu.

"Tidak!!!"teriak Kyubi bergema di sekitarnya, membingitkan telinga Toshiro yang mendengar jeritannya.

Ais yang membeku tubuh Kyubi hancur berderai hingga menjadi partikel kecil bertebangan di udara.

"Selesai pun"gumamnya pelan. Dia menghela nafas lega. Tubuhnya di regangkan bagi menghilangkan sengal sengal ototnya.

Dia merancang untuk kembali ke rumah Chad untuk memastikan samaada gadis yang di cintainya dalam keadaan baik namun niatnya terhalang apabila merasakan tekanan reiatsu mendekatinya.

Dia mendongak ke langit. Tampaknya tiga shinigami yang berpangkat Kapten berdiri di udara, melihatnya dari atas.

Ketiga mereka ialah Kuchiki Byakuya, Kapten divisi 6 dalam Gotei 13, Soi Fon, Kapten divisi 2 dan zaraki Kenpachi, Kapten divisi 11.

"Kapten Hitsugaya Toshiro!Kamu di kehendaki pulang ke Sereitei atas perintah Kapten Komandan Yamamoto Sama" teriak Soi Fon dari atas langit.

"Kalau kamu ingkari kami bertiga tidak akan teragak untuk mengalahkan kamu dan membawa balik kamu secara paksa!"sambung wanita itu lagi.

"Hei, hei apakata kita serang je dia? Pedangku kehausan darah dan darah dia yang akan jadi taruhannya"Zaraki mencelah dengan sengehan lebar di wajahnya.

"Kapten Zaraki, kita ke sini bukan untuk bermain" Byakuya yang berdiam diri kini bersuara. Nada suaranya yang dingin menandakan dia sedang bad mood.

"Ceh" Zaraki merajuk. Dia memeluk tangannya pada dadanya.

"Apa jawapan kamu Kapten Hitsugaya?" tanya Soi Fon.

Toshiro mengeluh.

Masanya telah tiba dan dia tidak mampu membuat apa apa.

"Baiklah, aku akan ikut kalian kembali ke Sereitei"jawab Toshiro. Wajahnya serius tanpa mempamerkan sebarang emosi, nada suaranya jelas dan sedingin ais.

"Bagus, mari kita berangkat sekarang"

Soi Fon melibas Zanpakuto'nya di udara dan sebuah pintu kayu bergaya Jepun muncul di hadapannya.

Toshiro mendekati mereka dan melangkah masuk ke dalam pintu diikuti oleh ketiga sang kapten dari belakang.

Empat 'rama rama neraka' yang muncul dari balik pintu bertebangan di udara mengikuti mereka masuk ke dalam pintu itu. Pintu tertutup rapat lantas terus lenyap di udara.

Di sisi lain, tidak jauh dari area pertarungan Ichigo melihat semua yang terjadi dengan mata coklat bundarnya.

"Kenapa aku rasa macam deja vu?"

End Of Chapter 16

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro